CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104587|Reply: 1368

~ Perkembangan Aku--> UPDATED TAHUN 2021 PG.68 ~

[Copy link]
Post time 14-5-2013 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CikSiti07 at 23-12-2021 04:40 PM

Assalamualaikum kengkawan forumers sekalian..

Tujuan aku buat thread ni aku nak luahkan perasaan aku yang terbuku...
Dan aku perlukan sangat suara korang untuk tenangkan hati aku...

Alkisahnya aku ada seorang bf yang aku kenal sejak hampir 2 tahun yang lalu...
Kalau ada yang mengikuti kisah cinta aku mesti korang tahu macam mana perjalanan kisah kami yang banyak ditimpa ujian..
bagi yang tak tahu biar aku ceritakan serba sedikit..
masa aku mula bercinta dengan bf aku dia ada segala-galanya...
Dalam beberapa bulan lepas tu company bf aku tutup, dia kena buang kerja..
Ujian berganda bila kawan dia buat taik gunakan nama dia sebagai guarantor sampai nama dia kena blacklist..
7 bulan dia menganggur kat kampung dengan hutang keliling pinggang..
Dia takde duit langsung...

Selama 7 bulan tu jugak aku bersabar..
Sentiasa ada disisi dia..
Aku tak pernah down kan dia walopun dalam hati aku terluka sangat-sangat sebab tak nampak masa depan kami...
Tapi aku sentiasa mendoakan ada rezeki yang baik untuk dia dan masa depan kami..
So, aku terus bersabar sampai la sebulan yang lepas, dia dapat kerja baru..
Aku sangat-sangat bersyukur sebab kerja yang sekarang lebih bagus dari yang dulu..

Tapi semalam aku dapat berita yang meruntun jiwa dan perasaan aku..
Bf aku cakap dia kena transfer ke Australia selama 5 tahun..
Dia cakap peluang cam tu bukan datang selalu dan dia akan terima tawaran tu and dia mintak aku terima keputusan dia..
Lepas tu aku pun tanya la " abis nak kena tunggu 5 tahun baru nak kawin??"
Dia jawap " dia tak janji sebab dia kena commit dengan kerja dia sampai stable..dia takut nanti kalau berjanji dia tak leh tunaikan"..
Masa dengar jawapan tu aku terus sebak and air mata berhamburan..
Semalam kami ada la bincang pasal benda ni..
Dari cara dia cakap seolah-olah macam dia nak tinggalkan aku terus..
Dia ada cakap kalau kami takda jodoh, dia suruh aku cari yang lebih baik..
Pastu dia ada cakap dia buat macam ni sebab dia tak nak aku tertekan and rasa macam digantung tak bertali..
Ye la, umo kitorang 28 kalau 5 tahun lagi maknenya umo 34 tahun baru aku kawin...

Entahlah, aku serabut sangat..
Airmata ni dari semalam tak nak berhenti mengalir...
i need uolss to comfort me.....

Thanks...


# Update 15/5/2013 --> Semalam aku ada tanya dia:

a) Dia memang nak tinggalkan aku untuk 5 tahun tu ke? Dia tak ada solution ke untuk masa depan kami? Kalau dia perlukan setahun or dua tahun lagi, dan fikirkan masa depan kami..aku boleh tunggu...

--> Dia jawab macam ni : Dia cakap dia terpaksa and dia takde jawapan untuk perancangan masa depan kami sebab dia tak tau macam mana environment keje and hidup dia kat sana..dia tak berani nak janji sebab dia takut tak dapat tunai kan...

b) Aku tanya lagi tak boleh ke dia ambik masa setahun or dua tahun untuk stabilkan diri dan  kawin dengan aku..Then, tinggalkan aku sekejap untuk 2 3 tahun lagi...lepastu kami akan kembali hidup bersama-sama?

--> Dia jawap cam ni ia cakap dalam masa setahun 2 tahun tu belum tentu dia boleh balik Msia...lagipun kami jauh beribu batu..dia cakap dia tak percayakan diri dia n macam mana dia nak percayakan aku..dia cakap bukan niat dia nak curang tapi kadang-kadang org sekeliling yang bagi pengaruh..

(Masa aku dengar jawapan dia tu, aku rasa macam kene hempuk dengan batu besar dan aku rasa memang dia dah tak sayang aku lagi)

#20/5/2013 - Kemarin bf aku bagitau yang dia confirm akan berangakt ke Aussie 23/5/2013..masuk hari ni dah 2 hari dia mendiamkan diri..aku msg n call dia xde respon..last hari sabtu ari tu ade la msg-msg dia..lepas tu terus diam sampai hari ni..Last aku dengar suara dia hari aku post thread ni..lepas tu kami just msg2 je..huhuhuhu

Kenapala dia siksa aku macam ni..tak tertahan rasa..sakit kat dalam dada ni..kot ye pun dia nak tinggalkan aku..salah ke dia habiskan hari2 bersama aku ni dengan sumthing yang boleh buat aku tersenyum...cinta ini sangat kejam..I hate U AFK..I hate U!!

#21/5/2013 - Hari ni hari ketiga dia mendiamkan diri tanpa khabar berita..tiada call or mesej..aku tak tau apa yang dia fikirkan sekarang ni..dia sedang berduka or sedang bergembira... another 2 days aku akan tunggu....

#22/5/2013 - dia masih membisu...

#28/5/2013 - Terlebih dahulu aku nak ucap ribuan terima kasih kepada korang sebab sudi sama-sama berkongsi cerita dengan aku..Alhamdulillah sebelum dia pergi, malam tu dia call aku..dia cakap dia mendiamkan diri sebab perlukan masa untuk berfikir, dia mintak maaf jugak kat aku sebab buat keputusan melulu sedangkan dia sendiri tak tahu situasi kat sana..lagi sekali dia tanya aku, aku sanggup tak tunggu dia kalau dua or tiga tahun lagi?..aku still xbagi jawapan..aku just cakap kita follow je la cemane perjalananan hubungan ni..selagi aku leh tunggu, aku akan tunggu..malam tu kitorang bergayut lama...Esoknya sebelum dia berangkat lagi sekali dia call aku..ada satu ayat buat aku sebak...dia cakap "kalau aku sedih, kalau aku sunyi, kalau aku runsing, kalo aku rindu dia, kalau aku ada masalah just email dia..InsyaAllah dia akan reply"..masa akhir tu memang aku tak tahan sebak..dia pun macam tahan sebak..lepas letak telepon..aku menangis semahu-mahunya....

Tapi termasuk hari ni dah 3 hari aku email dia tapi dia tak reply pun...tak tahu nak cari dia kat mana..huhuhuhu

# Update lagi - finally dia reply email aku..sedih nye dengar workload keje dia kat sana..keje 7 pagi sampai 3 pagi..KPI pulak tinggi....huhuhu..hope dia ok kat sana...


Sekian..tu sahaja cerita aku....

#Quick Update - Aku harap aku tabah..aku mohon pada kengkawan forumer semua bagi aku sokongan..tadi aku sesaje add kakak bf aku n ber pm dengan dia..Rupanya bf aku tak pergi pun Australia...dia ada je kat KL..yang paling menyedihkan akak dia bagitau dia nak bernikah hari sabtu ni dengan gf lama dia...perasaan aku di saat ni susah nak cakap..mengigil tangan aku nak menaip..air mata nak keluar tapi aku tahan...


Update 29/5/2013 - Ni aku nak share email dia pada aku semalam..nampaknya dia still nak berdrama...


Hari ni life aku macam biasa..semalam aku tahankan kesedihan aku tapi akhirnya berhamburan jugak airmata..esak tangis sekuat-kuat hati aku..aku bukan kecewa and sedih sebab dia tinggalkan aku..tapi aku sedih kenapa aku harus melalui kesakitan ini sedangkan sepanjang bersama dengan dia aku cukup jujur dan setia dengan dia..tak pernah sekali pun aku terniat untuk curang...time dia susah and dia down aku setia disisi dia..aku rasa macam aku tak deserve untuk lalui kesakitan ni..semalam aku tido terjaga banyak kali sebab mimpi dia..setiap kali terjaga aku harap semua ni satu mimpi..tapi bila aku sedar semuanya adalah benar..aku jadi down..n nangis balik...


Update 30.05.2013 -

Alhamdulillah..hari ni aku semakin ok..tiada lagi tangisan rindu or takut kehilangan beliau..sedikit demi sedikit aku cuba untuk lupakan dia..semalam dalam tidur, aku asyik membayangkan dia akad nikah dengan perempuan tu..aku tak tau kenapa aku macam ni..aku siap marah kat diri aku and berkali-kali aku mohon pada Tuhan supaya buang rasa sayang, rasa cinta aku pada dia..mulut aku tak berhenti-henti cakap aku benci dia..sekarang yang tinggal hanyalah airmata kekecewaan...aku sedih sebab jumpa lelaki macam ni..kalau aku tau dia macam ni dari awal lagi aku tak nak langsung beri peluang pada dia untuk masuk dalam hati aku...Kejujuran dan kesetiaan aku pada dia selama ni sia-sia..dia tak layak nak dapat kasih sayang aku yang ikhlas ni...Bila aku fikirkan balik kegagalan hubungan aku ni sebab salah aku jugak..sebab aku terlalu baik..aku terlalu percayakan dia..aku terima segala alasan dia...aku lebih banyak pandang kebaikan dia dari keburukan dia...sampai mak aku cakap aku sorang je nampak dia baik..Dulu aku memang jenis berfikiran negatif, dia siap pesan aku jangan fikir negatif sebab benda ni akan membunuh hubungan kami..so, aku cuba untuk fikir positif walopun kadang-kadang aku rasa curiga dengan tindakan dia...Apa-apa pun sampai hari ni aku menyesal sangat bertemu dengan dia...airmata yang ada sekarang hanyalah airmata penyesalan..penyesalan yang teramat sebab curahkan kasih-sayang pada lelaki yang tak sepatutnya...Aku rasa ini adalah dugaan bercinta paling berat yang aku hadapi sepanjang aku hidup..dan dia tergamak buat aku macam ni..dalam hati aku rasa nak doakan supaya dia rasa kesakitan yang aku rasa tapi tak sampai hati pulak..huhuhu..apa-apa pun aku benci sgt2 kat dia skrg ni...Thanks pada kengkawan forumers yang banyak bagi semangat dekat aku..aku banyak tersedar and terkesan dengan komen-komen yang korang bagi...apa-apa pun aku mohon pada korang semua mendoakan supaya aku kuat...dan dikurniakan jodoh yang berjuta-juta kali baik dari lelaki itu...

Pasal semalam, dia tak datang pun jumpa aku..memang seperti yang aku jangka..dia akan meninggalkan aku secara perlahan-lahan..mula2 deactive fb, pastu pegi oversea tapi sebenarnya tuka no fon...then, thru email..dan dia akan menyepi secara perlahan-lahan...sangat kejam bukan...Aku harap suatu hari nanti dia merasai kesakitan yang aku rasa sekarang..

Btw, Thanks jugak kepada kawan-kawan yang PM..aku akan balas PM korang secara perlahan-lahan..sebab aku perlu fokus setiap PM..thanks sbb care pasal aku..sayang korang semua...

Update hari ni : Dari hari ke hari aku rasa aku dah semakin kuat untuk hadapi semua ni..aku bersyukur aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang sayang aku termasuk korang semua..sejak dari semalam sedikit demi sedikit kawan terdekat aku tau pasal pernikahan si dia..ramai yang terkejut dan ramai jugak yang sumpah seranah..sedikit sedikit banyak keburukan dia yang aku tau dari kawan-kawan kami..rupanya banyak benda yang aku tak tau pasal dia selama ini..yang kawan-kawan kami pulak tak sanggup nak cerita dekat aku..bila dah jadi macam ni baru diorang nak bercerita..tak pa la...apa-apa pun sedikit demi sedikit aku dapat bangun..hari ni aku dah tak nangis..aku dah start makan walopun xbanyak...cuma sekarang ni aku sedang bertarung dengan hati dan perasaan aku..sejak dari semalam dok terngiang2 suara dia lafaz akad dan aku teringat jugak dia kata kat aku sebelum gi aussie " syg, kalo abg ada 30K..sekarang jugak abg meminang syg"..kepala hotak dia...bila benda tu terngiang aku jadi sebak...kenapa aku macam ni? aku rasa aku dah pulih tapi bila teringat suara dia..aku jadi termenung...apa lagi aku nak buat...aku nak bangkit..aku tak tau macam mana keadaan aku esok..aku dah delete ahli keluarga dia n email2 dia..hope membantu...


Update last ~ Assalamualaikum kengkawan forumers yang sentiasa bersama aku dikala aku jatuh..Telah berlalu  sudah fasa sedih dalam hidup aku..Alhamdulillah, bertambah lagi satu pengajaran dalam hidup..Moga diri ini terus tabah dalam melalui liku-liku kehidupan seharian..Thanks kepada kengkawan forumers yang tidak jemu-jemu bagi nasihat dan semangat pada aku dan ada juga yang cakap aku reka cerita..terpulanglah pada sesiapa nak percaya atau tidak..hakikatnya yang merasa keperitan itu adalah aku...

p/s : kengkawan ex-ofis dia suma terkejut, ingatkan dia jemput kenduri minggu lepas kawin dengan aku..rupanya x...nasibla..

# Apa-apa pun hari ni aku mahu mengisi kehidupan aku dengan senyuman ketenangan....

Thanks Ols. Last edited by CikSiti07 on 18-11-2013 09:25 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 09:17 AM | Show all posts
sedih ler plak aku membacanya..
5 tahun tuh agak lama gak la..tp dr jawpan dia tuh mmg mcm dia tak berani nak commit lagik..
and salah satu sbb org takmo commit cos dia sendiri still berbelah bahagi samada dia btul2 syg kat ko ataupun tidak..salah satu jer la..byk lagik reason lain..

sekarang nih, tanya hati ko sendiri..
ko sanggup ke tunggu 5 tahun?
mana yg ko tolong dia dulu tuh, tak payah pikir2 dah..buat sakit hati jer..
sekarang nih pikir pasal hati and diri sendiri...apa yg ko nak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:25 AM | Show all posts
lupakan je kot....mula2 mmg pahit..lelama nnti ko blh terima.np xnak nikah gantung dulu ke..
ken mcm mendesak sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:34 AM | Show all posts
kawen dan ikut die duk sane camner?
cer cakap cemtu ngn die..
klu die mmg tak sanggup..
rasenyer cari jela org lain..huhuhuhuhu mmg susah...
tp tak guna kalau kite je yg beria.. tp sidia endah tak endah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:35 AM | Show all posts
tt...takpela...lepaskan dia pergi, jalani hidup masing-masing. mana tau selepas ni ada yang terbaik menuggu uoll... insya allah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:41 AM | Show all posts
alamak..kesiannya...simpati dekat uols kalu iols pun mesti berhamburan air mata keluar...

hurm...tp betul jugak apa bf uols ckp...maybe lah kan bf uols rasa..heols dah seksa uols tunggu 7 bulan..heols taknak seksa uols lg utk another 5 years..5 tahun tu terlalu lama..lagi2 nk compare dengan 7 bulan uols tunggu tuh...mcm2 boleh jd dlm 5 tahun ni..

so sekarang..bergantung dengan uols lah...uols boleh tunggu 5 tahun?
kalau dlm 5 tahun ni jodoh uols berdua tak panjang, uols boleh redho dah move on, tiada ungkit mengungkit?
sbb heols ckp dah loud and clear kat situ...janji yang dia tak boleh tunaikan...

5 tahun byk panjang wooo..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2013 09:50 AM | Show all posts
dia pernah jatuh teduduk dulu, dengan keadaan takde duit takde sapa nak bantu..
thats why i think la dia trauma , bila kawen andai kata berlaku lagik, macam mana nak tanggung anak orang, esok lusa ada anak..

so untuk bagi u stabil emosi dan mental, iols cadangkan uols bertunang dulu, kira adalah ikatan ye dok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:55 AM | Show all posts
keje ape yang smpai 5 tahun kena pegi oversea tu TT? ko dah try selidik tak?
kot2 dia saja nak bagi alasan
aku bukan nak api2 kan.. tapi kalo dia sayang ko btol2 dia mesti akan ajak ko kawen dulu.
tapi memandangkan masa depan dia pon tak nampak maybe dia terpaksa terima tawaran tu.
TT aku rase ko kena cari orang lain. ye  bukan nak ko sedih tapi percayalah itu lagi baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 10:25 AM | Show all posts
haa..meh ak bagi lelaki punye pandangan

sebenarnye kak tt punye bf tu pegi keje oversea 5 tahun tu sbb dia trauma dengan pngalaman sebelum ni. pengalaman hidup mnganggur xberduit sambil hutang keliling pinggang. dah la mnganggur..erhutang plak tu. stress woo... sbb tu dia pilih nk gi oversea keje kontrak slama 5 tahun tu. keje kontrak kat oversea mmg lumayan giler ah. ak penah dapat offer oversea kat shell nigeria gaji 10k sebulan kontrak 5 tahun. lumayan tapi mmg tak pegi la hahaha

dengan kata lain..kak tt kene pikir gak keadaan bf kak. 5 tahun kat negri org...sakit tu. tapi bf kak snggup buat. kak kene faham la dia

dlm masa sama...bf kak still syang giler kat kak. sbb tu dia xnak nyusahkan kak. dia xsanggup biarkan kak tt hidup dalam penantian tunggu dia selama 5 tahun. bf kak sbnarnye nak tanggung sakit menunggu 5 tahun tu sorang2..dia xsanggup nak heret kak sama. sebab tu dia bagi kebebasan kat kak tt...kalu ade orang yg lebih baik dari dia, kawen la orang tu

sy ulang lagi skali kak...dia sbenarnye x sanggup biarkan kak tt tunggu dia lama2. sbb tu dia bagi kebebasan kat kak..biar la dia sorang je sakit bersabar 5 tahun..dia xnak kak sakit sama.

5 tahun tu...bukan sekejab. dah pru-14 dah... najib dah tumbang da (insyaAllah...hehe)

cadangan sy...kak tanya la diri kak sendiri. sanggup nak tunggu ke x 5 tahun. kalu sanggup tunggu...kak bagitau kat bf kak. kalu x sanggup tunggu...cari la yg lain



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:38 AM | Show all posts
Sabarlah cik siti, drpd penceritaan awk ni, dpt sya simpulkan bahawa, dia lebih pentingkan
karier dan masa depan dia drpd memikirkan tentang masa depan hubungan korang, so
pleaseeee, just move on, lupakan dia, ubati luka kamu dan ambil masa tu utk buka hati
kamu pada orang yang lebih hargai kamu..

Pada saya, kalau dia serius dengan kamu, dia akan meminang kamu, menyunting kamu
dan bwk kamu sekali ke australia, or else adala something yg blh bg jaminan utk kamu
tggu dia pulang dr sana smada sbg tunang or isteri, tp klu dia sendiri pn xnk bg komitmen dan
x dpt bg jaminan pn ttg halatuju hubungan kamu.. So apa lagi yg kamu boleh hrpkan dr dia?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:42 AM | Show all posts
Bg saya, awk sggup bersabar dan bersusah payah dgn dia,so xkn dia xnk kongsi
kegembiraan tu dgn awk? Kalau tak nak,itu maknanya dia mencipta alasan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:51 AM | Show all posts
I try not to be judging kat bf TT dengan berburuk sangka dia ada niat dan plan yang melencong selepas susah senang die hidup bersama TT..
tp apa iols nk ckp..nk angkut bini g duk oversea bukan mudah yoo...
nak2 kalau tetibe mengandung dan beranak...some countries senang..
some are not..ni pengalaman iols duk tpt orang...at least yang laki kene pergi dulu for few years..tengok2 keadaan..carik rumah...
baru leh angkut anak bini...tp taktau lah lah kan aussie mcm mana...


lgpun...bf TT baru sebulan dpt keje...ntah2 hutang pun tak abis settle lg..camno nk kawin...
so samada TT sanggup nk bg masa (tanpa ada kepastian dihujung jalan)
atau korang bawak haluan masing2...dan kalau after 5 years...korang sama2 tak jumpa teman hidup...korang sambung
or korang move on dengan prancangan hidup masing2 dan tak menyesali hubungan singkat korang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:57 AM | Show all posts
sama dgn apa yg pernah saya alami. cuma bezanya masa tu saya dah habis study, tp bf tu masih ada 2 thn lgi.  dia ckp kalau saya ada jumpa sesiapa yg lebih baik dr dia dlm masa 2 thn tu, dia minta saya terima je org tu dan jgn tunggu dia sbb dia nak grad lg 2 thn, lps tu cari kerja lg, pastu kumpul duit pulak baru dpt kawin. dia tak nak saya habis masa tunggu dia.

saya faham masalah bf masa tu. bkn dia tak sayang tp dia tak nak siksa jiwa raga saya dan dia faham mesti family saya tak suka klau saya kawin lambat.

dlm masa 2 thn tu saya mmg jumpa orglain, iaitu suami saya skrg. alhamdulillah.  yg pnting TT harus terima hakikat mungkin dia bkn jodoh TT. jgn sedih2. sekurang2 nya dia bgtau perancangan dia dan tak buat TT tertanya2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:04 AM | Show all posts
bersabar ye tt.. banyakkan berdoa supaya semuanya baik-baik saja. cuba la istikharah. jika dia jodoh tt, tetap akan bersatu jua..

lagi pun, lepas segala susah payah beliau, mesti beliau akan berfikir tentang masa depan. tak semua lelaki merasa susah payah begitu. insya allah, datang sisi yang baik atas kesusahan beliau. orang kata pengalaman mematangkan fikiran lalu menjadikan beliau seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

5 tahun tu pejam celik pejam celik, sekejap je boleh berlalu. lagi pun teknologi tak menjarakkan manusia nak berhubungan. ntah ntah after 2 3 years beliau pergi sana, rasa dah stabil then amik keputusan untuk berkahwin dengan tt, sapa tau.

for now tak usah fikir umur 34 baru kawin etc. kita pun tak tau apa yang akan jadi esok. kalau ada jodoh, insya allah akan dipermudahkan. tapi kalau tak ada jodoh, ostolia tu kat sebelah rumah boleh bau kentut pun belum tentu kawin. jangan susah hati ye. berdoa lah pada allah. dan kalu dia bukan jodoh tt, usah bersedih. insya allah akan datang seorang yang lebih baik buat tt.. berdoalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:07 AM | Show all posts
ex bf aku dulu ckp mcm tu la kat aku...
aku cari org lain je...
errr....
membantu tak TT?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:11 AM | Show all posts
ramai yang keliru ngan bf tt ni sbb perkataan "keje oversea"

cube tt bagitau detail skit...bf tt ni sebnarnye keje camne kat oversea tu? lagi detail lagi orang paham lagi senang org bagi pandangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 11:24 AM | Show all posts
bertabah la dik
kalau ada jodoh x kan kemana...pasti bersatu jugak..
yg da kahwin pun bleh jerk bercerai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 11:52 AM | Show all posts
baby_pingu posted on 14-5-2013 09:17 AM
sedih ler plak aku membacanya..
5 tahun tuh agak lama gak la..tp dr jawpan dia tuh mmg mcm dia tak  ...

Semalam dia ade cakap dengan aku..
Nada sebak la..
Dia cakap dia perlu kekuatan nak cakap semua ni kat aku..
Dia cakap aku wanita terbaik yang pernah ada dalam hidup dia..
Aku tak banyak buat hal, aku paham dia..
Tapi dia terpaksa buat keputusan macam ni sebab dia tak nak aku menunggu dan terima tekanan..
ye la..bila umo dah macam ni orang asyik bertanya pasal kawin...
dia cakap dia laki takpe, aku pompuan banyak tekanan yg aku akan terima..
Pastu pulak dia jauh, kalau jadi apa-apa kat aku dia tak leh buat apa-apa..
Dalam sebulan tu bukan dia kat australia je..dia akan travel ke hong kong, uk suma...

Ikutkan aku boleh terima kalo dia kerja sana dalam setahun 2 tahun..
Then, kitorang kawin...
Aku still boleh tunggu tapi kalo dah 5 taun tanpa apa-apa jaminan..hurmm

Entahlah
Dalam hati aku mmg aku terlalu syg kan dia..
Aku tak pernah jumpa lelaki yg syg aku cam dia syg aku..
Dia terima aku seadanya...
Dia ade cakap semalam kalau nak cari pengganti cari yang syg aku mcm dia syg ok or lebih dr dia...

huhuhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..xsanggup nak taip lagi,...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:58 AM | Show all posts
nikah
pastu ikot dia g ostrolia
besnyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 11:59 AM | Show all posts
juju_amin84 posted on 14-5-2013 09:25 AM
lupakan je kot....mula2 mmg pahit..lelama nnti ko blh terima.np xnak nikah gantung dulu ke..
ken  ...

Aku kan pompuan tak kan aku nak desak..
Tapi semalam aku just cakap-cakap camtu je la pasal kawin..
Dia cakap kalo doa ada RM30K dalam tangan sekarang, memang dia nak minang aku and bawak aku ikut dia...
Tapi masalahnya dia tak da...

Entah macam mana aku nak lalui hari-hari aku tanpa dia..lagi seminggu je lagi....huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.767562 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list