Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor diarahkan membatalkan kuliah masing-masing bagi memberi laluan kepada tayangan wajib hadir filem kontroversi Tanda Putera untuk mahasiswa.
Dalam memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” kepada pensyarah semalam, dinyatakan bahawa universiti meluluskan pengecualian kuliah ketika acara itu.
Ia dijadual berlangsung hari ini dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
“...dan diharapkan kerjasama pensyarah untuk sama-sama membantu pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) bagi menjayakan program tersebut,” memo itu dipetik.
Bagaimanapun, pensyarah diminta memberi maklum balas berhubung pelajar yang perlu membuat pembentangan, kuiz dan ujian.
Memo itu didedahkan oleh Ketua DAP Segamat Pang Hok Liong dalam ceramah di Buloh Kasap malam tadi.
Peterpan17 posted on 17-4-2013 01:39 PM
Klu korang nak tau, tujan semua siswa disuruh tengok ni, adalah brainwash utk undi BN. Aku serius ni ...
kalau aku lah, brainwash macamana pun, insyaAllah aku buleh lagi tahu/pilih betul atau salah, baik atau buruk
cuma kisah benar atau tak tu, kita tak tahu....
bagi yang atas lalang ni mungkin akan terkesan, tapi yang cerdik, yang boleh fikir dan selidik sendiri
mesti tahu benar atau tak, kan
kt uitm ni ada pensyarah hebat2.. prof kamil, prof2 lain hebat2... mereka semua tak sokong umno.. dan rejim BN..
sebab apa uitm segamat ni berani buat memo sebegini? sebab uitm segamat ni dulu tempat naib canselor uitm prof sahul mamak.. jd besar kepala lah geng2 umno