CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 38463|Reply: 60

Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim

  [Copy link]
Post time 16-5-2013 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamimlabel AKHIR ZAMANE-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook





1.Untuk mengenali peribadi Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim, Umat Islam nusantara harus berpegang kembali kepada iktiqad ahlussunnah wal jamaah yang diperjuangkan oleh para sahabat dan ahlulbait. Pegangan ini dipertahankankan sejak turun- temurun dirantau ini. Oleh itu carilah guru mursyid yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Ulama ul’amilin. Belajarlah ilmu Islam secara sempurna (mengaji kitab secara berguru sampai habis, dari kulit ke kulit. Bukan cedok sana sikit… cedok sini sikit, ambil ilmu sekerat –sekerat, ikut silibus semata, terutama kepada golongan remaja dan pelajar universiti). Bila ada bab-bab ilmu dalam Islam yang dicebak-cebak, kemudiannya dicelahi pula oleh fahaman wahabi, syiah dan liberalisme maka Islam yang dianut sudah tidak tulen lagi. (Maaf. Ada yang belajar Islam tetapi bersanad pula kepada guru-guru Yahudi). Akibatnya Ilmu Islam itu bercampur aduk dan mengelirukan. Ajaran Islam yang dipelajari secara tidak seimbang (antara tauhid, feqah dan tasauf) akan menjadi sukar untuk difahami dan berat pula untuk diamalkan. Akhirnya penganut Islam rasa curiga dan menjauhi agamanya sendiri. Atau memahami ajaran Islam dalam ruang lingkup yang amat sempit dan jumud. ‘Label’ Islam dilihat keras dan ganas. Semua ini sudah lama dirancang oleh musuh-musuh Islam.

2. Allah SWT berjanji untuk memelihara kesahihan AlQuran. Rasulullah SAW pula bersabda bahawa pada setiap awal kurun akan datang mujaddid yang berperibadi AlQuran, mewakili Nabi akhir zaman, membimbing dan memimpin ummat kembali mengamalkan intipati ajaran AlQuran. Peranan para mujaddid membaharui, mensucikan, menghidupkan dan memperjuangkan kembali ajaran Islam yang telah tersasar dan dirosakkan oleh musuh dari masa ke masa. Kenalilah mereka, bacalah riwayat mereka dan hayatilah pengorbanan dan perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran. Sejarah mereka perlu digali dan dimasyhurkan kerana semakin lenyap ditelan zaman atau ‘sengaja di lupuskan’ oleh ‘musuh yang menang’. Pada mereka ada rahsia kekuatan umat Islam untuk bertahan dari satu kurun ke satu kurun, menggenggam bara api Islam sehinggalah kembali marak di akhir zaman. Perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri khas, unik dan persamaan antara satu sama lain walau berlainan tempat dan zaman. Oleh itu ‘time frame’ pencarian anda harus dianjakkan lagi ke masa lampau (sejauh waktu ‘keghaiban’ Nabi Isa as) agar anda boleh menjejaki petunjok, ‘hint’, ‘clue’, petanda dan teka-teki yang mereka tinggalkan untuk menemukan Imam Mahdi yang akan muncul dipenghujung umur dunia. Perjuangan kebenaran adalah berkesinambungan, melangkaui jarak ruang, tempat dan masa. Matlamatnya adalah satu.

3. Peribadi Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasululllah SAW bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. Beliau dari keturunan Rasulullah SAW yang mulia. Dari keluarga (ahlulbait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Terpelihara (Mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar. Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ketua jemaah Islam, ketua ulama’, ayah-ibu, saudara dan sahabat. Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan berbagai-bagai kesusahan dan kesulitan dalam memperjuangkan Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. Beliau menegakkan sunnah Rasululllah SAW , berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai dikalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.

4. Imam Mahdi adalah wali besar, bertaraf mujaddid, mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan para wali bahkan menjadi ketua mereka. Pernah berguru dengan Nabi Allah Khidir as. Menurut ahli sufi ‘la ya’rifal-wali illa al-wali’. Tidak akan mengetahui seorang wali, selain wali Tuhan yang lainnya (atau dalam kata lain hanya wali mengenal wali, tetapi wali itu tidak tahu dirinya wali). Justeru itu sosok Imam Mahdi sangat dikenali dan dicintai oleh para wali lainnya. Beliau juga diyakini dan diijtihadkan sebagai bakal Imam Mahdi al Muntazar jauh sebelum tempoh kezahirannya lagi . Imam Mahdi adalah pemimpin lahiriah dan rohaniah. Sebab itu beliau boleh berhubung secara rohani dengan orang-orang yang mempunyai peranan dalam proses kebangkitan Islam kali kedua walau dimana mereka berada. (Telerohani lebih canggih dari telefon).

5. Dalam sejarah kesufian, memang terdapat individu yang pernah terjebak dengan maksiat, diangkat oleh Allah menjadi wali kecil setelah taubat mereka diterima. Itulah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Namun kedudukan mereka bukanlah sebagai pemimpin kepada ummat Islam. Mereka hanya beribadah kepada Allah dan berdoa untuk kemaslahatan ummat. Pada diri mereka lebih menonjol ciri-ciri atau watak nabi dan bukan watak rasul (sebagai pemimpin). Mereka berperanan secara bersendirian ditengah kehidupan masyarakat Islam dan kadangkala orang tidak perasan kehadiran mereka. Doa mereka sangat makbul.

6. Musuh juga sangat mengenali ciri-ciri Imam Mahdi dan tidak pernah berhenti mengesannya di mana-mana. Mereka berdatangan ke Nusantara melalui perdagangan dan penjajahan, menjejaki ahlulbait yang merantau ke daerah sini dan membunuh mereka sekiranya berpeluang. Selaku Imam Mahdi, pastinya beliau dibekalkan dengan karamah yang paling ampuh kerana beliau akan berhadapan dengan musuh no 1 iaitu Dajjal dan konco-konconya (yang memiliki teknologi sihir dan sains yang tidak kurang hebatnya). Jadi adalah wajar pada suatu ketika pihak musuh berjaya mengesannya. Maka beliau mengambil langkah segera ‘menghilangkan diri’ secara membuat tipu helah atas tujuan keselamatan dan sebab-sebab strategi. Semuanya mengandungi hikmah yang tidak mampu difahami oleh orang awam biasa.Tugas dan kepimpinan beliau diserahkan kepada orang-orang kepercayaannya dan ahli jemaahnya terpaksa bertebaran selepas itu. Sehingga musuh pun tertipu dan yakin bahawa mereka sudah ‘tersalah orang’. (Beliau juga perlu ‘pergi’ untuk ‘seketika’ mempersiapkan diri selayaknya bagi memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih berat sebagai Khalifah Allah diakhir zaman dan akan berdepan pula secara langsung dengan Dajjal serta menyambut kedatangan Nabi Allah Isa as). Apabila gerakan musuh yang datang mencarinya mulai reda atau beralih ke tempat lain, maka usaha-usaha beliau dibangunkan semula oleh Pemuda Bani Tamim. Orang kanannya itu dapat membina semula jemaahnya yang dihancurkan oleh musuh dan mempersiapkan tapak untuk kebangkitan ummah Islam kali kedua dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau dari ‘balik tabir’ secara rohaniah (karamah). Musuh pada mulanya terlepas pandang kepada Pemuda Bani Tamim ini (yang dijaga, dikepung dan dikawal rapi oleh orang-orang kepercayaan Imam Mahdi). Tambahan pula musuh hanya memberi tumpuan kepada usaha mengesan Imam Mahdi. Ini memberi ruang kepada Islam untuk membina kekuatan semula hingga ke suatu tahap yang tidak boleh digugat lagi. Yang di sangkakan ular lidi, akhirnya bertukar menjadi naga.

7. Imam Mahdi dilantik oleh Allah dan Rasul , (bukan oleh orang yag membaiahnya secara paksa depan Kaabah ). Beliau menerima perlantikan dari Rasulullah SAW dalam perhimpunan para wali atau kerajaan ‘ghaib’. Beliau sudah lama berperanan malah turut serta mempertahankan orang mukmin yang berjihad fisabilillah dan yang menderita teraniaya oleh serangan musuh yang zalim . Orang awam tidak dapat mengenali beliau, walaupun sudah diwar-warkan mereka tidak percaya bahkan menentangnya (Mereka memusuhi beliau kerana jahil dan terpedaya dengan fitnah Dajjal). Sosok peribadi Imam Mahdi masih menjadi misteri kepada umat Islam, tetapi sebenarnya bukan lagi rahsia dikalangan para wali dan pejuang-pejuang kebenaran. Imam Mahdi tidak bersendirian. Mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain tanpa dapat dikesan oleh musuh . Apatah lagi saat kemunculannya sudah amat dekat. Mungkin anda pernah terserempak, mendapat berita atau bertemu dengan orang-orang beliau tetapi anda tidak menyedarinya . Mereka sedang membuat persiapan dibidang masing-masing dan berada di tempat yang tidak disangkakan. (Rahsia kalau habaq jadi habuk.) Di malam hari mereka menangisi dosa-dosa, ‘menghalusi’ lagi hubungan mereka dengan Allah SWT. Berselawat untuk Rasulullah SAW yang amat dirindui lagi dicintai. Merintih dan berdoa agar Islam mendapat kemenangan.

8. Kod–kod rahsia di dalam hadis-hadis akhir zaman terutama yang berkaitan dengan perjuangan Imam Mahdi hanya mampu diungkai dan ditafsirkan oleh Pemuda Bani Tamim kerana beliau dipimpin secara rohani oleh Nur Muhammad. Sebab itu Rasulullah SAW memerintahkan kita mencari Pemuda Bani Tamim untuk mendapatkan Imam Mahdi. Perjuangan beliau adalah meniti turutan hadis kerana beliau dapat memahami kod-kod rahsia tersebut. Orang Islam yang bersandar dengan kajian akal semata-mata tidak akan mampu mentafsirkan atau ‘melihat disebalik peristiwa’ yang sedang berlaku dihadapan mata. Banyak sumber maklumat dan bahan rujukan tidak lengkap, (termasuk sumber hadis) sama ada sudah dimusnahkan, disembunyikan atau dilemahkan. Hadis yang tersirat mempunyai maksud yang berlapis-lapis. Sebab itu musuh sering tertipu. Kekuatan IQ semata-mata tak mampu menghuraikan maksudnya yang sebenar melainkan dengan pimpinan Allah SWT dan oleh pengungkap hadis itu sendiri iaitu Nur Muhammad SAW serta mereka yang terpilih. Hati yang celik dan cerdik hanya dimiliki oleh orang-orang yang sanggup mujahadah melawan nafsu dan mengusahakan taqwa, dan semestinya mendapat pimpinan mursyid.

9. Pemuda Bani Tamim bukan tokoh sembarangan. Beliau bertaraf wali besar bahkan mujaddid dikurun ini. Beliau berani mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid (itu adalah sunnah, mujaddid lain sebelumnya juga melakukan hal yang sama). Supaya umat Islam dan bukan Islam boleh menerima seruan Islam dan mengikutinya. Pemuda Bani Tamim berdepan dengan penentangan kaumnya dan juga serangan musuh yang tidak berkesudahan. Jemaah kebenaran pimpinan beliau tidak dapat dimusnahkan, malah kali ini terus membesar dan berkembang seantero dunia. Dakwah beliau terangan-terangan kerana seruan Islam mesti disampaikan menggunakan seluruh jentera teknologi dan saluran komunikasi yang ada , melalui ekonomi, penerbitan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya dalam berbagai-bagai bahasa. Pendekatan beliau adalah kasih-sayang, sangat dinamik dan relevan dengan perubahan zaman. Peranannya lebih terserlah, lebih mudah dikenalpasti dan menjangkau hampir ke seluruh lapisan masyarakat. Beliau tidak hanya bercakap Islam tetapi membuktikannya dengan membina model cara hidup masyarakat Islam yang indah dan syumul melalui jemaah pimpinannya.

10. Pemuda Bani Tamim sangat mencintai Imam Mahdi dan berjuang menyediakan tapak untuk pemerintahannya. Beliau juga berusaha mempromosikan Imam Mahdi versi ahlussunnah wal jamaah, sewaktu umat Islam sudah hampir putus harapan dengan kedatangannya atau terpengaruh dengan Imam Mahdi versi syiah dan seumpamanya. Sesiapa yang ingin bersama Imam Mahdi mestilah mendapatkan restu dari beliau terlebih dahulu (yakni membai’ahnya) termasuk sekutu-sekutu Imam Mahdi yang lain. Hanya Pemuda Bani Tamim sekutu Imam Mahdi yang bergerak atau berjuang secara terang-terangan, manakala sekutu yang lain tidak nampak ketara atau bergerak secara rahsia. Beliau akan berusaha memperkenalkan Imam Mahdi sebelum pengisytiharan di Kaabah supaya ummat Islam tidak terkeliru dengan Dajjal dan Imam Mahdi palsu yang lainnya. Dalam hal ini mereka yang direzekikan Allah sahaja yang mampu melihat, memahami, meyakini, menyahut seruan beliau dan kekal mengikuti beliau kerana sihir dan tipudaya musuh sangat mengelirukan . Tugasan beliau yang paling besar ialah tertegaknya sebuah Daulah Islamiyah, Madinah ‘kedua’ diakhir zaman. Akan sampai suatu ketika nanti, semua orang akan mengakui dan menerima kepimpinan beliau sebelum diserahkan kepada Khalifah Al Mahdi. Manakala yang masih degil, sombong dan menolak kepimpinannya adalah menjadi musuh kepada Imam Mahdi.

11. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim berjuang bergandingan, menggunakan kaedah dan strategi baru, yang belum pernah ada dalam lipatan sejarah perjuangan Islam, sepanjang zaman. Sehinggakan musuh yang paling pakar pun tak dapat menebaknya. Mereka mendapat bantuan dari Allah SWT dan boleh mematahkan semua serangan, tipudaya dan strategi Yahudi- Jesuit dengan cara tersendiri yang kita pun tak terfikirkan. Natijahnya Islam semakin kuat dan bertambah gagah dari hari ke hari menuju kemenangan. Islam berkembang pesat menongkah arus jahiliyah moden ciptaan Yahudi-Jesuit. Musuh akan beransur menjadi lemah dan semakin lemah disebabkan usaha taqwa mereka yang berterusan.

12. Sudah terang lagi bersuluh. Hanya orang yang mempunyai kesedaran dan azam yang kuat untuk berjuang bersama Imam Mahdi akan terus mengkaji, menambah ilmu dan mencari pemimpin yang dijanjikan Allah SWT itu dengan hati ikhlas, berlapang dada dan fikiran terbuka. Jiwa mesti kuat untuk keluar dari momokan-momokan tajaan Yahudi seperti takut hantu, takut sesat, takut rugi, takut sial, takut bos, takut periuk nasi terancam, takut untuk keluar dari zon selesa, takut yang bermacam-macam hingga diri terhalang dan hilang keberanian untuk mencari dan mengakui kebenaran. Dan yang paling utama ,yakinlah bahawa kebenaran itu datang dari Tuhan, maka akan jatuh ke hati. Ia bukan setakat berlegar-legar di akal fikiran tanpa sebarang tindakan susulan. Kita hamba yang sangat lemah. Nasib kita belum tahu. Berdoalah bersungguh-sungguh agar diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah SWT. Ikutilah saranan baginda Rasul 1400 tahun yang silam “hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim itu kerana padanya ada alMahdi”.




sumber utama: Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/04/imam-mahdi-dan-sekutunya-pemuda-bani.html#ixzz2TRFKqeDI
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: khalifahalhidayah on Facebook

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2013 03:47 PM | Show all posts

Dunia Menanti Kedatangan Imam Mahdi

Dunia Menanti Kedatangan Imam Mahdi

Setelah Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah / Jun 632 M, muncul sebuah pengharapan di kalangan umat Islam akan kedatangan seorang ratu adil atau dikenali dengan Imam Mahdi. Keyakinan akan datangnya seorang juru penyelamat atau Imam Mahdi berakar kuat, baik di kalangan Sunni mahupun Syiah.


Menurut Ensiklopedi Islam, Imam Mahdi adalah seorang juru selamat dia akhir zaman. Imam Mahdi diyakini sebagai seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.


'' Istilah Imam Mahdi muncul dan berkaitan dengan aqidah mahdawiyyah,'' tulis Ensiklopedi Islam. Yakni, keyakinan bahawa pada akhir zaman akan datang seorang juru selamat yang akan menyelamatkan kehidupan umat manusia di muka bumi dari ketidakadilan, kesengsaraan, dan kekejaman yang akan membawa pada kebahagian dan kedamaian.


John L Esposito dalam Ensiklopedi Oxford, mendedahkan, Mahdi (orang yang diberi petunjuk ilahiah) merujuk pada figur eskatologis yang akan hadir untuk memimpin pada masa keadilan dan keyakinan sejati menjelang tibanya hari kiamat.


'' Asal usul kata Mahdi tak ditemui dalam Al-Quran, kaum Muslim awal menggunakan gelar kehormatan itu untuk Nabi SAW dan empat khalifah pertama,'' ujar Esposito. Keyakinan umat Islam akan datangnya Imam Mahdi pada akhir zaman tak lepas dari kewujudan hadis Nabi SAW.


Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda,'' Dunia akan dipimpin oleh seseorang dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku. Seandainya dunia ini hanya tinggal sehari saja, maka Allah akan panjangkan hari itu, sehingga ia akan memimpinnya.''


Rasulullah juga bersabda,'' Al-Mahdi berasal dari keturunanku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan pemerataan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman dan dan ketidakadilan, ia akan berkuasa selama tujuh tahun.'' (HR At-Tirmizi).

***



Menurut Ensiklopedi Islam, sebahagian ulama menganggap hadis mengenai kedatangan Imam Mahdi itu bersifat mutawatir, kerana diriwayatkan oleh banyak pihak, sehingga dipastikan hadis itu benar-benar berasal dari Nabi Muhammad SAW.


Lalu sejak bila-bila harapan akan munculnya harapan dan sosok yang didakwa sebagai Imam Mahdi itu muncul? Menurut Esposito begitu banyak pengklaim Imam Mahdi dalam sejarah peradaban Islam. Guru Besar Pengajian Islam di Universiti Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS) itu mendedahkan, istilah Imam Mahdi dibangunkan oleh kalangan Syiah untuk menjuluki Muhammad Ibnu Hanafiyah.


Putra Khalifah Ali yang mengorganisasikan sebuah revolusi pada 685 M itu sangat dihormati oleh pengikut Syiah. Muhammad Ibnu Hanafiyah, kata Esposito, dipandang sebagai'' orang yang mendapat petunjuk'', tidak dianggap mati, tetapi diyakni tersembunyi.


'' Dia diyakni mempunyai pengetahuan esoteris yang diperlukan untuk membebaskan para pengkitnya dari penindasan dan untuk menegakkan masyarakat yang adil,'' papar Esposito. Kaum Syiah juga menganggap Muhammad bin Hasan Al-Askari - Imam ke-12 - yang ghaib pada tahun 878 M, dianggap sebagai Imam Mahdi.


Dalam perkembangan sejarah Islam, susuk yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi tak terhitung jumlahnya. Pada setiap abad, selalu ada saja tokoh yang mempunyai pengikut yang banyak sebagai seorang Imam Mahdi. Pada abad ke-10 M, misalnya, Khalifah Dinasti Fatimiyah yang pertama, Muhammad Ubaid Allah (wafat 934 M) mengaku sebagai Imam Mahdi.


'' Dengan menampakkan diri di Jabal Massa yang terletak di wilayah Maghribi (Afrika Utara), dia mengaku sebagai keturunan dari anak perempuan Nabi SAW, Fatimah, dan sebagai saudara laki-laki dari Imam ke-12 yang tersembunyi,'' ungkap Esposito.


***



Pada abad ke-12 M, pengasas gerakan reformasi Al-Muwahhidun, Muhammad Ibnu Tumart (wafat 1130 M), juga mengaku sebagai Imam Mahdi yang berasal dari keturunan Khalifah Ali. Memasuki abad ke-15, pelbagai kumpulan Islam mulai menghidupkan kembali harapan mereka akan masa depan yang lebih baik.


Di kota suci Makkah dan Madinah, papar Esposito, sejumlah ulama menulis pendapat mereka untuk menegaskan keyakinan umum akan kemunculan seorang mujaddid (pembaharu) pada abad peralihan.


Bahkan, seorang ahli fikih Sunni terkemuka, Ibnu Al-Hajar Al-Maliki, menyatakan Imam Mahdi akan muncul pada milenium itu. Menurut Ibnu Al-Hajar, Imam Mahdi itu berasal dari keturunan Fatimah, puteri Nabi. Namanya akan sama dengan nama Nabi, serta orang tuanya sesuai dengan nama orang tua Nabi.


Pada abad ke-15 M, di anak Benua India juga muncul tokoh yang mengaku sebagai Mahdi. Pada 1495 M, seorang tokoh bernama Sayyid Muhammad dari Jaunpur mengaku sebagai Imam Mahdi. Uniknya, ia mengaku sebagai Imam Mahdi saat berada di Makkah, sambil melaksanakan tawaf mengelilingi Kaabah.


Saat kembali ke India, di Masjid Utama Taj khan Salar di Ahmebad, Sayyid Muhammad kembali mengumumkan klaimnya sebagai Imam Mahdi. Untuk memperkuat pengakuannya sebagai Mahdi, disebutkan pula bahawa nama kedua orang tuanya adalah Abdullah dan Aminah.


Esposito mencatat, datangnya abad ke-13 Hijriah (1785-1883) sempat memunculkan harapan besar dari kaum Muslim akan datangnya Imam Mahdi. Pada zaman itu, paling tidak ada tiga orang pemimpin gerakan reformasi di Afrika Barat yang mengaku sebagai Mahdi untuk memperkuat jihad yang mereka lakukan. Ketiga-tiganya adalah Syeik Usuman Dan Fodio dari Sakoto, Syeikh Ahmadu Bari dari masina, dan Al-Hajj Umar Tal dari Kerajaan Tukolor.


Harapan akan datangnya Imam Mahdi dari Timur, kata Esposito, sempat menarik gelombang pendatang Afrika Barat sampai ke Nil. Pada abad ke-19, lalu muncullah seorang yang mengaku Imam Mahdi di Sudan, bernama Mahdi Muhammad Ahmad dari Sudan.


Di Mesir juga sempat muncul beberapa tokoh yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Para tokoh yang mengaku sebagai Mahdi itu menjadi pemimpin pemberontakan rakyat melawan penjajah Perancis. Bahkan, menjelang akhir abad ke-19 M, revolusi Mahdi melawan penjajah Eropah merebak di negara-negara berpenduduk Islam, seperti India, Algeria, Senegal, Ghana, dan Nigeria.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 03:55 PM | Show all posts

Kod-Kod Rahsia Perjuangan Imam Mahdi

Kod-Kod Rahsia Perjuangan Imam Mahdi

Terdapat satu pandangan yang saya kira amat baik diangkat sebagai artikel untuk diteliti bersama. Perbincangan dan misteri siapakah dia manusia yang bergelar Imam Mahdi masih lagi mewarnai kehidupan sebahagian dari Umat Islam khususnya Bangsa Melayu.


Sama ada ia (Imam Mahdi) datang dari kalangan bangsa ini atau tidak, ianya bukanlah persoalan utama. Tak perlu kita taksub kerana ia sentiasa dipelihara Allah swt. Ringkas kata, apa guna sekiranya dia sebangsa dengan kita jika kita gagal menyertai perjuangannya. Yang lebih penting ialah kita harus terus fokus. Menjaga diri supaya tidak tercicir dan hilang dilambung arus fitnah besar akhir zaman.
Yahudi Zionis telah "bingung". Di manakah manusia yang menggerunkan (bagi Yahudi) ini?  Di mana lagi harus dicari? Berbagai usaha telah dilakukan. Dari peristiwa Ben Laden hinggalah ke Arab Spring. Perlukah seluruh bumi Islam dilumatkan bagi menghapuskannya? Kini sebahagian kecil Asia Tenggara sahaja yang belum diselongkar (negara beraja). Perlukah negara-negara kecil ini juga dijahanamkan?

Masa kemunculannya semakin hampir. Yahudi semakin tertekan.

Janji Allah itu "benar". HambaNya ini akan dilindungi sepenuhnya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kepada kaum Yahudi, perlulah dinasihatkan supaya memberhentikan usaha yang sia-sia itu. Berputus asalah kamu. Tidak mungkin kamu menemuinya melainkan setelah Allah persiapkannya untuk menghapuskan kamu dan pengikut-pengikut kamu (jesuit).





Kod-kod rahsia mengenainya berselerak di sana-sini. Sebahagian besar maklumat seperti telah kita sedia maklum, disabdakan secara langsung oleh baginda Rasulullah saw, namun sebahagiannya disampaikan secara berhemah (perlambangan), sebahagian lagi pula disampaikan melalui kod-kod khas melalui perkhabaran atau penyampaian berciri kompleks, ada juga yang sukar difahami (dalam cahaya ada sinar dan sebagainya).
Ramai kalangan pengkaji tidak berani mengupas beberapa hadis sahih yang bertentangan antara satu sama lain. Ada juga hadis-hadis yang kelihatan ganjil dan tidak dapat dirungkai atau disesuaikan dengan lain-lain hadis. Contohnya

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum api muncul dari tanah Hijaz yang dapat menerangi leher-leher unta di Basrah. (Shahih Muslim No.5164)

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Iaitu tempat muncul tanduk syaitan. (Shahih Muslim No.5167)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seorang lelaki muncul dari Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya. (Shahih Muslim No.5182)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Apabila orang-orang Arab badui datang menghadap Nabi saw. mereka bertanya: Bilakah kiamat akan tiba? Lalu beliau memandang kepada orang yang paling muda di antara mereka dan bersabda: Seandainya dia hidup, sebelum dia menjadi tua renta, maka kiamat akan terjadi. (Shahih Muslim No.5248)

Benar, ia sengaja diatur sedemikian rupa mengelirukan musuh. Supaya hanya yang layak dan kasih kepada alMahdi sahaja diizin mengesan dan mengenali beliau seterusnya menjadi jemaahnya.





Mengapa nama beliau tidak disebut di dalam alQuran juga mempunyai hikmah tersendiri. Ada, tetapi terselindung. Kita hanya mampu mengesannya melalui pertolongan Allah.




Sebahagian kod rahsia ini juga tersimpan kemas dalam perbendaharaan Qudus (beberapa Hadis Qudsi). Hadis-hadis ini hanya layak dirungkai oleh para MURSYID. Mereka dan para WaliAllah sahaja yang memahami kod-kod berkenaan. Ia tidak akan dibuka sehingga susuk berkenaan (Imam Mahdi) benar-benar telah di ISLAH kan dan dibaiah (di sisi Kaabah (?)) serta diangkat secara rasmi sebagai Imam Kepada Seluruh Kaum Mukminin.




Yahudi telah lama meneroka rahsia "hadis" berkaitan alMahdi ini. Namun, mereka masih terkial dan keliru kerana beberapa maklumat bercanggahan antara satu sama lain. Mereka memasang perangkap maklumat untuk mendapatkan lebih banyak rahsia dari kalangan orang Islam. Lahirlah Google, Yahoo, facebook dan sebagainya. Sesiapa yang dikesan mempunyai nama Muhammad bin Abdullah akan disenarai hitan dan disiasat. Ini semua akibat ketakutan mereka terhadap seorang "pemuda gagap dan menepuk kepalanya". Mereka tahu nama alMahdi bukanlah namanya sebenar, ia hanyalah satu gelaran (yang dibimbing/diberi petunjuk).




Seorang rakan blogger telah mengupas mengenai "Lord of The Ring (LOTR)" dan beliau anggap sebagai satu kefahaman Yahudi mengenai fenomena akhir zaman. Apa yang menariknya, di sana terdapat sebuah pedang yang terukir kalimah "arab", adakah pedang berkaitan bermaksud "Zolfaqar"?. Mereka seolah sudah tahu tetapi tetap ingkar. Kenapa??? Walau bagaimanapun, secara tidak langsung kita semakin maklum, mereka (Yahudi) telah tahu sesuatu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw. Atas sifat degil, angkuh dan amat membenci Islam, mereka terus menerus melakukan onar. Kisah menarik mengenai LOTR ini adalah pandangan saudara McJay, bukan pandangan saya. Anda boleh baca huraiannya di SINI.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 03:59 PM | Show all posts

Peperangan Mahdi Dengan Orang-Orang Kafir.

Peperangan Mahdi Dengan Orang-Orang Kafir. Kedatangan Dajjal Dan Zaman Nabi Isa A.S.label AKHIR ZAMANE-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook







IMAM Mahdi menghadapi beberapa peperangan dengan orang-orang kafir. Sebagaimana diterangkan di dalam hadis riwayat Abu Daud. Jelas disebutkan di dalam hadis tersebut bahawa orang-orang daripada Banu Kalab akan menyerangnya tetapi kalah. Begitulah juga dengan tentera yang dihantar telah ditelan bumi ketika di dalam perjalanan untuk menyerangnya di antara Mekah dan Madinah.


Di samping ini ada juga disebutkan di dalam hadis akan penglibatan orang-orang Islam di dalam peperangan namun tidaklah disebut akan nama Imam Mahdi.


Shah Rafiuddin Dehlawi bagaimanapun telah menjelaskan bahawa peperangan-peperangan ini juga adalah berlaku pada zaman Imam Mahdi. Beliau menulis bahawa Imam Mahdi akan bergerak dari Mekah ke Madinah di mana baginda akan menziarahi kuburan Rasulullah s.a.w. dan dari sana menuju ke Syria.


Baginda hampir sahaja tiba di Damsyiq bilamana muncul tentera-tentera Nasrani menyerang dari sana. Imam Mahdi bersiap sedia menghadapi tentera ini dan setelah berperang selama 3 hari, orang-orang Islam menang pada hari keempat. Gambaran peperangan itu yang diberikan di dalam hadis adalah seperti berikut :


"Akan pastilah terjadi sebelum berlakunya Kiamat bahawa tidak akan terbahaginya harta pusaka atau berasa gembiranya mana-mana individu untuk menerima harta rampasan perang (Kemudian memperincikan perkara ini lalu dikatakan) :


"Satu angkatan tentera musuh yang kuat telah menyerang orang-orang Islam di Syria. Orang-orang Islam juga bersatu tenaga menentang kembali serangan tersebut. Daripada tentera ini mereka membantu satu angkatan perang yang mengambil bai'ah bahawa mereka akan berperang sehinggalah mereka menang atau mati syahid, yakni peperangan terus-menerus berlaku sepanjang siang harinya dan berhenti sebelah malam apabila mereka pulang dari medan perang. tidak ada mana-mana pihak yang menang. Kedua-dua tentera akan terus berperang sehingga kedua-dua punah.


Keesokan harinya orang-orang Islam akan menghantar lagi satu kumpulan tentera yang telah mengambil bai'ah samada menang atau syahid. Pada hari ini juga, peperangan terus-menerus berlaku tanpa henti sehingga matahari terbenam. Tidak ada yang menang bagi kedua-dua pihak. Pada hari ini juga kedua-dua pihak binasa.


Pada hari ketiga, cara yang ketiga juga dilakukan tanpa hasil. Pada hari keempat baki tentera Islam bingkas bangun menyerang dan dengan pertolongan Allah mereka dikurniakan kemenangan ke atas musuh. Peperangan pada hari keempat ini begitu sengit sekali seolah-olah tidak pernah wujud sebelumnya. Ini dapat diambil kesimpulan bahawa orang-orang yang terbunuh di medan peperangan itu begitu ramai sehingga burung yang terbang menjadi letih lalu jatuh mati kerana gagal merentasi mayat-mayat yang bergelimpangan ataupun kerana bau mayat yang menyenak hidung.


Dan tatkala mereka yang mengambil bahagian di dalam peperangan ini mengira bilangan saudara mara mereka, yang pulang hanya seorang sahaja daripada 100 orang, sedangkan 99 orang lagi syahid.


Rasulullah s.a.w. pun bertanya : " Beritahuku jikalau ada sesiapa yang gembira mendapat harta rampasan perang atau sesiapa yang suka mengambil akan harta pusaka yang dibahagi-bahagikan? "Kemudian baginda bersabda : "Selepas berperang mereka sibuk pula mengira orang-orang yang tinggal, tiba-tiba kedengaran berita peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Berita ini masih belum lagi mendapat perhatian sepenuhnya lalu datang pula berita kemunculan Dajjal yang mahu memporak-perandakan isteri dan anak-anak mereka dalam kerosakan. Mendengar berita ini mereka akan membuang segala harta benda dan wang ringgit lalu bergegas pulang ke rumah mereka. Untuk mendapat maklumat yang sahih tentang Dajjal mereka menghantar 10 orang penunggang kuda mendahului mereka.


Mengenai 10 orang penunggang kuda ini, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku mengetahui nama-nama mereka, nama ibubapa mereka dan juga warna kuda-kuda tunggangan mereka. Pada masa itu penunggang-penunggang ini adalah yang terbaik daripada segala penghuni bumi."

(KHALIFAH)



Selepas ini Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi menulis bahawa di dalam peperangan ini ramailah orang Nasrani terbunuh dan hasrat memiliki kuasa dan negara terkeluar daripada pemikiran dan hati mereka yang tinggal. Yang masih hidup akan lari lalu mereka dikejar oleh orang-orang Islam dan beribu-ribu orang daripada mereka dibunuh.


Selepas itu Imam Mahdi akan membabitkan dirinya dengan menguruskan hal keadaan negara Islam dan beberapa angkatan tentera dihantar ke sana sini. Setelah bebas daripada tugasnya ini maka baginda bersiap-sedia untuk menakluk Constantinople. Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda Kiamat.


Menurut sebuah kenyataan apabila Imam Mahdi tiba di laut Mediterranean baginda bertemu denga sejumlah tentera 70,000 daripada Banu Ishaq. Mereka akan berpernag. Apakah mereka berjuang untuk menakluk Contantinople, hanyalah disebut bahawa tentera yang 70,000 ini berperang dengan penduduk sebuah kota yang dikelilingi satu bahagiannya dengan tanah dan satu bahagiannya yang lain oleh laut.


Pengarang Mirqat menulis bahawa bandar ini terdapat di Rome yang beberapa pengarang menganggapnya sebagai Constantinople. Imam Nawawi r. 'alaihi juga Shah Rafiuddin Dehlawi r. 'alaihi mengatakan bahawa : "Bandar inilah Constantinople yang dimaksudkan itu."


Seluruh hadis itu berbunyi demikian : " Satu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para Sahabatnya : "Tahukah kamu sebuah kota (bandar) yang satu bahagiannya ada tanah dan sebahagiannya adalah laut?" Para Sahabat r. 'anhum menjawab : "Ya kami tahu." Baginda bersabda : "Kiamat tidak akan berlaku sehingga 70,000 tentera daripada Banu Ishaq menakluk bandar ini. Apabila orang-orang ini memasuki kota ini dan menetap di situ untuk melancarkan serangan, mereka tidaklah menyerang menggunakan senjata atau melancarkan sebarang anak panah. Mereka akan memperolehi kemenangan hanyalah semata-mata dengan pertolongan Allah. Orang-orang Islam hanyalah memperolehi kemenangan dengan melaung kalimah Laa-ilaha-illallah, Allahu Akbar yang meruntuhkan sebahagian dinding kota tersebut. Apabila mereka melaung sekali lagi mereka dapat melihat jalan untuk memasuki ke dalamnya lalu mendapat kemenangan. Mereka memperolehi harta rampasan. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan itu, tiba-tiba mereka mendengar satu pengisytiharan : "Telah muncul Dajjal." Mendengar pengisytiharan ini mereka meninggalkan segala-galanya lalu pulang."
(Muslim)



Di dalam hadis yang lain yang terkandung di dalam Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. 'anhu gambaran penaklukan Constantinople dan zaman Dajjal diterangkan begini : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kiamat tidak akan datang sehinggalah tentera-tentera Rome berhenti di A'maq atau Wabiq dan tentera daripada Madinah mara menentang mereka. Tentera ini adalah terdiri daripada orang-orang yang terbaik daripada manusia pada ketika itu. Apabila kedua-dua tentera berhadapan satu sama lain, tentera-tentera Nasrani itu akan berkata : "Biarkan kami dengan orang-orang Islam yang menawan orang-orang kami sebagai tawanan." Orang-orang Islam akan menjawab : "Demi Allah! Kami tidak akan melakukan demikian bahawa kami tidak berhak ke atas kamu dan saudara-saudara kami sehingga kamu hanya mahu menentang mereka." Lalu mereka menyerang orang-orang Nasrani tersebut.


Satu pertiga daripada orang-orang Islam akan gugur syahid. Orang-orang yang syahid ini adalah lebih tinggi kedudukannya daripada yang lain. Satu pertiga daripada tentera-tentera Islam ini akan menjauhi daripada peperangan itu lalu mengasingkan diri mereka daripada ketumbukan utama. Allah Ta'ala tidak akan menerima taubat mereka. Yakni Dia tidak akan mengurniakan taufiq untuk bertaubat.


Dan satu pertiga lagi daripada tentera Islam akan mengalahkan tentera-tentera Nasrani dan menang perang. Mereka tidak akan terbabit di dalam perbuatan-perbuatan yang merosakkan dan berdosa. Inilah tentera yang akan menawan Constantinople. Mereka pun mulalah membahagikan harta ghanimah (harta peninggalan perang) dan menyangkutkan pedang mereka di pohon-pohon zaitun, maka kedengaran satu suara laungan syaitan : "Sesungguhnya Dajjal telah sampai ke tempat anak-anakmu di belakang sana", tetapi berita ini adalah palsu.

Kemudian tentera-tentera Islam berhasrat pula menakluk Syria dan sewaktu mereka sampai di Baitul Muqaddis (Di Jerusalem) maka muncullah Dajjal. Sedang mereka bersiap-siap utnuk berperang maka masuklah waktu solat dan merekapun bangun untuk mendirikan solat.


Ketika itu turunlah Nabi Isa 'alaihissalam Ibn Mariam daripada langit. Sebaik-baik sahaja mata Dajjal bertembung dengan Isa 'alaihissalam maka cairlah tubuh si Dajjal seperti garam larut di dalam air.


Walaupun Nabi Isa 'alaihissalam tidak membunuhnya dan membiarkannya begitu sahaja, Dajjal itu akan binasa juga. Tetapi Nabi Isa 'alaihissalam membunuhnya dengan tangannya sendiri lalu menunjukkan tombak yang berlumuran dengan darah kepada orang ramai.


Meniti Debaran Zaman, Bab 72 - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.

Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid.










Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 08:17 PM | Show all posts
Constantinople = ROme???
tempat kuat tuk kaum christian paderi2 nie..
great info ! tq..
next info please??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 03:52 AM | Show all posts

Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman


Apa itu sistem Dajjal?

Sistem Dajjal adalah sistem kepalsuan, seperti yang berlaku sekarang ini. Orang menyebutnya The New World Order, meskipun kenyataannya malah tidak ada susunan. Yang disebut pejuang hak asasi manusia tetapi yang sebenarnya adalah pengganas. Sedangkan mereka yang dituduh pengganas justeru sebenarnya orang yang mulia di hadapan Allah.

Apakah sistem Dajjal itu adalah aturan kehidupan yang kini atur AS?

Ya. Itu tercermin dalam lembaran [like-locker-pro id="b4df1281a88ac6443" theme="blue" scheme="default" url="https://www.facebook.com/Servis.Tambah.Like.Original" message="PERHATIAN: Sila tekan LIKE untuk baca sepenuhnya."]

wang satu dollar AS. Bahagian depan itu bergambar Presiden AS pertama, George Washington, dan bahagian belakangnya bergambar piramid yang terpotong. Letak gambar piramid ada di belakang, sebagai isyarat bahawa di belakang AS ada kekuatan lain. Pada piramid tersebut ada segitiga bergambar mata satu. Di atasnya ada tulisan “annuis coeptis” (semoga dia senang dengan projek ini). “Dia” yang dimaksudkan adalah Si Mata Satu. Di bawahnya ada tulisan “Novus Ordo Seclorum” ( perintah dunia baru). Ertinya, umat seluruh dunia diharapkan masuk projek perintah dunia baru dan menerima kepimpinan Si Mata Satu. Orang yang familiar dengan hadis-hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam akan paham bahawa yang dimaksudkan Si Mata Satu adalah Dajjal.

Bila Dajjal akan muncul?

Dajjal sudah ada sejak zaman Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fatimah binti Qais.

Ada seorang pengembara Nasrani yang terdampar di suatu pantai. Ia turun dari kapalnya dan kemudian bertemu binatang aneh. Binantang itu menghantarkannya ke sebuah biara. Di biara tersebut ada seorang lelaki terpasung. Dia bertanya, “Apakah Sungai Tiberia sudah kering? Apakah muncul seorang lelaki yang bernama Muhammad yang disebut sebagai nabi akhir zaman? Apakah lelaki itu sudah diusir oleh penduduk di negaranya sendiri? “

Pengembara Nasrani itu penasaran. Dia kemudian menelusuri jazirah Arab untuk mencari lelaki yang dimaksudkan. Dia kemudian bertemu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dia bertanya pada beliau, “Siapa orang yang dipasung itu?” Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahawa lelaki itu adalah Dajjal. Namun Dajjal tidak akan muncul sebelum Imam Mahdi keluar.

Bila Imam Mahdi keluar?

Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, salah satu tandanya adalah kematian atau pembunuhan seorang khalifah. Namun sekarang sudah tidak ada khalifah. Menurut saya, khalifah yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin negeri Muslim yang sangat nyata. Amin Muhammad Jamaluddin, seorang penulis asal Mesir yang menulis buku “Umur Umat Islam”, menafsirkannya sebagai pemimpin Kerajaan Arab Saudi. Kalau memang benar seperti itu, bererti sudah dekat.

Menurut hadis tersebut, kelak Al-Mahdi akan muncul lalu di-baiat oleh sekumpulan pemuda di Kaabah. Penguasa semenanjung Arab akan terus menghantar pasukan untuk menangkap para pemuda itu. Tetapi pasukan itu akan dibenamkan ke bumi oleh Allah, kecuali dua orang saja.

Dua orang tersebut sengaja diselamatkan agar mereka boleh menceritakan kepada awam bahawa rakan-rakan mereka telah tenggelam ditelan Bumi. Begitu khabar ini tersiar, semua Mukmin yang faham hadis-hadis sahih tentang kemunculan Al-Mahdi akan sedar bahawa Imam Mahdi telah muncul. Mereka akan berbondong-bondong untuk ber-baiat.


Bagaimana bila dihubungkan dengan umur umat Islam?

Menurut Amin Muhammad Jamaluddin, ketika dia menafsirkan beberapa hadis mengenai umur umat Yahudi, Kristian, dan Islam, diisyaratkan bahawa umur umat Islam ialah 1500 tahun. Sekarang sudah 1424 Hijriah [tulisan ini dibuat pada 2003], jadi tinggal 76 tahun lagi. Itu belum dipotong waktu perjuangan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam ketika di Mekah, yang memakan masa 13 tahun. Jadi umur ummat Islam tinggal sekitar 63 tahun. [Bererti sekarang tinggal sekitar 54 tahun]

Bila masa kekhalifahan di akhir zaman yang menurut hadis akan berlangsung selama 40 tahun terjadi pada masa damai, maka huru-hara besar itu akan terjadi dalam kurun waktu kurang dari 23 tahun ke depan ini [sekarang bererti kurang dari 14 tahun ke depan]. Kemunculan khilafah akan didahului oleh terjadinya huru-hara dan kaum Muslim akan di bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi juga akan ditandai dengan munculnya komet. Menurut yang saya tahu dari para astronomi, komet akan muncul pada 2022. Jadi kalau saat itu Imam Mahdi muncul, maka perhitungan itu menjadi sangat mungkin. Atau boleh jadi kemunculan Imam Mahdi justeru akan lebih cepat dari itu.

Apa ciri-ciri khusus Imam Mahdi?

Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, namanya seperti nama Rasulullah shallallaahu’ alaihi wasallam dan nama ayahnya pun sama dengan nama ayah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Bicaranya kurang lancar, sehingga kalau bicara harus menepuk pahanya dulu. Apakah itu bererti dia gagap? Wallahu’alam.

Berapa usia Imam Mahdi ketika muncul?

Usia Imam Mahdi adalah seusia ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang di Perang Badar di usia 55 tahun.

Apakah itu bererti sebenarnya Imam Mahdi sudah ada?

Ya, sudah ada, tapi oleh Allah belum dimunculkan. Sekarang kita tidak tahu Imam Mahdi itu siapa. Dan hal itu bukan hal aneh, kerana memang ia akan muncul mendadak.

Bukankah sudah ada beberapa orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?

Tidak boleh. Imam Mahdi di-baiat oleh 313 pemuda di Kaabah. Jumlah itu sama dengan jumlah pasukan ketika Perang Badar. Baiatnya terbuka meskipun sebenarnya Imam Mahdi enggan dijadikan pemimpin. Bila ada yang mengaku-ngaku Imam Mahdi, maka itu adalah penipuan.

Apakah kelak Imam Mahdi akan memimpin kekhalifahan Islam?

Ya. Sebelum itu ia akan memimpin beberapa peperangan untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang meruntuhkan maalikan jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next World Order.

Bagaimana dengan perang Akhir zaman?

Ada empat perang besar. Pertama, perang melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah perang melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang selanjutnya adalah melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat adalah perang melawan Dajjal dan 70,000 tentera Yahudi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2013 12:36 PM | Show all posts
Kebenaran Tentang Kepimpinan Imam Mahdi
label BIOGRAFI ISLAM

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi  ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

Ciri-ciri Imam Mahdi

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

"Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

    Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata,

"Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran.

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belas agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada gologan mereka

Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjaya dipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

"Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

"Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri. Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.

    Telah bersabda Rasullah s.a.w,

"Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

"Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

"Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

Kepemimpinan Imam Mahdi

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin.



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:07 PM | Show all posts
Aku pernah view kat Youtube pasal Ketua Agama Yahudi menulis nota bahawa Imam Mahadi telah (atau akan?) muncul di Syria. Nota tu dibuka setahun selepas kematian ketua agama yahudi tersebut.
Aku nak cari balik video tu tapi tak jumpa.

Itulah sebabnya Israel gigih sangat nak ambik Baitulmaqdis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2013 03:10 PM | Show all posts
Itulah sebabnya Israel gigih sangat nak ambik Baitulmaqdis

SEBENARNYA ISRAEL INGIN MENCARI KITAB KITAB YG TELAH NABI SULAIMAN TANAM SEPERTI KEPERCAYAAN MEREKA...KITAB KITAB INI UMPAMA KITAB MAGIS (MAGIC) ATAU SAKTI.
ADA SAYA SELITKAN DIRUANGAN INI..CUBA CARI
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 09:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 10:38 AM | Show all posts
TERENCAT AKAL ROPANYA DIA NIH...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:48 AM | Show all posts
dajjal da ada...tengah berjalan jalan buat roadshow 1Negara sekarang nie...

'Dajjal juga dikenali dengan Al-Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia.'

racis dok aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 12:33 PM | Show all posts
uniq61 posted on 20-5-2013 03:10 PM
SEBENARNYA ISRAEL INGIN MENCARI KITAB KITAB YG TELAH NABI SULAIMAN TANAM SEPERTI KEPERCAYAAN MEREK ...

nabi sulaiman sorok kitab sihir tu bwh masjid al-aqsa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 12:38 PM | Show all posts
nabi sulaiman sorok kitab sihir tu bwh masjid al-aqsa

ITU ADALAH KEPERCAYAAN MEREKA....

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..



Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.


Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra


Tuhan Osiris

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

Last edited by uniq61 on 21-5-2013 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 07:18 PM | Show all posts
ce fikir jap..

ketuanya peliwat, penzina, kawan yahudi

pengikut2nya:
SYIRIK
KAFIR
LGBT
KRISTIAN
ANTI ISLAM
MUNAFIK

lambang parti = mata satu

mereka menawarkan kesenangan dunia....tol free, belajar free, minyak murah, kereta murah, gaji minimum yang besarrr

penyebaran fitnah/persepsi tidak betul ini lumrah kepada mereka.

mereka memperalatkan agama untuk berkuasa

mereka berkuasa di medan sosial, menyebarkan berita2 yang belum tentu kesahihannya (fitnah di laman maya yang dibaca melalui komputer/handpon/tab = peranti berskrin = 'mata satu' =>fitnah dajal)

Adakah....







-oi this is really happening oi...ini benar2 berlaku...bokan cobaan.



  




Last edited by thessailly on 22-5-2013 01:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 08:56 PM | Show all posts
-opps..sori ekstrem sikit..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 03:28 AM | Show all posts
Hakikatnya, pemuda bani Tamim tu siapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 09:23 AM | Show all posts

Siapakah sebenarnya Bani Tamim ?

Siapakah sebenarnya Bani Tamim ?
by pakcikli00



TA MIM
Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra’..”bacalah” Bacalah di sini membawa maksud ‘break the code’. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.
TA = tanah,
MiM= Melayu
Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.
Kenapa tanah melayu saja?
Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah ‘tanduk’ / ‘Zakar’ / ‘jantung’ bumi ini.
Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain. Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?
Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-
-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling ‘advance’ di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan
Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup ‘advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.
MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH ‘HIDUP’ BERSAMA BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan ‘pendatang’ dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.
Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.
Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.
Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.
Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.
Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.
Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di ‘makan’ lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.
Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya ‘perang’ di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan ‘ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan”. Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.
Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas.
……………………………………………………………
PENGAKHIRANNYA
Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.
Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan “UiTM benteng melayu terakhir”. Fahamkah mereka apa yang mereka war-warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam, Tibetan, Aryan dan lain-lain).
Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak mempertahankan kemelayuan? Apa yang pasti mereka semua mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10 tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina, Thailanda dan sebagainya. Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu, kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya”
ayat 34 surah al-araf
Pilihan di tangan anda. Anda mahu memilih untuk menjadi negara bangsa atau menjadi nusabangsa berNUSA-Antara (bermaksud; international/universal). Itu adalah pilihan anda. Saya hanya memberi sedikit bukti yang saya ketahui dan saya yakin terdapat banyak lagi bukti di luar sana. Ini belum lagi di tambah dengan kenapa gempa bumi berlaku di janda baik dan sekitar pahang serta baru-baru di negeri sembilan. Kepada mereka yang telah membaca dan menganalisa teori FUTURE PHENOMENON dari saya, sudah pastinya kalian akan dapat melihat kenapa ianya berlaku dan kenapa di timur.
Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-
-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.
-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa ‘jin tak jin, manusia tak manusia’…Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!
-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh (kisah unta)
-1435 Hijrah adalah tarikh ‘akhir’ seorang reformer atau mujaddid harus ‘muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?
-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang ‘fighter’ berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!
-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang ‘melayu’, tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu. Ini semua akibat ‘kebebasan beragama’. Maka taniah saya ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.
-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana ini tidak pula mereka kata itu adalah ‘amaran’ dari ALLAH. Tidakkah mereka berfikir?!
-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!
Apa yang pasti, seorang ‘melayu’ itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.
IHSAN adalah ‘engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.”. Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang ‘melayu islam’ itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya. Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.
“Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.”
Surah Hud ayat 75
……………………………………………………………




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 09:25 AM | Show all posts
Hakikatnya, pemuda bani Tamim tu siapa?

BAGUS SOALAN TU...SILA KE THREAD 'SIAPAKAH SEBENARNYA PEMUDA BANI TAMIM'
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 10:50 AM | Show all posts
uniq61 posted on 22-5-2013 09:25 AM
BAGUS SOALAN TU...SILA KE THREAD 'SIAPAKAH SEBENARNYA PEMUDA BANI TAMIM'

yang name atuknye "Tamim" laaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.089536 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list