CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'

[Copy link]
Post time 12-5-2013 08:59 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 11-5-2013 05:14 PM
Pengikut Nik Aziz pun tak setaksub macam ni..anwar anwar anwar anwar anwar..

1. Anwar cerita  ...

tp die xkalah pun di permatang pauh. ape sbb die kene pencen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 09:19 AM | Show all posts
atira posted on 12-5-2013 08:43 AM
Banglasia ke arah negara kristian

mereka bagi Najib jadi PM 2 tahun je.. lepas tu Pairin kristian akan jadi PM

eii takutnya

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 09:21 AM | Show all posts
peYno posted on 12-5-2013 09:19 AM
mereka bagi Najib jadi PM 2 tahun je.. lepas tu Pairin kristian akan jadi PM

eii takutnya

Abih la dah tak boleh laung azan..
Akan dgr loceng je
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 09:22 AM | Show all posts
atira posted on 12-5-2013 09:21 AM
Abih la dah tak boleh laung azan..
Akan dgr loceng je

Good Friday akan dijadikan public holiday bagi malaysia...Ya Allah.. apa nak jadi niiiiiiiiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 09:58 AM | Show all posts
bengang sebab geng lain dapat negeri jadi mb atas dasar majoriti...
alih2 selangor... jd mb atas dasar ikhsan rakan2 yg pegang kerusi lagi byk....

jenuh laa tertinggi depa kuarkan stement...mb selangor kerusi tetap PKR.... geng lain pun iyakan je laa.. nanti lagi parah kalo meroyan lebih sgt...

pendapat aku je laa... mcm 2+1(bersyarat) bukan 3+0
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 10:08 AM | Show all posts
pesanan utk anwart
when u embark on journey of revenge, dig two graves!
quoted from revenge tv series..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2013 11:03 AM | Show all posts
Games of thrones
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:28 PM | Show all posts
RedDevils posted on 11-5-2013 07:16 PM
Itu lah pasal.
Saya tulis benda ni, bukan sebab saya setia kat mana mana parti politik.

setuju!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 12:29 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 11-5-2013 07:41 PM
masa tu zunar lukis gambar Tun M macam Khinzir...apa perasan ko masa tu?..

teringat gambar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:31 PM | Show all posts
Bila fitnah semakin berleluasa, itu petanda dunia semakin tiba di penamatnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:32 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 11-5-2013 05:14 PM
Pengikut Nik Aziz pun tak setaksub macam ni..anwar anwar anwar anwar anwar..

1. Anwar cerita  ...

dia ni bangsa apa?


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:40 PM | Show all posts
~boolean: kalau betul hak dirompak, lawan balik sampai dapat semula..tapi bukti kasi kukuh dulu lah anwar, baru lawan...ini aku tengok pung pang pung pang aja l ...


xder bukti.. sebab tu kena cari bukti sampi cuba.. ataupun tgh creat bukti palsu.. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:42 PM | Show all posts
Innrukia posted on 11-5-2013 10:49 PM
So nak guna people power la skrg? demonstrasi sampai PR menang?

Selepas Marcos belah..Corazon jadi presiden ..apa jadi filipina..? masih tak aman..puak puak Marcos yang kalah pulak demontrasi campur dengan sorang menteri yang paling tadah tentang Corazon Aquino pulak..kesimpulannya menjatuhkan kerajaan dengan demontrasi jalanan @people power bukanlah penyelesaian..takyah jauh lah Indonesia pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:14 PM | Show all posts

Gagal Dalam Cinta Je Kot..



Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:52 PM | Show all posts
ada tak sesiapa di sini pakar saikologi manalah kita tau en anawar ada penyakit apa?sebab saya hairan macamna dia boleh bercakap benda yang sama berulang-ulang antara fantasi dan realiti .dia boleh convince pengikut dia sehingga taksub dan takjub sampai bertahun-tahun.bila berita palsu di ulang-ulang menambahkan lagi keyakinan orang ramai sehingga tak pernah mempersoalkan intergriti dia.

contohnya azmin ali dia lebih percaya cakap en anwar dari cakap ibunya atau arwah ayahnya samapai tak boleh membuat pertimbangan yang wajar.berapa kali azmin ali ditipu dan di gula gulakan dengan janji sehingga berpuluh tahun tetap setia.

saya juga hairan mengapa kawan kawan baik dia dulu seperti nalakarupan,ezam,sidik baba,ruslan kasim,raja petra semua tinggalkan dia selepas bertahun tahun jadi pengikut setia dia.takkan semua kawan kawan tinggalkan dia sebab dijanjikan duit/pangkat?

ilmu apa yang dia pakai bila bercakap orang terpesona dan terpedaya?adakah dia ada menuntut ilmu  di indonesia sehingga orang indonesia pun terpesona dan takjub bila mendengar dia bercakap.sampai ulamak ulamak pas pun boleh terpesona dan terpengaruh.malah tun mahathir pun ada kata dia pun terpesona bila En.anwar bercakap?  
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:57 PM | Show all posts
amansihat posted on 11-5-2013 03:53 PM
Moga kita semua diselamatkan oleh bangsa dan pemimpin yang zalim.Tapi bila tengok en anwar teringat  ...


quote:Masa tu tetamu yang hadhir seingat saya di depan saya Tan sri halim saad,tan sri tajudin Ramli dan beberapa orang kuat En.Anwar.Masa tu tak salah saya dia jadi menteri kewangan.


dia kata nak govt bebas kroni rasuah etc - tapi tengok dizaman dia kawan kawan MCKK dia jugak yang dikenyangkan temboloknya. LAgi mau percaya ke sama Anuwat ni?

Aku ingat makcik makcik golong pprt spt aku yang mudah tertipu rupanya puak2 Uuuurrrrrrrbannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 02:00 PM | Show all posts
amansihat posted on 12-5-2013 01:52 PM
ada tak sesiapa di sini pakar saikologi manalah kita tau en anawar ada penyakit apa?sebab saya haira ...

ini lah persoalan yg tak berjawab...tapi seriously, bila dengar anwar berkata-kata, mmg masuk terus ke hati...kita yg baru kenal pun akan terpesona
apatah lagi yg da lama mengenali anwar
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 02:00 PM | Show all posts
sampai orang india,orang china pun berjaya dipengaruhi percaya dengan kata kata en anwar tanpa bertanya kesahihan dan ketelusan berita itu.adakah en anwar menuntut sama dengan guru Sukarno atau guru suharto di indonesia sehingga rakyat Indonesia pun boleh terpengaruh dengan pidatonya.

saya yang duduk indonesia lebih kurang 8 tahun yang saya tahu salah satu ilmu suharto dan juga ilmu presiden presiden  indonesia adalah menyembah atau memberi makan 9 buah gunung keramat  macam gunung keramat untuk memikat dan menakluk rakyatnya. .menurut kepercayaan orang indonesia salah satu punca suharto jatuh lupa menjamu salah satu dewa gunung keramat di Jawa masa kematian ibu tien.

jadi hampir semua presiden atau ahli politik bila nak pilihanraya atau bulan bulan teretntu akan menjamu/memberi makan kepada gunung gunung tersebut.ini hanyalah hearsay saja tanpa bukti.ia adalah fitnah jika cerita yang diceritakan itu adalah kata kata orang indonesia jika tidak betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 02:30 PM | Show all posts
Anwar, Kit Siang amat kecewa

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

PADANG RENGAS 11 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.

Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

"Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah.

"Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71 tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah jadi perkara mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding.

"Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu, tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu, rumah siap, pahat masih berbunyi.

"Dua Ahli Parlimen ini 'gila' hendak jadi Perdana Menteri dan menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari alasan," katanya.

Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan.

"Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada kerajaan.

"Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama (Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan pilihan raya," katanya.

Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13 kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.

Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.

Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?

"Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau 'hang' tubuh kerajaan, 'hang' berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak Melayu)," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta Islam dalam Perlembagaan negeri itu.

Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam.

"Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi. Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan pembangkang," katanya.

Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ecewa#ixzz2T3cHqO6Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 03:00 PM | Show all posts
Tajuk berupa soklan...so kita jwb je lah...
Jawapan : YA, ANDA DSAI, GAGAL PRU...

Jenuh menunggu bukti2 kukuh yg dicanangkan pd setiap perhimpunan PR - untuk di legalkn bukti2 tu, sbg menafikan keputusan PRU13..
dh genap seminggu ni...phewww..

Btw..my tagline still maintain sejak trtubuhnya PR neh...
"PR is good & necessary for check & balance, just so so to rule a state but not fit to govern Malaysia"
Tu tagline fair le kan...
Mayb ada sesapa nak copy & modify tagline tu...sukahati le...

Psssttt...ape fungsi agen calon/parti kat setiap pusat mengundi eh?
Mrk2 ni dibayar SPR or calon/parti or sukarela?
TQ in adv kpd sesapa yg menjwp soklan ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.071082 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list