CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59494|Reply: 505

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
Post time 2-4-2013 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia


BAB 1





Jam menunjukkan enam setengah pagi.  Sebentar lagi rakan-rakanku akan sampai ke rumahku. Begitulah rutin kami setiap hari apabila musim persekolahan tiba.  Kelihatan kembarku turut merapikan tudung di kepalanya. Ramai di sekolah tidak tahu bahawa aku mempunyai kembar, kerana kelas kami berlainan.  Aku Lily Dayana Binti Hamid dan kembarku pula Lily Hasliana.

Setelah siap,aku menunggu kedatangan rakan baikku. Seorang demi seorang telah menampakkan diri.  Akhir sekali, sahabat baikku Nor Azreena tiba.  Fara, Ecah, Enab dan Fiza.  Itulah sahabat-sahabatku yang akrab denganku sedari sekolah rendah lagi. Hanya Fiza yang masih baru dengan kami, maklumlah dia dari sekolah lain semasa sekolah rendah dahulu.  Ya, sekolah yang menjadi musuh tradisi sekolahku zaman sekolah rendah dulu.  Kebetulan aku, Ecah, Fara dan Enab dari kelasdan sekolah yang sama.

“ Mak, adik pegi dulu,” ujarku sambil meraih tangan emak kesayanganku lalu mencium tangannya. Tangan kanan emak mengusap lembut kepalaku.

Dia hanya menganggukkan perlahan dan  menghantar kami hanya dengan pandangan matanya sahaja. Sebelum melangkah pergi aku sempat menoleh ke arahnya, dia meneruskankerja menjahitnya. Itulah emakku, seorang ibu tunggal yang terpaksa mencari duit lebih dengan mengambil upah menjahit bagi menampung perbelanjaan kami setelah kematian bapaku ketika usiaku mencecah enam tahun..  Ayahku meninggal dunia akibat kemalanganj alan raya.  Pada tahun ini, aku akanmenduduki peperiksaan PMR.  Semoga roh bapaku dicucuri oleh rahmatNya.  Itu doaku saban hari.  Lantas aku meraup mukaku.

Ish, apasal yang kau lambat sangat ni Yana” soal Azreena sahabatku yang agaknya sedari tadi memerhatikanku berjalan perlahan dibelakangnya.  Aku hanya mampu tersengih sahaja.  Padan muka aku pun, berangan je tahu. Mungkin kerana nama kami yang hampir sama di hujungnya membuatkan kami rapat.

“ Manalah bas ni, dahlah hari ni mula sekolah buat hal pula bas ni,” rungut Fara.  Kami berlima kian resah.  Yelah, takkanlah kita nak lambat hari mula sekolah.  Selang beberapa minit,kelihatan kelibat bas yang kami tunggu. Apa lagi, setelah bas tersebut berhenti, cepat-cepat kami menaikinya.


Last edited by wipers81 on 23-10-2013 05:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 12:57 PM | Show all posts
episod suai kenal ....
sbg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:58 PM | Show all posts
more please..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:11 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



             Alhamdulillah,nasib kami memang baik, ada lagi lima minit sebelum waktu sekolah bermula. Terus sahaja kami melangkah menuju ke tapak perhimpunan, berkumpul dan bertanya khabar sesama sendiri, maklumlah hari pertama.  Kebetulan  aku, Fara, Ecah dan Enab di  kelas yang sama pasti meriahlah kelas kami tahun ini. Ecah dan Azreena di kelas yang sama, sebelah kelas kami. Yelah,mereka tu budak pandai sebab tu mereka layak di kelas nombor satu iaitu kelas  Arif, manakala kami di kelas nombor dua iaitu kelas 3 Alim.  Kembar ku di kelas yang bernombor tujuh iaitu kelas 3 Bijaksana, jika mengikut susunan kelas di sekolah kami.  

           “ Dayana, kau duduk dengan aku tau.” Pinta Sofia sahabatku yang rapat denganku dari Form 2 lagi. Aku hanya mengangguk, lalu kami memilih tempat di bahagian belakang sekali. Kebanyakkan dalam kelas ini, boleh dikatakan enam puluh peratus terdiri dari rakan-rakanku yang sama sekolah dan kelas semasa di sekolah rendah lagi. Terdapat juga hampir dua belas orang pelajar Cina. Ish dah jadi sesi mari belajar matematik pula..hehehehe…

            “ Ish, asal mamat ni duduk di sebelah meja aku pula?” rungutku dalam hati. Sempat lagi akumengerling ke meja sebelah.

            “ Eh…eh kau ni Yana, kelas ni bukan hak milik kau, jadi kenapa kau nak sibuk dengan mamat sebelah ni,” suara siapakah itu?  Suara siapa lagi kalau bukan suara hatiku….hehehe. Macam manalah dia boleh sama kelas dengan aku kali ni?  Mana taknya, tahun lepas dia kelas 2 Arif.  Aku berkata pada diriku.

               Muhammad Zaki Irshad Bin Azimi, ya mamat nilah yang digossipkan dengan aku masa kami darjah enam dulu. Alahai, siapa punya kerja kalau bukan sahabatku, Fara. Riuh gila satu sekolah masa tu. Aku malu sangat masa tu, yelah aku sedar akan kekurangan diri aku, mana taknya Zaki tu orangnya ada rupa, kulit putih melepak, aku pula selekeh, kulit pun hitam, bak kata kembarku macam ‘Dayang Senandung’ apabila ada perkelahian antara kami. Antara kami berdua, hanya aku yang berkulit gelap, nak buat macam mana, aku lebih banyak mengikut bapaku kerana bapaku berkulit gelap. Seringkali aku rasa macam nak menangis saja bila terkenangkan sindiran kembarku. Tapi biasalah, walau besar mana pun perkelahian antara kami, hubungan kami masih utuh. Ibarat kata pepatah, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua.  

             “ Lily Dayana, boleh saya pinjam pembaris awak tak?” Tiba-tiba soal satu suara di belakangku. Nasib baik tak melatah aku dibuatnya. Kuss… semangat sempat lagi aku mengurut dada.  Aku menjeling padanya, erk….terperanjat aku, rupanya budak lelaki yang aku admire  sejak dari Form 1 lagi. Hai …kelas tak start lagi dah nak pakai pembaris? Agak musykil aku dengan mamat ni.

             “ Haa…pem…pembaris, kejap ye,” balasku sedikit gagap kerana rasa terkejut yang masih bersisa lagi.  Lantas, aku menghulurkan pembarisku padanya lalu aku terpandang tepat ke wajahnya lantas dia menghadiahkan sebuah senyuman manis padaku.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:17 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 05:23 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


            Ya Allah, rasa macam nak terkeluar jantungku kerana debaran yang sangat laju ku rasakan.  Terpana sektika aku. Dia kemudiannya terus berlalu, rupa-rupanya dia  yang  duduk  sebelah  Zaki.  Tiba-tiba  mereka  berdua serentak memandang
padaku yang sedari tadi merenung mereka.  Alamak, malunya aku!  Terus saja aku memalingkan wajah mengadap papan hitam di hadapan.  Cuba berlagak tenang sedangkan dalam hati gelabah yang amat.

           “ Assalamua’laikum dan selamat sejahtera semua,” ucap satu suara. Kami semua bingkas bangun dan menjawab salam guru yang baru sahaja melangkah masuk ke kelas kami.

           “ Kamu semua boleh duduk.  Saya Cikgu Saparman yang akan mengajar Bahasa Melayu dan merangkap guru kelas kami kali ini. Baiklah, memandangkan hari pertama kita di sekolah, jadi saya tak nak membuang masa lagi.  Sekarang saya nak melantik Ketua Kelas.  Sesiapa  yang ada cadangan sila kemukakan sekarang.”sambung Cikgu Saparman.  

             Antara nama yang tersenarai ialah Zaki, Baharin dan Nashrin. Setelah undian dibuat, kami sekelas, sebulat suara memilih Zaki Irshad menjadi ketua kelas.  Dia bangun dari kerusinya, dan menundukkan kepalanya membuat gaya ala-ala menang award.  Hurmmm….bajet bagus saja mamat ni.

          “ Okey pelajar, sekarang kita akan memilih jawatan untuk Penolong Ketua kelas pula. Siapa yanghendak kamu cadangkan?” soal Cikgu Saparman. Kelihatan Fara mengangkat tangannya, lalu dia berdiri.

          “ Saya cadangkan Lily Dayana, cikgu,” ujarnya sambil memandang ke arahku dengan senyuman sumbing. Bulat mataku yang terbeliak kerana terkejut sambil memandangnya. Biar betul minah ni?

          “ Ish, apasal pula si Fara ni…hai macam nak kenakan aku lagi saja minah ni? Tak puas lagi ke  dia ni nak menyakat aku dengan Zaki. Ah, lantaklah, nanti aku pujuk kawan-kawan jangan undi aku…” sambil mulutku terkumat-kamit, tersenget sana tersenget sini.  Merungutlah apa lagi.

             Sofia hanya tergelakmemerhati telatahku. Setelah dicadangkan beberapa nama iaitu aku, Fiza dan Zulaikha, Cikgu Saparman memulakan undian.  Apabila namaku disebut, rakan-rakanku memandang ke arahku dan tanpa membuang masaaku  memberi isyarat dengan menggelengkan kepalaku untuk meraih perhatian mereka agar tidak mengundiku.  Namun sia-sia belaka. Setelah beberapa minit berlalu…

“ Baiklah kelas nampaknya kamu sebulat suara memilih Lily Dayana sebagai Penolong Ketua Kelas kamu tahun ini.” Keputusan muktamad telah dibuat oleh Cikgu Saparman.  Nampaknya terpaksalah aku akur sahaja.
Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 03:59 AM | Show all posts
Cerita ni sampai diaorg besar ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2013 02:32 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


             “ Alahai, sabar sajalah aku dengan Fara ni.  Nasib baiklah kau kawan aku, kalau tak dah lama kena sembur dengan aku.” rungutku lagi dalam hati.  Eh…tapi berani ke aku sembur orang.  Jangan tak tahu aku ni jenis yang agak pendiam. Sebab itulah Azreena dan Sofia sering memarahiku kerana sikapku ini yang sering menjadi mangsa buli Fara dan rakanku yang lain.  Alah, bukannya Fara buli teruk-teruk pun.  Setakat seronok menyakat  aku saja.  Aku pun tak kisah sangat.

            “ Tahniah Dayana.  Nampaknya awak akan menjadi pembantu saya,” ucap suara yang  dimiliki oleh siapa lagi kalau bukan si  Zaki  sambil tersengih  macam kerang  busuk kepadaku.  Aku memandang ke arahnya yang berdiri dibelakangku, lantas pandanganku terhala sekali ke arah admire aku yang berdiri di sebelahnya sambil senyum padaku. Oppss.... lupa nak kenalkan nama dia Mohd. Fahim Hijazi Bin Ariffin.  

             “ Alamak, dia senyum lagi kat aku,” desis hatiku. Dudukku dah tak tentu arah. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain.

             “ Ish, dah kenapa dengan kau ni Yana? Semacam je aku tengok kau. Kot ye pun dia senyum kat kau janganlah gelabah sampai macam tu!” TegurSofia yang dari tadi memerhatikan tingkah laku ku yang tidak tentu arah itu.  Malunya aku dengan Sofia. Lantas aku membuka beg sekolahku, mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu dan berpura-pura membaca.  Entah apa yang aku baca pun tak tahulah? Terdengar ketawa halus dari Sofia. Aku menjelirkan sedikit lidahku padanya.

             “ Sofia, kot ye pun janganlah gelakkan aku, nampak dek Fara dengan kawan yang lain nanti tak habis-habis diorang menyakat aku. Mana aku nak letak muka aku ni?”  Aku buat-buat menarik muka masam sambil menjeling tajam ke arahnya.  

             “ Alah kau ni Yana, kau janganlah marah, rilekslah…seronok aku bila tengok muka kau yang suka gelabah tu, ”  seloroh Sofia dan menyudahkan sisa tawanya.

             “ Ye ke, hampeh betul la kau ni Sofia,” balasku sambil menepuk lembut bahunya. Dia hanya mengaduh kecil sambil gelak mengekek ke arahku.

               Lambat betul rasanya hari ni berlalu.  Akhirnya tepat jam satu suku petang, loceng menandakan tamat waktu persekolahan berbunyi.  Alhamdulillah, lega aku.  Tanpa sengaja aku terpandang ke meja sebelahku, kelihatan dia sedang menggalas beg sekolahnya dan tiba-tiba pandangan kami bersatu.  Fahim senyum padaku. Aku jadi gelabah lagi. Dengan spontan aku lekas-lekas bangun dari kerusi.  Beg sekolahku diangkat lalu aku galas ke bahuku.  Tanpa membuang masa,aku terus bergerak menuju ke pintu kelas. Dek kerana kelam kabut, tanpaku sedar aku terlanggar sesuatu.  Lalu aku terjatuh terjelepuk ke lantai dengan ayunya.  Malu sungguh aku dengan sikap aku yang satu-satunya payah nak diubah ‘kalut’ gabungan perkataan kelam dankabut. Sengal rasa hidung mancung aku ni.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 08:46 PM | Show all posts
khaizarina posted on 13-4-2013 03:59 AM
Cerita ni sampai diaorg besar ke?

mmm...sampai besar dan ada banyak lagi warna-warni dalam cerita ni. saya akan update dari masa ke semasa.di harap enjoy dengan cerita saya ini...
Last edited by wipers81 on 22-4-2013 04:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2013 04:03 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia....



                 Kemudian terdengar gelak tawa dari belakang.  Hai …. rasanya macam ramai saja yang tumpang gelak ni. Aku mengangkat kepala, memandang ‘benda’ yang aku langgar tadi.  Alahai, kenapalah aku langgar mamat ni? Zaki Irshad tersengih memandang aku yang sedang terkial-kial bangun.  Entah bagaimana, aku telah menyambut satu tangan yang dihulurkan padaku. Setelah aku berdiri dengan stabil, aku memandang wajahnya..erk…macam mana aku boleh sambut tangan si Fahim pula?  Dia hanya tersenyum padaku. Senyum lagi!!!

             “ Terimakasih..” ucapku kepadanya, lantas bergerak meninggalkan mereka yang lain.  Mana taknya semua orang sedang galak menggelakkan aku.  Malu beb.  Tambahan pula, Fara  dan rakanku yang lain  siap  gelak sambil menekan perut masing-masing.   Si Zaki ni pun satu, masa nilah dia nak brek mengejut.  Kalau tak, sah-sah aku tak jatuh tadi.  Sakit hati aku dengan perangai Zaki yang kurang semenggah ni.  Sakit hatiku bila melihat dia juga sakan gelakkan aku.  Sengal sungguh mamat ni.  Tanpa berlengah aku terus berlalu.  Lagi lama di situ, lagi bertambah sakit hati aku.  

            “ Manalah Azreena ni?” Rungutku yang sedang menunggunya di pondok berdekatan pintu pagar sekolah. Hampir naik kematu dah punggung aku menunggu kawan baik aku ni. Kini hampir sepuluh minit berlalu, namun tidak kelihatan lagi bayangnya.  Aku tinggal juga minah ni karang. Hati aku dah mula kepanasan seiring dengan cuaca yang sedang panas terik hari ini.  Berani ke aku nak marah Azreena?  Jangan tak tahu, boleh tahan gak mulut minah ni.  Aku tersengih sendiri.  

            “ Awak okey ke Lily  Dayana?”  Sapa satu suara.  Alamak, macam kenal je suara tu. Aku berpaling ke
arahnya.  Tersentak aku!  Rupanya Fahim.  Mukaku terasa panas.  Peristiwa tadi mula bermain di kotak fikiranku.

            “ Er….saya okey..” jawabku pendek dan sedikit gugup.  Dari jauh aku nampak kelibat Zaki sedang senyum penuh makna padaku. Akumengalihkan pandangan darinya. Senyumannya agak menjengkelkan aku. Aku menggaru kepala yang berlapikkan tudung sambil membuat mimik muka tidak puas hati. Fahim,ku lihat tersenyum dengan kerenahku.  Aku menundukkan wajah.  Teramatlah malu aku rasakan saat ini.  Kalaulah aku ada kuasa magik, lama dah aku ghaibkan diri aku ni. Hesy, apa yang Fahim ni buat kat sini??

            “ Yana, lain kali kalau jalan, pandang ke depan bukan ke bawah.  Nasib baik awak langgar belakang saya yang berlapikkan beg sekolah saya yang mahal ni tau, kalau awak langgar dinding tadi tak ke benjol dahi awak tu?” kata Zaki  sebaik tiba di pondok di mana aku dan Fahim berdiri.

               Entah dari mana munculnya mamat bajet bagus ni, tak tahulah aku. Apasal tiba-tiba dia boleh singgah kat sini pula? Malu tadi pun tak hilang lagi, boleh pula si Zaki ni  siap perli-perli aku. Manalah aku nak letak mukaaku ni. Terasa bahang panas mula menyerbu ke mukaku. Berbahang rasa muka aku.


Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 04:16 PM | Show all posts
wipers81 posted on 14-4-2013 08:46 PM
mmm...sampai besar dan ada banyak lagi klimaks untk cerita ni. saya akan update dari masa ke semas ...

klimaks? Seremmm!


klimaks ke 'cornflake' dikkk?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 04:18 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-4-2013 04:03 PM
BAB 3

Betul sepertitekaanku. Sampai saja di rumah, emak amat terkejut dengan keadaan aku.  Pedih  ...

errr..errr... rasa mcm hilang klimaks sbb tak ada perenggan. Sila edit supaya tarap tarap makcit mudah nak baca.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 04:20 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 22-4-2013 04:18 PM
errr..errr... rasa mcm hilang klimaks sbb tak ada perenggan. Sila edit supaya tarap tarap makcit m ...

dah siap edit...sorry

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 04:21 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 22-4-2013 04:16 PM
klimaks?  Seremmm!

oklah saya tukar

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 04:23 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-4-2013 04:20 PM
dah siap edit...sorry

nak komplen lagikkk... (maklumlah dah tarap senior.. dari segi kutipa kredit , jadik bulehlah buli junior Junior lah kan sbb kredit ciput Jgn mareee!! )

Sila jgn sekali harungkan menepek satu bab dlm satu pos.
tepek sikit-sikit lerrr.. pjg2 mcm ni berpinorrr bijik mata macit!

Last edited by ladyFinger12 on 22-4-2013 04:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 04:25 PM | Show all posts
sudi-sudilah baca hasil garapan saya....
Last edited by wipers81 on 29-4-2013 09:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 04:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 22-4-2013 04:23 PM
nak komplen lagikkk... (maklumlah dah tarap senior.. dari segi kutipa kredit , jadik buleh ...

baik senior....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 09:16 PM | Show all posts
maniskah derita,pahitkah bahagia....



              “  Maaflah Zaki, saya tak perasankan awak tadi” balasku ringkas. Tanpa memandang ke arahnya. Manalah kawan aku ni, lambat lagi ke kau ni Azreena?

                 Sungguh walaupun aku mengenalinya dari darjah enam lagi, aku sangat jarang bercakap dengannya begitu juga dengan rakan lelaki sekelasku yang lain. Rasanya boleh dibilang dengan jari sekiranya ada perbualan antara kami. Aku rasa seperti diri aku ni tak layak untuk bercakap dengan mereka kerana aku sedar perwatakan aku tidak menarik disebabkan itulah yang membuatkan aku sering merasa tidak yakin dengan diriku.  Rasanya selama beberapa tahun mengenali Zaki, inilah dialog yang paling panjang pernah diucapkan olehnya kepadaku. Zaki pun satu, tak payahlah nak peril-perli aku. Eh…teremosional pula aku ni.  Sekilas aku menjeling ke arah Fahim, aku nampak dia senyum. Ni sorang lagi tak habis-habis, asyik senyum saja. Ada sawan senyum ke si Fahim ni?  Kenalah belajar tingkatkan tahap kesabaran aku melayan mamat-mamat ni.

             “ Sorrylah aku lambat Yana.  Eh… kau Zaki, Fahim. Apesal korang ada kat sini hah?! Korang nak menyakat si Yana ni ke?” Entah dari mana Azreena ni muncul, dengan tidak memberi salam, terus saja dia ni serbu. Tahulah mulut kau ni boleh tahan juga. Namun, dialah pembelaku tiap kali aku dibuli oleh rakan-rakan yang lain.

            “ Amboi, salam bagi pun tidak main serang saja kau ni Azreena. Jomlah Fahim, malas aku nak layan si Azreena ni. Karang tak pasal-pasal disemburnya kita lagi.  Jomlah blah…” kata Zaki sambil menarik tangan Fahim. Mereka terus berlalu meninggalkan aku dan Azreena. Sempat lagi Fahim tersengih dan mengenyitkan mata padaku. Terpana seketika aku dengan tindakan dia. Aku tertunduk malu. Minta-minta Azreena tak perasan akan kejadian tadi.

            “ Apelah si Azreena ni, serbu tak pakai helmet, takut diorang salah faham pula dengan aku nanti,” rungutku dalam hati. Dia hanya menjeling ke arahku. Kemudian, kami turut melangkah meninggalkan pondok tersebut. Rutin harian kami, pergi ke sekolah menaiki bas dan pulang dengan hanya berjalan kaki. Nasib baik juga Fara dan yang lain tiada di pondok itu tadi. Kalau tak…….habislah aku. Sebulanlah telinga aku merah kena sindir dengan Fara dan yang lain.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 11:40 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...

BAB 2





               Ku rasakan masa berlalu sangat pantas.  Hanya tinggal beberapa bulan saja untuk aku menghadapi peperiksaan PMR. Sedang aku sibukmenyiapkan peralatan makmal untuk eksperiman bagi matapelajaran Sains, tiba-tiba aku disapa satu suara.

             “ Ehem….maaf Yana, boleh saya pinjam jam tangan awak tak?” Sudah!! Jam tangan aku  pula mamat ni nak pinjam. Tak tengok muka pun aku tahu siapa punya suara. Mujur tabung uji yang sedang aku pegang tidak terlepas dari tanganku.

              Siapa lagi kalau bukan Fahim. Ada-ada saja barang aku yang nak dipinjamnya sepanjang kami sekelas ini. Tanpa banyak soal, aku membuka jam tanganku, lantas menghulurkan padanya. Dia tersenyum, aku terpandang wajah Zaki di belakangnya yang hanya tersengih. Alahai, apasal lah dengan mamat-mamat ni?

           “ Apa yang Fahim nak dari kau Yana?” soal Sofia.  

           “ Nak pinjam jam tangan aku. Ish...peliklah Sofia, dalam ramai-ramai ahli kumpulan dia, takkan sorang pun takde jam tangan. Heranlah aku dengan mamat tu..” balasku yang hairan dengan perangai Fahim, di tambah pula dengan gelagat Zaki sejak akhir-akhir ni yang baik semacam saja dengan aku. Tiba-tiba saja terasa meremang bulu roma aku saat ini.  Hehehe…

             Kebelakangan ini, aku perhatikan dia dan Zaki sering mencuri pandang pada aku. Bila aku memandang mereka, cepat-cepat mereka mengalihkan pandangan dan berbisik sesama sendiri. Rimas jugak aku dengan kerenah mereka. Entah-entah mereka kutuk aku tak? Ish, tak baik pula aku nak berprasangka buruk pada orang.  Ah lantaklah…

            “Oi…ape yang kau menungkan tu? Karang meletup pulak bahan eksperimen kita dalam tabung uji tu dek tenungan kau.” Aku sedikit tersentak dengan teguran Sofia tadi. Sekali lagi, nasib baik tak terlepas balang yang sedang aku pegang. Hampeh betul si Sofia ni. Malaslah aku nak fikir pasal budak berdua tu. Gasak dioranglah…..

            “Yana, petang nanti kitorang nak buat study group. Nak join tak?” soal Fara semasa kami sedang makan di kantin sekolah. Apa aku nak jawab ni? Bukan dia tak kenal dengan mak aku. Habis waktu sekolah mak aku  pesan suruh balik rumah terus.   Serba salah aku dibuatnya. Kepala yang tak gatal jadi gatal pula. Lantas aku menggaru kepala yang berlapikkan tudung sekolah itu.



Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:43 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 11:47 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


          “ Takpelah Fara.  Korang buatlah ya. Maaf, rasanya aku tak dapat nak join  koranglah. Aku ada hal di rumah sebenarnya. Er.…aku dah janji dengan mak aku nak balik awal hari ni biasalah aku kena tolong dia Fara, kau kan tahu mak aku tu macam mana orangnya.” Moga dia dapat menerima jawapanku.

           “ Alah bukan aku tak tau, mesti mak kau naksuruh kau tolong jahit baju kan. Ala Yana, PMR dah dekat ni, jomlah. Ramai ada ni. Bolehlah…kesian pada kawan-kawan yang lain. Diorang harap sangat kau join sekali! ” Rayunya lagi. Aku berdecit. Hesy.. lecehlah macam ni. Tapi..takpe kot rasanya. Balik karang pandai-pandailah aku beri alasan kat mak. Opss…baru aku teringat, apa guna aku ada kembar. Aku bingkas bangun, nasib baik dah habis makan. Fara sedikit terkejut dengan reaksi spontanku.

           “ Fara, kejap ek, aku cari kakak aku dulu… jumpa di kelas okey.” Lantas aku berlari meninggalkan Fara yang sedang terpinga-pinga dengan reaksiku.  


             Langkah kuhayunkan dengan laju, menuju ke kelas kembarku. Dari jauh nampak kelibat dia dan rakan-rakannya. Teringat kata-kata Azreena bahawa kembarku boleh menjadi sahabatnya tetapi rakan-rakan kembarku tidak boleh menjadi sahabatnya.  Hairan dengan Azreena. Bila difikirkan balik,betul juga katanya. Siapalah yang nak berkawan dengan kami yang berada di kelas pandai. Kami dilabelkan sebagai budak-budak skema. Ewah… perasanlah pula akuni.

            “ Kak! Kau boleh tolong aku tak?” soalku padanya sambil termengah-mengah kepenatan berlari. Oksigen..aku perlukan oksigen.

            “ Kuss semangat kau ni dik. Apehal pulak dengan kau ni dik? Bagi salam pun tidak, ni main sergah je. Terperanjat aku tau tak? Hah…kau nak apa?” Amboi, garangnya dia. Dia mengerutkan kening sambil memandang ke arahku.

           “ Kau kena tolong aku kak, kali ni je. Macam ni, aku kena balik lambat sikit.  Member-member aku nak buat study group,  selalu sangat aku menolak, sekarang ni aku dah tak boleh nak tolak. Nanti kau bagitahu kat mak, aku minta maaf banyak-banyak sebab balik lambat sikit hari ni. Aku janji sebelum pukul lima nanti aku balik. Aku buatlah ape yang mak suruh nanti.” Terangku dengan panjang lebar.  Kelihatan kembarku menggaru kepalanya.

“ Hesy, lecehlah kau ni!  Yelah nanti aku bagitau maklah!  Ni betul ke nak study group?  Ntah-ntah dating dengan sape-sape ke? Kau jangan dik, ingat mak pesan kat kita. Kalaulah mak tahu kita terlibat dalam hal cintan-cintun ni, nahas kau..” kata kembarku memberi peringatan padaku. Amboi main serkap jarang pula dia ni.

“ Hish…ke situ pulak kau merepek kak. Agak-agaklah kau ni kak.  Siapalah yang nak kat aku yang macam Dayang Senandung ni hah. Takpelah kak, aku pergi dululah ek.  Kau jangan lupa pulak bagitau mak ya.” Tanpa berlengah, aku terus mengangkat kaki berlalu. Loceng tamat waktu rehat telah kedengaran.


Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 11:53 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


             “ Tu ke kembar kau Liana?  Lain benar kau dengan dia ek.  Kiranya, korang ni kembar tak seiraslah ek?” tanya Yati, rakan baiknya.

             “ Hmm…Yana kembar aku. Memang kami tak seiras pun. Dia banyak ikut sebelah arwah bapa aku.Aku pula ikut sebelah mak.” balas Liana  sambil tersengih.  

            “ Jomlah masuk kelas, karang tak pasal-pasal kena denda pulak kalau lambat.  Dahlah lepas ni kelas cikgu Natrah, garang gila cikgu tu.” Cepat-cepat mereka melangkah masuk ke kelas. Takut didenda cikgu Natrah yang mengajar subjek Sejarah. Cikgu yang memang terkenal dengan sikap dia yang sangat garang.

              Seperti yang dijanjikan, aku bersama Fara dan rakan baikku yang lain termasuklah Azreena danEcah bukan nama sebenar melangkah ke tempat yang telah dicadangkan rakan-rakan lain untuk sesi study group. Kenapa aku kata Ecah bukan nama sebenar, nama sebenarnya ialah Siti Aishah Binti Mohd. Fikri manakala nama sebenar Enab ialah Zainab Binti Sulaiman. Fara pula nama penuhnya Nur Farahanani Binti Hashim dan Fiza pula Nur Hafiza Binti Mardani dan tak lupa juga rakan baikku Nor Azreena Binti Abullah. Tidak ketinggalan Sofia Binti Mohd. Low.  Ini kerana bapanya seorang berbangsa Cina yang akhirnya memeluk Islam. Tamat sudah sesi perkenalan semua sahabat baikku.

              Setelah beberapa minit berjalan kaki, kami sampai ke destinasi. Hampir terjegil mata aku dibuatnya, mana taknya kelihatan bersama dua mamat yang sering membuat aku resah dengan tingkah laku mereka.  Perangai ‘tok  nenek’ aku mula nak menyerang.  Perangai apa lagi kalau bukan kalut.  Aku sudah bertukar menjadi gelabah bukan ‘incredible hulk’ okey. Dek kerana terlalu asyik memandang mereka sambil dalam hati aku menggelabah gila, aku tidak sedar terdapat longkang kecil di hadapan. Apa lagi, terus aku terpelecok jatuh ke lantai.  Adoiii…..aku lantas memicit kakiku yang sakit.

             “ Ya Allah, Yana kenapa ni! Apelah kau ni Yana,mata kau letak kat mana? Tengok kan dah jatuh,”  kata Fara yang terkejut dengan musibah yang menimpaku itu.  Dia dan rakan yang lain pantas mendapatkan aku. Kelihatan, Zaki dan Fahim juga turut sama menerpa ke arahku. Raut wajah mereka kelihatan cemas.

             “ Eh…takpelah Fara, aku okey. Maaflah aku cuai sangat sampai tak perasan ada longkang kat sini,” balasku cuba menenangkan mereka. Walhal, aku cuba menutup kegugupan aku kerana Zaki dan Fahmi sudah berdiri di hadapan aku. Kedua-duanya menghulurkan tangan padaku dengan serentak. Semua mata rakanku tertumpu pada ku dan mereka berdua.  Adui…. malunya aku.

            “ Tak mengapa, saya boleh bangun sendiri,”  ujarku sambil memaut tiang di sebelahku, cuba untuk berdiri.  Eh, bila pula ada tiang tepi aku ni?  Masih sempat lagi aku tersengih walaupun sakitdi kaki kian menyucuk.  Tergambar jelas kelihatan di raut wajah mereka sedikit kehampaan dengan penolakan ku terhadap pertolongan yang ingin mereka hulur. Gila!! Takkanlah aku nak sambut tangan diorang dengan serentak. Gumamku sendiri. Sudahlah kami menjadi perhatian.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 11:58 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.915320 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list