|
masnona posted on 3-4-2013 01:08 PM
aku lebih suka tekaan ini. sbb fazura xpnh nyanyi
Credit: Utusan
ARKIB : 07/07/2002
Fanatik Sam bertabah lah..doakan yg terbaik je.. Siapa kata Fake tak sudi bercouple dgn lelaki biasa..? selepas Hady Mirza..Sam pula? jeng! jeng..!
Fazura ingin jadi manusia serba boleh
SEKIRANYA ditanya tentang impian hidupnya, pasti ramai yang tidak menyangka model iklan syampu Pantene ini ingin bergelar penghibur.
Walaupun wajah manisnya sering menghiasi kaca TV dan dada majalah tetapi itu semua belum cukup untuk membuatkan dia berasa puas.
Gadis yang menghiasi ruangan dunia model minggu ini, Nurfazura Sharifuddin, 19, berkata, jika diberi kesempatan, dia mahu menguasai semua bidang.
Menurut Fazura, dalam dunia moden yang penuh cabaran, remaja sepertinya perlu lebih berdaya saing untuk terus maju.
Justeru, setiap peluang yang datang perlu digunakan sebaik mungkin agar usia muda tidak disia-siakan begitu sahaja.
Fazura yang memulakan kerjaya sebagai model dua tahun lalu, kini mula berjinak dengan dunia pengacaraan.
``Kalau diberi peluang, saya ingin mencuba semua bidang termasuk nyanyian dan lakonan,'' ujar model ini.
Pengacara Teensworld ini berkata, pembabitannya dalam bidang pengacaraan tidak pernah dirancang.
Segala-galanya bermula apabila dia menghadiri uji bakat sebagai penyanyi di KRU Production kira-kira lima bulan lalu.
Ketika itu dia dipelawa oleh rakan lain untuk turut serta dalam uji bakat pengacara dan tanpa diduga Fazura berjaya mengetepikan calon-calon lain.
``Saya sungguh terkejut apabila diberitahu mengenai berita itu.
``Dulu saya tidak suka kerjaya itu dan tidak pernah terlintas langsung hendak menjadi hos program TV tapi sekarang semuanya seakan-akan terbalik,'' ujarnya sambil tertawa.
Anak kelahiran Pekan, Pahang ini mengakui dia jatuh hati dengan bidang tersebut ketika pertama kali menceburinya.
Kata Fazura, dia bernasib baik kerana pengalaman sebagai model banyak membantu ketika dia beraksi di hadapan kamera.
Cuma bezanya ialah sebagai hos dia terpaksa bekerja lebih tekun dan menghabiskan masa yang agak panjang semasa penggambaran.
Selain iklan Pantene, gadis yang berketinggian 5 kaki 5 inci ini pernah menjadi model untuk beberapa iklan termasuk Hotlink, Taylor's College dan Kalsio Sweets.
Teensworld yang memaparkan perkembangan dunia remaja hari ini turut menyentuh tentang hobi remaja, filem, muzik dan dunia persekolahan.
Rancangan 24 episod arahan Sherman F. Xavier yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris itu telah pun ditayangkan di TV2 Jumaat lepas.
Percubaan Fazura sebagai hos nampaknya tidak sia-sia kerana khabarnya dia mula dirisik oleh beberapa pihak untuk dijadikan pelakon drama dan filem.
Namun begitu, dia lebih tertarik dengan tawaran syarikat drama Tayangan Unggul yang bakal menggunakan khidmat pengarah terkenal Aziz M. Osman.
Menyentuh mengenai bidang nyanyian, Fazura yang belum berkesempatan menyanyi berkata, dia kini giat menulis lirik lagu.
Walaupun sebelum ini dia pernah ditawarkan menyanyi berkumpulan tetapi dia terpaksa menolak kerana kurang berminat.
Sebagai percubaan, dia akan berduet bersama penyanyi Nine daripada kumpulan Phyne Ballerz dalam single pertamanya nanti.
``Insya-Allah, kalau sambutan yang diterima menggalakkan, saya akan teruskan cita-cita menjadi penyanyi yang telah lama terpendam,'' tambah Fazura. |
|