CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] VERSI 15: TERBARU...15 PANGLIMA SULU MASIH BERSEMBUNYI DI SABAH ! - 2476#

[Copy link]
Post time 27-3-2013 09:14 AM | Show all posts
poyohabis posted on 26-3-2013 04:49 PM
betul la tu...mcm wardina tu kalo tak salah aku mak dia org acheh...bapak dia org aussie...tp dia  ...

Nora Danish tu orang MAYANMAR. Tapi kita tak bleh sebut keturunan
diaorang, harem kata panatik dia. Terok aku kena lahar time aku sebut
fasal benda ni. Sume stat sebut takda orang di Malaysia yang ori. Aku
cakap memang takda, tapi kebanyakan orang Malaysia dah menetap
at least 3-4 keturunan. Yang baru mendatang nak numpang kemewahan
idup di negara kita ni, apasal kita nak sanjung....? Takat bantu-bantu
macam wardina tu ok sajok, kita pun memang bantu orang Acheh time
Tsunami. Yang tak bleh diterima ni, kalau taat setia masih di negeri asal
padahal dah diberi segala keistimewaan hidup duduk di bumi bertuah
Malaysia ni. Masih ada hati nak rampas terusmacam keluarga Kiram ni!......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku memg tabik kat anggota keselamatan kita yg bertungkus lumus berperang kat ld..dorang sbenarnya bukan stakat mempertahankan sabah,tpi sluruh mesia sbenarnya..dan sbenarnya dorang bersabung nyawa utk pastikan kita selamat,bukan skadar penduduk sabah,tpi penduduk semenanjung n sarawak jugk..aku bersyukur sbb selain ALLAH,anggota2 ni lah yg melindungi aku dan keluarga aku dari diganggu oleh puak2 jahat pengganas tu walopon aku dok semenanjung..n aku sebak n geram jugk kalo ada puak2 xsedar diri dok ngata yg bukan2 pasal depa nih..bak kata ins hasnal (kot) mlm tdi kat brita,cuba la g ld n jadi barisan hadapan..tima kaceh abam2 polis n tentera..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:16 AM | Show all posts
wak_karman posted on 26-3-2013 04:53 PM
azman ampong rasanya
yg dia dikata mati...semasa bertempur bersama zulkifli (arwah)

yg putus tangan tu ke?
yg nampak kwn2 yg 6 orang dizalimi tu?

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:21 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 27-3-2013 09:16 AM
yg putus tangan tu ke?
yg nampak kwn2 yg 6 orang dizalimi tu?

yg putus tangan tu ins. hasnal
pertempuran kat kg air tu...(pertempuran kedua) belek2 page blakang sikit...ada story dia n gambar dia...
yg azman ampong ni pertempuran hari pertama..bersama arwah zulkipli


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:26 AM | Show all posts
kekbelacan posted on 26-3-2013 06:52 PM
dah tahu kat kelantan tu apasal tak hantar SPRM siasat cepat mcm kilat kot2 bole buktikan kes ini  ...

Kalau ada banyak MINYAK kat bumi kelate, apasal orang PAS yang dah
20 tahun memerentah TAK KOREK........................................?????????
Korek minyak pun nak tunggu orang BN!
Kesianya........tulah, apasal pilih orang tua yang kubo kata mari,
umah kata pegi jadik MB.....?
Negeri kaya raya dengan minyak pun tak tahu camna nak urus, nak tunggu
orang len. Bila orang dah buat, senang lenang nak tuntu macam KIRAM......
Cer otak brillient macam Singapor, pulau kecik kering kontang pun leh
membangun jadik negara maju. Tak perlu bantuan sesiapa.
Inilah perlunya orang muda, taw.
Otak masih cergas untuk berpikir membangunkan negara.
Ofrang tua apa tahu. Beleter tak abis...............
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:28 AM | Show all posts
OPS DAULAT : Jacel Kiram Buat Kejutan ke Buat Pembohong!!!

Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.

“Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam),” kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com

Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.

Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.

Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.

“Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar,” kata Jacel.

“Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral,” tambahnya.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka - SUMBER

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2013 09:29 AM | Show all posts
Manila mahu rakyat Filipina tidak menyebut Malaysia apabila merujuk kepada Sabah

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Manila telah memberi arahan kepada semua agensi dan rakyatnya untuk memanggil Sabah sebagai bukan sebahagian dari wilayah Malaysia yang mencetuskan kemungkinan mereka mahu menuntut negeri paling timur Malaysia itu.
Menurut InterAksyon, cawangan dari TV5 Filipina, pegawai dari Jabatan Luar Negeri (DFA) membawa perkara ini hari ini, menyebut Memorandum No. 162 yang dikeluarkan Malacanang pada tahun 2008.

Menurut laporan tersebut, menyebut peguam Roy Ecraela dari Pejabat DFA untuk Setiausaha Kajian Laut, menambah bahawa setiap dokumen agensi kerajaan hendaklah merujuk Sabah sebagai 'hanya Sabah' dan bukan Sabah, Malaysia.

"Kota Kinabalu, Sabah, na lang. Tanggalin na 'yung Malaysia (Hanya panggil Kota Kinabalu, Sabah. Tidak perlu Malaysia)," kata Ecraela menurut laporan tersebut.

Ecraela dilaporkan membuat kenyataan tersebut hari ini selepas beberapa agensi bertemu dengan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencala Alam Kebangsaan (NDRRMC) pada Isnin lalu untuk membincangkan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina yang kehilangan tempat tinggal dalam konflik di Sabah.

"Semasa mesyuarat, wakil dari Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial (DSWD) merujuk mereka sebagai mereka yang meninggalkan 'Sabah, Malaysia.'
"Seorang pegawai dari Penjaga Pantai Filipina bertanya apakah polis kerajaan sudah berubah mengenai Sabah, dimana tuntutan Filipina masih lagi tidak berubah," kata laporan itu lagi.

Ecraela menambah Mahkamah Agung negara tersebut pada 16 Julai 2011 berkata Filipina masih meneruskan tuntutannya ke atas Sabah.

InterAksyon melaporkan dalam mesyuarat sama, agensi Filipina ditugaskan menangani isu pelarian bersetuju untuk memanggil mereka yang pulang dari Sabah sebagai "mereka yang kehilangan tempat tinggal" dan bukan pelarian.

Pada 19 Mac, dilaporkan bahawa Manila sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.

The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.

"Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut," kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.

Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.

Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman.

Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu lebih sebulan lalu.

Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.

Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan yang akrab dengan Putrajaya.

Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.

Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.

Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.

ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.

Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.


pinoy bermain api sudah...Pinoy bongok ni tak tau sejarah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:31 AM | Show all posts
jacel byk sgt telan syabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
the_killer posted on 27-3-2013 09:29 AM
Manila mahu rakyat Filipina tidak menyebut Malaysia apabila merujuk kepada Sabah

KUALA LUMPUR, 26 ...

they only believe the history that made them looked as if they r the winners.haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:37 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 27-3-2013 09:26 AM
Kalau ada banyak MINYAK kat bumi kelate, apasal orang PAS yang dah
20 tahun memerentah TAK KOREK. ...

baik kau toksahla cakap pasal politik ni
baik kau merembes je la


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
hellyboringe posted on 27-3-2013 09:28 AM
OPS DAULAT : Jacel Kiram Buat Kejutan ke Buat Pembohong!!!

Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sab ...

gamba mase rundingan (amir bahar, azimudie n alinapiah) ade sebagai bukti. jacel ni xpandai putar belit. die igt ni zaman dulu2 ke public susah nk dpt maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:44 AM | Show all posts
the_killer posted on 27-3-2013 09:29 AM
Manila mahu rakyat Filipina tidak menyebut Malaysia apabila merujuk kepada Sabah

KUALA LUMPUR, 26 ...

Pinoy bongok tidk menghormati amalan DEMOKRASI. Berc akap fasal
demokrasi lantang. Tapi langsung tak menghormati keputusan 2/3
rakyat Sabah dalam Refrendom Cobold. Kalau dia nak Sabha buatlah
refrendon, tanya rakyat Sabah, nak ke diorang berSultankan Kiram.....????
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:46 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 27-3-2013 09:26 AM
Kalau ada banyak MINYAK kat bumi kelate, apasal orang PAS yang dah
20 tahun memerentah TAK KOREK. ...

mmg ngko lah kaki politik no.1 kat thread nih skrg...ingat smlm ramai tegur dah sedar, rupa2nya x sedar2 lagi...baik ko gi main jauh2, xpun fokus pasal sabah jek...menyusahkan betul tgk benda2 selingan camni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:48 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 27-3-2013 09:37 AM
baik kau toksahla cakap pasal politik ni
baik kau merembes je la

Dah santap, tak taw nak jawab APA..........................
Padahal korang gak yang wag the dog's tail. Aku cuma nyambar ekor
anjing tu........
Len kali jangan cakap beso, banyak MINYAK kat perot bumi Kelate.
Orang cabar, naik marah. Ni dah macam keluarga Kiram. Tunggu orang
lain susah payah, kemudian datang nuntut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:49 AM | Show all posts
kasidah posted on 26-3-2013 05:14 PM
Rembesan Diraja

Ohhh my tunku Jalil
terharu tersentuh tgk gmbr ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:50 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 27-3-2013 09:44 AM
Pinoy bongok tidk menghormati amalan DEMOKRASI. Berc akap fasal
demokrasi lantang. Tapi langsung  ...

cukuplah dengan suruhanjaya cobbold...itu sudah sah...tidak perlu layan tuntutan pignoy itu...biar dia meroyan sorang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 09:51 AM | Show all posts
whitedove posted on 27-3-2013 09:46 AM
mmg ngko lah kaki politik no.1 kat thread nih skrg...ingat smlm ramai tegur dah sedar, rupa2nya x  ...

Cuma geng LANGAU je yang tuduh aku berpolitik sebab tak taw
nak balas. Otak lemau.................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:52 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 27-3-2013 09:14 AM
Nora Danish tu orang MAYANMAR. Tapi kita tak bleh sebut keturunan
diaorang, harem kata panatik d ...

aik...akak duk kt CI lak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:53 AM | Show all posts
hunny_sapik posted on 27-3-2013 09:39 AM
gamba mase rundingan (amir bahar, azimudie n alinapiah) ade sebagai bukti. jacel ni xpandai putar  ...

tu lh masalahnya..dia anggap kita org malaysia ni x sekolah ke..doesnt make sense lngsung smua yg dia ckp..nk tnjuk konon2 dia lh paling pndai tpi sbenarnya...terserlah kebodohannya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:54 AM | Show all posts
ikaizraa posted on 27-3-2013 09:49 AM
Ohhh my tunku Jalil
terharu tersentuh tgk gmbr ni

dia sorang je kot lebih care pd rakyat...yg sorang tu rasanya dok bersosial ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.088717 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list