View: 10193|Reply: 86
|
[Tempatan]
Kaedah pengiraan undi PRU13 (Dah UPDATE Soalan-Jawapan))
[Copy link]
|
|
dari forum sebelah.
Thread ini aku buka khusus untuk yang berkaitan pengiraan undi sahaja PRU13 sahaja. Sepatutnya, kaedah pengiraan sama di semua Pusat Mengundi sebab ianya SOP SPR.
Semoga thread ini membantu semua yang ada kemusykilan terutama yang mengatakan peti undi ditukar, kertas undi ditambah, blackout dan sebagainya.
Jam 5.00pm
Pusat mengundi ditutup.
KTM akan menutup pintu Pusat Mengundi.
KTM menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR.
KTM akan menampal stiker di tali yang digunakan untuk mengikat peti undi.
Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
KTM menyediakan borang 13, dan diserahkan kepada wakil calon untuk disemak. Setelah berpuashati, wakil2 calon akan menandatangani borang 13 tersebut. Sesalinan borang 13 akan diberi kepada setiap wakil calon.
Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sediada di dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.
Kerani2 Pusat Mengundi menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi.
KTM akan bertanya kepada wakil calon samada untuk membuat pengiraan serentak atau satu persatu antara peti parlimen dan dun.
Sekiranya pengiraan serentak berlaku, wakil calon akan diasingkan antara parlimen dan dun.
KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.
KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira.
kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.
Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak.
Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.
Kerani Pusat Mengundi akan memproses kertas undi ragu dengan berpandukan buku panduan dan persetujuan setiap wakil calon. Kata pemutus adalah pada KTM bagi masalah kertas undi yang tidak dapat diselesaikan oleh wakil-wakil calon.
Kertas undi ragu yang telah selesai diproses akan dimasukkan ke dalam kotak yang sepatutnya samada kotak parti2 politik atau kotak undi tolak.
Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan.
Kerani Pusat Mengundi akan menjumlahkan kertas-kertas undi yang telah diikat kepada 10 helai untuk mendapatkan jumlah keseluruhan setiap kotak.
Keputusan diperolehi.
KTM menyediakan borang 14, wakil calon akan diminta untuk membuat semakan kepada borang 14 dan ianya hendaklah selaras dengan Borang 13 yang awal tadi.
Sekiranya setuju, wakil calon akan menandatangi Borang 14. Sesalinan akan diberi kepada setiap wakil calon.
Kerani Pusat Mengundi akan menyusun semua peralatan dan dokumen yang digunakan dan dimasukkan ke dalam sampul2 yang telah ditetapkan.
KTM memasukkan kesemua sampul yang menganduni peralatan dan dokumen ke dalam peti undi dan disita semula.
Wakil calon diminta memeriksa peti undi yang telah disita dan menurunkan tandatangan di atas stiker yang telah disediakan.
Proses pengiraan dan penjumlahan undi selesai.
Wakil calon keluar dari Pusat Mengundi bersama2 SPR atu berasingan.
Ini adalah pengalaman aku semalam dan 2 PRU sebelum ini.
Semoga penerangan ini jelas dan memberi pemahaman kepada semua.
Last edited by AadiGoth on 7-5-2013 04:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
FAQ Pasal kaedah Pengiraan Undi - Sori la ye kalu ada apa2 kekurangan n kalu masih ada yg tak faham pasal ni. Ce korang ambil bahagian plak jadi PACA next GE ni...
KTM - KTM stand of, Ketua Tempat Mengundi
PACA - Polling Agent & Counting Agent
---------
Saya sebagai salah sorg petugas SPR semlm ... apa yang TT cakap tu betul itu prosedur pilihanraya.... Sebelum undi di kira... jumlah pengundi dalam saluran itu akan di pastikan dahulu... setiap agen yang duduk semasa proses pengundian akan membuat catatan siapa yang mengundi.. sebab itu nama dan no ic di sebut dengan kuat supaya agen dapat dengar dan tick dalam daftar mengundi.... semasa mengira undi jumlah undian haruslah selari dengan data yang ada... maksudnya kalau pengundi yang datang ada 500... maka kertas undi mesti ada 500... tak boleh lebih tak boleh kurang...proses pengiraan berlaku dalam keadaan tertutup tanpa org luar kecuali petugas SPR dan agen2 sahaja...polis akan berada di luar untuk menjaga keselamatan....bagi saya laa kiraan undi mengikut saluran adalah telus... dan tidak memungkinkan penipuan... tugas saya selaku kerani mengundi selesai apabila peti undi di hantar ke tempat pengumpulan... kalau kat sana ada penipuan saya tak tahu... saya cuma jaga saluran saya... dan amik tahu pasal saluran saya sahaja... kalau org kata undi di tukar semasa mengira undi bagi saya amatlah sukar... sebab agen setiap parti ada kat situ... kalau pergi sembahyang sekalipun tetap ada org akan gantikan... bilik pulak ditutup rapi... tapi kalau di tanya pasal undi pos... itu bukan bidang saya... saya hanya boleh beritahu pasal apa yang berlaku di saluran saya sahaja....
---------
setiap calon yang x berpuas hati boleh buat petisyen.
kalau spr umum x sama dgn borang 14, jadikan kesemua borang 14 dari kesemua pusat mengundi yg terlibat .
kalau mahkamah putuskan kira semula, maka peti undi akan dibuka semula dan pengiraan semula akan dibuat.
--------
kelmarin jadi ejen kira undi..start jam 5 ptg tempat mengundi ditutup dan proses mangira undi dijalankan untuk dun dan parlimen..last sekali semasa dh dapat total undi untuk saluran kt pusat buang undi, ejen kena minta borang 14 kt ktm. kt borang tu akan ada brp undi dapat bg parti2 yg bertanding dan undi rosak untuk saluran tu.. tp taktau lah pulak procedure2 selepas smua undi untuk pusat undi trsebut di bawa ke dewan untuk kira jumlah keseluruhan kawasan ..
--------
Soalan:
Aku nak tanya...possible atau tak berlaku peti undi ditukar, kertas undi ditambah...waktu pengiraan undi mesti ada wakil calonkan dan mereka mesti boleh memantau perkara ni..
Jawapan:
Tidak. wakil calon sentiasa ada dalam Pusat Mengundi.
kalau nak tukar peti, perlu tahu keputusan terlebih dahulu.
Buat apa nak tukar peti yang x tahu keputusannya.
Borang 13 dikeluarkan sejurus Pusat Mengundi ditutup dan peti disita.
Masa ni wakil calon masih ada lagi.
Soalan:
selepas pukul 5. dan start kira tu,,selepas abis kira,, semua keputusan dan peti undi di hantar ke mana ye? ade x direkodkan perjalanan dari start hantar sehingga sampai tempat dituju?
Jawapan:
selepas habis kira, kesemua keputusan dan kertas undi akan dikumpulkan di Pusat Penjumlahan undi. Biasanya di dewan2 kerajaan tempatan.
Di Pusat Penjumlahan Undi, hanya borang 14 sahaja yang dikumpul dan dikira. TIADA pengiraan kertas undi dijalankan di Pusat Penjumlahan Undi.
peti undi disusun mengikut tempat yang telah disediakan.
Soalan:
Mengapa terjadi recount dan berapa kali max recount yg dibenarkan?
Mengikut pengalaman bkn petugas, pru sblm ni masanya sampai pukul 5 juga, jumlah pengundi pun xbyk beza, tapi kptusan dpt diketahui lebih awal sblm jam 9 mlm...kenapa kali ni makan sampai pukul 2-3 pagi? jauh beza tu
pusat penjumlahan undi dibuat dimana,adakah ditempat mengundi atau perlu dibawa kesatu tempat lain dan dikumpulkan barulah dikira atau berbeza disetiap tempat mengikut keadaan dan situasi
Jawapan:
recount terjadi disebabkan permintaan wakil calon dengan syarat jumlah perbezaan undi antara yg menang dan yang kalah, 4% atau kurang.
Recount hanya sekali sahaja.
Keputusan sebenarnya diperolehi setelah borang 14 keluar.
yang lama adalah petugas spr nak menyusun dokumen dan peralatan ke dalam sampul dan memasukkannya ke dalam peti yang disediakan.
pengalaman aku, ini yang lama. maklumlah, benda 5 tahun sekali, petugas2 spr ni pulak diberi kursus mungkin kurang dari 3 kali, praktikal pun mungkin x.. jadi, terkial2 membaca buku panduan dan menyusun.
lagipun, selagi peti x disita, wakil calon x boleh keluar. kalau nak keluar juga boleh, tapi x boleh masuk balik untuk check peti dah disita secara betul atau x.
ini yang makan masa panjang.
bagi solan seterusnya, ada dua istilah yang perlu difahami, pusat mengundi/pusat mengira undi dan pusat penjumlahan undi.
pusat mengundi dan pusat pengiraan undi adalah dua tempat yang sama, manakala pusat penjumlahan undi adalah tempat yang lain, yang telah diwartakan bagi mengumpul kesemua peti undi yang telah dikira dalam parlimen tersebut.
Berkenaan pusat penjumlahan undi, kebiasaannya di dewan2 kerajaan tempatan yang telah diwartakan. satu dewan bagi satu parlimen.
kertas undi dikira di pusat mengundi.
di pusat penjumlahan undi, hanya borang 14 sahaja yang dikumpul dan dijumlahkan.
Soalan:
ade siap naik teksi lagi...
soalnya,kenapa xgunakan tect,kenapa perlu usung kesana kemari?
Jawapan:
KTM akan bawa peti undi.
sebagaimana peti datang ke pusat mengundi, mcm tu juga la peti dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi. Diiringi oleh polis.
Soalan:
petugas spr kat dlm bilik mengundi tu kakitangan spr atau org kampung yg di ambil kerja sementara sempena mengundi?
Jawapan:
kakitangan kerajaan yang dilantik sementara membantu spr.
Soalan:
TT, setakat yg ko tahukan, kenapa undi tak dikira dlm bilik mengundi jugak? kenapa mesti dibawa ke tempat lain.
kan ke bagus kira dlm tu, so takdelah kebarangkalian peti undi tetiba dibawa masuk ke, fenomena peti undi lewat tiba ke.
Jawapan:
memanglah kertas undi dikira di Pusat Mengundi itu sendiri.
x bawak ke mana2 pun peti tu.
yang dikatakan lambat tu, peti yang dah siap dikira yang mengandungi borang 14.
lambat sebab mcm yang saya jelaskan dalam post sebelum ini.
Soalan:
maknanye,,pegawai spr akan jumlahkan based pada borang 14
,,,mungkin pasni. spr boleh wajibkan semua para wakil parti yg sign borang tu. di bawak sekali ke tempat penjumlahan,,,jadi x berbangkit la isu pasal tukar kertas undi
Jawapan:
wakil calon dibenarkan ikut. Tapi kereta lain.
Lagipun, setiap wakil calon dah ada salinan borang 14 tu, setiap seorang....kalau tukar kertas undi pn x apa, sebab borang 14 sahaja yang digunapakai di Pusat Penjumlahan undi.
Soalan:
Maknanya undi dikira dlm bilik mengundi yg sama lah ek, so peti undi tak dibawa kluar untuk dikira ditempat lain?
kalau camtu kenapa ada lg peti2 undi yg dibawa ketempat pengiraan undi?
Jawapan:
tolong fahamkan antara pusat pengiraan undi dan pusat penjumlahan undi.
ada kat post sebelum ni..
Soalan:
kenapa gap yg besar antara pru 08 dan pru 2013 ni dari segi memperoleh kptsn penuh di setiap dun dan parlimen, adakah disebabkan oleh recount atau bantahan dari wakil parti atau bagaimana, lambat sejam pun dah nampak pelik,inikan pula lambat berjam2, apa mslh sebenarnya yg posible menyebabkan kelewatan yg amat sgt ni... jika isunya borang 14 lambat sampai, alasan ni hanya boleh dipakai di sabah sarawak sbb kawasan sana besar dan luah,jd boleh kata jauh,tp disana dulu kita dapat kptusan, disemenanjung yg cenonet ni kenapa boleh lewat pulak
Jawapan:
Satu lagi sebab kelewatan, wakil calon minta kira satu peti, satu peti.
bukan serentak antara peti parlimen dan dun.
Boleh bayangkan, satu peti dalam 400 pengundi memerlukan masa hampir satu jam, untuk siap dikira. Belum kemas dokumen dan peralatan.
satu saluran ada dua peti, parlimen dan dun.
satu saluran ada lebih kurang 500 pengundi.
Soalan:
Jadi mslh yg sampai naik teksi ni mslh apa pula ye...borang 14 mengandungi jumlah undi yg telah dipersetujui oleh wakil2 parti...masing2 ada salinan
jadi...posible tak wakil parti mendedahkan maklumat jumlah yg diketahui yg telah dipersetujui dan ditanda tangani dlm borang 14 kpd calon atau wakil calon menggunakan sms dan sebagainya? mka kputusan awal tidak rasmi telah diketahui sblm penjumlahan undi di borang 14 dibuat di pusat penjumlahan undi?
Jawapan:
soalan naik teksi, tolong tanya pada yang tangkap gambar.
Adalah kurang cerdik kalau tangkap gambar boleh, tapi nak bertanya x boleh.
satu gambar sejuta penjelasan.
kan lebih baik yang tangkap gambar tu tanya apa tujuan teksi tu bawak peti undi, arahan sapa dsb?
Berkenaan borang 14, semua wakil calon buat benda tu. Yang membezakan, buat secara sistematik atau berterabur.
Soalan:
posible tak wakil parti mendedahkan maklumat jumlah yg diketahui yg telah dipersetujui dan ditanda tangani dlm borang 14 kpd calon atau wakil calon menggunakan sms dan sebagainya? mka kputusan awal tidak rasmi telah diketahui sblm penjumlahan undi di borang 14 dibuat di pusat penjumlahan undi?
Jawapan:
Itu gunanya borang 14. kalau x sama dengan yang dilapor oleh SPR, buat bantahan atau petisyen. Takut2, borang 14 wakil calon simpan atau hilangkan..
Tapi, kalau x sama, mesti satu pihak lagi pun melompat..
Borang 14 untuk rujukan kalau keputusan spr x sama di antara yg diumum dgn yg tertera dalam borang 14 yg diberi oleh KTM kpd wakil calon.
Soalan:
mustahil sbb sblm ni bukan xpernah ada pilihanraya... lewat sikit xpe kot,,ni sampai 4-5 jam lewat jadi meragukan
Jawapan:
Kalau tuan masih x puas hati, tolong cari wakil calon yang ditugaskan, dan tanya sendiri pada mereka.
apa sebab lewat.
kalau lewat keputusan sampai di Pusat Penjumlahan Undi, yang tu tuan nak kena tanya pada KTM yang terlibat.
saya terangkan apa yang saya tahu dan lalui.
lebih dari itu, saya tak tahu.
Soalan:
memang xboleh sebenarnya nak tipu election ni, unless undi hantu atau masa kira, spr akan kawtim dgn polling agent, tu je.
Jawapan:
spr nak kena kawtim ngan dua2 pihak atau semua pihak yg bertanding la kalau mcm tu tuan..
Soalan:
maksudnya, di pusat penjumlahan undi, pada dasarnya hanya dikira jumlah yg ada pada borang 14 sahaja? Adakah boleh, kertas undi DIKIRA SEMULA di pusat pengumpulan undi, so jumlah undi pada borang 14 yang awal tadi boleh dibakulsampahkan?
Jawapan:
Tak boleh,hanya kebenaran mahkamah saja yg boleh dibenarkan mengira undi semua,bagi aku tiada spin dlm kiraan undi,jika borang14 tulis parti A' menang undi sebanyak 600,ejen2 parti A' dah ada butir2nya,
contohnya 'Kampung Putrajaya' ada 2 saluran mengundi,setiap saluran ada ejen parti masing2, dah dikira kertas undi,dihadapan ejen, ejen puas hati baru mengikut langkah seterusnya, dlm proses nak sel peti undi, ejen sentiasa ada bersama peti undi dan kertas undi. Jika saluran 1 parti A menang undi 300 dan saluran 2 parti A' menang 300 undi,
parti A' telah menang undi 600,jumlah itu akan di bawa ke pusat dan setiap ejen tahu akan perkara tu, kerana perlu tandatangan ejen utk sahkan kiraan undi. Bila di pusat mengundi,akan di pamerkan Kampung Putrajaya parti A' telah menang 600 undi, mmg xboleh spin.
Soalan:
jika terjadi maklumat dlm borang 14 yg diberikan kpd pusat penjumlahan undi berlainan dgn salinan yg diberi kpd wakil parti yg bertanding, walhal borang 14 lain telah disepakati oleh spr dan parti satu lagi, jadi proses mahkamah pun xleh mng la ye tak?
wakil parti hanya tunjuk 1 salinan yg diberikan oleh spr, tgk2 spr dan wakil parti satu lagi tunjuk mahkamah borang 14 yg lain, so 2 lawan 1 dah tentu 2 yg menang? sbb proses ni sulit, rakyat kebanyakan xtau pun tentang ni...hanya wakil pasrti yg bertanding dan spr,dan sprada kuasa penuh tentang borang 14... xgitu?
Jawapan:
semasa kiraan undi ejen parti A' pun tahu jumlah ejen parti B' punya kertas undi yg menang,setiap parti ada dua org ejen yg akan alert perkara ni,so mmg xboleh spin mana2,berkaitan dgn mahkamah,parti akan membuat bantahan pada spr,spr akan bawa ke mahkamh,jika meragukan,kiraan undi akan dikira semula dgn kebenaran mahkamah
Last edited by AadiGoth on 7-5-2013 04:14 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu in theory je la lobainita..... |
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 7-5-2013 02:18 AM
tu in theory je la lobainita.....
itu teori...praktikalnya mungkin lain dari teori...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi...
4. benarkan parti yang disukai bwk masuk kenderaan ke dalam kawasan mengundi... |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bertanya, betul sah ke kotak undi yang sampai tengah2 malam tu?
Dan yang hantar pakai teksi (wtf)?
Kenapa kat Sarawak boleh kira cepat? Result pun cepat. Kat Semenanjung ni negeri yang kecik pun kira lambat betul. |
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 7-5-2013 02:24 AM
cth2 yang SPR kena masuk dlm manual kira undi...:
1. bawak beg undi dgn teksi...
PRU 14 ptempat pengiraan undi perlukan generator stanby
PRU 14 perlukan dakwat kekal..atau mungkin guna dakwat sotong pulak
PRU 14 rakyat truly asia boleh mengundi
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg senang ke nak menipu
Mana pergi wakil wakil calon...agent agent pemerhati....mmg pakai sain setuju jerk yer... |
|
|
|
|
|
|
|
AadiGoth posted on 7-5-2013 02:47 AM
Nanti aku update esok ya...tgh kumpul soalan2 penting.
Kpd2 NERD2 board Isu Semasa, ni bukan ...
Kan...kalau nampak teksi bawak peti undi....takde sapa bantah? question? wakil PR terima saja?
Kalau blackout....wakil wakil PR mmg takde di situ?
Kalau tambah undi dr kocek SPR......mesti jumlah undi akan berlebih dr undi yang dikira semasa proses pengundian di mana wakil PR pun ada untuk check berapa ramai mengundi....
Aku pun confuse....mmg senang sangat ker nak menipu nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
BEREHHH - Dah UPDATE Soalan/Jawapan pasal Kaedah Pengiraan Undi PRU 13 kat post #2...
|
|
|
|
|
|
|
|
procedure on paper semua bagus bro.. tetapi Malaysia Boleh !!
bukannya baru beranak semalam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu try mintak jadi PACA skali for the next GE ni kalu nak tahu ni sekadar on paper ke tak. Skrg ni si Anwar nak bawak ke kes court berdasarkan borang 14. Ko dah faham ke blum pasal borang 13 n 14?
|
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 7-5-2013 10:50 AM
wakakaka...setiap wakil BN or PR akan dapat keputusan kat Borang 14 yg dipersetujui ketiga-tiga pihak. KTM, ejen BN dan Ejen PR. Masing2 ada salinan keputusan undi dlm Borang 14 n setiap peti undi di seal n ada tandangan ketiga-tiga pihak.
So, dah tak timbul tetiba ada peti undi extra sebab keputusan bleh dirujuk kat Borang 14. Ngan Borang 14 ni la DIRUJUK kalu2 mana2 pihak yg rasa somthing wrong melalui court.
So, kita tgk la Anwar ni just KENCING je or he telling the truth. RUJUK kat Borang 14.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku salah sorang kerani undi..........
aku nampak ada ruang2 untuk menipu.. tapi masalah tetap dari wakil2 calon... sebab apa aku ckp mcm tu...
- jam 8 pagi masa seal peti undi minta wakil2 calon (PACA) utk sign...
- time org dtg mengundi PACA n tanda berapa org datang undi... dah 3,4 jam PACA n bertukar org, org kedua & ketiga n mcm malas nak tanda je... so tah dia tau berapa org dtg aku pun x pasti,
- time nak buka peti undi PACA yg lain lak masuk (bukan yg sign jam 8pg tadi)... so di sini nampak PACA n tak ambil berat sama ada seal yg dia tanda tu seal yg dia sign pagi tadi..... kat sini boleh nampak kelemahan jika seal di buka & di masukkan undi lain sapa pun x tau
- time nak bilang undi kerani je bilang... PACA (dari DAP & BN) masuk bilik lenggang kankong bawa telor je.. cuma sorang je bawa kertas... so bila KTM bagi tau berapa jumlah undi keluar PACA2 n takde rujukan so terima je berapa KTM bagi tau
- time kira kami asingkkan Parlimen & Negeri... kerani angkat kertas undi ckp sapa punya BN or DAP, so sorang je PACA yg catit yg 3 lagi tgk je sebab xde kertas & pen.
- kadang2 bila dah banyak2 tersalah masuk kotak.. BN gi kotak DAP, DAP g kotak BN... PACA n leka tak perasan
- bila dah asingkan bagi tau jumlah PACA terima je... nak buat semakan xde sebab xbawa kertas...
** kesimpulannya.. memang terdapat ruang untuk menipu, tetapi jika PACA mainkan peranan yg betul, susah jugak nak tipu undi n.
** nak tanya ada ke org letak alamat kat IC guna alamat office??? |
|
|
|
|
|
|
|
BorderManager posted on 7-5-2013 01:23 PM
aku salah sorang kerani undi..........
aku nampak ada ruang2 untuk menipu.. tapi masalah tetap da ...
Ada ruang menipu ke ada ruang berlaku kecuaian akibat manusia tu sndiri? Kalu PACA dan ejen parti sndiri yg tak jalankan tugas ngan baik, so naper plak sistem SPR yg digunapakai ni dipersalahkn?
Dah nmpak kt situ yg salah PACA or ejen parti.
Last edited by AadiGoth on 7-5-2013 02:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sebab update jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kemungkinan tak? semasa semua beg + borang 14 dibawa ke pusat penjumlahan, Tetiba ada satu pihak bawak dan selitkan beg + borang 14 yang di reka sendiri yang datang dari pusat pengundi entah mana mana.. Borang 14 tu pulak di letak tandatangan palsu semua puak...
atau adakah setiap beg undi yang datang ke pusat penjumpahan itu wajib diiringi oleh wakil setiap parti juga..
sekian soalan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|