CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13830|Reply: 108

[Jenayah] 66,000 diberi kerakyatan di Sabah, 11 kali ganda S'wak

[Copy link]
Post time 20-5-2013 01:34 PM | Show all posts |Read mode
66,000 diberi kerakyatan di Sabah, 11 kali ganda S'wak
1:09PM Mei 20 2013

Daripada 1963 hingga 2012, jumlah kerakyatan yang diberikan kepada warganegara asing di Sabah sebelas kali ganda lebih tinggi daripada negeri jirannya Sarawak, suruhanjaya diraja siasatan berkaitan diberitahu.

Saksi ke-63 Abu Bakar Mat yang juga pengarah Jabatan Pendaftaran Sarawak berkata, dalam tempoh itu, seramai 5373 orang diberikan kerakyatan di Sarawak.

"Di Sabah, jumlahnya 66,000 dalam tempoh yang sama," kata pegawai pengendali Manoj Kurup semasa prosiding di Mahkamah Tingggi Kota Kinabalu hari ini.

Ditanya kenapa jumlahnya kau berbeza, Abu Bakar berkata, secara peribadinya, beliau merasakan Sarawak berbeza dengan Sabah daripada aspek lokasi dan secara politik.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2013 01:34 PM | Show all posts
@Simunggu ko dapat IC tahun bila?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:59 PM | Show all posts
sabah tu penuh org2 suluk rasanya..tunggu masa je nak dpt kat pengganas suluk
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:20 PM | Show all posts
semlm my masseuse ( Indon) cerita dgn bangganya, baru 1 tahun lebih apply PR dah dapat

damage? rm 2000 utk kawan datuk yg kenal orang dlm, 250 utk orang dlm yg kenal orang dlm department, 250 utk orang dlm yg boleh 'usik' and apungkan application tu kat Putrajaya


Hidup meLAYU slogan yg akan dia laungkan dlm sikit lagi masa

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:26 PM | Show all posts
MalaysiaDon
MalaysiaBangla
MalaysiaVietnam
MalaysiaMyan
MalaysiaNepal...

Lagi 5 tahun...5 bangsa malaysia baru akan tumbuh ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 02:26 PM | Show all posts
kita tunggu komen @Simunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2013 02:32 PM | Show all posts
atira posted on 20-5-2013 02:26 PM
kita tunggu komen @Simunggu

asalkan boleh berbahasa melayu (asal ada bunyi je) & beragama Islam tak salah katanya walaupun terorist mcm org Sulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 02:35 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 20-5-2013 02:32 PM
asalkan boleh berbahasa melayu (asal ada bunyi je) & beragama Islam tak salah katanya walaupun ter ...

wpon datang bawak senapang nak merampas kuasa...
okay je uols... asalkan muslim katanye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 02:36 PM | Show all posts
adeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,apa nak jadi ngan malaysia ku tercinta nehh.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:41 PM | Show all posts
66K ni kalau dibawak semua ke Parlimen Seputeh habis bungkus DAP..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:41 PM | Show all posts
OsHiN_hOnEy posted on 20-5-2013 02:20 PM
semlm my masseuse ( Indon) cerita dgn bangganya, baru 1 tahun lebih apply PR dah dapat

damage? rm ...

itu hari saya ada baca posting ummah umno CI yang mana entah....dalma thread pengundi hantu....katanya rakannya dari australia?ke dari mana entah apply kerakyatan dengan kerajaan malaysia udah 5 tahun ga diluluskan....katanya dia lagi...takkanlah semudah itu JPN mahu luluskan IC indon bangla viet sulu paki rohingya etc...saya cakap dalam hati....bodohnya posting macai lembu PPRT ini udah rakan kamu apply dengan cara formal dimana kamu ga punyai apa2 kepentingan terhadap parti politik yang mana parti politik ini mewakili kerajaan ...sudah tentulah mereka ga luluskan dan sukar meluluskan....banyak prosedur dan banyak perkara mereka perlu ambil kira cuba rakan kamu pergi ke saluran bawah tanah yang betul...ga perlu tunggu 5 tahun....5 jam pun boleh lulus....dia igt negara kita ini...kerajaan yang memerintah ga punyai komplot...ga pernah mengejahatin rakyat....ga lahap rasuah....ga bunuh orang etc...dasar mangkuk tingkat punya ummah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:42 PM | Show all posts
Anden posted on 20-5-2013 02:26 PM
MalaysiaDon
MalaysiaBangla
MalaysiaVietnam

India dan Pakistan lagi..

harus gigih heols semua kumpul duit Rm2500 nak buat ic/PR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 02:55 PM | Show all posts
versi panjang sikit

RCI: Sabah keluarkan IC 12 kali lebih banyak dari Sarawak sejak 1963
TERKINI @ 02:51:49 PM 20-05-2013

OLEH BOO SU-LYN
MAY 20, 2013


Sebanyak 5,373 pendatang di Sarawak telah dikeluarkan IC biru sejak 1963 ke 2012, kata Abu Bakar. — Gambar fail
KOTA KINABALU, 20 Mei — Kira-kira 66,000 pendatang haram di Sabah diberi kad pengenalan (IC) biru sejak 1963, jumlah yang besar 12 kali ganda lebih banyak dari Sarawak, dedah saksi Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) hari ini.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat memberi keterangan hari ini seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.

“Di Sabah, ia sebanyak 66,000. Perbezaan sangat ketara,” kata pengawai penyelaras Manoj Kurup semasa memberi jawapan balas.

“Kedudukan di Sarawak berbeza dari Sabah... geografi adalah punca kebanjiran pendatang. Ini tidak berlaku di Sarawak,” kata Abu Bakar.

Beribu-ribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Jolo di selatan.

Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina.

Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut  telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini.

Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

RCI lima orang panel yang berlangsung dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, ia bakal bersambung semula lewat petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:00 PM | Show all posts
66k saja????
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:06 PM | Show all posts
C.K posted on 20-5-2013 02:41 PM
itu hari saya ada baca posting ummah umno CI yang mana entah....dalma thread pengundi hantu....kat ...

muahahah! you're right!

kalau ikut jalur yg tiada rasuah mmg memakan jangka masa yg amatt panjang - orang yg berkahwin dgn bumiputra pun kena apply long term visit pass - renewable every year, lepas 5 tahun baru boleh cecuba nasib utk dapat PR, dah dapat PR lagi 5-10tahun baru jadi warga negara mulaysia yg layak mengundi

paling best orang Indon tu laki dia pun PR juga, entah siapa yg jadi guarantor dia pun tak tahu, dia kerja MLM Elken jer, takda monthly slip gaji, 2 bulan lepas dia baru dapat loan utk Latio
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:14 PM | Show all posts
kenapa dorang keluarkan IC ? .. adakah sebab politik semata2 atau apa...
sebelum  ada projek IC nih penduduk Sabah nih berasal dari mana?  ... atau pendatang lagi ramai daripada penduduk ....
bagi aii ... kita kena lihat situasi d sabah ketika itu laa ....

apakah pemberian IC ini tidak memberi kebaikkan langsung kepada Sabah pada ketika itu ?    ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 03:17 PM | Show all posts
1/5 penduduk kampung mak saya sekarang adalah benih2 pekerja balak dari Indon..
fix deposit BN hokay, siap maki2 orang asal
tak sedar diri...some of their parents came in my life time
kemudian sesumpah dgn ketua kampung
kemudian dpt lah IC
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:22 PM | Show all posts
atira posted on 20-5-2013 02:35 PM
wpon datang bawak senapang nak merampas kuasa...
okay je uols... asalkan muslim katanye

kalau bunuh muslim sabah pun ok katanyaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:24 PM | Show all posts
alahai sabah ni umpama menang sorak kampung tergadai...tak pa yang penting islam agamanya katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:26 PM | Show all posts
ahahaha..apply saja di sabah tapi diorang nie akan berada di mana2 tempat di malaysia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.150099 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list