CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4494|Reply: 5

DAP DAN PAP: SEJARAH BAKAL BERULANG?

[Copy link]
Post time 12-5-2013 03:23 AM | Show all posts |Read mode

PAP ditubuhkan pada awal tahun 1954 yang dipelopori oleh setiausaha utamanya, Lee Kuan Yew. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, pendaftaran PAP  di Malaysia dibatalkan.


Namun, pada 1966, parti itu didaftarkan menggunakan nama Democratic Action Party  dan diluluskan.  Sehingga kini, DAP meneruskan aspirasi perjuangan PAP di Malaysia.


Jika kita boleh mengimbau kembali modus operandi yang digunakan oleh Kuan Yew pada masa itu, kita hampir tidak menjumpai sebarang perbezaan dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng kepada rakyat Malaysia pada hari ini.


Lee Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu melayu demi menambat hati orang melayu Islam. Turun naik masjid adalah suatu kebiasaan. Penampilannya yang berbaju melayu dan berkain pelikat menambah keyakinan orang melayu untuk mendokongnya.
Setelah berkuasa, apa yang berlaku?


Orang melayu Islam ditinggalkan dan dinafikan hak-haknya.  Mereka disisihkan selama 20tahun daripada menyertai latihan wajib khidmat negara , kouta pendidikan yang tidak melebihi 25% daripada kaum lain, para profesional melayu sukar menjawat jawatan tinggi terutama di firma Cina tempatan selain jumlah perwakilan Melayu di parlimen juga dihadkan bilangannya. Tidak kurang juga suara lantang yang memperjuangkan hak samarata antara kaum dan agama.

Seolah-olah apa yang diperlihatkan sebelum ini tidak pernah berlaku. Lee Kuan Yew dikenali sebagai pemimpin yang bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap tidak puas hati kepada Melayu Islam. Akhirnya, keturunan melayu dibersihkan di singapura pada masa itu dan masih bersisa sehingga ke hari ini.


Mari kita soroti pula lakonan DAP :
  • Meyakinkan muslim bahawa mereka memperuntukkan dana yang besar untuk masjid, aktiviti kebajikan dan kepada golongan huffaz
  • Guan Eng menunjukkan kekaguman beliau terhadap khalifah Umar Abdul Aziz dan  pandai memetik ayat-ayat al-quran ketika berceramah
  • Demi mengekalkan sokongan muslim kepada DAP, Zairil Kher Johari yang pada asalnya kalah untuk mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), akhirnya terpilih atas alasan ralat dalam proses permindahan pengiraan undi
  • Wakil rakyat sering menggunakan ayat al-quran untuk berceramah dalam masjid, meraikan hari kebesaran Islam bersama-sama dan memberi hadiah kepada kanak-kanak muslim.
Teresa kok merupakan ahli parlimen seputeh dan ADUN Kinrara DAP

Ini semua lakonan semata-mata. Ia langsung tidak merugikan perjuangan DAP pun, malah lebih menguntungkan mereka dengan  memikat hati orang-orang melayu Islam.

Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh bertudung di surau An-Nur Shahiroh, pada 30 Dis 2012 dengan sebuah beg sekolah untuk mengeksploitasi kanak-kanak Melayu Muslim



Namun pada hakikatnya, ini antara yang berlaku :
  • DAP menentang hudud dan pembentukan Negara Islam. Sudah jelas Karpal Singh dan Lim Guan Eng takkan mengalah dalam isu ini
  • DAP berjaya memonopoli keputusan majlis presiden PR dalam isu kalimah Allah walaupun tidak dipersetujui oleh majlis syura PAS
  • Peruntukan yang lebih BESAR diperuntukkan untukmembangunkan agama kristian, pembinaan gereja dan menyebarkan dakyah kristian
  • Wakil rakyat DAP menggunakan politik sebagai medium dakyah kristianisasi mereka. Mereka adalah pendakyah dahulu sebelum ahli politik. Contohnya memberi angpau bercetak bible, berceramah di masjid, memberi limau sempena CNY dan sebagainya.
Hakikatnya, kewujudan DAP di Malaysia bukan sekadar untuk menawan Putrajaya, namun apa yang lebih penting lagi adalah menyebarkan ajaran kristian seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian.


DAP mendapat sokongan yang kuat dari pihak gereja serta berhasrat untuk mengenepikan semua  Jemaah Islam setelah berkuasa kelak.


Ucapan seorang pemimpin kanan DAP, “ We must make sure Christian become the official religion in Malaysia and we must make sure the next PM is a Christian.”

Dengan kejelasan ideology yang dibawa, DAP pada ketika ini telah hampir berjaya memonopoli majoriti undi cina berbanding MCA dan tidak mustahil untuk parti itu menyingkirkan PAS dari pakatan demi memperkuatkan lagi undi cina kepada DAP.


Melayu? Masih lagi dengan kekaguman mereka dengan ke’khalifahan’ Lim Guan Eng itu.
Tak dinafikan, melayu lebih dikaburi dengan lakonan islamik DAP berbanding ideology kristian yang jelas dibawanya.


Adakah orang Islam tidak terfikir, bagaimanakan DAP sangat mengagumi  Islam, tokoh-tokoh Islam dan ayat-ayat al-quran sedangkan mereka sendiri tidak beriman dan beramal dengannya?


Ini semua lakonan!


DAP dan PAP kedua-duanya adalah parti cauvinisme. Mereka sekali-kali tidak akan memberi peluang kepada Melayu Islam untuk berkuasa. Kesamaan antara dua parti ini bukan suatu kebetulan.


DAP adalah serpihan PAP dan bakal mengulang sejarah yang sama di Malaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2013 03:30 AM | Show all posts
Menyingkap sejarah PAP (People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang di pelopori setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.Ini kebenaranya ,modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini,yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat  Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! “Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,”

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu,Cina dan India juga kaum–kaum di Malaysia apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah !!! adakah ini kebetulan???

DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGO parti DAP-PAP teryata ada kesamaan- buat perbandingan mengikut resipi sendiri ,lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :



-Keduanya ada hubungkait dengan zionis ? -

-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-



-Diawal kemunculan PAP-MELAYU|ISLAM fokus utama-

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini-  Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam-tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.



DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.





Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin  selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 03:48 AM | Show all posts
artikel yang bagus.Hanya macai2 PR yang membutakan mata mereka dari kebenaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 03:59 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 04:09 AM | Show all posts
artikel yang bagus.Hanya macai2 PR yang membutakan mata mereka dari kebenaran


MEREKA BUKAN SAJA BUTA TAPI PEKAK TAPI MULUT....SENDIRI FIKIRLAH..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 06:51 AM | Show all posts
roblucci posted on 12-5-2013 03:48 AM
artikel yang bagus.Hanya macai2 PR yang membutakan mata mereka dari kebenaran

buta dari sudut mana ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.073017 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list