CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 4741|Reply: 37

[Penerbit] Lovenovel Publication

[Copy link]

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-4-2013 02:30 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

LNP : Lovenovel Publication ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua novelis lama dan baru untuk merealisasikan impian mereka untuk melihat karya mereka diterbitkan.

link fb: https://www.facebook.com/LovenovelPublication
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-4-2013 02:30 PM |All posts


DEKAT PADAMU(SARNIA YAHYA)

********************
Sinopsis:

Perkahwinan yang pincang, mungkinkah mampu dipulihkan kembali?

Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?

Bagi iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.

&Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang* 每 Iskandar

Bagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.

&Ika tak dapat terima abang.* 每 Syafiqa

Namun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.

&Macamana abang masuk?* 每 Syafiqa

&Abang kan Spiderman.* - Iskandar
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-4-2013 02:31 PM |All posts


MAMA MIA SHAZA
EMY ROBERTO
RM22.00 [ SM ] / RM25.00 [ SS ]

Sinopsis :

Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka.

Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

※I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?§- Syazwan
※Okay, fine. What if I choose the baby?§- Maya ※Then I*ll leave, Maya.§- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

※Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.§ - Syazwan
※Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?§ - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya? Last edited by chit_ana on 20-4-2013 02:32 PM

i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-4-2013 02:31 PM |All posts


SESAAT CUKUP BAGIKU ~ LAILA HANNI
HARGA : RM25.00 (SM) / RM28.00 (SS)

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

SINOPSIS :

Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari &cina buta*.

Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling.

Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi.

Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga.

Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu?

Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 20-4-2013 02:37 PM |All posts
dua buku terawal LNP dah ada cuma yg latest ni tgg LNP buka order dulu..
I was almost about to lose my faith,
Was still dreaming but feared it was too late,
You took me right out of the night,
Simply by filling my heart with light.
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 28-5-2013 03:34 PM |All posts


Hanya Milikmu karya Siti Auni.
Harga : Semenanjung Malaysia RM25.00
Sabah Sarawak RM28.00



Sinopsis :

Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya.

Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari.

Namun pertemuan dengan lelaki seego Tengku Harith, hati dan perasaannya kembali teruji dan dicarik berkali-kali. Dia berasa serba salah tatkala Tengku Ismail melamarnya untuk dikahwinkan dengan lelaki berhati kejam itu.
※Kau ingat dengan tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Mati hidup semula pun, aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!§ 每 Tengku Harith.

Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini?
※Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi..§ - Ustaz Amirul

Bagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah?

Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati.

Dan cinta itu pasti akan menjadi miliknya# suatu hari nanti.
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 29-5-2013 10:57 AM |All posts
hmmm...bilalah nk siap manuskrip nih...
nk try publisher lain plak.
if kau dpt pun, aku sumpah korang takkan bahagia. masuk neraka sekalipun aku takkan maafkn
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 3-6-2013 04:17 PM |All posts
dah baca novel mama mia shaza dan sesaat cukup bagiku.
boleh diberi 3.2 bintang masing2.
boleh tahan juga cuma mungki sebab bukan dari keluaran penerbit terkenal jadi org tak ambil perhatian sangat.
cover dia pun kurang menarik. tu yg menyumbang kepada kenapa tak ramai yg nak beli.
~ ulang baca novel di rak ~
Reply

Props Report

Super Moderator

my sweet sangwoo oppa

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Sr Super Moderator

Post on 18-6-2013 11:20 AM |All posts
kbel pula dah baca novel Mama Mia Shaza tu...
sgt ler suka baca dan bagi rating 7/10 utk novel itu...
PARK YONG HA
R.I.P [1977 - 2010]
Be a star in the sky...
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 26-7-2013 01:12 AM |All posts


NOVEL TERBITAN LOVENOVEL JULAI 2013

JUDUL : MR.SECRET ADMIRER
PENULIS : SHILA ALISH
HARGA : SEM.MALAYSIA RM26.00
SABAH/SARAWAK RM29.00

SINOPSIS:

Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.

Di pihak Syed Redza,hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu bencikan bekas tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci!

※Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi di belakang macam racun!§ 每 Syed Redza.

Kebencian Syed Redza yang tidak masuk akal itu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr.Haziq semakin menambahkan beban apabila pangkat &adik* itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam, ego seorang Mr. Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yang membuak tinggi, hati Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama.Namun, sebegitu mudahkah cinta mereka bersatu? Dan mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

※Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.§ - Zureen
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 30-7-2013 02:33 PM |All posts
chit_ana posted on 26-7-2013 01:12 AM
NOVEL TERBITAN LOVENOVEL JULAI 2013

JUDUL : MR.SECRET ADMIRER

Baca sinopsis cam menarik je....
Tak mampu nak beli online kena beli kat Minverva sbb ada dicount
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 30-7-2013 02:37 PM |All posts
chit_ana posted on 26-7-2013 01:12 AM
NOVEL TERBITAN LOVENOVEL JULAI 2013

JUDUL : MR.SECRET ADMIRER


Ana tak buka benang baru?
satu publisher baru Idea Kreatif
novel pertamanya Pergi Tanpa Alasan penulis Hani Fazuha dan Dia..... Random Guy penulis Farah Husin.
Kakak yg kerja kat kedai buku tu promote juga novel ni..sbb dia sendiri dah baca
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 30-7-2013 06:46 PM |All posts
qimi08 posted on 30-7-2013 02:37 PM
Ana tak buka benang baru?
satu publisher baru Idea Kreatif
novel pertamanya Pergi Tanpa Alasan ...

Akak...

kiter dh bc dh idea kreatif
Dua2 sedap...
smile please!!!!!
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 30-7-2013 08:37 PM |All posts
qimi08 posted on 30-7-2013 02:37 PM
Ana tak buka benang baru?
satu publisher baru Idea Kreatif
novel pertamanya Pergi Tanpa Alasan ...

yup idea kreatif adalah syarikat baru.dah beli 2buah novel yg kak sebutkan tu.tapi belum baca lagi. ramai yg kasi review best
nanti nak buka thread baru
Last edited by chit_ana on 30-7-2013 08:52 PM

i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 30-7-2013 11:31 PM |All posts
midar posted on 30-7-2013 06:46 PM
Akak...

kiter dh bc dh idea kreatif

oh ye ke.....
so kena belilah klu midar kata best......
kena belilah ni ha ha ha ha

raya balik mana?... lama x jumpa dia
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 5-8-2013 03:59 PM |All posts
qimi08 posted on 30-7-2013 02:37 PM
Ana tak buka benang baru?
satu publisher baru Idea Kreatif
novel pertamanya Pergi Tanpa Alasan ...


Saya pon beli sbb akk kedai buku minerva tu recomen tp x smpat baca lagi..
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 5-8-2013 08:19 PM |All posts
qimi08 posted on 30-7-2013 11:31 PM
oh ye ke.....
so kena belilah klu midar kata best......
kena belilah ni ha ha ha ha

Blk tepen la kak...

Slmt hari raya ye kak..
minta maaf kalo salah n silap..

lepas raya kiter jumpa yer..
Rindu ngan kak kaypo..
smile please!!!!!
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 23-8-2013 09:44 PM |All posts


Novel Terbaru keluaran Lovenovel

Tajuk : Hantu Punya Bos!
Penulis : Dekna Lee
Harga : RM24.00sm / RM27.00ss
Terbitan : Lovenovel

Sinopsis :

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

※Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!§ ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, &hantu punya bos!*. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan &mengheret* gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 23-8-2013 09:45 PM |All posts


TERBARU DARI Lovenovel Publication..

Tajuk : Episod Cinta Harlys
Penulis : Fieyza Fadlina
Harga : RM25.00sm / RM28.00ss
Terbitan : Lovenovel
Sinopsis :
Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI.

※Bilik ni ke bilik kita?§
※Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah &bilik kita*?!§
※Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?§
※Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!§

Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.

Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.

Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 4-9-2013 06:03 PM |All posts
midar posted on 5-8-2013 08:19 PM
Blk tepen la kak...

Slmt hari raya ye kak..

Midarrrrrrrrrrrrr......missed u too.
Lama tak membaca bershopping buku bersama...
sebab aku kan kicap...kau tu baru soya!
Reply

Props Report

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 10-9-2013 12:04 AM |All posts
Hantu punya bos-dekna lee

Sesuai la dgn tajuk..bos Mcm tu pon ada ek..main jerkah maki sesedap rasa je
Mula2 tu okla best gak baca dgn gelagat abby yg kuat melatah bila kena jerkah dek bos hantu tu..siap dpt pelempang lg..pdn muka arrayan
Lps je msk bab bercinta tu bos hantu dh jadi lemau...b dan sayang sana sini..yg membaca ni pon jd sama lemau gak
Keseluruhannya okla..bleh dihadam lg..utk bacaan santai..
    
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 22-10-2013 04:52 PM |All posts


NOVEL PENERBITAN LOVENOVEL OKTOBER 2013

Tajuk: Puzzle Cinta Aisara
Penulis: Lily Qiara
Harga:
Terbitan: Lovenovel
Sinopsis:
Cinta benar-benar mengubah dirinya...

Dia bukan wanita biasa. Dia dilahirkan dalam kemewahan dan kemegahan. Namun hatinya tidak bahagia menjadi boneka yang memuaskan kehendak dan kemahuan ibu sendiri sehingga terpaksa mengorbankan banyak perasaan.

※Macam mana? kita dah tak ada masa. Mungkin sekejap lagi satu panggilan kecemasan akan kita terima.§ 每 Puan Sri Marina.

Dalam dendam dia memaksa diri menjadi orang lain. Membuatkan puzzle indah tentang kisahnya dan lelaki itu musnah terhempas. Namun melarikan diri daripada kenyataan yang amat menyakitkan bukannya mudah. Semakin jauh melarikan diri dari realiti, semakin kenyataan menghampirinya. Dia keliru. Apakah dia harus kembali menyusun kepingan puzzle yang berserakkan sekian lama dan kembali merai kebahagiaan yang terhenti kaku tanpa noktah?

※Semuanya salah Puteri. Puteri yang derhaka pada abang. Puteri yang khianati janji-janji kita. Puteri yang cipta derita ni.§ 每 Aisara.

※Kenapa istiharkan kematian sendiri, sedangkan Puteri masih hidup?§ 每 Alif.

Masihkah ada ruang kemaafan dan bahagia buatnya lagi? Kerana dia tidak bersalah.
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 22-10-2013 04:52 PM |All posts


NOVEL PENERBITAN LOVENOVEL OKTOBER 2013

Tajuk: Lafaz Cinta Di Jari Manis.
Penulis: April Snow
Harga:
Terbitan: Lovenovel Publication
Sinopsis:
※Tolonglah Khal..jangan buat Qis begini. Tolong kasihankan keluarga Qis, Khal. Tolonglah datang. Tolonglah. Qis mohon sangat-sangat, Khal.§-Annur Qistina

※ I tak akan terima perempuan curang jadi isteri i. I takkan terima perempuan yang dah dipeluk lelaki lain. I tahu you suka dia dari dahulu, Qis. And due to that#you don*t deserved me, Qis.§- Khalish

Hanya kerana salahfaham, rasa percaya yang rapuh, cemburu nan melaut dan ego melangit seorang Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibat. Dia dimalukan dihadapan semua sanak saudara dimalam pernikahan mereka bila Khalish tidak muncul. Keluarga ternyata bulat-bulat menerima cerita Khalish lalu tega menghukum Qistina. Dia dihalau ayah sendiri!

※Qis tak tau apa-apa, ayah. Demi Allah, bukan Qis yang rancang semua ni. Qis.. Qis tak buat macam tu ayah. Tolonglah ayah. Percayalah cakap, Qis ni ayah." "Sudah. Cukup, Qis. Jangan cakap apa-apa lagi. Ayah tak mahu dengar. Itu semua bohong. Qis bohong!"

Manchester menjadi tanahair Qistina selama tempoh pelarian. Walau pergi atas tiket tuntutan tugas, yang nyata pemergian Qistina ke sana membawa lara sekeping hati yang hancur lumat dicincang oleh sang tunang tercinta! Lebih lima tahun melarikan diri di tanah ratu, Qistina kembali menyambung tugas ditanahair. Khalish yang sedar akan khilaf dahulu setelah kisah malam kejadian yang melibatkan Qistina dan rakan akrab setugasnya Joe terbongkar kebenarannya kembali mengejar cinta Qistina yang pernah diinjak. Namun hati yang sudah parah terluka mana kan mungkin sembuh seperti sediakala hanya dengan sepotong maaf!

"I knew it was my big mistake, Qis." ※Dah tak guna semua tu lagi. Takkan dapat you kembalikan masa lalu i yang you rampas hanya kerana kebodohan you, Khal. Kerana you, i hilang segala-galanya. Everything, Khal.§

Mampukah Khalish merebut kembali sekeping hati milik Qistina yang teruk dilukai. Cabaran getir terbentang kerana terpaksa bersaing dengan Fazwan Anuar sang CFO yang muncul tiba-tiba dengan misi sama mahu menawan hati sang barbie doll jelita. Khalish tahu pesaingnya bukan calang-calang. Qistina bingung. Keliru. Mana satu yang harus dipilih. Kepada Joe; teman akrab yang paling memahami dihambur semuanya. Namun tanpa Qistina sedar Joe dalam diam menyimpan rasa dan hasrat yang sama. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah. Lalu siapakah yang akan memiliki diri dan hati seorang Annur Qistina? Lafaz cinta siapakah yang akan terpilih dan termetri di jari manis si cantik Annur Qistina buat selama-lamanya.

Sesungguhnya, pilihan yang baik itu bukan semata-mata kehendak hati..tapi anugerah terindah dari illahi.
i dont wanna lose u     
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 22-10-2013 05:04 PM |All posts
NOVEL PENERBITAN LOVENOVEL OKTOBER 2013

Tajuk: Lafaz Cinta Di Jari Manis.
Penulis: April Snow
Harga:
Terbitan: Lovenovel Publication


April Snow ada buku baru
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 18-11-2013 10:53 AM |All posts
chit_ana posted on 22-10-2013 04:52 PM
NOVEL PENERBITAN LOVENOVEL OKTOBER 2013

Tajuk: Lafaz Cinta Di Jari Manis.

dah khatam semalam....best
"Spending today complaining about yesterday won't make TOMORROW any better"
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-11-2014 09:49 PM , Processed in 0.180126 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top