CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: lahnapi

LANGGAR "Memang aku gila tapi kau yang nak mati..."

[Copy link]
Post time 18-4-2013 10:23 PM | Show all posts
emm..no komen.
prefer drama than malay film. (film zmn skrg)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 10:33 PM | Show all posts
aku belom tgk lagi filem langgar tu , tapi dari pemerhatian :

- filem ni sgt kedekut kaler, giler plain kaler nyer .. tak sesuai dgn konsep cerita, citer ganas, kaler suram mcm gambar tahun 80an
- plot cerita ulang... plot basi
- aspek penataan seni kurang sangat
- sgt kurang tarikan, trailer pon macam nak tido jer....
- director first time, so tak establish lagi, orang rasa sangat teragak2 nak tonton. takot tak berbaloi

ps: adi putra mmg berbakat besar, lebih jauh berbakat dari aronajis, but so far, lakonan dia paling bernilai, paling bagus adalah sebagai URIA HANAN dalam EMILY, korang ingat cerita tu.. ? filem2 dan drama2 yang lain sangat biasa2 sajer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:39 PM | Show all posts
copy dr Sinar Harian

Langgar catat RM110,000 hari pertama tayangan
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
12 April 2013

FILEM aksi pertama arahan Syed Hussein atau Sein, Langgar berjaya mencatatkan kutipan RM110,000 pada hari pertama tayangan.

Meskipun kutipan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan filem Hantu Kak Limah 2 : Husin Mon dan Jin Pakai Toncit, namun pihak Tayangan Unggul menyifatkan ia agak baik.

Hantu Kak Limah 2 berjaya mencatatkan RM330,000 pada hari pertama tayangan.

“Kutipan hari pertama untuk filem Langgar RM110,000. ‘Not bad’ dan kami banyak menerima komen yang bagus-bagus,” kata Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pembikinan filem terbabit.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak Hadir Dinamik, Sein dan semua pelakon serta krew.

“Maklum balas dari penonton sangat memberangsangkan dan kami amat menghargai semua sokongan yang diberi penonton,” katanya.

Beliau sempat berpesan agar hujung minggu ini dimanfaatkan dengan menonton Langgar.

“Harap-harap yang belum sempat pergi, pergilah hujung minggu ini,” katanya.

Filem Langgar ditayangkan setelah dua tahun ‘disimpan’ dan filem ini diklasifikasikan sebagai 18.






Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:40 PM | Show all posts
lagi dr Sinar Harian

Langgar: Lain dari lain!
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
13 April 2013


Antara babak Filem Langgar

AKSI bertumbuk, sepak terajang, pergaduhan menggunakan senjata tajam seperti parang, pisau, pedang dan juga botol pecah berserta botol antara elemen yang menjadi taruhan dalam filem terbaru, Langgar.

Biarpun industri perfileman kini mula dihujani dengan filem berunsur gangsterisme yang meletakkan perebutan kuasa, ketamakan duit sebagai punca kuasa utama penceritaan, namun Langgar diolah berlainan.

Meskipun agak klise dari genre filem, namun Langgar mempunyai ‘sesuatu’ yang harus ditonton oleh peminat filem tempatan yang inginkan sebuah aksi yang lebih realistik dan tidak di buat-buat dan itulah kelebihan filem pertama arahan Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein Ruffedge.

Apatah lagi, barisan pelakon yang mantap seperti Adi Putra, Hans Isaac, Khir Rahman, Namron, Bell Ngasri, Zulhuzaimi, dan Natasha Hudson, membantu mencantikkan filem yang berdurasi 95 minit ini.

Tidak hanya mempertaruhkan aksi mantap semata-mata, permainan emosi yang mendalam bagi tunjang utamanya iaitu Adi.

Menyentuh mengenai tindakannya yang menceburi bidang pengarahan selepas pengacaraan dan nyanyian, Sein pengalaman menuntut dalam bidang lakonan dan pengarahan di London School of Film selama dua tahun banyak memberi erti kepadanya.

Tidak menjadikan mana-mana filem sebagai sumber inspirasi utamanya, ujar Sein, setiap lelaki pasti mempunyai filem aksi yang diminatinya.

“Saya memang suka filem aksi. Salah sebuah filem yang saya suka ialah Lock, Stock and Two Smoking Barrels oleh Guy Ritchie. Jadi secara automatik, apa yang diinginkan dalam Langgar sudah bermain dalam filem ini.

“Saya sukakan permainan karakter yang difokuskan Guy Ritchie dalam filem itu,” katanya yang tidak pasti adakah akan mengarahkan filem aksi lagi selepas ini.

Justeru, pada pendapat penulis sendiri, Langgar adalah sebuah karya berbeza yang bukan sahaja memaparkan dunia gangster semata-mata, tapi bagaimana seorang lelaki yang bergelar suami dan bakal bergelar ayah, sanggup mengorbankan kerjaya dan hidupnya demi membalas dendam.


Kolaborasi mantap

Kelebihan utama filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Hadir Dinamik Sdn Bhd ini, adalah tonggak utama yang menjadi nadi dalam menggerakkan jalan cerita.

Adi, Namron, Zulhuzaimy, Khir dan Hans adalah antara individu penting yang sentiasa menimbulkan konflik dan kebencian antara satu sama lain.

Rasa benci, rasa untuk bersaing dan rasa ketamakan meletakkan setiap karakter dalam permasalahan yang tersendiri namun saling berkaitan dengan nafsu dendam Nizam.

Malah setiap karakter yang bermain di layar tidak terlebih atau terkurang sebaliknya Sein garap ke semua watak tersebut dan di susun satu demi satu.

Dalam setiap permainan yang penuh tanda tanya, Sein leraikan satu persatu apabila pergerakan cerita semakin bertemu pada titik penghujungnya.

Namun, bagi menggelakkan penonton sentiasa disumbatkan dengan perjalanan cerita yang berat, Sein meletakkan sedikit dialog serta babak komedi dan individu yang menjadi nadi kepada gelak tawa penonton adalah menerusi aksi bersahaja Khir dan dialog lucu Bell.

Dek kerana diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, nasihat penulis, usah disensasikan babak mesra antara Namron dan Natasha, sebaliknya fikirkan apa kesan yang diterima oleh seorang gadis yang memilih jalan mudah untuk mendapat kewangan dalam kadar segera.


Sinematografi mantap

Satu perkara lagi yang menjadi point kelebihan buat Sein adalah kekemasan setiap sudut angle kamera apatah lagi melibatkan babak aksi.

Kerana babak pertarungan yang melatari segenap perjalanan cerita ini, Sein berjaya meletakkan babak-babak penting tanpa meninggalkan babak yang lain.

Selain itu, sejak babak permulaan lagi, Sein telah berjaya mengikat penonton untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya dan seterusnya sehingga penghujung cerita.

Biarpun sudah dapat mengagak siapakah ‘master mind’ dalam penceritaan ini, namun debaran sepanjang menonton ini tidak ada kurangnya.


Hanya kerana nafsu

Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster.

Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka.

Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda (Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.

Justeru, bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita ini dan apa kesudahannya dengan hidup Nizam dan Amanda, jangan lupa saksikan filem hebat ini di pawagam bermula semalam.


Langgar

PENGARAH : Sein Ruffedge
PELAKON : Adi Putra, Hans Isaac, Khir Rahman, Namron, Bell Ngasri, Zulhuzaimi, Natasha Hudson, Komeng dan Nadia Heng.
GENRE : Aksi/Drama
DURASI : 95 minit
KLASIFIKASI : 18
TAYANGAN : 11 Apr 2013
KESELURUHAN : * * * * BESTLAH!!!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang betul,filem ni ok aku tengok.tapi sambutan sangat kurang.
hari pertama 100 ribu je.ombak rindu hari pertama 750 ribu.kl gangster 1.5 juta hari pertama.
harap org support film ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 12:35 PM | Show all posts
Perghhhh!!! "Memang ak gila, tapi ko yag nak mati" (I am indeed crazy, but it is you who wants to die). Ha, direct translation gitu.adi putra kena langgar, khir rahman "parkin"kena langgar, hans isaackena langgar, zul huzaimykena langgar, natasha kena sondol danlanggar, bell ngasri ponggkena langgar.yes! Buckle up, korang! There will be blood. will see a lot of it, bnyakk street fights,drugs, hot chics, think-he's-the-boss gangsters, and gangster-ish cursing. satu menda yg korang tak nampak dlm ceter neh.. 'Langgar' iadalah ,pak pulisi. Langsung takde, haahai! Ada pun munyikk siren sipi-sipi jer.lampu pon tak nampak.
Overall, in my opinion, 'Langgar',suatu cubaan xperiment "keras" yg baek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2013 01:06 AM | Show all posts
ada forummer tu bukan main komen negatif tp x tgk pon lagi..katayta dr pemerhatian trailer....hahah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
apepun kita support filem melayu yg jadi pilihan hati.taksuka tak perlu kutuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Natasha hudson cun gila dlm filem ni
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.063844 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list