CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2558|Reply: 18

[Tempatan] Selepas Klon -Surat Yusof qaradawi plak........

[Copy link]
Post time 27-4-2013 03:51 AM | Show all posts |Read mode
http://www.malaysiakini.com/news/228174

Aku nak tergelak pun ada tgk gelagat2 puak pakatan ni.............knp jd mcmni?

dah terang2 kantoi skrip undi simpati yg dah direveal oleh zul nordin tp masih dok buat lagi..

aku tau sebab apa?  puak2 pnyong diorg ni tgh cacing kepanasan dek dibakar dgn cite2 psl kemenangan parti diorg...apa2 cite2 yg leh buat diaorg rasa memberi untung bg pihak diorg diaorg akan terima bulat2.....tnpa usul prksa...tp kalu x sblh diorg...siap la korang2 yg penyokong kerjaan mahupun yg dok atas pagar..........caci maki/hamun smua kuar.....rakyat dok perhati  je......hari ni TGNA siap rasmi lg surat dr Ytusof qardawi konon2 sokong anwar jd PM kekdahnya..........

lepas skrip liwat yg konon2 pmbantu Mahthir yg draf yg skrg sepi tnpa brta.......
Klon yg kantoi..........sampai la xtnjuk2...........
sekarg surat sokongan plak........

masalahnya sebejik cam zul nordin tulis...apa ni dinamakan kebetulan @ takdir???

aku rasa zul nordin ni ada kuasa psikik la....

Dah terang2 kantoi pun dok buat lg.........tp takper diorg pun tau tahap EQ/IQ penyokong2 diaorg........Senang kena kencing....








Last edited by hartanahmalaya on 27-4-2013 03:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2013 03:53 AM | Show all posts
petikan teks zul nordin.........12 april 2013....

2. Tidak cukup dengan memperkaldaikan beberapa agamawan, teman diberitahu mereka merancang mencipta satu risalah ataupun surat kononnya ditulis dan ditandatangani oleh Dr. Yusof Al-Qardawi menggunakan kepala surat "Al-Iitihad Al-'Alami Lil Ulama' Al-Muslimin - Persatuan Ulama Islam Sedunia".

Kononnya dalam surat itu, Dr. Yusuf Al-Qardawi melahirkan simpati dengan "segala fitnah" yang dihadapi oleh Anwar; dan beliau kononnya menyamakan fitnah itu sama saperti yang dihadapi oleh para Nabi, sahabat dan keluarga Rasulullah saw!

Lebih mengejutkan, surat itu kononnya mengandungi sokongan terbuka Dr. Yusuf Al-Qardawi untuk seorang biseksual menjadi Perdana Menteri!

Sedangkan Dr. Yusuf Al-Qardawi telah menghantar surat khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib bertarikh 17 Zul-Qaedah 1433 memuji beliau sebagai pemimpin Islam yang hebat dan komited terhadap perjuangan Islam.

"We have always found you among the first and at the forefront in supporting just and human causes, the issues of Palestine and Jerusalem among it" - begitu ayat surat Dr. Yusuf Al-Qardawi sebagai Pengerusi Al-Quds International Institution kepada YAB Dato' Sri Najib.

Dan ini terbukti dengan keberanian Dato' Sri Najib menjadi pemimpin non-Arab pertama didunia menziarahi Gaza pada 22.01.2013 dalam keadaan mereka masih mengalami trauma akibat serangan zalim daripada rejim zionis Israel.

Dan paling mengejutkan, surat yang kononnya ditulis oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi sepanjang 5 mukasurat turut memuji persekongkolan Anwar dengan DAP sebagai satu persekongkolan yang menepati syara', sama saperti sunnah Rasulullah saw; na'uzubillah min zalik!


Dan surat itu mengandungi seruan Dr. Yusuf Al-Qardawi kononnya supaya umat Islam dan rakyat Malaysia menyokong dan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 dan mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, na'uzubillah!!!

Dan teman dimaklumkan mereka bercadang mengolah surat tersebut dalam bentuk buku risalah kecil dan mencetak dalam sejuta naskah tersebut dalam versi bahasa Arab dengan ditandatangani kononnya oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu untuk disebarkan semasa kempen PRU-13 terutama dikalangan ahli PAS dan pengundi Melayu-Islam!


Last edited by hartanahmalaya on 27-4-2013 04:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 04:33 AM | Show all posts
Ada pengesahan dari Yusof qardawi tak? I wish ada org gi interview dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 04:40 AM | Show all posts
Hahahahahaha.....sarban lobai bakal dibasahi dengan kencing Anwar lagi! Orang arab kata "Jaheel Marakob" (yakni bodoh yang  berlapis lapis atau melantun lantun!)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 07:56 AM | Show all posts
tu la sbbnya dorang hangin dgn Zul Nordin ni... selalu berjaya mengkantoikan plan dorang... dlm dok kantoi tu, yg basah kena kencing punya la ramaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiii....
aku harap ada org bwk buku tu pi jumpa Yusof Qardawi and dptkan pengesahan...Lebih elok kalau journalist Media Prima yg pegi sbb anuwart dah berangan nak penjarakan mgmt dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:26 AM | Show all posts
sendiri tulis sendiri tuding jari kat orang lain
bertaubatlahhh zul oiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2013 08:28 AM | Show all posts
zaujahzauji posted on 27-4-2013 08:26 AM
sendiri tulis sendiri tuding jari kat orang lain
bertaubatlahhh zul oiiiiii

ni la contoh penabur fitnah.. ckp tak serupa bikin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:33 AM | Show all posts
marilah bertaubat sebelom terlambat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 08:44 AM | Show all posts
perlu nak buat surat segala tu?

video mana?

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:48 AM | Show all posts
PKR adalah parti paling busuk kat Malaysia

PAS pun kutuk PKR
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Yusuf qardawi bukan org bodoh mcm umno membuat sesuatu tanpa usul periksa...alahai zul katak pun korg nk percaya.kikiki Last edited by jejarihalus on 27-4-2013 08:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 27-4-2013 08:48 AM
PKR adalah parti paling busuk kat Malaysia

PAS pun kutuk PKR

mca dan mic pun kutuk umno
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:59 AM | Show all posts
ape bukti surat tu tipu?
zul nordin tu assistant yusof ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya surat tu lebih dr imam masjid nabawi lg....kredibiliti tu penting.


Qardawi kenal lm Anwar...zul nordin pula dah berkali2 tukar arah sekejap anti Hindu sekejap sayang hindu demi sesuap nasi...


Kenapa tv3 x berani temuramah qardawi??? Kepalsuan surat tu cuma andaian korang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 12:40 AM | Show all posts
Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM


108

LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”
Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)
108
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51075
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 12:42 AM | Show all posts
Nik aziz jadi pecacai lancar surat al-qadarawi plak........lagi afdal jemput tuan yg menulis surat lancar sendiri.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 01:07 AM | Show all posts
antara zul dengan nik aziz, fikir sendiri la nak pecaye siapa ,  

semasa i di mekah , bercakap2 dengan peniaga arab sana , sorry to say lah ,  mereka lebih kenal Anwar ....  dari segi kepimpinan dan ketegasannya ( u mesti fikir arab tu kenal anwar ttg yg buruk je kan !)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 01:40 AM | Show all posts
ladyxez posted on 29-4-2013 01:07 AM
antara zul dengan nik aziz, fikir sendiri la nak pecaye siapa ,  

semasa i di mekah , bercakap2 d ...

Kat C.I. jgn lambung tinggi sgt nama Anwar, karang ada yg tepek keretan atau gambar sedutan video Anwar.. Harap Maklum
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 01:44 AM | Show all posts
Dalam wiiki tulis beliau bagi dua surat memuji kerajaan najib pulak..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusuf_al-Qaradawi

Antara petikan dari wiki;

Beliau kagum terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di Malaysia. Beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar. Satu ketika beliau dibawa menaiki pesawat tentera bagi memudahkannya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat. Pertemuan diadakan dengan pemimpin UMNO mahupun PAS serta pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi memuji usaha dan Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam dalam perjuangan rakyat Palestin.Peranan Malaysia telah mendapat pujian menerusi dua pucuk surat yang diutuskan kepada kerajaan Malaysia Khususnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Al-Qaradawi menyatakan dalam surat tersebut beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di Baitulmuqaddis.Selain dari itu juga beliau menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis dan amat tersentuh dengan keprihatinan Najib Razak dalam konteks ini khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.Sehubungan dengan itu Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam. Malah dalam surat itu juga menyebut pencapaian yang membanggakan mereka tentang kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan Najib Razak.

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.Kejayaan Malaysia menamatkan konflik dan penderitaan kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Pujian Al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia.

Mana satu yang betoi... Ke dua-dua dia sokong... alamak mana satu nak pilih ni

Last edited by yellowfin on 29-4-2013 01:48 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.773597 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list