CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21680|Reply: 71

Tragedi Kemalangan Pesawat Singapore Airlines Di Taipei

[Copy link]
Post time 29-4-2013 09:17 PM | Show all posts |Read mode
TAIPEI 3 Nov. - Pesawat Singapore Airlines yang terhempas Selasa lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 81 orang, termasuk 4 rakyat Malaysia disahkan terlanggar peralatan pembinaan ketika berlepas dari landasan yang ditutup untuk dibaiki dalam cuaca buruk, kata pendakwa raya Taiwan hari ini.
''Kami yakin bahawa pesawat berlepas dari landasan yang salah sejak dari permulaan lagi. Ia melanggar sebahagian bahan-bahan besi dan dua jentera pengorek mekanikal sebelum meletup,'' kata pendakwa raya Song Kuo-yeh dari daerah Taoyuan kepada AFP.
Bagaimanapun mengenai persoalan kenapa pesawat Boeing 747-400 ke Los Angeles dengan membawa 159 penumpang dan 20 anak kapal itu menggunakan landasan yang ditutup kerana sedang dibaiki, Song berkata: ''Itu memerlukan siasatan selanjutnya.''
Kebanyakan serpihan pesawat ditemui di landasan 05R yang ditutup - yang turut dipenuhi dengan jentera pengorek mekanikal dan blok simen - walaupun pesawat sepatutnya menggunakan landasan selari 05L.
''Kami akan bekerjasama dengan penyiasat penerbangan bagi menentukan siapa yang patut bertanggungjawab ke atas nahas ini,'' kata Song, ketika beliau membantu saudara mara mengenal pasti mayat mangsa nahas di rumah mayat Taoyuan.
Song berkata, siasatan selanjutnya perlu dijalankan mengenai sama ada menara kawalan telah mengesan kesilapan itu dan sama ada ia telah memberi amaran awal kepada kapten terbabit.
Penyiasat juga perlu memastikan sama ada lampu dihidupkan dengan betul di landasan dan kenapa ia dibenarkan berlepas dalam cuaca ribut pada waktu malam, katanya.
Kebiasaannya lampu tidak akan dinyalakan di landasan yang ditutup bagi menunjukkan bahawa ia tidak digunakan.
Bagaimanapun, di Lapangan Terbang Chiang Kai-shek, hanya terdapat satu suis kawalan lampu hijau digunakan bagi laluan masuk ke kedua-dua landasan selari itu.
Timbalan Pengarah Pentadbiran Awam Penerbangan, Chang Kuo-cheng berkata, lampu putih/kuning pada landasan 05L dinyalakan sepenuhnya pada malam Selasa lalu dan hanya lampu hijau berpusat dipasang di landasan 05R.
Di laluan masuk itu, terdapat empat papan tanda besar menunjukkan arah ke landasan 05L, tambah beliau.
Tetapi beliau enggan menyatakan secara jelas bahawa kesilapan juruterbang menjadi punca utama kekeliruan itu.
Landasan 05R tidak disekat kerana sebahagian daripadanya digunakan oleh pesawat yang baru mendarat untuk kembali ke terminal.
Juruterbang mengesahkan dua kali kepada menara kawalan bahawa beliau berada di landasan yang betul.
Bagaimanapun, pegawai di situ tidak menyedari bahawa pesawat sebenarnya bergerak ke landasan yang salah kerana lapangan terbang itu tidak mempunyai radar bumi dan pesawat tidak kelihatan ketika ia berlepas.
Juruterbang dua pesawat China Airlines yang menunggu untuk berlepas di belakang pesawat SIA itu, ternampak ia membelok ke landasan yang ditutup tetapi malangnya mereka tidak memaklumkan kepada sesiapa.
Penerbangan malam SQ006 berlepas ketika taufan Xangsane melanda pulau itu. Mereka yang terselamat yang duduk di belakang kokpit dilaporkan menyedari mengenai jarak penglihatan yang rendah.
Sementara itu, Song berkata, pendakwa raya daerah Taoyuan di mana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai-shek, telah menjalankan pemeriksaan terperinci di tempat nahas, termasuk mengkaji kandungan dua 'kotak hitam' dan menyoal-siasat juruterbang pesawat, saksi dan mereka yang bekerja di menara kawalan.
Kapten Foong Chee Keong dan pembantu juruterbang Latiff Cyrano dan Ng Kheng Leng dilarang meninggalkan Taiwan sehingga siasatan selesai, katanya.
Menurutnya, identiti 30 mangsa juga telah disahkan selepas ujian DNA.
Kenyataan Song itu selari dengan penemuan oleh pihak berkuasa penerbangan Taiwan yang berkata tiada bukti menunjukkan pesawat terbabas dari landasan yang sepatutnya digunakan ke landasan di sebelahnya.
Jung Kai, pegawai eksekutif bagi majlis keselamatan penerbangan Taiwan mengumumkan penemuan itu semalam, tetapi enggan menyatakan sama ada maklumat itu menyokong spekulasi bahawa pesawat malang tersebut berlepas dari landasan yang ditutup untuk dibaiki.
Satu lagi teori ialah angin kencang dari taufan yang melanda pulau itu telah menyebabkan pesawat terbabas ke landasan yang ditutup, yang meninggalkan kesan tayar sejauh 200 meter di kawasan rumput antara kedua-dua landasan.
Bagaimanapun, Jung berkata, kesan yang ditemui pada rumput sudah tentu bukan dari pesawat yang malang itu.
''Hanya kesan tayar pesawat penerbangan 738 Mandarin Airlines ditemui di rumput yang menyambungkan dua landasan itu,'' kata Jung.


-kemalangan pesawat Boeing 747-400 ini berlaku pada tahun 2000
border=0 />


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2013 07:48 AM | Show all posts
takziah buat semua famili yg trlibat...tap gamba somi istri tu cam rakyat mesia je ...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 09:01 AM | Show all posts
mieraAdriana posted on 30-4-2013 07:48 AM
takziah buat semua famili yg trlibat...tap gamba somi istri tu cam rakyat mesia je ...?

tu bukan pic hasben & wife...tu gambar seorang pramugari SIA yang terselamat dalam kejadian tu.....beliau turut mengalami kelecuran akibat terbakar dalam kemalangan pesawat itu...kini beliau kembali pulih seperti sediakala...gambar tu adalah gambar bersama bapanya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:23 AM | Show all posts
thanks 4 sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 02:53 PM | Show all posts
tahun 2000 aku baru form 1.. tp dah x ingat cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 03:07 PM | Show all posts
aku pulak masa tu dah nak setat SPM hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2013 04:09 PM | Show all posts
Takziah pada kaum keluarga yang terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 11:23 PM | Show all posts
kemalangan ini ke yg ada seorang gadis malaysia terbunuh........... dia dalam perjalanan nak gi US utk jumpa boyfriend dia.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 12:08 AM | Show all posts
aku ingat lg kes ni, ibu kpd rakyat malaysia yg terkorban tu pnah cakap, berapa bnyak pampasan yg dia terima pun, dia takkan dpat balik anak dia..

takziah kpd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 07:22 AM | Show all posts
aku lagi xpnh dgr pasal kes ni. kesian kn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 11:37 AM | Show all posts
Risma posted on 30-4-2013 11:23 PM
kemalangan ini ke yg ada seorang gadis malaysia terbunuh........... dia dalam perjalanan nak gi US u ...

oh ya ker?saya tak sure lak bab yang tu huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 11:38 AM | Show all posts
oni313 posted on 1-5-2013 12:08 AM
aku ingat lg kes ni, ibu kpd rakyat malaysia yg terkorban tu pnah cakap, berapa bnyak pampasan yg di ...

seramai 81 0rang terkorban...huhu tragedi yang memberi impak buruk dalam industri penerbangan singapura....bayaran banyak mana pun tak cukup untuk gantikan nyawa orang yang telah pergi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 11:38 AM | Show all posts
masnona posted on 1-5-2013 07:22 AM
aku lagi xpnh dgr pasal kes ni. kesian kn.

kes tahun 2000 dah berbelas tahun terjadi...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 08:51 PM | Show all posts
ex_klia posted on 1-5-2013 11:37 AM
oh ya ker?saya tak sure lak bab yang tu huhuhu

tu lah ris pun tak pasti kemalangan ini ke atau yg mana..........masa kemalangan tuh dia dalam perjlnan ke US utk jumpa BF dia............ masa pengebumian dia, BF dia datang utk memberi penghormatan terakhir utk kekasihnya............. aahhhhhhhhhh sedih betul ris time tuh bila baca berita

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 09:38 PM | Show all posts
Risma posted on 1-5-2013 08:51 PM
tu lah ris pun tak pasti kemalangan ini ke atau yg mana..........masa kemalangan tuh dia dalam per ...

oh ya dia warga singapura...bf dia warga britain tapi stay kat us.....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 09:42 PM | Show all posts
ada sikit pic ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 10:05 PM | Show all posts
ex_klia posted on 1-5-2013 09:38 PM
oh ya dia warga singapura...bf dia warga britain tapi stay kat us.....hehehe

oohh warga singapura errkk........... yg ris ingat dia org highlight kan gadis melayu..... tu yg ingatkan org mesia.........

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 10:34 PM | Show all posts
jgn lupa tepek link skali... thanks

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 04:35 AM | Show all posts
pernah masuk National Geographic..
end result, memang adalah kesilapan pilot..

memang susah nak faham knpa ketiga2 pilot boleh tak perasan papan tanda yg sebegitu besau tapi tetap juga taxi ke landasan 05 Right. (sepatutnya berlepas ke 05 Left).
bukan tu je,
sensor yg dipancarkan dari landasan 05R jelas tertera pd navigation panel mereka.. apakah mereka buta tuli?

kesimpulan yg dpt dibuat, Captain Foong terlepas pandang, manakala First Officer Latiff pulak sibuk dgn checklist, dan relief pilot, Captain Ng duduk dibelakang tak "membantu" apapun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 05:04 AM | Show all posts
berita panas baru kuar dari oven:

US National Air Cargo Boeing 747 terhempas sejurus selepas berlepas kat afganistan





kalau korang perhatikan, sgt jelas pesawat tu "terhenti" seketika dan kemudian terhuyung hayang sebelum menyembah bumi..
kalau dlm aviation, situasi ni dinamakan stall.
mcm main layang2, bila nose ditch terlalu meninggi, sayap dah tentu berada pd posisi melawan angin..
jadinya pesawat yg sedang meluncur kehadapan akan terhenti kerana sedang menegak verticle keatas dan sayap yg sedang mengembang sedang stopkan pesawat...

kalau main layang2 boleh lagi kita berlari sederas mungkin bagi menyelamatkan layang2 yg sedang terhuyung hayang akibat kehilangan lift... Last edited by system_failure on 3-5-2013 07:05 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.095123 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list