CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'

[Copy link]
Post time 11-5-2013 10:48 PM | Show all posts
cm_matjawasp posted on 11-5-2013 10:14 PM
Lari topik sikit .Mungkin otai otai sini masih ingat tahun 1986  bagaimana Presiden Filipina  Marcos ...

selepas reformasi tu filipina maju jaya kan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 10:49 PM | Show all posts
cm_matjawasp posted on 11-5-2013 10:14 PM
Lari topik sikit .Mungkin otai otai sini masih ingat tahun 1986  bagaimana Presiden Filipina  Marcos ...

So nak guna people power la skrg? demonstrasi sampai PR menang?


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 10:50 PM | Show all posts
RedDevils posted on 11-5-2013 07:01 PM
Aku menilai melalui situasi yg terjadi, benar benar terjadi.
Ini pendapat peribadi aku sahaja.

ada la cacai kata tempat2 panas je ade penipuan nih...... klau ade penipuan agen dua2 parti tu makan rasuah la gamaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 10:57 PM | Show all posts
pagi petang siang malam kehulu kelihir dah mcm org sasau kesian
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 10:58 PM | Show all posts
munchkin posted on 11-5-2013 05:18 PM
cantik baju dia belah dalam tu yang ada print tu

Kalau berminat kat Uniqlo ade design camni...rm79.90. Kalau nak murah tunggule dia bagi limited offer..tak pepasal uniqlo dpt iklan free..


http://www.uniqlo.com/my/CPaGoods/itemcode=077004



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:13 PM | Show all posts
jemir1st posted on 11-5-2013 10:58 PM
Kalau berminat kat Uniqlo ade design camni...rm79.90. Kalau nak murah tunggule dia bagi limited of ...

Uniqlo kena bayar you ni jemir1st. tajam betul mata you ni. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2013 11:19 PM | Show all posts
Go figures, Nuart.

Kita pakei demokrasi British .................. siAnal sibuk dengan undi pos la, undi inilah, undi itulah.

P/S Cukuplah 5 tahun rakyat Malaysia menderita dengan mangkuk hayun ni. Lagi 5 tahun ............... orang sabar cam akupon bolih naik angin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2013 11:35 PM | Show all posts


‘Pengundi hantu’ saluran satu — Kunta Kinte Original



May 10, 2013

10 MEI — Sebenarnya Kunta Kinte teringin juga nak cerita pasal pilihan raya umum 5 Mei lepas. Tapi pasal orang lain dah banyak yang tulis jadi kalau Kunta Kinte nak tulis pun, Kunta Kinte tak mahulah tulis yang serius-serius. Kunta Kinte nak tulis yang ringan-ringan saja.

Mula-mula sekali Kunta Kinte nak cerita pasal pengalaman Kunta Kinte mengundi tahun ini. Rasa-rasa Kunta Kintelah, Kunta Kinte mungkin jatuh dalam kategori pengundi hantu. Tapi nasib baiklah tak kena gasak oleh pekerja-pekerja parti yang melampau dan ganas. Boleh jadi pasal muka Kunta Kinte tak nampak macam Bangla atau Nepal.

Kunta Kinte kata Kunta Kinte mungkin jatuh dalam kategori pengundi hantu pasal kalau ada mana-mana parti politik atau pihak cuba cari Kunta Kinte tentu tak jumpa.




Kisahnya macam ni. Kunta Kinte mendaftar di Bandar Baru Bangi dalam kerusi Parlimen Serdang dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bangi. Masa Kunta Kinte mula mengundi pada 1974 Kunta Kinte tinggal di Hulu Langat.

Masa itu kawasan pilihan raya tak banyak tapi sangat luas. Di Selangor ada 11 kerusi Dewan Rakyat dan 33 DUN. Sekarang ada 22 Parlimen dan 56 DUN. Pada awal 1980-an Kunta Kinte beli rumah di Bandar Baru Bangi (BBB). Kalau tak silap Kunta Kinte, masa tu BBB jatuh dalam kerusi Parlimen Sepang dan DUN Dengkil. Umno wakili BN di kerusi Parlimen dan MIC di kerusi DUN sebab masa tu ada banyak ladang di kawasan berkenaan.

Awal 1990-an Kunta Kinte beli rumah di Subang Jaya. Masa tu Sime Darby bagi potongan harga sangat baik sebab rumah tak laku akibat ekonomi yang meleset. Tapi Kunta Kinte tak ubah tempat mengundi.

Jadi kalau selepas itu ada parti politik yang pergi cari Kunta Kinte di alamat yang tercatat dalam senarai pendaftaran pengundi di BBB, tentulah tak jumpa. Lagipun, rumah yang Kunta Kinte milik di BBB itu dah Kunta Kinte jual.

Saluran khas untuk OLU

Kalau tak silap Kunta Kinte dah empat kali Kunta Kinte undi ikut saluran satu. Saluran ni adalah saluran untuk orang tua-tua. Maklumlah bila dah tua, nak beratur lama-lama pun tak kuat. Silap-silap jatuh pengsan langsung tak boleh mengundi. Jadi, terima kasihlah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kerana adakan saluran khas untuk OLU (orang lanjut usia).

Hari Ahad lepas, masa mengundi, Kunta Kinte ambil masa tak sampai lima minit pun dari waktu dapatkan nombor saluran hinggalah masukkan kertas undi ke dalam tong. Tapi ada juga orang kata, bilangan pengundi saluran satu makin kurang. Boleh jadi banyak yang dah mati, sakit atau tak minat lagi dengan pilihan raya.

Tahun ini Kunta Kinte nampak saluran orang pertengahan usia dan orang muda cukup panjang. Sampai ada yang patah hati atau balik dulu untuk berehat dan tunggu sebelah petang bila bilangan pengundi berkurangan. Kali ini peratusan yang keluar mengundi paling tinggi. Baguslah macam tu sebab nampaknya rakyat jelata kita, terutama yang muda-muda, lebih ambil berat tanggungjawab sebagai pengundi.

Kunta Kinte seronok dan bangga tengok besarnya bilangan pengundi baru dan pengundi muda yang keluar mengundi. Inilah yang kita mahu sebab apa yang kita buat hari ini baik atau buruk yang akan mewarisinya adalah generasi muda, anak cucu kita.

Beri nasihat generasi muda

Sebab itu jugalah Kunta Kinte dah buih mulut cakap bagilah peluang kepada generasi baru untuk cergas dalam politik dan bila mereka sudah bersedia, kita bagilah kepada mereka. Jangan dok sekat dan cincang. Kita pun bukan nak tongkat langit. Tapi orang muda pun janganlah berasa pandai dan bongkak sebab mereka mengaji tinggi sampai tak hormat orang tua.

Kunta Kinte cadangkan semua parti politik tubuh Majlis Penasihat Veteran atau orang putih kata Council of Elders untuk bagi nasihat dan jadi mentor kepada pemimpin muda dan yang baru naik. Janganlah kita campak mereka macam surat khabar lama sampai ada yang merajuk dan lawan parti sendiri.

Kunta Kinte harap bilangan yang lebih besar keluar mengundi kali ini akan jadi dorongan dan desakan kepada wakil-wakil rakyat dan parti-parti politik supaya bekerja lebih kuat demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara. Kita wajib tahu tanggungjawab masing-masing.

Tak akan jadi wakil rakyat kalau rakyat tak pilih. Oleh sebab tu, mereka kenalah hormat dan takut kepada rakyat. Bukan terbalik kong kita pula yang takut kepada mereka. Kalau mereka buat salah kita wajib tegur sebab kita pilih mereka untuk buat yang baik, bukan buat jahat. Kita pilih mereka bukan anak bini dan suku-sakat mereka. Itu kena faham betul-betul.

Kunta Kinte pun sangat bersyukur kerana pilihan raya kali ini berjalan lancar dan tak adalah kejadian-kejadian yang terlalu buruk. Bergaduh kecil-kecil tu adalah tapi taklah sampai merusuh dan buat keganasan.

Tahniah kepada semua dan kita terimalah keputusan pilihan raya dengan fikiran terbuka. Tak payahlah kita tuduh-menuduh dan tuding-menuding jari. Kalau tak puas hati gunakanlah saluran yang betul. Ikut undang-undang dan peraturan. Kalau gatal sangat nak tunjuk perasaan, biarlah aman dan tak ganggu orang ramai.

Wallahualam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai dah boleh agak sejak bang non kuar asrama sungai buluh dia mcm ada 1 dendam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:37 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 11-5-2013 09:53 PM
so pengundi hantu dar bangla n myanmar je ar..indon, africa sumer xd ke?

kalau pengundi hantu dari PRC mesti takkan jadi isu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:39 PM | Show all posts
roblucci posted on 11-5-2013 11:37 PM
kalau pengundi hantu dari PRC mesti takkan jadi isu

PRC tu hapa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:40 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 11-5-2013 11:39 PM
PRC tu hapa..

google is your friend
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:44 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 11-5-2013 11:39 PM
PRC tu hapa..

Peoples republic of china

or secara ringkasnya

made in china atau china mali
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:53 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 11-5-2013 11:44 PM
Peoples republic of china

or secara ringkasnya

oh..betapa inesennya sy

Comments

Takpe theres always room to learn new stuff  Post time 11-5-2013 11:59 PM
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:21 AM | Show all posts
Anwat menang lah. Ramai org undi PR.

Cuma tak dpt jadi PM je, nak meghoyan meghoyan lah. Pedulik hape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 07:53 AM | Show all posts
Moga kita semua diselamatkan oleh bangsa dan pemimpin yang zalim.Tapi bila tengok en anwar teringat saya masa hadhir ke annual Dinner MCKK tak salah saya sebelum enAnwar masuk asrama sg.buloh.saya bukan ahli MCKK tetapi atas jemputan kawan saya yang jadi alumni MCKK.masa tu ada di buat sketsa tentang team A dan Team B yang nak menggulingkan team A.Masa tu tetamu yang hadhir seingat saya di depan saya Tan sri halim saad,tan sri tajudin Ramli dan beberapa orang kuat En.Anwar.Masa tu tak salah saya dia jadi menteri kewangan.

Parti alumni MCKK  di hotel itu tak salah saya sketsa lawak jenaka yang menceritakan En.Anwar nak turunkan TUN Mahathir.selepas parti tu selesai tak berapa lama en anwar dipecat dan masuk asrama sg.buloh.

masa tu saya dapat rasa betapa berbangganya mereka dalam parti alumni tu tokoh koperat ramai seperti Halim Saad ,tajudin Ramli hadhir .parti itu adalah parti kegemilangan MCKK alumni sebelum en anwar masuk asrama sg.buloh.kawan saya sangat bangga menjadi bekas pelajar MCKK sebab masa tu banyak tokoh korperat adalah bekas pelajar MCKK.

parti yang di hotel itu adalah kenagan manis saya kerana dapat merasakan bagaimana gemilangnya zaman-zaman ahli pelajar MCKK menjadi tokoh korperat terkenal dan juga pemimpin negara.paling seronok parti tu memang grand gila.tak sangka parti itu adalah parti ucapan selamat tinggal ahli alumni MCKK kepada En.anwar sebelum di hantar ke SG.Buloh.selepas bergelak ketawa membuat sketsa Team A lawan Team B...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 08:06 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 11-5-2013 05:14 PM
Pengikut Nik Aziz pun tak setaksub macam ni..anwar anwar anwar anwar anwar..

1. Anwar cerita  ...

Aikk AN... Puji2 pas nampakk....


Prffthhhh.. Nak bersatu demi ummah ke???
Ishhh sapa nak bersatu dgn pas kan an.. Ishhh

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 08:08 AM | Show all posts
kasmela posted on 12-5-2013 12:21 AM
Anwat menang lah. Ramai org undi PR.

Cuma tak dpt jadi PM je, nak meghoyan meghoyan lah. Pedul ...

Rakyat yg nak anwar jadi pm.... Perjanjian umno -bn sabah sarawak lak nak jadikan kristian pm
sebarkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 08:43 AM | Show all posts
peYno posted on 12-5-2013 08:08 AM
Rakyat yg nak anwar jadi pm.... Perjanjian umno -bn sabah sarawak lak nak jadikan kristian pm
seb ...

Banglasia ke arah negara kristian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075631 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list