CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 3

[Jenayah] Jumlah Pengundi Hantu yang diperlukan BN untuk kekal berkuasa di Putrajaya?

 Close [Copy link]
Post time 4-4-2013 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Pengundi hantu yang digunakan BN bukan cerita baru di negara kita
cuma jumlahnya sahaja berapa ramai yang akan digunakan pada PRU ke 13 yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia sekarang...
pengundi hantu pernah disahkan di Mahkamah, sebelum projek IC mahathir terbongkar lagi.....Hakim Muhammad Kamil Awang telah mengesahkan kewujudan pengundi hantu

Keputusan Likas dibatal --Mahkamah dapati wujud pengundi hantu pada pemilihan 1999

KOTAKINABALU 8 Jun - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari inimengisytiharkankeputusan pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Likas yang diadakanpada tahun 1999
sebagai batal keranaterdapat pengundi hantuyang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan tersebut.

Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam penghakimannya berkata, daftar pemilih 1998 bagi kawasan tersebut adalah tidak sah.



Selain Sabah, satu lagi negeri yang pernah dijalankan operasi khas menipu secara besar-besaran adalah negeri Terengganu, bermula pada PRU pada tahun 2004...negeri Terengganu dirampas dengan cara kotor dari tangan Pas, dengan pertambahan pengundi yang luar biasa....sehingga kini, pertambahan pengundi dalam daftar pemilih yang kotor itu masih belum dibersihkan

Fakta penipuan PRU ke 2004


Parlimen kemaman (di terengganu)

Jumlah Pengundi 2004 : 66,416
Jumlah Pengundi 1999 : 50,616
Pertambahan Pengundi : 15,800
% Pertambahan Pengundi : 31.21% (pertambahan luarbiasa)
% Keluar Mengundi 1999 : 81.09 %
% Keluar Mengundi 2004 : 88.02%
Maj Menang 1999 : 1,535 (Keadilan)
Maj Menang 2004 : 15,882(BN)

Bandingkan pula Jumlah Pengundi di Batu Pahat ( di johor)
Jumlah Pengundi 2004 : 68,154
Jumlah Pengundi 1999 : 64,949
Pertambahan Pengundi : 3,205
% Pertambahan Pengundi : 4.93 % (pertambahan normal yg sepatutnya)
% Keluar Mengundi 1999 : 73.66%
% Keluar Mengundi 2004 : 73.81 %



Ambo cumo bawok 2 senario kawasan parlimen mengundi dulu. Ini secara khusus untuk kito memulokan perbincangae mengapo dikatokae BN MENIPU di terengganu.

Pertamonyo, kito tengok pertambahan pengundi ygbegitu DRASTIK, seolah2 Kemaman itu adalah pusat ekonomi dunia, sehinggakan penghijrahae berlaku besar2an.

Keduonyo, kito tengok peratusan keluar mengundi yg cukup ketara, antara Kemaman dengae Batu Pahat. Bagi negara2 sedang membangun seperti malaysia ni, peratusae keluar ngundi adalah sekitar 65% - lebih sikit 80%. Sebab itulah kalau peratusae mengundi itu kekal sebagaimana kebiasaan,bukan sahaja Terengganu tak dapat, mungkin negeri2 lain yg majoritimelayu Islam jugok bakal tumbang. Oleh itu, dalae kiraan JPN dan SPR yang terlibat secara langsung, sebagaimana ambo pernoh sebut beberapo tahun sudah,jiko peratusae kekal, BN kalah banyok tempat. Mau tak mau, negeri2 yg maj melayu/Islam ramai, mesti diambilalih walau apa cara sekalipun supaya semangat perubahae dikalangan masyarakat melayu/Islam itu tidak merebak ke negeri2 lain.

Ketigo, bilo tengok kepada majoriti menang tahun2004 itu adalah hampir sama dgn pengundi yang ditambah iaitu sekitar 15,800 orang, seolah2 ini adalah grand design pihak2 yg ada kepentingan. Mana mungkin rakyat yang celik menjadi begitu boodo sekali di mana kesemua pengundi yg ditambah itu memberikan undi kepada BN sahaja. Bukae sahaja di Kemaman, di seluruh terengganu, hampir semua pengundi baru yg dikatakae itu memberi undi kepada BN.Pelik tapi benar, itulah politik di negara ini.

Keempat, bilangan undi yg diterima calon Keadilan adalah hampir sama sahaja antara tahun 1999 (20,715) dan 2004 (20,635) iaitu hanya berkurangan 120 undi sahaja. Jika senario ini berlaku dan tidak ada penipuan pertambahan pengundi, BN belum dapat menawan parlimen kemaman ini.

================================



Husam berkata, PAS kalah pada 2004 ekoran pertambahan undi luar biasa sebanyak 93,179 yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum tersebut.



Menurutnya, persoalan bagaimana BN mendapat 93,179 undi baru itu pernah ditimbulkan dalam persidangan DUN Terengganu, tetapi dakwanya, ia tidak boleh dijawab oleh pemimpin BN negeri itu.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, katanya, BN memperolehi peningkatan purata 19 peratus atau kira-kira 2,200 pengundi barubagi setiap DUN.


=================

Peratus keluar mengundi bagi PRU ke 12 bagi negeri Terengganu adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 84.97% jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain


sementara Peratus keluar mengundi terendah ialah Sarawak iaitu hanya 65.08% saja yang keluar mengundi..

Peratus Keluar mengundi tertinggi ini membuktikan bahawa kenyataan Dato Mustafa Ali tentang adanya operasi khas pengundi hantu dari luar negeri Terengganu yang dibawa masuk ke dalam negeri tersebut adalah benar

====================================


idris jusoh seolah-olah dah tahu awal-awal lagi peratusan yang akan keluar mengundi

Laporan Utusan Malaysia pada 31 Januari 2008 (sebelum pilihanraya Umum )



Pastikan 85% keluar mengundi

SETIU 30 Jan. – Semua ahli UMNO termasuk pemudadan puteri di Terengganu digesa terus bekerjasama rapat bagi memastikan sekurang-kurangnya 85 peratus orang ramai di negeri ini keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata,kerjasama itu seharusnya dikekalkan sehingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dalam pilihan rayaumumke-12.

p/s : Selepas Pilihan raya didapati % keluar mengundi negeri Terengganu adalah tertinggi di Malaysia iaitu 84.97% (Peratusanyang sangat-sangat hampir dengan peratusan yg telah disebut idris jusoh sebelum itu)





kenyataan idris jusoh pada 30 Januari 2008 dan disiarkan utusan pada 31 Januari 2008 ada menyebut tentang "85 % keluar mengundi"

ini pula keputusan dan peratus keluar mengundi pada pilihan raya 8 Mac 2008 :




didapati purata keluar mengundi keseluruhan ialah 84.97% ....
idris tahu...kalau dia tak dapat peratus keluarmengundi yg tinggi, itu ertinya ramai hantu gagal mengundi....dan dia akan kalah

kalau dia dapat peratus keluar mengundi yg tinggi..sebagaimana yg dia target(85%) , itu ertinya ramai hantu berjaya mengundi...dan dia akan menang...




Last edited by derihje on 4-4-2013 10:33 PM

Single Polls, Total 5 Users voted
20.00% (1)
0.00% (0)
0.00% (0)
20.00% (1)
60.00% (3)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis2 "dakwanye" ....tukar sikit "fitnahnye" kan lebih tepat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:44 PM | Show all posts
pemberian IC kepada indon2 adalah utk merampas negeri selangor....x perlu la balaci2 bongok UMNO nak nafi...pi tanya indon sebelah ada ic ke tak hokeh...jgn nak menggedik x tentu hala.

aku agak indon2 ni akan mengundi di tmpt2 ramai melayu spt di bangi....sabak bernam..dan kawasan2 yg byk jawa supaya pembangkang terkeliru...choi...haruslah berjuta ok diperlukan....

aku agak jugak...kaum2 bangla/nepal/myanmar diberi IC utk mengundi di perak, kedah dan penang...boleh la mengaku anak mami gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:57 PM | Show all posts
kalau kalah sbb hantu
hantu punya orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.140632 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list