CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 1712|Reply: 5

Jozan kekal hos Raja Lawak musim ke-7

 Close [Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 12-4-2013 12:18 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Bukan saja menampilkan konsep lebih menarik, program Raja Lawak musim ketujuh (RL7) juga masih mengekalkan gabungan pelawak terkenal, Johan dan Zizan Razak atau Jozan selaku pengacara sekali gus memantapkan lagi musim baru program pencarian pelawak berkenaan.


Secara peribadi, Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, yang juga Wajah Eksklusif Astro berasa terpanggil untuk menjayakan program RL7 bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelawak berpengalaman dalam misi mengangkat martabat golongan pelawak tanah air ke tahap yang lebih tinggi.




Jika nak diikutkan, saya berminat untuk menjadi juri dalam RL7 tetapi pihak Astro putuskan saya kekal menjadi hos dengan Zizan untuk musim baru ini.
  
Sama ada hos atau juri ia tetap memainkan peranan tersendiri dalam RL. Paling penting, saya terima tawaran buat program ini kerana bakat saya juga mula digilap dalam RL dulu. Saya juga menganggap program RL sudah menjadi trademark dalam karier seni. Peminat mula kenal saya pun melalui program RL sehingga berada pada tahap sekarang, katanya.

Justeru, walaupun agenda seni padat dengan pelbagai aktiviti seni, dia tetap memberikan komitmen terbaik pada program ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menggilap bakat pelapis dalam bidang komedi.

Maklumlah, bidang seni tempatan masih kekurangan pelawak pelapis terutama golongan wanita. Justeru, saya sentiasa menyokong program pencarian bakat pelawak seperti RL7 diteruskan dari semasa ke semasa, katanya.

Ditanya kelainan RL7 kali ini, kata Johan, penyertaan RL7 turut membabitkan penyertaan dari warga Singapura.

Saya tidak melihat penyertaan warga Singapura sebagai satu isu kerana mereka memiliki permit kerja untuk masuk ke negara ini. Penyertaan warga luar juga boleh mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang seni kerana pasti setiap peserta berlumba-lumba memberikan yang terbaik sekali gus merebut hadiah wang tunai utama  RM100,000 untuk dimenangi.

Namun, masih terlalu awal untuk saya komen mengenai prestasi peserta kerana kami belum berjumpa untuk sesi latihan lagi, katanya.

Apapun, kata Johan, dia menaruh harapan barisan peserta yang ditampilkan dalam RL7 lebih berkualiti berbanding musim sebelumnya.

Sudah pasti kita berharap peserta yang ditampilkan untuk musim baru RL7 lebih berbakat untuk digilap sebagai pelapis dalam bidang komedi tempatan. Jika peserta yang dilahirkan dalam musim baru ini tidak bagus atau tidak ada kualiti tidak perlulah kita teruskan program RL ini.   
   
Saya juga menaruh harapan tinggi semoga musim baru RL7 dapat mengisi kekurangan barisan pelawak pelapis sekali gus mewarnai bidang seni kita pada masa depan, katanya.   
   
Raja Lawak Musim 7 yang mula bersiaran Jumaat ini akan disiarkan secara serentak di Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134) dan ERA fm (103.3 fm) selaku radio rasmi.

Panduan Belajar Matematik...http://jomtuisyenonline.com
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 12-4-2013 12:50 PM |All posts
TT, ni x relevan masuk di rumah Gossip. Sila masuk ke BodTV. C.c. @skymania  
Brilliant People Don't Put Others Down, They Lift Them Up!
Live Pray Laugh Love. D
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 12-4-2013 12:55 PM |All posts
yay! Johan!!
bcos im H A P P Y  
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 12-4-2013 02:28 PM |All posts
boleh hangkut ke bod tv ..
T.o.M.e.T
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 12-4-2013 04:52 PM |All posts
cikatilia posted on 12-4-2013 12:55 PM
yay! Johan!!

x sabar nk tgk malam ni....

go go JOHAN.... Bkn jijan aek.. hheheheh
Don't compare ur life with others.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 12-4-2013 05:08 PM |All posts
yeah nasih Johan pandai buat keputusan tak jadi juri, kalau tak tak berapa nak meriah RL
8511...
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-10-2014 11:47 AM , Processed in 0.112717 second(s), 22 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top