CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14897|Reply: 179

[Tempatan] PRU 13 : Undi Popular vs Undi Elektoral - sila baca dgn pikiran yg terbuka.

[Copy link]
Post time 8-5-2013 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Undi Popular vs Undi Elektoral

Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat secara setara dari Perlis sampai ke Sabah. [Rem Dambul, Mei 2013]

i
Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”

Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.

Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.

ii
Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas.

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.

iii
Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral?

Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif. Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif.

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat individualistik. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.

Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat).

iv
Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok komuniti minoriti yang lemah dan kecil.

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.

Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral ini melindungi kepentingan komuniti terpencil; mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi.

v
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk appeal kepada satu kumpulan penduduk tertentu, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata penduduk Malaysia.

Contoh tarikan populist?

Ok, ini yang paling mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma.

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya.

vi
Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.

Jangan anggap semua penduduk di Malaysia ini ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga di Malaysia. Pergelutan hidup penduduk Malaysia cirinya pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam.

Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna. Sekadar contoh.

Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.

vii
Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu.

boleh baca tulisan2 pandangan dari Dr.Rem Dambul di fb beliau : https://www.facebook.com/rem.dambul?ref=ts&fref=ts Last edited by isabel on 8-5-2013 03:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 03:40 PM | Show all posts
Jelas.....like
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:44 PM | Show all posts
aku dah cakap lama dah.

apa pekdah toll pree LDP utk anak nelayan di kole rompin?



sampai ke la dok konar dek cacai2 pasan urban stuck in godem infested ldp for "good accesibility" yg termakan kencingan ratiban property sure go up hwanggggg.












pastu dok konar betapa majoriti populariti vote show they should be in power.

prrffthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:45 PM | Show all posts
masanya untuk pikat pengundi2 borneo
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:47 PM | Show all posts
dia yg sokong tolol2 kata RM 5 beliyun buleh bagi toll pree, dia ingat org lain yg ada akai utk mempersoalkan apa jadi dgn pelaburan RM 28 beliyun EPF dlm PLUS sbg cacai bn.




















T to the O to the L to the O to the L



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:48 PM | Show all posts
Mengapa aku berasa seronok dengan tulisan beliau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2013 03:52 PM | Show all posts
penjelasan yg sgt baik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:52 PM | Show all posts
popular vote hanya digunakan untuk perbandingan SAHAJA. Tidak adil digunakan untuk menentukan kemenangan.
Tetapi tidak harus jauh berbeza dari electoral vote.
Bila sudah jauh berbeza, electoral mechanism sepatut di adjust untuk merapatkan kedua-duanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 03:53 PM | Show all posts
ceh bg cth sblh pihak je..
apa untung BR1M kepada majoriti rakyat yang hidup di bandar. yg tak layak dpd BR1M?

kegagalan PR menang di parlimen 'pedalaman' sabah sarawak adalah kekurangan Jentera penerangan di kwsn2 ini.
jentera2 kwsn ni dikuasai sepenuhnya oleh BN.
Sedangkan jika diperhalusi PR merancang utk memajukan Sabah & Sarawak berdasarkan penjimatan yang diwar2kan.
Last edited by kazaraf on 8-5-2013 03:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:58 PM | Show all posts
baghal_bortuqal posted on 8-5-2013 03:44 PM
aku dah cakap lama dah.

apa pekdah toll pree LDP utk anak nelayan di kole rompin?

baghal meh le explain psl gst yg dok kecoh sekrg tiba2.... kekonon BN menang trus implement gst....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:59 PM | Show all posts
kazaraf posted on 8-5-2013 03:53 PM
ceh bg cth sblh pihak je..
apa untung BR1M kepada majoriti rakyat yang hidup di bandar. yg tak lay ...

org yg tak layak ofcoz bkn miskin
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:03 PM | Show all posts
Suka dengan penerangan tu. Make sense.

Sama macam harga minyak.

Jualan petrol yg kita ada sekarang ni adalah harga bersubsidi. So, dlm erti kata lain, kerajaan telah pun menanggung harga subsidi. Penurunan harga minyak akan menyebabkan jumlah subsidi meningkat. Peningkatan jumlah subsidi akan ditanggung kerajaan.

Tol. Tol free, atau kurang kosnya, sedangkan pada masa yg sama, kos selenggara, kos gaji pekerja dan lain-lain kos tetap kekal. Sebelum ini kos ni ditanggung oleh rakyat dan kerajaan, tapi bila free, ianya menjadi tanggunggan kerajaan.

PTPTN, ianya juga sama. Pembiayaan pelajaran secara percuma, tapi kos hakikat utk pendidikan termasuk duit belanja student, buku2, alatan amali, gaji pensyarah dll kekal, kalau sebelum ini kos ini ditanggung oleh pelajar dan kerajaan, kalau free, maknanya kos yg ada ditanggung oleh kerajaan.

Bila semua benda ini ditanggung kerajaan, dlm erti kata lain, belanja kerajaan makin naik dan makin tinggi dr sekarang ni (terutama dlm faktor harga minyak), so, apakah sumber kewangan yg akan digunapakai oleh 'kerajaan' yg bersedia menanggung kenaikan berlipat kali ganda ni? adakah dr hasil petronas sahaja?

Kt sinilah janji perlu realisitik, jangan hanya sekadar 'to good to be truth'..so, penawaran mesti realisitik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:03 PM | Show all posts
Australia Federal Election 2010

Australian Labor Party          - 4,711,363 votes

Coalition                      - 5,365,529 votes
Liberal Party of Australia         3,777,383        
Liberal National Party             1,130,525
National Party of Australia         419,286        
Country Liberal Party (NT)         38,335

beza hampir 700,000 undi, tapi Labour yang bentuk kerajaan

adilkah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:05 PM | Show all posts
haji_one posted on 8-5-2013 04:03 PM
Suka dengan penerangan tu. Make sense.

Sama macam harga minyak.

depa kira mcm ni... dr bg kroni duit juta2 mcm lembu kondo.... baik duit tu bg kat rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:05 PM | Show all posts
kazaraf posted on 8-5-2013 03:53 PM
ceh bg cth sblh pihak je..
apa untung BR1M kepada majoriti rakyat yang hidup di bandar. yg tak lay ...

Penjmatan kat mana tue....bukankah dah  byk duit pakai dan beli balik konsesi tol, nak bagi free education, PTPTN yg dimansuhkan, nak cover subsidi minyak lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lebih 50% rakyat vote PR....utusan dan tv3 masih meroyan rakyat support kjaan..

Pengundi BN hanya minority saja di negara ini...mereka menang sbb rampant gerrymandering...org sabah sarawak dpt byk kerusi sedangkan populasi kurang....


Di negara barat diorang dah correctkan kesan negatif ni dgn buat sistem hibrid dln pengundian...

Ada juga negara buat direct voting (undi popular).... X salah...

Tapi media harus hormat yg majoriti rakyat nak coverage yg seimbang...


And of course kpd prof kaki bodek Zainal Kling, aspirasi rakyat adlh PR bukan BN ye.....BN cuma menang kerusi aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 04:06 PM | Show all posts
sebab tu saya geleng pala...apa yg hebat sangat dgn undi populer ini?..krn ada pengundi mengundi berdasarkan populernya calun yg bertanding atau dasar2 parti yg dibawa...kalau nak sangat buat undi populer..cer letak dua calun je..Najib vs Anwar atau Najib vs Lim Kit Siang dan beri suma 13 juta tu kertas vote dan beri mereka vote...tu pun tak mencerminkan 27 juta rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:06 PM | Show all posts
US Presidential Election 2000 (yang menggunakan undi elektoral mengikut negeri)

George Bush 50,456,002 votes
Al Gore         50,999,897 votes

George bush yang jadi Presiden
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:08 PM | Show all posts
Pada saya, ketidakadilan berlaku bukanlah kerana tidak ada undi popular untuk melantik terus PM dsb, tetapi berakibat dari amalan gerrymandering iaitu penyempadanan semula kawasan pilihanraya untuk memudahkan BN menang lebih kerusi dengan kuasa pengundi yang tidak saksama.

Contohnya, kawasan parlimen A, B dan C sama-sama ada 100,000 pengundi setiap satu. Keputusan undi menunjukkan bahawa Parlimen A dan C ramai yang cenderung menyokong PR manakala parlimen B pula cenderung menyokong BN. Maka, oleh kerana BN pada waktu itu ada majoriti 2/3 di parlimen, ia telah meluluskan persempadanan semula kawasan B yang dibahagi menjadi tiga kawasan parlimen baru di mana kawasan B1 mempunyai 30,000 pengundi, kawasan B2 mempunyai 30,000 dan kawasan B3 mempunyai 40,000. Apabila tiba pilihanraya baru, BN menang kesemua B1, B2 dan B3 dan PR menang kawasan A dan C.

Dalam situasi ini, BN dapat lebihan 2 kerusi dari persempadanan semula itu. Kesannya, rakyat di kawasan A berjumlah 100,000 hanya diwakili seorang wakil rakyat manakala rakyat di B1 diwakili seorang wakil rakyat juga. Ini bererti, kuasa rakyat di kawasan B1 lebih kurang 3 kali ganda lebih dari kuasa rakyat kawasan A dan juga kawasan C. Di parlimen pula, PR yang memperoleh undi 200,000 (andaian 100% pengundi keluar mengundi PR) mendapat cuma 2 kerusi manakala BN yang memperoleh undi 100,000 (andaian 100% pengundi keluar mengundi BN) mendapat 3 kerusi. Inilah yang menjadi bantahan sekarang ini.

Persempadanan semual sepatutnya boleh dilakukan berdasar kiraan yang objektif berdasarkan bancian jumlah penduduk dan faktor-faktor lain seperti geografi. Pada saya, memang wajar sesetengah kawasan parlimen dikecualikan dari kaedah biasa pengiraan, misalnya kawasan yang luas tetapi mempunyai jumlah penduduk sedikit seperti kawasan parlimen yang meliputi Banjaran Titiwangsa. Namun, kalau dua kawasan parlimen yang lebih kurang saja keadaan geografi, kepadatan penduduk dsb, maka kedua-duanya hendaklah disempadankan mengikut kaedah yang objektif tanpa mengambil kira kecenderungan pengundi dalam memilih parti.

Memang dalam amalan pilihanraya negara-negara yang dianggap demokrasi yang matang, undi dijalankan secara elektoral dan jarang secara popular, tetapi pembahagian kawasan elektoral secara tidak adil seperti yang saya gambarkan di atas sememangnya dianggap amalan tidak sihat oleh demokrasi yang sedemikian. Inilah sebabnya lahir istilah gerrymander kerana demokrasi yang matang dan adil melihat amalan ini sebagai satu amalan yang menyalahi konsep demokrasi sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:10 PM | Show all posts
dino posted on 8-5-2013 03:59 PM
org yg tak layak ofcoz bkn miskin

tidak miskin yang duduk di hulu kampong, tapi di bandar2 mcm aku ni yg middle class , pembayar chukai itu ini, tapi tak dapat BR1M . so apa aku dapat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.095355 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list