CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim

  [Copy link]
Post time 3-9-2013 12:25 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 20-5-2013 03:07 PM
Aku pernah view kat Youtube pasal Ketua Agama Yahudi menulis nota bahawa Imam Mahadi telah (atau aka ...

Bideo paderi yahudi tu cakap pasai kedatangan semula nabi Isa ie Jesus ke dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2013 03:59 PM | Show all posts
PELAWAK PR DAH MAI DAH....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:58 PM | Show all posts
Macam2 spekulasi. Nan ada yang tepat. Tetapi aku penah terjumpa sekelompok pemuda, giat berusaha, menjana ekonomi dan membuat kajian dan penemuan2 baru yang canggih. Sangat discreet tapi mereka dimana-mana. Anak2 kecil diajar hal ehwal politik dan digilap menjadi pemimpin, termasuk diajar bertutur dalam bahasa2 utama dunia.

Tak tau apa nama pergerakan mereka. Tak tau pulak siapa pemimpin mereka. Segalanya mereka fokuskan untuk masa hadapan. Seolah-olah mempersiapkan sesuatu yg amat besar.

Aaah, taknak lah aku berspekulasi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:55 AM | Show all posts
JodoKast posted on 3-9-2013 05:58 PM
Macam2 spekulasi. Nan ada yang tepat. Tetapi aku penah terjumpa sekelompok pemuda, giat berusaha, me ...

menarik...dari negara mana depa2 tuu..???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 11:17 AM | Show all posts
DARI AMIR RIKA LE...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 01:04 PM | Show all posts
RatuJuwita posted on 4-9-2013 08:55 AM
menarik...dari negara mana depa2 tuu..???

Dengar nya, sekitar sini. Malaysia. Dengarnya, mereka juga ada di Singapork, Brunei dan Indonesia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2013 03:52 PM | Show all posts
JodoKast posted on 4-9-2013 01:04 PM
Dengar nya, sekitar sini. Malaysia. Dengarnya, mereka juga ada di Singapork, Brunei dan Indonesia. ...

nusantara
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 05:41 PM | Show all posts
RatuJuwita posted on 4-9-2013 03:52 PM
nusantara

Adakah...?

Jeng jeng jeng!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 10:23 AM | Show all posts
tup tup geng2 3-line rupenye hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:01 PM | Show all posts
Persediaan terbaik ialah membangunkan sendiri senjata tercanggih
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 02:24 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 7-9-2013 03:01 PM
Persediaan terbaik ialah membangunkan sendiri senjata tercanggih

bukan bro. Aku boleh kata dengan yakin,

persediaan terbaik ialah dengan menjadi muslim sebenar.






Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:57 PM | Show all posts
thessailly posted on 9-9-2013 02:24 AM
bukan bro. Aku boleh kata dengan yakin,

persediaan terbaik ialah dengan menjadi muslim sebenar ...

betul tu.. apabila sesuatu negeri itu umatnya beriman, Allah akan berikan rahmat dan keberkatan .. dan pertolongan Allah akan tiba.. yg sukar menjadi mudah dan dipermudahkan segala urusan dan dibuka pintu2 ilmu & kejayaan seperti di zaman awal Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 03:42 PM | Show all posts
Subhanallah.. good info indeed.. rasa sgt dekat ngan waktu2 kemunculan Imam Mahadi skarang nie.. bagus la banyak membaca and menggali info2 lagi.. and banyak baca dan telusuri tafsir Al-Quran.. kurangkan hal2 duniawi sikit demi sikit..

Pls keep up yr good work TT. We need people like this yg menulis and menyampaikan ilmu2 and pengetahuan2 macam nie pada semua.. Semoga diberkati Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 06:52 PM | Show all posts
thessailly replied at 9-9-2013 02:24 AM
bukan bro. Aku boleh kata dengan yakin,

persediaan terbaik ialah dengan menjadi muslim sebenar ...

Setuju...persedian terbaik adalah menjadi Muslim sebenar. Bukan diri sendiri sahaja, malah orang sekeliling kita terutama yang dibawah tanggungan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2015 02:34 PM | Show all posts
bace hadis2 nabi  and tgok tanda2 besar kdtgn mahdi ni mcm main puzle..selalu trfikit adakah nnti kita akn jd sebahgian tentera mahdi atau sebagai pemerhati je mcm yg berlaku skrg..bila prg kt timur tgh suma org islam dok pakat2 tgok je dr jauh...cuma doa dr jauh and bg sumbangn ape yg patut..habis berani pun perang kat media sosial


SEBENARNYA PUZZLE BAGI KAUM YAHUDI. KAUM YAHUDI SEDANG MEMANTAU NUSANTARA. LIHATLAH APA YANG BERLAKU KEPADA MALAYSIA DEWASA INI. KAPALTERBANG HILANG DAN DITEMBAK JATUH?. IS MUNCUL KONONNYA ISLAM..BUKANKAH ITU DAKYAH KAUM YAHUDI ATAU MUNGKIN DAJJAL?

DI AMERIKA KHUSUSNYA..ADA INSTITUT BELAJAR TENTANG ISLAM KETIKA ZAMAN BUSH...YANG MANA MEREKA BELAJAR SECARA TERPERINCI TENTANG ISLAM MALAH BELAJAR MENJADI IMAM, MEMBACA DAN MENGHAFAL ALQURAN MALAH LEBIH NAMPAK ISLAM DARI ORANG ISLAM..UNTUK APA? CONTOHNYA IS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2015 05:39 PM | Show all posts
KENAPA YAHUDI TAKUTKAN IMAM MAHDI?[size=0.95em]By suara haramain0SFRA ar, Permalink
Dunia sekarang menuju kebangkitan Islam kedua. Apa sahaja yang berlaku adalah menuju ke arah itu. Siapapun tidak boleh menghalangnya kerana masanya telah tiba. Abuya pernah berkata dan dibukukan kata-katanya itu, 'Barat Di Ambang Maut'. Kini barat sedang nazak, membenarkan kata-kata Abuya. Barat yang ketuanya yahudi, kini dalam ketakutan. Walaupun segala persiapan telah dilakukan demi menghadapi kedatangan 'Muhammad kedua' (Imam Mahdi) namun kejutan oleh kerajaan ajaib sangat tidak diduga. Dalam mereka cuba menipu umat Islam mereka juga tertipu. Ditipu oleh makar Allah, dan Allah adalah sebaik-baik tipu daya.

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (menutup kebenaran), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Ali Imran: 54


Mengapa yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Mereka memanggil Imam Mahdi sebagai MUHAMMAD KEDUA, dan mereka menganggap Muhammad kedua dan pertama adalah orang yang sama! Kata Abuya, selain pejuang kebenaran yang dijanjikan, yang sangat kenal kebenaran ialah musuh-musuhnya. Kata Bonda Wasilah, RSA-lah dibelakang GISB. Abuya dan Sayyidi yang ghaib dan akan datang tak lama lagi, bersama-sama mereka adalah roh baginda Rasul S.A.W. Jadi tak hairanlah mengapa yahudi menganggap mereka berhadapan dengan Muhammad pertama, kerana memang Nabi Muhammad-lah yang sedang melakukan kebangkitan Islam kedua ini! Ada beberapa sebab mengapa yahudi takutkan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.


1. INI ADALAH JANJI ALLAH.
Kebangkitan Islam kedua ini adalah JANJI ALLAH. Mahu tidak mahu, dihalang atau tidak ia akan terjadi. Apa sahaja usaha yang dilakukan untuk menghalangnya, hanya akan mencepatkan lagi proses berlakunya kemenangan ini. Bila dikatakan JANJI ALLAH, ia adalah rahsia Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu dan orang-orang yang diilhamkan kepada mereka.

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.Sunan Abu Daud

Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al-Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. Al-Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji. Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim - Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti
“ Telah terjadi zaman Kenabian atas kamu, maka terjadilah zaman kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian terjadilah Zaman Kekhalifahan (khulafa’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka terjadilah zaman itu sebagaimana yg ALLAH kehendaki. Kemudian Allah Mengangkatnya, lalu terjadilah Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Zaman Fitnah). terjadilah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian terjadilah Zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan terjadilah Zaman itu sebagai mana yang ALLAH kehendaki. Kemudian terjadi pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman kenabian”. Riwayat Ahmad
2. JEMAAHNYA DIJANJIKAN.
Bila dikatakan ini adalah janji Tuhan, sudah tentu bersamanya pakej atau jemaah yang dijanjikan. Sebagaimana kebangkitan pertama oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, kebangkitan kedua dijanjikan bersamanya IMAM MAHDI (IM) dan PUTRA BANI TAMIM (PBT), dan berserta mereka ialah jemaah yang disebut didalam hadis sebagai PANJI-PANJI HITAM. PBT ialah pemimpin yang bertanggungjawab menyediakan tapak untuk IM. Pakej ini juga disebut didalam hadis oleh baginda Rasul S.A.W. IM dan PBT adalah pakej jemaah yang dijanjikan.

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji." dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah." dari Sayyidina Ali K.A.W.

"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." Sabda Nabi S.A.W.
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin." Hadis Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W., "Orang ramai daripada Timur (Ikhwan dan Asoib) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."


3. ORANG-ORANGNYA DIPERSIAPKAN.
Sejarah mencatat pemergian Abu Ayub Al-Ansari menuju Konstantinopel demi membenarkan hadis Nabi akan terbukanya kota itu. Sudah tentu kebangkitan Islam kedua para sahabat sangat-sangat ingin membenarkannya. Jika bukan mereka orangnya, didoakan dari keturunan mereka-lah jemaah IM dan PBT ini. Ini dibuktikan dengan kehadiran dan kedatangan Ahlul Bait ke timur, juga pendakwah-pendakwah yang datang samada terang-terangan mahupun sebagai pedagang.

Bila jemaahnya dijanjikan, orang-orangnya juga dipersiapkan. Ikhwan dan Asoib adalah ahli-ahli jemaah IM ini. Sepertilah Abuya yang dipersiapkan oleh IM, dari kelahirannya, pendidikannya, perkahwinannya, bahkan pertemuan ibu dan ayahnya juga adalah dalam rancangan Imam Mahdi. Begitulah juga PBT menyiapkan Ikhwan dan Asoib. Pelbagai usaha demi usaha dan pelbagai cara demi melahirkan orang-orangnya ini.

Ikhwan dan Asoib inilah yang mengisi dan memeriahkan jemaah IM di seluruh dunia. Kini mereka sedang berperanan demi menjayakan misi besar kedua ini. Bila jemaahnya dijanjikan dan orang-orangnya juga disiapkan, mereka sentiasa dipandu oleh kerajaan ajaib demi menjayakan jadual Tuhan ini. Roh baginda Rasul-lah yang menjadi kekuatan mereka, bilamana terhubungnya roh para pejuang dengan roh baginda Nabi melalui selawat yang bersama perasaan rindu yang mendalam.

Jadi ini sangatlah menakutkan yahudi bilamana telah lahir golongan yang telah disebut di dalam hadis ini. Kerana mereka tidak dapat dihalang kehendak dan kemahuan mereka dalam membangunkan Islam walaupun dihalang dengan 1001 cara dan gaya.

"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup berkorban) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya." Abu Hurairah
Begitu sekali dahsyat dan hebatnya perasaan rindu mereka terhadap baginda Nabi, jadi mereka inilah orang yang dipersiapkan untuk bersama-sama menjayakan kebangkitan Islam kedua ini. Bagaimana yahudi tidak takut kepada mereka, kerana demi Nabi-nya bukan sahaja harta dan keluarga bahkan nyawa sanggup dikorbankan demi kebangkitan kedua ini.

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA, "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). Hadis Riwayat Muslim

4. TEMPATNYA DIJANJIKAN.
Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti
Bagi pejuang kebenaran yang benar-benar ingin perjuangkan Allah dan Rasul, mereka tidak semberono! Mereka sentiasa terpandu dan dipandu. Samada secara lahir atau rohani, para pejuang kebenaran kena sentiasa dipandu. Kalau tidak akan ditipu, lebih-lebih lagi oleh yahudi dan hawa nafsu yang tidak henti-henti mengganggu dan menghalang niat yang suci ini.

Bagi yang mengkaji (dan eloklah juga kita yang ingin perjuangkan Islam ini) pasti tempat berlakunya sesuatu peristiwa besar diambil kira. Lebih-lebih lagi bilamana ia melibatkan jadual yang grand oleh Nabi akhir zaman S.A.W.

Sebelum ini Suara Haramain telah membawa beberapa tajuk yang membuktikan bahawa tempat untuk berlakunya kebangkitan Islam kedua ini berlaku. Betapa ruginya bagi mereka yang tidak mengkaji lebih-lebih lagi mempersenda peristiwa besar yang sedang berlaku ini. Hanya mereka yang yang benar-benar inginkan kebenaran sahaja sanggup mengkaji malah sama-sama membahu untuk kejayaan kemenangan yang dijanjikan ini.

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. Imam Sayuti dalam Al-Hawi lil Fatawa

5. NIKMAT DAN UJIANNYA JUGA LUAR BIASA.
Nikmat kepada para pejuang kebenaran ialah berada dalam jemaah yang terpelihara iman dan Islam-nya. Ini bukan sembarangan jemaah, kerana ia adalah dijanjikan. Bersamanya pemimpin dijanjikan, bantuan yang diberikan kepada mereka sangat luar biasa. Berkali-kali cubaan untuk menghancurkan jemaah ini gagal. Bahkan ujian yang datang juga dari perlbagai penjuru dan kemuncaknya bila berhadapan dengan kerajaan yang menghancurkan jemaah ini. Namun yang berlaku bila diharamkan jemaah semakin besar dan tidak terhalang lagi.

Ini membuktikan bahawa ujiannya juga besar, bukan daripada orang biasa bahkan berhadapan dengan sebuah kerajaan yang menguasai negara. Inilah yang menjadi ketakutan yahudi, hingga sebuah jemaah kecil atau kelompok kecil namun terpaksa berdepan dengan sebuah kerajaan, dan didokong oleh kuasa besar dunia.

Namun ini semua menjadi kekuatan bagi para pejuang yang ingin menjadi Ikhwan dan Asoib. Ujian yang datang menjadi baja menyubur kekuatan dalam berjuang. Nikmat yang diberi menjadi hiburan dan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan jadual Tuhan ini.


6. KEMUNCAK KEMENANGAN IALAH PARA PEJUANG MENDAPAT SEMBAHYANG YANG AGUNG.
Kemuncak ketakutan yahudi ialah bilamana hati-hati para pejuang terhubung dengan Allah dan Rasul. Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul adalah kekuatan bagi umat Islam. Namun rasa-rasa ini dihilangkan dari umat Islam oleh yahudi dengan usaha-usaha mereka yang memakan masa ratusan tahun. Nampaknya usaha mereka telah berjaya. Umat Islam benar-benar jauh dari Tuhan, dan inilah yang yahudi mahukan. Bilamana Allah tidak lagi diagungkan, bahkan dipersenda dan dipermain-mainkan.Umat Islam dicatur oleh mereka sesuka hati.

Namun bila lahirnya pejuang yang terhubung hati dengan pemimpin mereka, bahkan hati-hati mereka dibawa menuju Allah dan Rasul, inilah yang menjadi ketakutan yahudi. Kerana kelompok ini tidak boleh dimain-mainkan mereka. Kelompok inilah yang akan membongkar kejahatan yahudi sekaligus menyedarkan umat Islam dan membawa mereka menuju hati yang selamat.

Bila hati-hati umat Islam sudah terhubung dengan baginda Rasul, masyarakat Islam seperti para sahabat akan lahir dan memeriahkan bumi ini dengan mengagungkan dan membesarkan Allah. Inilah ketakutan dan kebencian yahudi. Kini RSA telah memainkan hati-hati manusia dan menyuburkan iman bersamanya. Allah sekali lagi akan diagungkan dan Rasul akan dirindukan, inilah syurga sebelum syurga yang menjadi ketakutan yahudi selama ini.


Inilah sebab dan mengapa yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Dan ketakutan ini dilaksanakan dengan usaha-usaha menghancurkan Abuya dan jemaahnya, kerana Abuya-lah yang terlalu kuat mem-promosi-kan Imam Mahdi ini. Digunakan ulama-ulama ciptaan mereka untuk menyesatkan Abuya, digunakan kuasa besar negara untuk menghalang Abuya, namun segala usaha adalah sia-sia bahkan membuktikan dan membenarkan lagi kebenaran yang Abuya bawa. Kini yahudi semakin takut kerana Abuya sudah ghaib dan mereka tahu Abuya akan kembali bersama Imam Mahdi yang bersama-sama mereka adalah roh baginda Rasul S.A.W. Islam takkan kalah-kalah lagi!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2015 05:48 PM | Show all posts
Kod–kod rahsia perjuangan alMahdi
[size=14.9499998092651px]

Terdapat satu pandangan yang saya kira amat baik diangkat sebagai artikel untuk diteliti bersama. Perbincangan dan misteri siapakah dia manusia yang bergelar Imam Mahdi masih lagi mewarnai kehidupan sebahagian dari Umat Islam khususnya Bangsa Melayu.





Sama ada ia (Imam Mahdi) datang dari kalangan bangsa ini atau tidak, ianya bukanlah persoalan utama. Tak perlu kita taksub kerana ia sentiasa dipelihara Allah swt. Ringkas kata, apa guna sekiranya dia sebangsa dengan kita jika kita gagal menyertai perjuangannya. Yang lebih penting ialah kita harus terus fokus. Menjaga diri supaya tidak tercicir dan hilang dilambung arus fitnah besar akhir zaman.

Yahudi Zionis telah "bingung". Di manakah manusia yang menggerunkan (bagi Yahudi) ini?  Di mana lagi harus dicari? Berbagai usaha telah dilakukan. Dari peristiwa Ben Laden hinggalah ke Arab Spring. Perlukah seluruh bumi Islam dilumatkan bagi menghapuskannya? Kini sebahagian kecil Asia Tenggara sahaja yang belum diselongkar (negara beraja). Perlukah negara-negara kecil ini juga dijahanamkan?

Masa kemunculannya semakin hampir. Yahudi semakin tertekan.

Janji Allah itu "benar". HambaNya ini akan dilindungi sepenuhnya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kepada kaum Yahudi, perlulah dinasihatkan supaya memberhentikan usaha yang sia-sia itu. Berputus asalah kamu. Tidak mungkin kamu menemuinya melainkan setelah Allah persiapkannya untuk menghapuskan kamu dan pengikut-pengikut kamu (jesuit).

Kod-kod rahsia mengenainya berselerak di sana-sini. Sebahagian besar maklumat seperti telah kita sedia maklum, disabdakan secara langsung oleh baginda Rasulullah saw, namun sebahagiannya disampaikan secara berhemah (perlambangan), sebahagian lagi pula disampaikan melalui kod-kod khas melalui perkhabaran atau penyampaian berciri kompleks, ada juga yang sukar difahami (dalam cahaya ada sinar dan sebagainya).

Ramai kalangan pengkaji tidak berani mengupas beberapa hadis sahih yang bertentangan antara satu sama lain. Ada juga hadis-hadis yang kelihatan ganjil dan tidak dapat dirungkai atau disesuaikan dengan lain-lain hadis. Contohnya

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum api muncul dari tanah Hijaz yang dapat menerangi leher-leher unta di Basrah. (Shahih Muslim No.5164)

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Iaitu tempat muncul tanduk syaitan. (Shahih Muslim No.5167)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seorang lelaki muncul dari Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya. (Shahih Muslim No.5182)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Apabila orang-orang Arab badui datang menghadap Nabi saw. mereka bertanya: Bilakah kiamat akan tiba? Lalu beliau memandang kepada orang yang paling muda di antara mereka dan bersabda: Seandainya dia hidup, sebelum dia menjadi tua renta, maka kiamat akan terjadi.(Shahih Muslim No.5248)

Benar, ia sengaja diatur sedemikian rupa mengelirukan musuh. Supaya hanya yang layak dan kasih kepada alMahdi sahaja diizin mengesan dan mengenali beliau seterusnya menjadi jemaahnya.

Mengapa nama beliau tidak disebut di dalam alQuran juga mempunyai hikmah tersendiri. Ada, tetapi terselindung. Kita hanya mampu mengesannya melalui pertolongan Allah.

Sebahagian kod rahsia ini juga tersimpan kemas dalam perbendaharaan Qudus (beberapa Hadis Qudsi). Hadis-hadis ini hanya layak dirungkai oleh para MURSYID. Mereka dan para WaliAllah sahaja yang memahami kod-kod berkenaan. Ia tidak akan dibuka sehingga susuk berkenaan (Imam Mahdi) benar-benar telah di ISLAH kan dan dibaiah (di sisi Kaabah (?)) serta diangkat secara rasmi sebagai Imam Kepada Seluruh Kaum Mukminin.

Yahudi telah lama meneroka rahsia "hadis" berkaitan alMahdi ini. Namun, mereka masih terkial dan keliru kerana beberapa maklumat bercanggahan antara satu sama lain. Mereka memasang perangkap maklumat untuk mendapatkan lebih banyak rahsia dari kalangan orang Islam. Lahirlah Google, Yahoo, facebook dan sebagainya. Sesiapa yang dikesan mempunyai nama Muhammad bin Abdullah akan disenarai hitan dan disiasat. Ini semua akibat ketakutan mereka terhadap seorang "pemuda gagap dan menepuk kepalanya". Mereka tahu nama alMahdi bukanlah namanya sebenar, ia hanyalah satu gelaran (yang dibimbing/diberi petunjuk).

Seorang rakan blogger telah mengupas mengenai "Lord of The Ring (LOTR)" dan beliau anggap sebagai satu kefahaman Yahudi mengenai fenomena akhir zaman. Apa yang menariknya, di sana terdapat sebuah pedang yang terukir kalimah "arab", adakah pedang berkaitan bermaksud "Zolfaqar"?. Mereka seolah sudah tahu tetapi tetap ingkar. Kenapa??? Walau bagaimanapun, secara tidak langsung kita semakin maklum, mereka (Yahudi) telah tahu sesuatu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw. Atas sifat degil, angkuh dan amat membenci Islam, mereka terus menerus melakukan onar. Kisah menarik mengenai LOTR ini adalah pandangan saudara McJay, bukan pandangan saya. Anda boleh baca huraiannya di SINI.

Ini pula coretan seorang rakan pengulas, saya angkat untuk mengisi artikel ini adalah seperti berikut.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2015 05:49 PM | Show all posts

SAMBUNGAN

[size=14.9499998092651px]Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim
Basmallah,

1. Untuk mengenali peribadi Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim, Umat Islam nusantara harus berpegang kembali kepada iktiqad ahlussunnah wal jamaah yang diperjuangkan oleh para sahabat dan ahlulbait. Pegangan ini dipertahankankan sejak turun- temurun dirantau ini. Oleh itu carilah guru mursyid yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Ulama ul’amilin. Belajarlah ilmu Islam secara sempurna (mengaji kitab secara berguru sampai habis, dari kulit ke kulit. Bukan cedok sana sikit… cedok sini sikit, ambil ilmu sekerat –sekerat, ikut silibus semata, terutama kepada golongan remaja dan pelajar universiti). Bila ada bab-bab ilmu dalam Islam yang dicebak-cebak, kemudiannya dicelahi pula oleh fahaman wahabi, syiah dan liberalisme maka Islam yang dianut sudah tidak tulen lagi. (Maaf. Ada yang belajar Islam tetapi bersanad pula kepada guru-guru Yahudi). Akibatnya Ilmu Islam itu bercampur aduk dan mengelirukan. Ajaran Islam yang dipelajari secara tidak seimbang (antara tauhid, feqah dan tasauf) akan menjadi sukar untuk difahami dan berat pula untuk diamalkan. Akhirnya penganut Islam rasa curiga dan menjauhi agamanya sendiri. Atau memahami ajaran Islam dalam ruang lingkup yang amat sempit dan jumud. ‘Label’ Islam dilihat keras dan ganas. Semua ini sudah lama dirancang oleh musuh-musuh Islam.

2. Allah SWT berjanji untuk memelihara kesahihan AlQuran. Rasulullah SAW pula bersabda bahawa pada setiap awal kurun akan datang mujaddid yang berperibadi AlQuran, mewakili Nabi akhir zaman, membimbing dan memimpin ummat kembali mengamalkan intipati ajaran AlQuran. Peranan para mujaddid membaharui, mensucikan, menghidupkan dan memperjuangkan kembali ajaran Islam yang telah tersasar dan dirosakkan oleh musuh dari masa ke masa. Kenalilah mereka, bacalah riwayat mereka dan hayatilah pengorbanan dan perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran. Sejarah mereka perlu digali dan dimasyhurkan kerana semakin lenyap ditelan zaman atau ‘sengaja di lupuskan’ oleh ‘musuh yang menang’. Pada mereka ada rahsia kekuatan umat Islam untuk bertahan dari satu kurun ke satu kurun, menggenggam bara api Islam sehinggalah kembali marak di akhir zaman. Perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri khas, unik dan persamaan antara satu sama lain walau berlainan tempat dan zaman. Oleh itu ‘time frame’ pencarian anda harus dianjakkan lagi ke masa lampau (sejauh waktu ‘keghaiban’ Nabi Isa as) agar anda boleh menjejaki petunjok, ‘hint’, ‘clue’, petanda dan teka-teki yang mereka tinggalkan untuk menemukan Imam Mahdi yang akan muncul dipenghujung umur dunia. Perjuangan kebenaran adalah berkesinambungan, melangkaui jarak ruang, tempat dan masa. Matlamatnya adalah satu.

3. Peribadi Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasululllah SAW bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. Beliau dari keturunan Rasulullah SAW yang mulia. Dari keluarga (ahlulbait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Terpelihara (Mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar. Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ketua jemaah Islam, ketua ulama’, ayah-ibu, saudara dan sahabat. Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan berbagai-bagai kesusahan dan kesulitan dalam memperjuangkan Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. Beliau menegakkan sunnah Rasululllah SAW , berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai dikalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.

4. Imam Mahdi adalah wali besar, bertaraf mujaddid, mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan para wali bahkan menjadi ketua mereka. Pernah berguru dengan Nabi Allah Khidir as. Menurut ahli sufi ‘la ya’rifal-wali illa al-wali’. Tidak akan mengetahui seorang wali, selain wali Tuhan yang lainnya (atau dalam kata lain hanya wali mengenal wali, tetapi wali itu tidak tahu dirinya wali). Justeru itu sosok Imam Mahdi sangat dikenali dan dicintai oleh para wali lainnya. Beliau juga diyakini dan diijtihadkan sebagai bakal Imam Mahdi al Muntazar jauh sebelum tempoh kezahirannya lagi . Imam Mahdi adalah pemimpin lahiriah dan rohaniah. Sebab itu beliau boleh berhubung secara rohani dengan orang-orang yang mempunyai peranan dalam proses kebangkitan Islam kali kedua walau dimana mereka berada. (Telerohani lebih canggih dari telefon).

5. Dalam sejarah kesufian, memang terdapat individu yang pernah terjebak dengan maksiat, diangkat oleh Allah menjadi wali kecil setelah taubat mereka diterima. Itulah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Namun kedudukan mereka bukanlah sebagai pemimpin kepada ummat Islam. Mereka hanya beribadah kepada Allah dan berdoa untuk kemaslahatan ummat. Pada diri mereka lebih menonjol ciri-ciri atau watak nabi dan bukan watak rasul (sebagai pemimpin). Mereka berperanan secara bersendirian ditengah kehidupan masyarakat Islam dan kadangkala orang tidak perasan kehadiran mereka. Doa mereka sangat makbul.

6. Musuh juga sangat mengenali ciri-ciri Imam Mahdi dan tidak pernah berhenti mengesannya di mana-mana. Mereka berdatangan ke Nusantara melalui perdagangan dan penjajahan, menjejaki ahlulbait yang merantau ke daerah sini dan membunuh mereka sekiranya berpeluang. Selaku Imam Mahdi, pastinya beliau dibekalkan dengan karamah yang paling ampuh kerana beliau akan berhadapan dengan musuh no 1 iaitu Dajjal dan konco-konconya (yang memiliki teknologi sihir dan sains yang tidak kurang hebatnya). Jadi adalah wajar pada suatu ketika pihak musuh berjaya mengesannya. Maka beliau mengambil langkah segera ‘menghilangkan diri’ secara membuat tipu helah atas tujuan keselamatan dan sebab-sebab strategi. Semuanya mengandungi hikmah yang tidak mampu difahami oleh orang awam biasa.Tugas dan kepimpinan beliau diserahkan kepada orang-orang kepercayaannya dan ahli jemaahnya terpaksa bertebaran selepas itu. Sehingga musuh pun tertipu dan yakin bahawa mereka sudah ‘tersalah orang’. (Beliau juga perlu ‘pergi’ untuk ‘seketika’ mempersiapkan diri selayaknya bagi memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih berat sebagai Khalifah Allah diakhir zaman dan akan berdepan pula secara langsung dengan Dajjal serta menyambut kedatangan Nabi Allah Isa as). Apabila gerakan musuh yang datang mencarinya mulai reda atau beralih ke tempat lain, maka usaha-usaha beliau dibangunkan semula oleh Pemuda Bani Tamim. Orang kanannya itu dapat membina semula jemaahnya yang dihancurkan oleh musuh dan mempersiapkan tapak untuk kebangkitan ummah Islam kali kedua dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau dari ‘balik tabir’ secara rohaniah (karamah). Musuh pada mulanya terlepas pandang kepada Pemuda Bani Tamim ini (yang dijaga, dikepung dan dikawal rapi oleh orang-orang kepercayaan Imam Mahdi). Tambahan pula musuh hanya memberi tumpuan kepada usaha mengesan Imam Mahdi. Ini memberi ruang kepada Islam untuk membina kekuatan semula hingga ke suatu tahap yang tidak boleh digugat lagi. Yang di sangkakan ular lidi, akhirnya bertukar menjadi naga.

7. Imam Mahdi dilantik oleh Allah dan Rasul , (bukan oleh orang yag membaiahnya secara paksa depan Kaabah ). Beliau menerima perlantikan dari Rasulullah SAW dalam perhimpunan para wali atau kerajaan ‘ghaib’. Beliau sudah lama berperanan malah turut serta mempertahankan orang mukmin yang berjihad fisabilillah dan yang menderita teraniaya oleh serangan musuh yang zalim . Orang awam tidak dapat mengenali beliau, walaupun sudah diwar-warkan mereka tidak percaya bahkan menentangnya (Mereka memusuhi beliau kerana jahil dan terpedaya dengan fitnah Dajjal). Sosok peribadi Imam Mahdi masih menjadi misteri kepada umat Islam, tetapi sebenarnya bukan lagi rahsia dikalangan para wali dan pejuang-pejuang kebenaran. Imam Mahdi tidak bersendirian. Mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain tanpa dapat dikesan oleh musuh . Apatah lagi saat kemunculannya sudah amat dekat. Mungkin anda pernah terserempak, mendapat berita atau bertemu dengan orang-orang beliau tetapi anda tidak menyedarinya . Mereka sedang membuat persiapan dibidang masing-masing dan berada di tempat yang tidak disangkakan. (Rahsia kalau habaq jadi habuk.) Di malam hari mereka menangisi dosa-dosa, ‘menghalusi’ lagi hubungan mereka dengan Allah SWT. Berselawat untuk Rasulullah SAW yang amat dirindui lagi dicintai. Merintih dan berdoa agar Islam mendapat kemenangan.

8. Kod–kod rahsia di dalam hadis-hadis akhir zaman terutama yang berkaitan dengan perjuangan Imam Mahdi hanya mampu diungkai dan ditafsirkan oleh Pemuda Bani Tamim kerana beliau dipimpin secara rohani oleh Nur Muhammad. Sebab itu Rasulullah SAW memerintahkan kita mencari Pemuda Bani Tamim untuk mendapatkan Imam Mahdi. Perjuangan beliau adalah meniti turutan hadis kerana beliau dapat memahami kod-kod rahsia tersebut. Orang Islam yang bersandar dengan kajian akal semata-mata tidak akan mampu mentafsirkan atau ‘melihat disebalik peristiwa’ yang sedang berlaku dihadapan mata. Banyak sumber maklumat dan bahan rujukan tidak lengkap, (termasuk sumber hadis) sama ada sudah dimusnahkan, disembunyikan atau dilemahkan. Hadis yang tersirat mempunyai maksud yang berlapis-lapis. Sebab itu musuh sering tertipu. Kekuatan IQ semata-mata tak mampu menghuraikan maksudnya yang sebenar melainkan dengan pimpinan Allah SWT dan oleh pengungkap hadis itu sendiri iaitu Nur Muhammad SAW serta mereka yang terpilih. Hati yang celik dan cerdik hanya dimiliki oleh orang-orang yang sanggup mujahadah melawan nafsu dan mengusahakan taqwa, dan semestinya mendapat pimpinan mursyid.

9. Pemuda Bani Tamim bukan tokoh sembarangan. Beliau bertaraf wali besar bahkan mujaddid dikurun ini. Beliau berani mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid (itu adalah sunnah, mujaddid lain sebelumnya juga melakukan hal yang sama). Supaya umat Islam dan bukan Islam boleh menerima seruan Islam dan mengikutinya. Pemuda Bani Tamim berdepan dengan penentangan kaumnya dan juga serangan musuh yang tidak berkesudahan. Jemaah kebenaran pimpinan beliau tidak dapat dimusnahkan, malah kali ini terus membesar dan berkembang seantero dunia. Dakwah beliau terangan-terangan kerana seruan Islam mesti disampaikan menggunakan seluruh jentera teknologi dan saluran komunikasi yang ada , melalui ekonomi, penerbitan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya dalam berbagai-bagai bahasa. Pendekatan beliau adalah kasih-sayang, sangat dinamik dan relevan dengan perubahan zaman. Peranannya lebih terserlah, lebih mudah dikenalpasti dan menjangkau hampir ke seluruh lapisan masyarakat. Beliau tidak hanya bercakap Islam tetapi membuktikannya dengan membina model cara hidup masyarakat Islam yang indah dan syumul melalui jemaah pimpinannya.

10. Pemuda Bani Tamim sangat mencintai Imam Mahdi dan berjuang menyediakan tapak untuk pemerintahannya. Beliau juga berusaha mempromosikan Imam Mahdi versi ahlussunnah wal jamaah, sewaktu umat Islam sudah hampir putus harapan dengan kedatangannya atau terpengaruh dengan Imam Mahdi versi syiah dan seumpamanya. Sesiapa yang ingin bersama Imam Mahdi mestilah mendapatkan restu dari beliau terlebih dahulu (yakni membai’ahnya) termasuk sekutu-sekutu Imam Mahdi yang lain. Hanya Pemuda Bani Tamim sekutu Imam Mahdi yang bergerak atau berjuang secara terang-terangan, manakala sekutu yang lain tidak nampak ketara atau bergerak secara rahsia. Beliau akan berusaha memperkenalkan Imam Mahdi sebelum pengisytiharan di Kaabah supaya ummat Islam tidak terkeliru dengan Dajjal dan Imam Mahdi palsu yang lainnya. Dalam hal ini mereka yang direzekikan Allah sahaja yang mampu melihat, memahami, meyakini, menyahut seruan beliau dan kekal mengikuti beliau kerana sihir dan tipudaya musuh sangat mengelirukan . Tugasan beliau yang paling besar ialah tertegaknya sebuah Daulah Islamiyah, Madinah ‘kedua’ diakhir zaman. Akan sampai suatu ketika nanti, semua orang akan mengakui dan menerima kepimpinan beliau sebelum diserahkan kepada Khalifah Al Mahdi. Manakala yang masih degil, sombong dan menolak kepimpinannya adalah menjadi musuh kepada Imam Mahdi.

11. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim berjuang bergandingan, menggunakan kaedah dan strategi baru, yang belum pernah ada dalam lipatan sejarah perjuangan Islam, sepanjang zaman. Sehinggakan musuh yang paling pakar pun tak dapat menebaknya. Mereka mendapat bantuan dari Allah SWT dan boleh mematahkan semua serangan, tipudaya dan strategi Yahudi- Jesuit dengan cara tersendiri yang kita pun tak terfikirkan. Natijahnya Islam semakin kuat dan bertambah gagah dari hari ke hari menuju kemenangan. Islam berkembang pesat menongkah arus jahiliyah moden ciptaan Yahudi-Jesuit. Musuh akan beransur menjadi lemah dan semakin lemah disebabkan usaha taqwa mereka yang berterusan.

12. Sudah terang lagi bersuluh. Hanya orang yang mempunyai kesedaran dan azam yang kuat untuk berjuang bersama Imam Mahdi akan terus mengkaji, menambah ilmu dan mencari pemimpin yang dijanjikan Allah SWT itu dengan hati ikhlas, berlapang dada dan fikiran terbuka. Jiwa mesti kuat untuk keluar dari momokan-momokan tajaan Yahudi seperti takut hantu, takut sesat, takut rugi, takut sial, takut bos, takut periuk nasi terancam, takut untuk keluar dari zon selesa, takut yang bermacam-macam hingga diri terhalang dan hilang keberanian untuk mencari dan mengakui kebenaran. Dan yang paling utama ,yakinlah bahawa kebenaran itu datang dari Tuhan, maka akan jatuh ke hati. Ia bukan setakat berlegar-legar di akal fikiran tanpa sebarang tindakan susulan. Kita hamba yang sangat lemah. Nasib kita belum tahu. Berdoalah bersungguh-sungguh agar diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah SWT. Ikutilah saranan baginda Rasul 1400 tahun yang silam “hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim itu kerana padanya ada alMahdi”.

Ampun maaf salah dan silap. Wallahua’lam. - NURROHI









[size=14.9499998092651px]Terima kasih atas sumbangan ikhlas saudara (Nurrohi), semoga ia dapat membantu pembaca memahami rahsia ini dengan lebih baik. Kepada pembaca budiman saya menyeru.... Berusahalah dan jadilah sebahagian dari jemaah alMahdi, cahaya gemilang Islam akan menyusul setelah kita semua bercerai berai, hanyut dan tenggelam dalam perangkap Zion (Yahudi) dan Jesuit (Nasara) - jentera Dajjal Laknatullah.


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 10:17 PM | Show all posts
gud info...kipidap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.097918 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list