CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17893|Reply: 60

Aeril Zafrel Menipu David Teo

[Copy link]
Post time 8-5-2013 08:57 PM | Show all posts |Read mode
‘Aeril Zafrel Tipu Saya, Akan Dapat Balasan’




PETALING JAYA – Penerbit David Teo memberitahu pelakon Aeril Zafrel memperdayakannya dengan mendakwa ingin mempelajari ilmu agama sehingga mendorong dia menamatkan kontrak pengurusan artis di bawah syarikatnya iaitu Metrowealth International Group (MIG) lebih awal.

David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, MIG berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati niat pelakon itu yang mahu mendalami Islam tetapi dia mengkhianati janjinya dengan membintangi produksi lain termasuklah syarikat dari Hollywood.

“Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif.

“Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

“Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah David, dia mendapat tahu mengenai kerja lakonan Aeril di Hollywood pada akhir tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, sebelum ini mengesahkan dia tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang disifatkannya sangat peribadi.

Aeril juga mengesahkan sudah mendapat tawaran berlakon bersama produksi di Hollywood dengan bintang Christina Ricci dan Sharon Stone.

Selain merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’, Aeril dilaporkan berkecil hati dan tidak menyenangi ‘budaya’ kerja yang diamalkan MIG.

Dalam pada itu walaupun Aeril mengkritik MIG menerusi beberapa laporan media, David tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan dengan kenyataan-kenyataan itu termasuklah perbuatannya menipu mengenai sebab-sebab ingin menamatkan kontrak.

Beritahu David, dia percaya, setiap perkara yang berlaku terdapat hikmahnya dan individu yang menipu pasti akan mendapat balasan tanpa perlu mengambil sebarang tindakan.

“Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian.

“Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah ‘kacang lupakan kulit’.

“Dalam pada itu, ramai juga artis yang mengikut konsep kami bekerja telah pun berjaya dalam karier lakonan masing-masing,” ujarnya.

Antara artis-artis popular di bawah naungan MIG ialah Yana Samsudin, Wawa Zainal, Farid Kamil, Angah (Raja Lawak), Along Cham, Nora Danish dan Shaheizy Sam. – mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 09:04 PM | Show all posts
kesian tauke david..tu la..lu berani lg bisnes sama anak melayu..ini mcm la anak melayu tipu cina...haiyaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 09:22 PM | Show all posts
ikut trend semasa..... tak artis la kalau tak keluar dari MIG... ekekkeke
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 09:25 PM | Show all posts
permainkan agama gak nihh....x pepasal kena bala lak kang

malu la kt david, org islam permainkn agama sendrikk.....guna la alasan lain...buat malu jee

nanti bangsa lain x percaya dah alasan nk mendalami agama......
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 09:31 PM | Show all posts
pehhhhh nama betul  Suhairil Sunari, 26, , nama glemer Aeril Zafrel ..memati idup aku ingatkan nama betul dia Aeril Zafrel
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 09:35 PM | Show all posts
Nama komersil mak aih meletup..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2013 09:49 PM | Show all posts
Suhairil Sunari..lain kali bg la alasan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 10:02 PM | Show all posts
kesian david teoh..jadilah macam yana n sam.tentu david teoh sayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 10:53 PM | Show all posts
Dalam dunia bisnes tiada istilah tipu ye. Saya tak percaya pelakon yang baik macam Aeril Zafrel tu tipu David Teo. Dia merupakan seorang pelakon yang berwawasan dan bijak dalam mencari peluang untuk melangkah ke hadapan. Kalau dia kata nak berhenti suka-suka sahaja dengan mamat teo ni, sah-sah dia tak akan benarkan. Saya tak nak Aeril ni jadi macam pelakon-pelakon lain dalam MIG TEO ni. Masa hadapan orang biarlah dia yang tentukan arah yang hendak dituju. Saya yakin dia akan berjaya jua nanti dalam bidang lakonan sebab dia baik hati, handsome dan penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 11:11 PM | Show all posts
watak apa yg Suhairil Sunari dpt kat hollywood tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 11:46 PM | Show all posts


iols dpt rasa yg aeril ni berada di pihak yg benar
ececece


jgn ada kes saman menyaman plak pasni sudah laaa
Last edited by ZaraPalarae on 8-5-2013 11:48 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 12:02 AM | Show all posts
Maybe dia kena tipu dulu dgn uncle David kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 12:47 AM | Show all posts
lepas tgk citer astro sungai lui minat plak ngan dia ni.. best bgak lakonan dia..
mmg bagus la dia kuar.. citer2 dia blakon masa ngan MIG tah hape2.. x menonjolkan bakat langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
so simple dpt tawaran kat hollywood..... iye ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 01:10 AM | Show all posts
melayu mmg senang percaya ckp org lain... ikut je telunjuk org lain ckp... xde support dkt org sendiri... ingat dlm politik je, dlm dunia hiburan pon mcm ni... alahai... bgs ar dia kluar MIG tu dr terperuk dgn movie ntah apa2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 01:50 AM | Show all posts
bagus lah dia kedepan. dengki pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 02:03 AM | Show all posts
Aeril Zafrel hensem.......






Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 02:04 AM | Show all posts
aeril zafrel barulah model hollywood taraf antarabangsa bukan macam Dafi tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 02:10 AM | Show all posts
tak berapa kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 09:08 AM | Show all posts
nak jugak isu dia nih eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.103192 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list