CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16090|Reply: 8

Lagenda Puteri Limau Purut

[Copy link]
Post time 7-4-2013 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Telah di ceritakan olih orang yang empunya cerita, di zamandahulu kala ada saorang raja di negeri Perak bernama Sultan Mahmud IskandarSyah yang bersemayam di atas takhta kerajaan yang berpusat di Geronggong dalamMukim Pulau Tiga.Baginda tidak mempunyai putra atau putri, cuma berempatsaudara saja, dua laki-laki dan dua perempuan. Yang laki-laki bergelar Yang diPertuan Muda bersemayam di Kg. Pulau Tiga (sekarang Kg. Tok Paduka Raja)Baginda ini telah meninggal dunia terlebih dahulu dan telah di gelar dengangelaran Al Marhum Pulau Tiga.Yang perempuan,saorang bergelar selepas mangkatialah Syah Alam Muda Pulau Tiga iaitu tuan Putri Limau Purut. Setengah orangmenggelarnya tuan Putri Menara Konkong. Ghalibnya Putri Limau Purut. Saoranglagi bergelar Syah Alam Bongsu Sayong kerana meninggal dunia diSayong.Nama-nama batang tubuh mereka tidak di ketahui.

Pada satu hari datanglah satu rombongan di raja dari Aceh ke Istana Sultan Perak di Geronggongkerana hendak meminang tuan Puteri Limau Purut.Rombongan itu pun naik lahmenghadap Baginda serta menyembahkan kedatangan rombongan di raja itu.Selepasmendengar sembah rombongan itu maka Sultan pun bertitah supaya di tanggoh kanjawapan nya ke lain masa.Maka balik lah rombongan itu ke negeri mereka lalumenghadap dan menyembah kan perkara penanggohan itu.

Adapun akan tuan Puteri Limau Purut itu, apa bila ia mendapat tahu yang Raja Acihhendak meminang nya, maka amat lah masyghol hati nya yang bercita-cita hendak berkelah-kelahke hulu supaya dapat menenangkan hatinya yang duka itu.Maka bersiap-siap lahsegala inang pengasuhnya akan segala alat-alat perkelahan di raja serta dimuatkan ke dalam perahu.Angkatan tuan Putri dengan beberapa buah perahu itu punmodik lah kehulu sambil singgah di merata-rata kampung di tepi sungaiitu.Mana-mana tempat yang di singgah nya orang-orang kampung pun datang lahmengadap serta membawa persembahan seperti beras,sayur-sayuran dan lain lainsahingga penuh dalam perahu itu.

Tidak berapa lama modik sampai lah mereka ke satu tempat lalu mereka singgah dan naik ke daratserta bersiap-siap untuk berkelah.Dayang-dayang dan inang pengasuh nya puntampil lah membuat kerja masing-masing.Ada pun akan tuan Putri itu tidak pulaketinggalan dari peda menulung dayang dayang nya.Dengan takdir Tuhan sedangtuan Putri itu menyiang mentimun maka terkena lah mata pisau itu ke jari nyadan luka.Tuan Putri itu pun berseru."Jika darah luka di jari beta iniputih, beta akan mangkat di sini." Dengan takdir Tuhan juga darah yangkeluar dari luka itu pun putih.Tidak berapa lama lepas itu tuan Putri itu punmangkat lah.

Perkhabarankemangkatan tuan Putri itu pun di persembahkan orang lah kepada Sultan diGeronggong.Baginda pun amat lah duka cita di atas kemangkatan Paduka Adindatuan Putri Limau Purut itu.Baginda pun berangkat lah modik serta membawa segalaalat-alat kelengkapan di raja untuk mengkebumi kan tuan Putri itu di situjuga.Olih Baginda tuan Putri itu pun di anugerahi gelaran Syah Alam PulauTiga.Makam nya masih ada lagi di tempat itu juga.Sekarang sudah di bena baruolih pehak Museum Negara peda penghujung tahun 1977.

*mengikut cerita orang tua-tua kampong - Makam Syah Alam initidak pernah tenggelam olih mana-mana banjir walau macam mana dalam disekeliling nyasekalipun. -Tambak makam ini tidak bertumbuh rumpaisemenjak dari dahulu kala lagi. Disekelilingnya  penohdengan rumput yang tebal.

Adapun akan Sultan, apa bila sampai balik ke istana, Baginda pun menghantar utusanke Acih memberi tahu yang tuan Putri Limau Purut sudah meninggal.Baginda RajaAcih pun tersangat murka apa bila mendengar khabar yang di bawa olih utusanPerak itu.Baginda menuduh membuat helah saja, dengan sekejap ketika itu jugamengerahkan bala tentera nya untuk bersiap sedia menyerang negeri Perak.Apabila tiba masa nya angkatan perang Acih pun berangkat lah menuju ke Perak.Tidakberapa lama berlayar sampai lah angkatan perang Acih ke Perak laluberperang.Malang nya Kerajaan Perak tidak ada membuat apa-apa persiapan danjuga perkara ini tidak di sangka sangka akan berlaku.Lagi pula Bendahara tidakada di Kota peda masa itu kerana beliau sedang berubat di Ulu Kinta pedaPenghulu orang asli di situ.Perak pun kalah lah,Sultan pun di tawan dan di bawake Acih serta di penjara kan.

Setelah selesai asykar-asykar Acih balik, Orang Orang BesarPerak yang ada peda masa itu ia lah Bana, Tok Ribut, Tok Gagah, dan Tok Bidarapun mengadakan masyuarat untuk memberi tahu Bendahara di Ulu Kinta.Keputusannya Bana dan Tok Gagah ialah orang yang pergi menemui Bendahara.Tok Ribut danTok Bidara tinggal di Kota.Peda saat yang baik mereka pun berangkat lah.Setelahberapa lama berjalan sampai lah mereka itu ke tempat Bendahara itu berubat laludi ceritakan olih mereka itu peda Bendahara segala peristiwa yang telah berlakupeda Raja nya.Dengan ayer mata yang berlinang Bendahara punberkata."tuan-tuan,Teman berasa sedih di atas berita ini.Tetapi apa bulihbuat sudah takdir.Peda masa ini teman sedang sakit dan sedang berubat.Insyallahseminggu lagi sembuh lah penyakit teman ini."Dengan Takdir Tuhan sampai saminggu penyakit Bendahara pun sembuh lah.

Pada satu hari di panggil nya lah Penghulu orang asli itu mengadap laluberkata."Penghulu Teman bersyukur peda Allah kerana penyakit teman sudahsemboh mika mengobati.Apa yang teman nak bagi peda mika pun teman tak tahu.Nakbagi mika wang mika pun banyak wang .Olih itu begini saja lah.Teman serahkanpeda mika Ulu Kinta ini untuk mika menjaga.Cukai nya mika kutip lah."Ada pun kuasa yang di serah kan olihBendahara peda Penghulu itu masih lagi di pegang olih keturunan ini peda masaini bergelar Orang Kaya Kaya Panglima Kinta.(Kepada pehak cerdik pandai diharap dapat di selidiki dengan mendalam di atas perkara ini sama ada betul atautidak. penyusun)

Lepasitu Bendahara dan dua Orang Besar Perak itu pun balik lah ke Kota Geronggong.Tidak berapa lama di Geronggong Bendahara pun berangkat pula keSingapura kerana hendak membeli jin.Sampai di singapura Bendahara pun naik kedarat lalu bertemu dengan saorang orang tua sedang duduk termenung, di hadapannya ada empat ekur burung serindit.Bendahara pun memberi salam langsongbertanyakan jika sekira nya orang tua  itu hendak menjualkan burong nya.Apabila telah mendapat tahu yang burung itu hendak di jual nyadengan harga yang telah di tentukan maka Bendahara pun bersetuju hendak mengambilnya serta di bayar nya harga burung itu sekali.Lepas itu dengan tidakberlengah lengah  lagi Bendahara pun membawa keempat empat ekur burung itu ke kapal langsong berlayar menuju ke Pulau Sembilan.

Tidakberapa lama berlayar maka sampai lah kapal itu ke Pulau Sembilan.Disitu dilepaskan nya burong serindit sa ekur.Lepas itu modik pula ia sehingga sampai kePasir Garam. Disitu di lepaskan nya seekur lagi.Yang dua lagi itu di lepaskannya di sebelah hulu Perak sehingga sampai ke temong sana.Ada pun akan empatburung serendit itu ia lah empat jin yang di pelihara olih Bendahara untukbersam sama menjaga negeri Perak ini.Nama nama jin itu ia lah Bintang Kemabur,Perkaka, Gagak Sura dan Pulikat.(setengah setengah pawing selalu meminjam namanama jin ini untuk mengubat pesakit pesakit mereka-Penyusun)

Selepasselesai kerja melepaskan burung serendit (jin) itu Bendahara itu pun balik lahke Geronggong lalu bersiap sedia segala alat alat peperangan untuk menyerangAcih serta mengambil balik Sultan Perak yang kini dalam tahanan di sana.Balatentera seluruh negeri Perak pun di kerah untuk datang berhimpun diKota.Apabila telah berhimpun semua, peda saat yang baik angkatan perang Perakpun belayar lah menuju ke Acih.Yang bersama dalam angkatan perang itu ia lahBana dan Tok Gagah kerana ia berani dan gagah menentang musuh.Tok Ribut dan TokBidara tinggal di Kota.Apabila sampai mereka pun tampil lah berperang.Olihkerana rakyat dan Raja Acih memang tersangat gagah dan berani maka kalah lahorang Perak.Bendahara dan dua Orang Besar nya pun tertangkap dan di penjarakan. Raja Acih tersangat murka peda Orang Besar Perak itu lalu di hukum bunuhmereka bertiga.

Ada pun hukuman bunuh ke atas Bendaharadan rakan rakan nya itu telah sampai ke pengetahuan Raja Permaisuri Acih.Baginda pun lalu mengadap serta mendatangkan sembah."Ampun Tuanku.Apa lah salah nya yang besar Tuanku hendak bunuh Bendahara Perak ini?Jikasetakat itu saja salah nya tidak lah patut di bunuh.Patik sekarang sedang hamildan mengidam hendak santap buah durian Gangga Puri di hadapan anjung istanakita ini.Titahkan lah Bendaharaitu mengambil nya.Jika tidak upaya ia mengambil nya baru lah di hukumbunuh."Baginda Raja Acih pun terasa betul akan sembah permaisuri nya itudan berasa amat sukacita kerana mendapat tahu yang permaisuri nya sedanghamil.Baginda pun menitah memanggil Bendahara Perak dan apaabila Bendaharatelah sampai Baginda menitah menyuruh Bendahara mengambil buah durian itu.Jikatidak Bendahara akan di bunuh.Bendahara pun sanggup lah mengambil buah durianitu tetapi memohon supaya dapat di tanggohkan dalam seminggu lagi.PermohonanBendahara itu pun di kabul kan Bendahara itu pun balik lah ke tempat nya lalumembuat amalan ilmu hikmat nya.Cukup masa seminggu Bendahara pun mengadap RajaAcih serta memohon pula supaya di buat kan sebatang kayu sepanjang dua depa danbesar nya dua pemelok.Hujong dan pangkal nya di tajam semacam gasing.Apabilasiap kayu itu pun dibubuh di pangkal poko durian itu.Peda saat yang baikBendahara pun keluar lah dengan berpakaian hulubalang serba hitam, dudukberdiri lutut di hadapan kayu yang dua pemelok itu serta bertafakur memasangkanhakikat dan maarifat nya ,sambil memohon kan peda Tuhan supaya kerja nya ituberhasil.Lepas itu ia pun bangun berdiri serta di tepok nya hujung kayu itu disebelah kanan maka terjongkit lah kayu itu di sebelah kiri. Kemudian di tepoknya kayu itu di sebelah kiri pula maka terjongkit lah kayu itu ke atas lalu dipangku nya kemudian di lambong nya ke atas. Maka melayang lah kayu yang duapemelok itu ke hujong pokok durian di hadapan istana itu.Lepas itu kayu itu punturun lalu di lurut nya semua dahan dahan di sebelah anjong istana itu ke bawahdan dahan dahan itu menimpa anjong itu hingga roboh.Raja Acih serta Permaisurinya bersama sama dengan dayang dayang yang sedang memerhatikan Bendaharamengambil buah durian itu bertempiaran lari membawa diri masing masing untukmenyelamat kan nyawa.Dalam masa yang kelam kabut itu lah Bendahara dan kawankawan nya berkejar menuju ke penjara dan memecah kan pintu penjara itu lalu diambil mereak Sultan dan di bawa lari menuju ke kapal dan terus berlayar menujuke kuala sungai Acih.Apabila sampai di kuala di dapati kuala sungai itu telahdi sekat dengan tiga lapis rantai besi.Ini ia lah ilmu hikmat RajaAcih.Bendahara pun mengambil pedang bernama Corek Si Mandangkinil lalu di tetaknya tiga kali tetak, putus ketiga tiga rantai itu.Mata pedang itu pun sumbingtiga.Kunun nya masih ada lagi tiga sumbing di mata pedang itu peda masaini.Lepas itu kapal itu pun berlayar lah.Apabila sampai ke tengah lautan didapati Bana tidak ada berserta dalam kapal itu.Bana telah belot.Belayar lahkapal itu membawa Raja Perak balik dari tawanan di Acih dengan selamat nya.

Adapun Baginda Sultantersangat lah suka cita hati nya kerana telah selamat dari mara bahaya yangtelah menimpa diri Baginda.Baginda bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataalayang telah menyelamat nya.Baginda tidak pula lupa akan Bandahara yang telahbersusah payah mengeluar kan Baginda dari penjara dan membawa balik denganselamat nya.Untuk membalas jasa Bendahara itu Baginda dengan suka cita nyamenganugerah kan gelaran Bendahara Garang peda beliau.

Adapunakan Bendahara Garang pula, sunggoh pun Sultan telah dapat di kembalikan ke Perakdari Acih tetapi ia tidak percaya yang Raja Acih akan berdiam diri saja.Banamasih tertinggal di Acih.Tentu ia beralih tadah peda Raja Acih.Akan Banaini,mengikut cerita orang anak Raja juga dari Acih.Dia di hantar ke Perakmenyamar diri untuk belajar ilmu hikmat peperangan dan lain lain peda BendaharaGarang.



Makam puteri Limau Purut .

OlihBendahara Garang di ambilnya sebagai anak angkat.Bendahara Garang percaya Banatentu akan datang mengetuai bala tentera Acih untuk menyerang Perak.Olih yang demikiandi arah kan nya Tok Ribut untuk memberi tahu Pembesar Pembesar di seluruhnegeri Perak supaya datang ke Geronggong dengan orang orang nya untuk menentangmusuh.Ada pun akan Tok Ribut ini perjalanan nya semacam ribut laju nya.Manamana pokok yang melentang jalan nya habis tumbang di langgar nya.Apa bila iahendak berhenti di tuju kan nya peda pokok pokok yang besar besar lalu di peloknya, baru lah dapat ia berhenti.Alang alang pokok habis tumbang di buatnya.Sebab itu lah di tugas kan kerja memberi tahu Pembesar Pembesar Perak itukepada Tok Ribut.Apa bila semua sudah berhimpun Bendahar Garang mula lahmembahagi bahagi kan kerja peda tiap tiap Pembesar Pembesar itu.Ada yangmembaik Kota dan ada pula yang membela senjata senjata.Ada pula yang di kerahuntuk membuat beratus ratus perigi serta pula di bubuh dengan daun daunjelatang di dalamnya.Pendek nya, masing masing dengan kerja nya.

Tersebutkisah Raja Acih, apabila keadaan telah pulih semula di dapati nya Bendahara danrakan rakan nya telah tidak ada, pintu penjara telah pecah dan Sultan Perak puntidak ada lagi di dalam penjara itu.Baginda pun tersangat murka di ataskejadian itu.Peda masa itu juga sa orang pahlawan Acih telah membawa Banakehadapan nya.Apa lagi lah, kemurkaan Baginda pun bertambah tambah lagi.Lalu diperentah nya bunuh Bana itu.Bana pun mendatang kan sembah, 'Ampun tuanku.Patikpohon jangan lah patik ini di bunuh. Patik berjanji patik lah yang akanmembunuh Bendahara Perak itu kerana patik telah berguru peda nya.Patik tahuakan kekuatan nya."Raja Acih pun suka cita nya mendengar kan sembah Banaitu.Baginda pun memerintah kan bala tentera nya pergi menyerang Perak.Bagindayakin akan dapat menawan negeri Perak.Olih itu Baginda pun memerentah hambarakyat nya yang ingin hendak pindah ke Perak bulih  lahikut bersama sama dengan asykar asykar nya.Banyak hamba rakyat nya yang hendakpergi membawa segala anak bini masing masing sehingga penuh sesal dalam kapalkapal perang orang Acih itu.Maka berlayar lah kapal kapal Acih itu sahinggasampai ke Kuala Perak lalu modik ke hulu.Tidak berapa lama modik sampai lah kesatu tempat tidak jaoh dari Kota Geronggong itu.Naik lah mereka kedarat sertamembuat persediaan untuk bermalam di situ.Yang perempuan nya mulai lah menyediakanalat alat memasak nasi.Mereka pun mula lah mencari cari apa apa benda yangbulih di buat tungku.Mereka pun terjumpa dengan ketul ketul ubi lalu di buatmereka tungku.Tetapi alangkah malang nya apabila nasi hampir masak tungku ubiitu pun terbakar.Periuk nasi itu pun terbalik lah dan nasi nya tumpah ruah ketanah.Peda malam itu mereka tidak dapat makan.Untuk tempat tempat tidur pulamereka ambil daun daun jelatang yang lebar lebar itu di buat nya sebagaitikar.Apabila di baring badan pun tampil lah gatal.Begitu juga yang menggunakanayer telaga.Pendek kata peda malam itu tidak lah mereka tidur kerana asyiktergaru garu saja.


Padapagi besok nya mereka pun tampil lah berperang dengan orang orang Perak.Apakandaya, perut lapar, badan gatal, tergaru garu.Dalam masa kelam kabut berperangitu Bana pun tercongak congak dalam orang ramai mencari BendaharaGarang.Senjata Lawi Ayam ada di tangan nya.Bendahara Garang ternampak akan Banatercongak congak itu lalu di sergah nya,"Hey Bana, kamu durhaka."Banapun terkejut akan sergah Bendahara Garang itu, sambil memegang kemas akan LawiAyam nya.Sekali lagi di sergah olih Bendahara Garang, tetapi tidak di peduliolih Bana bah kan mara juga ia menuju ke hadapan Bendahara Garang.Bendahara Garangpun mengangkat lembing nya lalu di lejang nya peda perut Bana tembus, kena pulabeberapa pokok tembus juga.Bana pun rebah langsong mati di situ juga.Apa bilaasykar asykar Acih mendapat tahu yang Bana sudah mati di tangan BendaharaGarang maka masing masing pun bertempiaran lari membawa diri.Mana mana yangsempat ke kapal mereka pun berlayar lah balik ke negeri mereka.Yang tak sempatmereka menyerah diri, menjadi orang tawanan.Ada pun akan mayat Bana itu sempatjuga orang orang Acih itu melarikan ke hilir lalu di tanam di sabuah tanjongyang sekarang ini dalam kawasan Kg. Telok, mukim Kg. Gajah.(kubur nya telahjatuh ke ayer)


RakyatAcih yang telah lari membawa diri dengan kapal telah sampai ke negeri lalumengadap Raja mereka.Mereka telah menyembah kan apa yang telah berlaku masaperang itu.Baginda pun tersangat murka, merah padam muka nya lalu Bagindabersumpah tidak membenar kanrakyat Baginda bermastautin di negeri Peraklagi.Khabar nya sumpah itu telah pun berlaku kerana jarang benar orang orangAcih datang tinggal menetap di negeri ini.(di kampung kampung di tepi sungaiPerak)Jika ada sekali pun kehidupan mereka tidak berapa elok.Begitu lah ceritaorang tua tua di kampung.
                                 
Adapun orang orang Acih yang menjadi orang tawanan terlalu banyak sangat, taktertanggong olih Kerajaan Perak.Olih yang demikian di perentah olih BendaharaGarang orang orang Acih yang laki laki membuat kerja membaik dan membesar kanKota.Yang perempuan nya, janda dan dara di lelong.Janda di lelong dengan hargaempat sa gantang padi.Anak dara di lelong dengan empat sa kupang.Begitu lah halnya di Perak peda masa itu.












Last edited by rosemary70 on 7-4-2013 06:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2013 06:43 PM | Show all posts
Dengan pimpinan Bendahara Garang Perak pun telah kembali aman seperti sedia kala.Tak berapa lama lepas itu Baginda pun mangkat lalu di makam kan dalam kawasan Kota itu juga mengikut adat istiadat raja raja di negeri perak ini.
                                 
Sekian lah cerita Tuan Putri Limau Purut dan Perang Acih yang telah di ceritakan olih A.y.Hj.Abd.Latif dari Kg. Jawa, Pulau Tiga peda tahun 1958.Kemudian di susun untuk pengetahuan kita dan anak anak cucu kita peda bulan januari 1979, bersamaan dengan bulan safar 1399.

Sebagai penutup saya mengucap kan syuur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah memberi saya petunjuk dan pertulungan untuk menyiap kan cerita ini sa hingga siap.Saya berharap peda pembaca pembaca yang bijaksana jika ada di dapati cerita ini tidak berapa sedap peda serba serbi nya di harap jangan lah di jadikan kejian kerana saya bukan lah dari peda ahli karang mengarang.Cuma tujuan saya ia lah hendak di buku kan cerita ini supaya dapat di baca olih anak anak cucu kita kemudian kelak .Banyak orang tua tua kita yang tahu akan cerita cerita lama sudah pun meninggal dunia bersama sama dengan cerita cerita yang ada peda mereka itu.Jika tidak di buku kan harus lah habis hilang semua nya.


Sedikit Tentang Datok Bendahara Garang
Ada pun akan Datok Bendahara Garang ini , nama batang tubuh nya ia lah Megat Menjanis anak Megat Abdullah ,cucu Megat Musatafa dan cicit Megat Terawis ibni Daulat Pagar Ruyung.Beliau ia lah Bendahara yang ke tiga dalam Kerajaan Negeri Perak ini.Gelaran olih orang ramai ia lah Bendahara Kukut kerana tangan nya rosak olih penyakit.Beliau mendapat gelaran Bendahara Garang selepas ia dpat menyelamat kan Sultan dari tahanan olih Raja Acih.

Megat Menjanis atau Bendahara Garang ini ia lah sa orang yang kemah lembut laku nya, bertimbang rasa terhadap orang yang di bawah nya hurmat peda orang yang di atas.Ia sa orang yang pendiam.Apa bila ia marah di bawak nya suka.Ia sangat pemalu dan lekas pula merajok tetapi lekas pula baik nya.Lagi pula sangat umanah dan setia.Pendik kata Bendahara Garang ini, bak kata orang , di rebus tak empok di baker tak hangus dan di rendam tak basah.Ini lah dia Megat Menjanis ,Bendahara Garang ,Bendahara yang ketiga di negeri Perak ini.

Selain dari yang tersebut di atas beliau suka juga peda syaer,pantun dan seloka.Sa orang dari sahabat karibnya ia lah Tok Mencalang ,sa orang ahli pantun dan seloka yang datang dari Sayung dan menetap di Geronggong ini.

Sekian lah sedikit sebanyak tentang Bendahara Garang ini.

Kredit : aisbatu.blogspot.com
Last edited by rosemary70 on 8-4-2013 08:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:46 AM | Show all posts
pjgnya..... ni karangan sdiri ke? kalo bukan harap sertakan kredit pd yg empunya artikel.. tq..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:28 PM | Show all posts
fuhh.. jenuh nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:22 PM | Show all posts
berpinor mata nk membaca suma nie...tq sbb paste an kat sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2013 01:43 PM | Show all posts
panjangnye... xlarat nk bace..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:58 PM | Show all posts
adoi...cerita lagenda...huhuuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 09:54 AM | Show all posts
TLR

tu long din rid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.675367 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list