CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7467|Reply: 15

SIAPA ASIF DALAM KERAJAAN NABI SULAIMAN AS

[Copy link]
Post time 20-5-2013 12:44 PM | Show all posts |Read mode
SIAPA ASIF DALAM KERAJAAN NABI SULAIMAN ASlabel BIOGRAFI ISLAM, SIRAH NABI-NABIE-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook




Istana Saba' dari kejauhan




Asif bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau sepupunya. Bertugas sebagai penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman ASW sekaligus menteri. Juga sebagai kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi Sulaiman ASW.

Seorang yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.




Beliaulah yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:

قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)


Ertinya: Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” ۝ berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. ۝ berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ۝ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang demikian”.۝

Mula-mula jin ifrit yang menawar diri tapi masih lambat kerana Asif menawar diri dengan kerlipan mata Nabi Sulaiman saja sudah sampai Istana Balqis. Ini menunjukkan bila mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim, soleh dan berilmu maka ia akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir yang menjelaskan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah Asif bin Barkhiya.





Tentang apakah doanya itu, kata Mujahid r.h:

يا ذا الجلال والإكرام.

Manakala Zuhri r.h berkata:

يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ، إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.

Dari kisah ini juga dapat kita ambil pelajaran bahawa kadang-kadang dalam berdakwah memerlukan ‘izzah’ bukan mesti ‘undur-bersedia’, bukan semestinya ‘pantang mak datuk’. Dengan ‘izzah’ tertunduknya sebuah kerajaan kafir kepada kerajaan Islam Nabi Sulaiman ASW.







Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل) yang memerintah Yaman pada kurun ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini menyembah matahari, melalui risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu burung hud-hud baginda Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan. Sekarang masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan jin dari zaman Balqis menetap disana. WaLlahua’lam.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 09:35 AM | Show all posts
nice info, tq
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm kisah nabi sulaiman, yg paling menarik minat aku ialah bagaimana dia bypass keputusan yg telah di hakimkan oleh bapanya sendiri iaitu nabi daud yg merupakan raja dan rasul pd zaman tersebut..



Last edited by system_failure on 7-9-2013 05:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 02:48 PM | Show all posts
system_failure posted on 7-9-2013 05:20 AM
Dlm kisah nabi sulaiman, yg paling menarik minat aku ialah bagaimana dia bypass keputusan yg telah d ...

kisah yang mcmana tu?cite la sket

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 03:39 PM | Show all posts
system_failure posted on 7-9-2013 05:20 AM
Dlm kisah nabi sulaiman, yg paling menarik minat aku ialah bagaimana dia bypass keputusan yg telah d ...

ce citer
aku pun nak tau gak

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Josh_Agroban posted on 27-9-2013 02:48 PM
kisah yang mcmana tu?cite la sket

CARI la sundrik bang..
Rasul cuma ade 25 je.. dan kite wajib mengetahui dan mengenal kesemua mereka.. tak susah mana pon.. Semakin syok nak tahu ade laa.. :-)
Kalau nama artis seksi konpem sume ko kenal kan.. hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2013 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 27-9-2013 03:39 PM
ce citer
aku pun nak tau gak

Hang nie pompuan ke jantan..
Lawa ke tak.. Kalau lawa aku sudi nk bgtau.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nabi Daud a.s, seorg nabi, seorg rasul, seorg raja, salah seorg dari 4 rasul penerima kalam Allah, ketua bg beberapa kerajaan, seorg hakim yg bijaksana, antara nabi yg terkaya, antara yg terhensem, dan byk lg laa..

Nabi Sulaiman a.s, anak kpd nabi daud, seorg nabi, diangkat sbg rasul selepas bapanya, seorg raja, ketua bg segala raja dan kerajaan di laut tanah dan bumi, seorg arkitek yg genius, hakim yg sgt adil, nabi yg terkaya,  sgt kacak sehinga ratu balqis jatuh cintan pd first met, dan byk lg ...



Peristiwa dimana nabi sulaiman mengadili semula keputusan yg telah diputuskan oleh bapanya, sbnrnya ada hint utk umat islam pd hari ini.


Adakah nabi daud salah? NO
Adakah nabi sulaiman bersalah? NO
Jawapanye, kedua2 mereka adalah BENAR..

Knpa tiada lg nabi dlm sela masa yg panjang sehinga kiamat?
Knpa muncul byk mazhab?
Knpa zaman nabi tiada mazhab?

Krna jika wujud sebarang permasalahan, mereka akan terus merujuk nabi utk menyelesaikanye..
Now, byk new things found and need para ulamak utk mengeluarkan fatwa..
Ingat.. Ulama tau.. Bukan ularmak pis..

Khulafa alrashidin yg 4 juga membuat pertimbangan yg berlainan..
Ketiga2 insan yg bernama Muhammad yg tugasnya sbg pembarahuan dlm agama akan diturunkan selang masa 700++ each of them. Sementelah menungu Mahadi, pernahkah kita menghargai jasa pembaharuan oleh Fateh dan Syafie?

Nabi sendiri pernah mengatakan perbezaan pendapat itu sbnrnya adalah rahmat..
Tp jgn terkeliru,
Syiah, khawarij, wahabi semua tu bukan rahmat. Mereka sume terjerumus dlm kesesatan mengikut kekananan..
Sbg ahli sunah, jgn la kita ikut sama ketiga2 puak yg brpecah ni..



P/s: knpa aku dah out of topic.. huhu ;-)






Last edited by system_failure on 29-9-2013 05:12 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 12:34 PM | Show all posts
fokus fokus.....citer la lagi...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 04:14 PM | Show all posts
la, dah habis? citer la lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 04:37 PM | Show all posts
system_failure posted on 29-9-2013 03:34 PM
Nabi Daud a.s, seorg nabi, seorg rasul, seorg raja, salah seorg dari 4 rasul penerima kalam Allah, k ...

yang ni ke?

Seperti biasanya, Daud duduk dan memberikan keputusan hukum kepada manusia dan menyelesaikan persoalan mereka. Seorang lelaki pemilik kebun datang kepadanya disertai dengan lelaki yang lain. Pemilik kebun itu berkata kepadanya: "Tuanku wahai Nabi, sesungguhnya kambing laki-laki ini masuk ke kebunku dan memakan semua anggur yang ada di dalamnya. Aku datang kepadamu agar engkau menjadi hakim bagi kami. Dan aku menuntut ganti rugi."

Daud berkata kepada pemilik kambing: "Apakah benar bahawa kambingmu memakan kebun lelaki ini?" Pemilik kambing itu berkata: "Benar wahai tuanku." Daud berkata: "Aku telah memutuskan untuk memberikan kambingmu sebagai ganti dari apa yang telah dirosaki oleh kambingmu." Sulaiman berkata: "Allah telah memberinya hikmah di samping ilmu yang diwarisi dari ayahnya -  aku memiliki hukum yang lain, wahai ayahku." Daud berkata: "Katakanlah wahai Sulaiman." Sulaiman berkata: "Aku memutuskan agar pemilik kambing mengambil kebun laki-laki ini yang buahnya telah dimakan oleh kambingnya. Lalu hendaklah ia memperbaikinya dan menanam di situ sehingga tumbuhlah pohon-pohon anggur yang baru. Dan aku memutuskan agar pemilik kebun itu mengambil kambingnya sehingga ia dapat mengambil manfaat dari bulunya dan susunya serta makan darinya. Jika pohon anggur telah besar dan kebun tidak rosak atau kembali seperti semula, maka pemilik kebun itu dapat mengambil kembali kebunnya dan begitu juga pemilik kambing pun dapat mengambil kambingnya." Daud berkata: "Ini adalah keputusan yang hebat wahai Sulaiman. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memberimu hikmah ini. Engkau adalah Sulaiman yang benar-benar bijaksana." Nabi Daud - meskipun kedekatannya kepada Allah s.w.t dan kecintaannya kepada-Nya - selalu belajar kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah mengajarinya agar ia tidak memutuskan suatu perkara kecuali setelah ia mendengar perkataan kedua belah pihak yang bertikai.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jaa139 posted on 30-9-2013 04:37 PM
yang ni ke?

Seperti biasanya, Daud duduk dan memberikan keputusan hukum kepada manusia dan men ...

betui betui betui..
Nah amik nie 10 tacang.. :-P
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 07:56 PM | Show all posts
visionary people
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:27 AM | Show all posts
nice info...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 08:35 AM | Show all posts
system_failure posted on 30-9-2013 05:04 PM
betui betui betui..
Nah amik nie 10 tacang.. :-P

kisah ni menunjukkan kepimpinan Nabi sulaiman sejak muda lagi kan..? tq bagi tacang
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:32 AM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.355903 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list