CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 3777|Reply: 87

Koleksi Kata-Kata Mengarut Nik Aziz..

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 11:57 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Last edited by uniq61 on 15-5-2013 03:29 PM

PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 03:24 PM |All posts
Bersaralah Nik Aziz! Dah Mengarut Banyak Sangat...


Himpunan Kata-kata Mengarut Nik Aziz

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 03:54 PM |All posts
uniq61 posted on 15-5-2013 03:24 PM
Bersaralah Nik Aziz! Dah Mengarut Banyak Sangat...

Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata;

"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama,

maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.."

Jika yg ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yg bertimpa-timpa.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 04:10 PM |All posts
Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata;

"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama,
maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.."

SESUAI DGN TGNA DAN BALACINYA DIA HINA NABI BOLEH..LAGI SATU SIAPA DIA NI ULAMA BELAH MANA....DAPAT MANA TARAF ULAMA TU , ULARDALAMSEMAK ADA LE..ULAMAK FASIK.. Last edited by uniq61 on 15-5-2013 04:12 PM

PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 15-5-2013 04:20 PM |All posts
Banyak minda pengikut PAS rosak disebabkan keliru dengan kata-kata mengarut seperti inilah selain daripada amanat Hj Hadi.... sebab tu rasanya PAS kena tukar pemimpin atasan untuk mengelakkan pengikut PAS berterusan dipermainkan dan dikelirukan....
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 04:33 PM |All posts
PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 04:34 PM |All posts
Ulama Celaka
Ini yang dikatakan seorang tok guru dan seorang ulama ?

Puak-puak Pas jaja sana-sini kononnya Nik Aziz ulama pewaris Nabi....

Kalau begini perangainya, itu babi namanya....
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.

"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

Antara Pos

Seperti yang kita tahu sehingga ke saat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil bertanggungjawab menyiarkan gambar tersebut dan belum ada bukti sahih dari mana-mana pihak yang mensabitkan itu kerja siapa.

Namun Nik Aziz yang selama ini dikatakan sebagai seorang yang alim, seorang tok guru , seorang ulama tiba-tiba tanpa ada rasa bersalah sedikit pun menuduh itu kerja Umno.

Blog yang menyiarkan gambar tersebut pun sepatah tak sebut nama Anwar atau mengaitkannya dengan Anwar. Tapi Nik Aziz sesuka hati dia buat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.

Tak ke sial namanya kalau seorang yang mengaku dirinya ulama boleh main tuduh orang ikut suka hati dia ?
PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 15-5-2013 04:55 PM |All posts
apa nak jadi, apa nak jadi sampai sekarang masih mahu kuasa lagi..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 15-5-2013 09:24 PM |All posts
kesian kat orang kelantan ni
org mcm ni disanjungnya
bagai nak gila.,

sama lah mcm Presiden indon yg buta tu
entah siapa nama dia.

aduiii  kelantan kelantan kesian NYA
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-5-2013 10:07 PM |All posts

..Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat...

Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru arahkan gaji Menteri Besar dipotong separuh. Rasenya ni semua da maklum.

Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal da potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. Nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.

Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.

Maka jawabnya, nok cari mana Menteri Besor camni???seribu tahun belum tentu jumpe macam yang ada sekarang di Kelantan!
Jika yg ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yg bertimpa-timpa.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 08:01 AM |All posts
tintabiru73 posted on 15-5-2013 10:07 PM
..Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat...

Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kel ...



Bab ini aku percaya. Yg kat atas tu kebanyakkannya dari Utuseks, Berita 'Taik' Harian...
Malaysian-born Chinese
国阵不倒,人民吃草!
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 08:09 AM |All posts
sebaik baiknya kita ambil yg baik aje.....yg -ve dan tak baik kita buang....

jangan bantai ambil semua kata kata dan kelakuan beliau......My 2sen
petai power!!!
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 08:22 AM |All posts
uniq61 posted on 15-5-2013 04:33 PM


Antara kena ludah orang yang air liurnya banyak berzikir memuji nama-nama Allah dengan kena ludah orang macam ko yang banyak sumpah seranah, ayat seksual, lucah.. mana satu ko prefer?

Nabi Muhammad SAW sendiri, kalau ko ikut riwayatnya, air ludah.. air liur dia jugalah yang jadi segala macam penawar racun. Kalau korang anti sangat dengan orang agama.. silakan cari buku pembacaan riwayat Nabi dan para ulama mengenai ludahan dan air liur mereka.

Malahan, korang dialu-alukan ikuti jadual harian Tok Guru dari sebelum Subuh kat rumah dia. Time Subuh, beratur orang minta Tok Guru tahmidkan bayi masing-masing.

Mohon diberi petunjuk dan hidayah Allah. Wallahu'alam.

Jika yg ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yg bertimpa-timpa.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 08:50 AM |All posts
uniq61 posted on 15-5-2013 04:10 PM
SESUAI DGN TGNA DAN BALACINYA DIA HINA NABI BOLEH..LAGI SATU SIAPA DIA NI ULAMA BELAH MANA ...
maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati.

Cuba search ciri-ciri orang yang MATI hatinya. Kalau ko takde ciri-ciri.. simptonnya.. Alhamdulillah. Bahaya kalau hati dah mati.

Kalau ada.. mohon muhasabah diri.
Jika yg ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yg bertimpa-timpa.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 16-5-2013 09:10 AM |All posts
Aku akui, aku ni tak faham kalau org cakap Kelantan. Kadng2 bila aku baca statement TGNA, aku baca byk kali pasal kdng2 aku takut aku yg salah faham pasal tak faham cara percakapan org kampung macam mana.
It's OK to disagree with me. I can't force you to be right
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:28 AM |All posts
Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal da potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. Nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.

Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.



KALAU IKHLAS TAK YAH LE CERITA KAT SINI NAK TUNJUKKAN DIA BAIK...SETAN PUN MENGAKU DIA BAIK...
LAGI SATU KO SERUMAH DGN DIA KE????
PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:35 AM |All posts
Antara kena ludah orang yang air liurnya banyak berzikir memuji nama-nama Allah dengan kena ludah orang macam ko yang banyak sumpah seranah, ayat seksual, lucah.. mana satu ko prefer?

Nabi Muhammad SAW sendiri, kalau ko ikut riwayatnya, air ludah.. air liur dia jugalah yang jadi segala macam penawar racun. Kalau korang anti sangat dengan orang agama.. silakan cari buku pembacaan riwayat Nabi dan para ulama mengenai ludahan dan air liur mereka.

Malahan, korang dialu-alukan ikuti jadual harian Tok Guru dari sebelum Subuh kat rumah dia. Time Subuh, beratur orang minta Tok Guru tahmidkan bayi masing-masing.

Mohon diberi petunjuk dan hidayah Allah. Wallahu'alam.


BILA MASA DIA MEMUJI NAMA ALLAH...KATA ALLAH MENCARUT DAN HINA NABI ADA LE......AIR LIUR TOK BATIN PUN JADI PENAWAR JUGA...MACAM MANA TU...? SIAPA YG KUTUK ORANG AGAMA???? AGAMA MANA???
DAN BETUL KE KO MENGIKUTI N.AJIS TU SEMBAHYANG SUBUH KAT UMAH DIA???

PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:36 AM |All posts
enarai Kenyataan-Kenyataan Hina Islam Oleh Pemimpin Umno Yang Tak Mampu Disanggah Ulama Pangampu


1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3  Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan  Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah  rekaan Ahli fekah..


2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." -  Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan  para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong  tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz  akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas  hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di  perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan  seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya  di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan  sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan  Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam  mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam  ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang  tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat  Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong  tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan  kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam  akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir  Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di  Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." -  Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”  - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa  Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan  masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di  Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh  Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr.  Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas  sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar,  bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam  ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan  usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994,  dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh  menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan  hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr.  Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi  mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila  orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain,  sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir  Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum  mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong  tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam.  Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr.  Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara,  ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan  kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat  harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan  perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara  Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur  tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika  bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan  dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain,  kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan  di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr.  Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang  selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang  Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio  Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga  menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah  secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos  1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati  dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing  dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud  tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang  kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda  yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih  Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama  Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah  mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita  daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka  yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di  Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak  yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa  yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi  kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr.  Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila  tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18  (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23,  (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang  diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun  1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak  Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya  kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga  kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di  Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung  kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak  Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.  Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah  dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi  waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia  keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam  itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris  nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr.  Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat  mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini,  berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa  hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung  UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)  1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap  umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya  mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah  seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun  undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati  juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang  ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang  dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan  bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS)  menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor  1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir  undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan  kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25  orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor  pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat  persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. ~siasahsikini
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:37 AM |All posts
kesian... baca kenyataan nik aziz separuh je.. terus bantai.. aku da jawab soklan ko kan??? hahahaha.. tak puas ati.. buka thread baru..hahahahahha....

sila buka quran.. belajar balik ye... boleh mengaji tak ni?? kalau tak boleh.. kami semua boleh ajarkan..
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:39 AM |All posts

orang kapir baca quran pun terus masuk islam dan tau musuh utama islam adalah yahudi.. payah la puak ameno ni.. tu la.. da kata.. islam urban kan?? sampai tak tau hukum hakam.. selalu menghalalkan yang haram.. dari dok sini.. baik ko pegi buka tafsir quran.. baca..

islam tu indah dan mudah. tapi org islam senirik menyusahkannya... ulama pun dipersendakan.. semoga Allah pimpin kembali saudara ke jalan yg benar.. aminnnnn

Firman Allah SWT dan Hadist Rasulullah SAW tentang ilmu pengetahuan
Firman-firman Allah SWT dan Hadist-hadist Rasulullah SAW setentang ilmu pengetahuan seperti berikut ini :
Allah SWT berfirman :
•   “Dan katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (QS. Thoha : 114)

•   Berfirman Allah SWT :
“Sesungguhnya yang takut diantara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.” (QS. Faatir : 28)

•   Dari Mua’awiyah ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa dikehendaki oleh Allah menjadi baik, maka Dia memberikan kefahaman (ilmu) masalah agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)

•   Dari Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Barang  siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan bagi  orang itu karena ilmu tersebut jalan menuju ke Syorga.” (HR. Muslim)

•   Dari Sahl bin Sa’ad ra bahwasanya Nabi SAW bersabda :
“Dan  Allah, jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan perantaraan  mu, itu lebih baik daripada unta merah. (hak milik orang yang paling  berharga).” (HR. Bukhari dan Muslim)

•   Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda :
“Sampaikanlah  (ilmu) dari aku meski hanya satu ayat, dan boleh saja kalian  menceritakan dari Bani Israil (boleh) untuk diambil pelajaran. Dan  barang siapa mendustakan atasku (mengatasnamakan suatu pembicaraan  kepada Nabi, padahal kalian tidak menyabdakannya) dengan sengaja, maka  sebaiknya ia meletakkan tempat duduknya di Neraka.” (HR. Bukhari)

•   Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila  anak Adam (manusia) mati, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga hal,  sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau amak shaleh yang selalu  mendo’akannya.” (HR. Muslim)

•   Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Barang  siapa mengajak kepada jalan yang baik, maka ia mendapat pahala sebanyak  pahala orang yang mengikutinya (mengikuti ajakannya) tanpa mengurangi  pahala mereka sendiri sedikitpun.” (HR. Muslim)

•   Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Dunia  dan segala isinya adalah terkutuk kecuali dzikir dan taat kepada Allah  SWT, serta orang alim dan orang yang belajar.” (HR. Turmudzi)

•   Dari Anas ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa keluar dengan tujuan menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali.” (HR. Turmudzi)

•   Dari Abu Sa’id Al-Khudriy dari Nabi SAW beliau bersabda :
“Seorang mukmin tidak akan merasa kenyang untuk berbuat kebaikan sehingga akhir tujuannya adalah Syorga.” (HR. Turmudzi)

•   Dari Abu Darda ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Barang  siapa  menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan  baginya jalan menuju Syorga. Dan sesungguhnya Malaikat membentangkan  sayapnya untuk orang yangmenuntut ilmu karena puas dengan apa  diperbuatnya, dan bahwasanya penghuni langit dan bumi sampai ikan  dilautan memintakan ampun kepada orang yang pandai. Kelebihan orang alim  terhadap abid (orang yang ahli ibadah tetapi tidak alim), bagaikan  kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya  ulama adalah pewaris para Nabi, dan bahwasanya para Nabi tidak  mewariskan dinar dan dirham, tetapi para Nabi mewariskan ilmu  pengetahuan. Maka barang siapa mengambil (menuntut) ilmu, maka ia telah  mengambil bagian yang sempurna.” (HR. Turmudzi)

•  Dari Ibnu Mas’ud ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Semoga  Allah SWT memberi cahaya yang berkilauan kepada seseorang yang  mendengar sesuatu dari ku, kemudian ia menyampaikannya sebagaimana yang  telah ia dengar, karena banyak orang yang disampaikan kepadanya (sesuatu  itu) lebih menghayati, daripada orang yang mendengarnya sendiri.” (HR  Turmudzi)

•   Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang  siapa ditanya tentang suatu ilmu kemudian ia menyembunyikannya (tidak  menjawab dengan sebenarnya), maka kelak di hari Kiamat ia akan  dikendalikan dengan kendali dari api Neraka. ” (HR. Abu Daud dan  Turmudzi)

•   Daru Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Barang  siapa yang mempelajari ilmu pengetahuan yang semestinya bertujuan untuk  mencari ridha Allah ‘Azza wa jalla, kemudian ia mempelajarinya dengan  tujuan hanya untuk mendapatkan kedudukan (kekayaan duniawi), maka ia  tidak akan mendapatkan baunya Syorga kelak pada hari Kiamat.” (HR. Abu  Daud)

•   Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sungguh,  Allah SWT tidak akan mencabut ilmu dari manusia begitu saja. Tetapi  Allah SWT  mencabutnya dengan mengambil (mewafatkan) orang-orang yang  berilmu, sampai tidak lagi tersisa seorang alim pun, lalu menjadikan  orang-orang bodoh sebagai pemimpin. Para pemimpin yang bodoh itu  ditanya, lalu mereka memberi fatwa tanpa dasar ilmu, sehingga mereka  sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

•   Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda :
“Kelebihan  orang alim terhadap orang yang ahli ibadah (tetapi tidak alim), seperti  kelebihan ku terhadap orang yang paling rendah diantara kalian.”  Kemudian Rasulullah meneruskan sabdanya : “ Sesungguhnya Allah, Malaikat  serta penghuni langit dan bumi sampai-sampai semut yang berada di  sarangnyadan juga ikan, senantiasa memintakan rahmat kepada orang yang  mengajarkan (ilmu) kebaikan kepada manusia.” (HR. Turmudzi)
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:41 AM |All posts

TGNA cuma bgtau yg kelahiran nabi SAW sama dgn kelahiran kanak2 sewaktu itu maksudnya kelahiran Baginda SAW sama seperti kaum2 hawa yg lain melahirkan anak..dari segi sama sahaja fizikal mereka..ada mata ,ada mulut..kena faham dgn loghat kelantan.. bukan TGNA mengatakan sama dari segi sifat dan perangai atau pun perendahkn akhlak baginda SAW seperti yg dikupas oleh ustaz azhar idrus mengenai isu ini iaitu fahami maksud dulu..TGNA itu ulama yg diiktiraf dunia..kenapa mahu memburukkan ulama..xfaham ada sesetengah ustaz yg tak kurang hebatnya di pentas ceramah agama boleh menghentam seseorg ulama lain tanpa faham dulu apa yg dimaksudkan dgn ucapan itu.. sama juga maksud TGNA mengatakan yg ibu baginda SAW sendiri tidak mengetahui bahawa yg dilahirkan itu seseorg nabi..sehingga lah terjadi perkara yg pelik2 semasa di dlm kandungan mahupun semasa melahirkan baginda SAW merupakan bukti tanda keagungan dan kesucian baginda Rasulullah sebagai manusia yang penuh maksum atau dalam keadaan terpelihara serta dilindungi oleh Allah SWT..Seperti juga yg saya ingin sampaikan bahawa TGNA bukan mengulas tentang kelahiran baginda SAW..Begitu juga dgn apa yg disimpulkn oleh TGNA bahawa dlm ramai2 manusia iaitu jutaan mahupun trilion umat manusia di dunia ini Allah SWT melihat baginda SAW dan mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul dan khalifah yg paling Agung..bukan bermaksud yg Allah SWT buat pilihan semasa Baginda SAW di muka bumi.. kenapa masih ada yg x faham atau buat2 xfaham semata2 mahu menyerang peribadi TGNA?..

Tuan Guru Nik Aziz : Kerana Nabi Muhammad 'waktu dia beranak' tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Po kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad. Ada Mad ; -ore Melayu Kelate panggil Mad-, Mad anak kita, Mad budak kampung kita dengan Mad bin Abdullah di tanah Arab tu, 'waktu dia beranak' tu serupa jaa.

Soalan : Nabi Muhammad waktu kecil = Mamat budak kampung ??
Jawaban : 'Waktu dia beranak' (waktu dilahirkan) TGNA ulang sebanyak 3x dalam rakaman yang mu sunting tu. Camne lah mu kait masa kecil sedang dah diberitahu waktu dia beranak berulang kali? Sebelum beranak, waktu beranak dan setelah beranak adalah suatu masa yang berbeza. PPSMI punya pasal kot sampai hilang kefahaman pada bahasa ibunda sendiri..hehe.

Secara etimologi dan ethnologinya, budak dalam dalam loghat kelate tidak hanya merujuk pada kanak-kanak sepertimana dalam loghat lain, budak dalam loghat Kelate juga adalah merujuk kepada bayi. Remaja dalam loghat kelate disebut anok mudo atau veron [diguna di daerah yang bersempadan negara jirannya]. Mungkinkah soalan mu yang tak faham telah mempengaruhi Ust Kazim yang tak berapa cergas (lembab) untuk terjebak sekali dalam kubang taik fitnah ?  

Apapun aku yakin korang bersetuju lafaz dia beranak yang diguna TGNA dalam kuliah beliau merujuk nabi dilahirkan bukan nabi beranak [kerana nabi bukan perempuan]. Kenapa tidak pula cuba faham bahawa budak dalam masa waktu dia beranak itu adalah bayi ?   Takpa, sebagai berterima kasih pada korang yang tak fitnah TGNA sebagai berkata nabi tu pompuan, walau tak dilupai juga kerana korang memang suka cari publisiti murahan ; dengan cara menghina dan mencaci serta memfitnah ulamak dalam banyak hal. Maka dengan rela aku katakan pengaruh istilah budok dari negeri bersebelahan juga tak leh dinafi kerana bagi orang Ganung budok merujuk kepada pelbagai peringkat usia, malah yang dewasa tak berakal penuh pun di panggil budak. Dan persoalan di atas aku jawab dengan jujur dan tidak mahu membelit kalian dengan permainan etimologi dan ethnologi semata

Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi  SAW bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-

[size=130%] قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” [surah al-Kahfi : 110]

Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad saw  bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.


Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad saw  boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.

Namun dilarang bagi mereka yang mahu menggunakan ayat ini untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad saw kerana baginda sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Jelas dalam ayat ini ada 2 sifat iaitu biasa kerana ada keharusan baginda bersifat seperti manusia biasa dan luar biasa apabila dalam sudut yang melibatkan nubuwwah kerana walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti manusia, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi saw.

Dalam hal TGNA budak kampung dan sama dengan mad-mad kampung adalah cara TGNA yang perlu difahami .. dengarkan benar-benar rakaman di bawah sejelasnya .. jangan duk belit la pulak yer.. hehe, ikhlaskan kerana Allah untuk cari kebenaran dengan usaha sungguh-sungguh.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:41 AM |All posts
Cuba search ciri-ciri orang yang MATI hatinya. Kalau ko takde ciri-ciri.. simptonnya.. Alhamdulillah. Bahaya kalau hati dah mati.
PAS WUJUD LEBIH 50TAHUN, TETAPI BODOHNYA TETAP SAMA.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:42 AM |All posts

Tuan Guru Nik Aziz bercakap tentang apa??

A'kum

Saya di sini ingin bertanya kepada tuan tentang isu carut Tuan Guru Nik Abdul Aziz yg digembar-gemburkan oleh pemimpin2 umno. Kalau sudi kiranya tuan terangkan ape yg sebenarnya yg diucapkan oleh Tuan Guru nik aziz

***************** assalamualaikum

saya telah membaca jawapan ustaz tentang akidah tuhan mencarut yang dibawa oleh Musryidul Am PAS, dan saya juga telah lihat hujah beliau yang disebarkan melalui internet

pada mulanya saya tak percaya ustaz nik aziz beriktikod macam tu, tetapi selepas saya meneliti hujahnya benar Nik Aziz hendak menyifatkan Allah s.w.t dengan sifat carut.ekoran dari itu ramai pengikut PAS yang taklid buta dengan ustaz Nik Aziz.

kola nabi s.w.a: inna abdun laytakallama bi kalimatin la yura biha baksan yahwi finnar sabeiina kharifan. benar kata nabi kita dan jelas orang sekarang ambil mudah dalam percakapan , kekadang mengeluarkan dia dari agama sedangkan dia tidak merasakan apa-apa...

Saya juga rasa kecewa dengan tuan guru Nik Aziz yang suka melayan dan mempertahankan sesuatu fahaman beliau yang kekadang itu bertentangan dengan ayat al-quran : laisa kamislihi syaik .yang mana ayat ini muhkam , menafikan sekaligus iktikod tuan guru Nik Aziz itu.

Akidah Ahlussunnah wal Jamaah samaada salafi atau pun asyairah mengatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat Kamal dan juga yaliku bihi. jelas mencarut sifat yang tidak layak bagi Allah taala, yang ni basic semua orang wajib tahu selagimana dia mengucap 2 kalimah syahadah.

Akidah Ahlussunnah juga mengatakan bahawa sifat Allah taala adalah taukifiah yang mana ianya ditentukan oleh al-Quran dan Hadis yang sohih. contoh almutakabbir ada disebutkan dalam surah alhasyr dan ianya layak bagi Allah dan jika sifat almutakabbir itu di sandar kepada manusia dia bersifat keji. Tok guru Nik Aziz bukanlah Nabi untuk menetukan sifat Allah s.w.t , malah sahabat nabi pun tak boleh diterima pakai dalam menetukan sifat Allah taala.

Imam ahlussunnah wal jamaah abu jakfar a-tohawi berkata: waman wasafallaha bi makna min maa'ni basyar fakod kafar" oleh itu berhati-hati dalam bab tauhid asmak wa sifat ni.boleh jatuh kafir!!

Ajaran macam tok guru Nik Aziz bawa ini telah terkenal sekian lama pada zaman lampau dengan nama mujasimah , dan mujasimah kata Imam fakhrur Rozi menyembah berhala: almujassimah yakbudu sonaman wal muattilah yakbudu adaman,

Harap dapat tuan jelaskan.....kerana ada imam masjid dan beberapa orang arab di jordan mengatakan hujah nik aziz itu hujah orang jahil dan malah salah seorang dari syekh saya berkata: nik aziz ni tidak beradab dengan Allah taala.

JAWAPAN:

Wa`alaykumussalam warahmatullah.

Nampaknya sdr masih berminat untuk membincangkan satu isu yg bukan isu sebenarnya, sehinggakan sdr membabitkan isu carut ini dgn persoalan akidah. Sedangkan sdr melupakan persoalan sebenar yg menyebabkan tok guru Nik Aziz berkata begitu. Dalam satu jawapan saya kps satu persoalan netter ttg isu carut ini, saya tekankan punca timbulnya isu tersebut, yg tidak boleh dilupakan atau dipejamkan mata drpdnya sekiranya seseorg itu benar2 ikhlas hendak mencari kebenaran, termasuk org spt sdr. Saya nak buat satu contoh, yg mungkin sdr kurang setuju, oleh itu saya terlebih dulu mohon maaf.

Umpama seekor kuda yg dipacu utk satu tujuan yg jauh, tiba2 kedengaran alunan muzik yg amat mengasyikan kuda itu, lalu kuda itu tidak ikut lagi pacuan pemacunya dan menari ikut rentak irama yg mengasyikannya itu. Asalnya kuda itu ada matlamat lain, tetapi tiba2 ia terleka dgn rentak muzik yg dimainkan oleh orang lain yg bukan pemacunya.

Saya tak kata sdr spt kuda, tetapi begitulah ibarat pendirian sdr, bila sdr telah hilang punca di tengah2 keributan isu carut. Sdr dah lupa isu sebenarnya dan terikut rentak tari org lain! W/pun nampaknya sdr ni mengaji agama….

Saya nak ulang sekali lagi sejarah isu carut di sini, sebg peringatan dan pedoman. Buku 'Shit' Shahnon Ahmad amat berbisa kpd org Umno yg terasa dgn sindiran tajam cerita 'masyarakat taik' yg dibawa Shahnon. Sdr dah baca ke belum buku itu? Shahnon memang menulis ttg keburukan masyarakat taik, tabiatnya, perangainya, busuknya. Lalu kadang2 disumpah seranahnya 'kepala taik' yg jahat dan busuk itu, apatah lagi kepala taik itulah yg mengeyahkan seketul taik yg bergelar Wirawan keluar drp perut dgn cara yg zalim sekali. Itulah satu contoh satira politik. Shahnon sumpah dan maki taik, tapi org Umno yg terasa…kenapa? Salahkah Shahnon berkarya? Apa masalah yg ada pd org Umno sehingga begitu melenting sekali? Hikmatnya dapat pd Shahnon dan penjual buku cetak rompak… untung berlipat kali ganda!

Seperti biasa, 'wartawan batu api' pun memainkan peranannya. Mereka pergi bertanya Nik Aziz ttg buku carut Shahnon. Jawab Nik Aziz, "apa salahnya mencarut kalau kena pd tempatnya. Allah pun mencarut dlm al-Quran!" (lebih kurang begitulah jawabnya)

Maka ributlah puak2 wartawan batu api membuat isu di dada2 akhbar dan TV, sehingga hampir terlupalah rakyat Malaysia akan isu sebenarnya. Sekali imbas, seolah-olah mereka nak cegah 'kemungkaran' Nik Aziz kata Allah mencarut. Inilah poinnya…"Nik Aziz tu ulama cakap tak betul!! Maka jgn pakai cakap Nik Aziz, dia hanya berselindung di sebalik jubah dan serban!!"

Ini dia yg dikehendaki oleh puak2 sekular itu, bukanlah mereka nak cegah mungkar sangat. Sebab apa, nampaknya merekalah yg mengagong2kan budaya carut yg tercela sebenarnya. Syarikat akhbar merekalah yg memaparkan gambar2 lucah sebenarnya. Media elektronik kawalan merekalah yg siarkan adegan2 barat yg separuh bogel sebenarnya w/pun berpuluh kali rakyat menegur dlm surat khabar. Merekalah yg membenarkan artis2 luar mengadakan konsert yg membiakkan budaya yg lebih teruk drp carut dan lucah.

Benarkah mereka nak cegah kemungkaran yg berkaitan carut atau lucah ini? Nampaknya tiada apa2 tindakan terhadap artis yg bercakap lucah bertaraf 'hardcore' itu, bahkan dibela lagi. Org besar di Pahang yg tunjuk isyarat lucah 'hardcore' semasa pilihan raya kecil Sanggang juga dipertahan dan dibela sepenuh hati. Jadi ikhlas ke tidak mereka nak cegah 'kemungkaran' Nik Aziz kata Tuhan mencarut dlm al-Quran?

Sdr kena sedar hakikat ini seblm sdr bawa persoalan tauhid asma' wa sifat. Jgn jadi org alim yg tak tahu punca sdr. Saya bukanlah nak bela tok guru Nik Aziz sangat, saya pun bukan org parti dia. Tapi saya tahu cerita sebenar dan saya lihat akhlak dan moral sebenar kedua-dua belah pihak. Sdr tahu dan lihat ke tidak hal sebenarnya seblm buat fatwa kata Nik Aziz macam2?

Sdr kata, "Akidah Ahlussunnah wal Jamaah samaada salafi atau pun asyairah mengatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat kamal dan juga yaliku bihi. jelas mencarut sifat yang tidak layak bagi Allah taala, yang ni basic semua orang wajib tahu selagimana dia mengucap 2 kalimah syahadah."

Benar Allah bersifat dgn segala sifat kamal (sempurna) dan yaliiku bihi (layak bagi-Nya). Tapi bagaimana sdr buat hukum 'mencarut' itu jelas tidak layak bg Allah? Dari mana dalil sdr? Al-Quran atau hadis sahih? Memang Allah itu 'laysa kamithlihii syay-un' (tiada suatu pun serupa dgn-Nya), tapi apakah bila kita kata Allah mencarut dlm al-Quran, maka itu bermakna kita kata Allah sama dgn manusia dlm sifat mencarut? Cuba sdr perhati balik apa kata Nik Aziz sebenarnya. Beliau berkata "mencarut jika kena pd tempatnya tak salah.." (maknanya carut Shahnon tak salah sebab kena pd tempatnya iaitu satira politik… saya tak pasti s/ada sdr ada belajar sastera atau tidak.) Kalau mencarut pd tempatnya tak salah, maka dlm al-Quran pun ada carut yg kena dan sesuai dgn tempatnya sebg sebuah kitab yg mengandungi kalamuLlah.

Soalnya, ada atau tidak perkataan carut dlm al-Quran? Nak tahu ada atau tidak, org yg tahu Bahasa Arab dan alim dgn segala ilmu berkaitan al-Quran sahajalah yg terlibat. Org yg tak tahu bahasa itu dan jahil tak layak nak bercakap.

Perkataan C-A-R-U-T memang tidak ada dlm kitab suci itu, seperti juga perkataan J-U-D-I juga tiada di dalamnya. (sebab itu seorg bekas org penting dlm polis berkata dia tak bertemu ayat melarang judi dlm al-Quran). Perkataan carut tak ada, tapi maknanya ada. Apa makna carut? Dlm hal ini org yg tak tahu penggunaan perkataan itu dan maknanya dlm bahasa yg digunakan oleh penutur asalnya, tidak sesuai utk buat komen. Maksudnya tidak sesuai pakai Kamus Dewan terus utk cari maknanya, sebab setiap negeri itu ada loghatnya masing2 yg tidak sama dgn negeri lain. Contohnya perkataan 'berahi' pd org Pantai Timur (Kelantan/Terengganu) tidak mendatangkan apa2 masalah kerana pd mereka ia bermakna 'suka/gemar', tapi amat sensitif pd org Pantai Barat. Perkataan 'kopek' pula bermakna 'belah/buka' pd org Pantai Barat. Biasa saja. Tapi perkataan itu amat sensitif sekali bg org Pantai Timur. Dan banyaklah lagi contoh2 lain yg berbeza pemahaman antara org pantai timur dan barat semenanjung.

Begitulah juga perkataan 'carut'. Saya org pantai timur, saya faham maknanya. 'Mencarut' pd mereka membawa makna yg luas termasuk memaki hamun, menengking, memarah, menyebut kata2 lucah, alat sulit dan seumpamanya. Ia bukan hanya terhad kepada 'mengeluarkan kata2 keji dan kotor' spt takrifan Kamus Dewan. Kalau begitu luas makna mencarut pd pemahaman org pantai timur yg menggunakannya, apa salahnya mereka berkata dlmal-Quran pun ada mencarut, kalau mencarut dlm al-Quran itu mereka maksudkan memaki, memarah, menengking atau menyebut alat2 sulit?

Sdr nak kata dl al-Quran tak ada Allah menengking? Tak ada memaki? Tak ada marah? Tak ada sebut perkataan lucah yg kena pd tempatnya? Kalau sdr kata begitu
  saya tak percaya sdr memahami sepenuhnya madhmuun/kandungan al-Quran. Apa makna perkataan atau uslub/gaya bahasa dzamm, tawbikh, taqri`, istihza', la`nah yg ada dlm al-Quran kalau bukan ada persamaan atau kesesuaian dgn perkataan/uslub carut, maki, sumpah, laknat, cela dan seumpamanya dlm Bahasa Melayu? Semua uslub yg ada itu sesuai dan kena pd tempat dlm al-Quran, iaitu utk org2 yg sesuai diperkatakan sedemikian, yg degil lagi ingkar. Bahasa Shahnon juga adalah sesuai bg org yg degil lagi ingkar. Sebelum ini, nasihat dan teguran yg baik tidak memberi kesan kpd puak2 itu, tetapi setelah Shahnon menggunakan bahasa yg sesuai pd tempatnya, maka barulah mereka rasa terkena lalu terus melenting sampai hari ini!!

Jadi bagaimana sdr boleh mendakwa 'mencarut' (pd pemahaman org Kelantan yg mula2 bercakap) tidak ada dlm al-Quran dan menuduh Nik Aziz menyamakan Allah dgn makhluk? Adakah Nik Aziz berkata carut Shahnon sama dengan carut Allah dlm al-Quran? Tidak pernah beliau berkata begitu. Beliau cuma kata mencarut jika kena pd tempatnya tak salah. Dlm al-Quran pun ada carut yg sudah tentu kena pd tempatnya. Tapi beliau tak kata pula carut Allah dlm al-Quran itu sama dgn carut Shahnon!

Bagaimana pula sdr kata sifat mencarut tak layak bg Allah? Kalau macam tu, kenapa Allah melaknat (dlm byk ayat -hampir 40 kali)? Kenapa Allah menipu daya (Surah 3:45, 8:30)? Kenapa Allah mencela, memarah dan menghina (7:152, 10:26,27, 58:20, 68:49)? Kenapa Allah mempersenda (2:15)? Kenapa Allah memaki (111:1)? Dan berbagai uslub yg keras lagi menghina org2 yg degil dlm al-Quran.

Adakah bila kita kata Allah melaknat, mencela, memarah, memaki, menghina, mempersenda, maka itu bermakna kita mempersamakan Allah dgn makhluk? Allah kata Dia ada tangan di dlm al-Quran. Manusia pun ada tangan, tapi apakah tangan manusia sama dgn tangan Allah? Sudah tentu tidak. Begitu juga bila kita kata Allah mencarut, sudah tentu tak sama dgn carut manusia.

Sdr kaitkan isu carut dgn mazhab lama umat Islam dlm ilmu kalam spt al-mujassimah atau al-mu`attilah itu, tiada relevan langsung. Bahkan hanya menampakkan sdr sudah menari ikut rentak yg org lain buat, bukan pd hakikat asal yg sdr ingini.

Saya nak tanya sdr, adakah imam masjid dan org2 arab yg sdr tanya ttg isu carut ini faham apa sebenarnya yg berlaku dlm politik Malaysia ini? Sdr tahu atau tidak siapa yg layak memberi fatwa dlm sesuatu masalah? Adakah org yg tak tahu hakikat sesuatu perkara layak memberi fatwa w/pun dia alim dlm bab hukum seluruhnya? Siapa pulak syeikh sdr yg amat berani buat hukum tanpa bertanya dulu apa yg dimaksudkan Nik Aziz itu? Satu soalan penting, apakah terjemahan 'mencarut' yg sdr berikan kpd syeikh itu dlm bahasa Arab?

Sebelum saya berundur, saya nak betulkan lafaz hadis yg sdr tuliskan itu kerana ada kesalahan nahu. Saya tak pasti kesahihan hadis yg sdr bawa itu, tapi saya nak betulkan dulu kesilapan sdr membacanya. Sdr tulis, "inna abdun laytakallama bi kalimatin la yura biha baksan yahwi finnar sabeiina kharifan". Sepatutnya ditulis, "inna `abdan layatakallamu bi kalimatin la yura biha ba'sun yahwi finnar sab`eiina kharifan". Saya bukan tekankan pd koma atau tak koma, sebab itu masalah bunyi huruf arab, tapi saya betulkan kesalahan nahu yg jelas pd "`abdan", "layatakallamu" dan "ba'sun" itu. Harap sdr tekankan kemahiran nahu arab seeblum pulang ke tanah air (jika sdr masih di Jordan) dan mencurahkan ilmu kpd masyarakat.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:43 AM |All posts

Sering berlaku salah tafsir dan salah petik terhadap kata-kata Nik Aziz oleh wartwan. Apakah bila ini berlaku yang salahnya Nik Aziz? Bukan! Yang salah dan akan berdosa ialah wartawan berkenaan. Saya yakin wartawan yang mendengar kata-kata Nik Aziz itu memahami apa maksud sebenarnya. Atau kalau dia tidak faham 'loghat' Kelantan, tetapi nilai budi dan ilmu yang ada di dalam diri wartawan itu dapat mentafsir dengan sebetulnya.  Namun kerana awal-awal lagi ia berniat jahat maka segala kebaikan dan ilmu yang ada padanya tidak terpakai lagi.
Kalau kita sudah masak dengan kerja media massa PB ini apa yang diecerkan itu tidak menghairankan lagi kerana kerjanya memang begitu. Mereka dilatih dan disuruh seperti Herda. Di sinilah silap dan berdosanya wartawan. Mereka tidak patut menulis sesuatu yang boleh mencemarkan individu agama dan agama mereka. Mereka patut memberi gambaran yang sebenarnya mengikut syaksiah individu yang ditulis itu. Di sinilah keperluan Tuhan memberi akal akal untuk berfikir bukannya dijadikan akal sebagai pahat pengukir.

Mengenai tokguru ini walaupun beliau kelihatan simple tetapi bukan mudah untu memahami simbol-simbol atau bunga-bunga percakapannya yang penuh dengan erti dan kesimpulan tersirat. Beliau tidak menyatakan sesuatu secara direct tetapi suka berkias dan kiasan inilah kadang kala disalah mengertikan sehingga kemudian dijadikan isu atau secara tidak langsung membawa orang memetik kata-katanya jatuh ke lembah dosa
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2013 09:44 AM |All posts
kepada puak BE END dan AMENO

sudah2 la menabur pitnah... lain kali.. pengajaran buat kita semua.. jangan suka mendengar sesuatu itu tanpa usul periksa.

amik sekerat je.. terus keluar tv sotkabar.. kutuk sana, kutuk sini, hina sana, hina sini.. sudahnya semua orang menyumpah seranah membabi buta.. kan dapat dosa pree.. cuba kita cari.. dengar dengan teliti.. dari mula sampai akhir.. fahami isi kandungan. tak paham tanya.. kan pepatah melayu kata " malu bertanya sesat jalan" xpew.. sesat jalan boleh undur.. tapi kalau sesat agama???  da faham isi kandungan, kaji kebenaran.. baru boleh kita adili.. aku pun jahil macam korang... bukan paham sangat bahasa kelantan.. tapi aku suka bertanya dan mengkaji.. tanya bukan pada 1 orang.. tetapi bertanya dan cari beberapa orang yang elok agamanya. jangan baru 1 cikgu terus jadi pandai.. kita sekolah n belajar, berapa cikgu kita pakai??? berapa cikgu kita paham???

cukup2 lah menambah kepanasan api neraka. sedar tak kita... sebab dosa kita la api neraka bertukar warna dan meningkat kepanasannya?

Tahukah anda selama ini apa itu api neraka?

Api neraka dipanaskan oleh Malaikat selama 3000 tahun. Iaitu:
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang pertama, warna api neraka MERAH menyala.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang kedua, warna api neraka bertukar menjadi PUTIH.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang ketiga, warna api neraka bertukar menjadi HITAM.

Kepanasan api neraka, jika sepercik iaitu sebesar lubang jarum jika jatuh kedunia pasti bumi akan menjadi abu dek kerana kepanasan api neraka itu.

dari kita sibuk memanaskan bahang api neraka, apa kata kita cuba padamkannya.. duduk sejenak.. dan pikir.. cukup ke amalan kita? solat 5 waktu sehari semalam je, puasa, zakat, haji cukup ke tampung amal kebaikan kita??? penah pikir ke.. timbangan mana yang berat?? pahala atau dosa?? di sana nanti.. apa pula anggota tubuh kita bersuara?? tangan2 kita ni.. apa kata mereka mengenai perbuatan kita? dalam kubur - mcm mana nanti? gelap tak? sempit tak? ulat2 dan cacing2 serta lipan2.. makan kita tak?? belum lagi ular2.. penah pikir dan rasa tak?? sapa yang teman kita nanti? sapa yang tolong kita nanti?? al quran, kebaikan kita, amalan kita, dosa anak soleh dan kebajikan kita.. semua tu kita da cukup ke?? alquran tu, setiap ari kita hadap ke?? kita faham tak? betul ke tajwid kita?? belum lagi dosa2 yg belum sempat minta ampun sesama insan dan makhluk, dosa pada ibu bapa.

saya tak baik. saya bukan ustazah.. saya pun penuh dosa.. aurat saya pun belum sempurna. apatah lagi bacaan saya pun tunggang langang, solat saya pun jarang kusyuk. agama saya?? jahil lagi walaupun keturunan saya islam. saya masih belajar.. walaupun sikit, tapi lama2 jadi bukit.. saya taknak masuk neraka.. saya nak syurga, tapi layak ke saya? keluarga saya tiada yang tahfiz yang dapat tolong saya di akhirat sana.. saya sayang agama saya, saya  sayang muslim dan muslimat semua. terpulangla pada saudara semua..
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 2-10-2014 02:26 PM , Processed in 0.155524 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top