CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15148|Reply: 36

bidasari sejauh mana kebenarannya

[Copy link]
Post time 20-5-2013 03:53 PM | Show all posts |Read mode
tiba-tiba aku ternampak twit dari seorang rakan penulis berkaitan bidasari. twitnya berbunyi bergini

FaizalSulaiman ‏@faizalsulaiman16h

Antara cerita Snow White dan Bidasari, ia mempunyai persamaan. Tapi antara 2 tu mana yg lebih dulu diceritakan?



FaizalSulaiman ‏@faizalsulaiman16h

Syair Bidasari adlh syair melayu lama yg disalin dr tulisan jawi sekitar1750M. Adik beradik Grims kumpul naskhah SnowWhite sekitar 1812M



FaizalSulaiman ‏@faizalsulaiman16h

Byk naskhah melayu lama dibawa lari ke Eropah & suprisingly Syair Bidasari diterjemah ke bahasa Belanda & prosa popular Perancis.



sumber dari wikipedia mengenai syair bidasari

Syair BidasariDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Syair Tengku Perbu merupakan sebuah syair Melayu kesusteraan klasik. Salah satu salinan manuskrip terdapat di Perancis, dengan rujukan Mal.-Pol. 96, Bibliothèque nationale, Paris.
Syair Tengku Perbu didapati sebagai manuskrip di Melaka dan ditulis pada 1835
Syair Tengku Perbu mempunyai 3,614 perkataan, termasuk 1,835 rangkap.
Terbitan semula [sunting]
Syair Tengku Perbu telah diterbitkan semula oleh Muhammad Haji Salleh (ed.), sebagai Syair tentangan Singapura abad kesembilan belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.


[size=14.44444465637207px]aku juga ada mendapat info melalui wikipedia tentang filem bidasari



Filem BidasariDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Bidasari
PengarahDato' Haji Jamil Sulong
PengarangLakon layar:
LakonanSarimah, Jins Shamsudin
Mula ditayang1964
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Filem Bidasari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1964. Filem Bidasari diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Bidasari mula ditayangkan pada 1964 di pawagam seluruh negara. MenampilkanSarimah, Jins Shamsudin dan ramai lagi.
Isi kandungan  [sorokkan]

Pengarah [sunting]
Filem Bidasari diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1964.
Ringkasan [sunting]
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.

Filem Bidasari adalah filem romantik hitam putih yang dihasilkan pada 1965. Ia turut dilakonkan Jins Shamsuddin dan Sarimah. Filem ini diingati kerana mempunyai dialog yang berirama sepenuhnya seperti puisi berirama. Cerita ini berasaskan puisi Melayu Bidasari.
Plot [sunting]
Ketika seorang saudagar, anak mudanya dan pembantunya yang bisu berjalan di hutan, mereka berjumpa dengan sampan yang hanyut yang membawa bayi perempuan dan mangkuk berisi ikan emas. Saudagar tersebut menyedari bahawa ia adalah bayi yang luarbiasa kerana ikatan nyawanya dengan ikan emas tersebut, apabila ikan tersebut dikeluarkan dari air, dia akan mati. Saudagar itu membelanya dan menggelarkan bayi tersebut sebagai Bidasari. Beberapa tahun kemudian Bidasari membesar sebagai seorang wanita cantik sementara saudagar tersebut menjadi kaya-raya.
Di istana kerajaan tersebut, Raja baru sahaja mengahwini seorang wanita yang cantik. Permaisuri baru ini adalah seorang yang bongkak yang mengamalkan ilmu sihir. Tersorok di dalam kamarnya terdapat cermin ajaib yang dapat menunjukkan apa sahaja yang ingin dilihatnya. Dia menggunakannya bagi menanyakan siapakah wanita tercantik dikerajaan itu. Pada suatu hari apabila dia bertanyakan soalan tersebut, gambaran Bidasari muncul. Dia amat meradang dan mencari Bidasari.
Pencariannya membawanya ke rumah saudagar tersebut. Dengan berpura-pura berbuat baik, permaisuri memujuk saudagar agar membenarkan Bidasari di bawa ke Istana sebagai teman. Sungguhpun saudagar tersebut berat hati untuk berpisah dengan anak kesayangannya, dia membenarkannya pergi. Apabila Bidasari tiba di istana, dia dihantar ke dapur sebagai pelayan, di mana dia dibiarkan berlapar dan diberikan kerja paling kotor.
Apabila permaisuri berpuas hati bahawa Bidasari cukup kotor, dia sekali lagi bertanyakan cermin ajaib siapa yang tercantik. Apabila wajah Bidasari muncul sekali lagi, permaisuri amat marah dan cuba membakar muka Bidasari dengan kayu api tetapi gagal. Bidasari menyedari niat jahat permaisuri mendedahkan bahawa nyawanya terikat dengan ikan dalam kolam ayahnya.


[size=14.44444465637207px]dan ada juga blog yang memaparkan baitan syair bidasari

Petikan daripada Syair Bidasari

Tersebutlah perkataan Bidasari,
Setelah malam sudahlah hari, (Lagu Selendang Delima)
Bangunlah ia seorang diri,
Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan,
Serta memakai bau-bauan, (Lagu Rakis)
Lalu masuk ke dalam peraduan,
Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan,
Diambil Siti dicampakkan,
Dengan takutnya ia berfikirkan, (Lagu Rakis)
Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya,
Nescaya aku dicabulinya,
Jika ayahku datang adalah tandanya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,
Tilam sedikit tersingkir alasnya,
Sirih di puan salah aturannya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bidasari masygul dengan takutnya.

Ia pun duduk di atas geta,
Sangatlah gundah rasanya cita,
Seraya bertaburan air mata, (Lagu Selendang Delima)
Manakah tempat ia hendak dikata

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

credit : http://mylovelydaybook.blogspot.com/2010/05/bengkel-komsas-syair.html



persoalannya disini.. siapakah bidasari? adakah benar syair yang ditulis itu merupakan kisah kewujudan bidasari? atau hanya dongegan cerita si pensyair semata?
anda pernah dengar kisah bidasari ni???






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 11:13 AM | Show all posts
ni tesis master ke..tesis Phd nih...?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 11:41 AM | Show all posts
pasuoren posted on 21-5-2013 11:13 AM
ni tesis master ke..tesis Phd nih...?...

hahahaha... tak la pasu.. lama tak tegur pasu..

first skali hest ternampak twet member hest tu.. pastu hest kata.. kenapa selama ni hest tk pernah tahu pasal bidasari.. dia suruh google. bila cari.. itu saje yg hest dapt.. kot la kan, kawan2 dalam bod ni ada yang tahu pasal bidasari
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:51 AM | Show all posts
hest posted on 21-5-2013 11:41 AM
hahahaha... tak la pasu.. lama tak tegur pasu..

first skali hest ternampak twet member hest tu. ...

pasu penah tengok cerita bidasari ni sejak kecik..
sekarang ni pun, ada jugak tayang kat astro haritu..

cerita ni memang best..pasal sarimah berkongsi nyawa ngan ikan..

tapi, bab mak tiri dok tanya cermin ajaib sapa yang paling cantik tu, memang sama ngan snow white..

tapi, tak penah pulak terlintas kat benak patik untuk membandingkan bidasari dulukah...atau snow white dulukah...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 12:47 PM | Show all posts
pasuoren posted on 21-5-2013 11:51 AM
pasu penah tengok cerita bidasari ni sejak kecik..
sekarang ni pun, ada jugak tayang kat astro ha ...

isu tu timbul.. sebab naskah syair bidasari dah di bawak ke eropah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 01:22 PM | Show all posts
tak tau la mitos/lagenda yg ada kat tanah melayu ni betul2 lagenda ataupun imaginasi nenek moyang kita terlalu tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2013 01:34 PM | Show all posts
x pnah dgr plak....kikikiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 01:38 PM | Show all posts
nicuya posted on 21-5-2013 01:34 PM
x pnah dgr plak....kikikiki

tulah.. aku pun tak pernah dengar sebenarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2013 01:38 PM | Show all posts
bungakelabu posted on 21-5-2013 01:22 PM
tak tau la mitos/lagenda yg ada kat tanah melayu ni betul2 lagenda ataupun imaginasi nenek moyang ki ...

bunga kelabu pernah dengar kisah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 02:00 PM | Show all posts
hest posted on 21-5-2013 01:38 PM
bunga kelabu pernah dengar kisah ni?

pernah rasanya terbaca kat mana2. lupa dah. tapi tu la... sy pun tak tau kebenarannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 02:17 PM | Show all posts
bungakelabu posted on 21-5-2013 02:00 PM
pernah rasanya terbaca kat mana2. lupa dah. tapi tu la... sy pun tak tau kebenarannya.

ni aku tgh tgk cerita dia kat utube
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 02:29 PM | Show all posts
hest posted on 21-5-2013 02:17 PM
ni aku tgh tgk cerita dia kat utube

ooo cerita dia pernah la tgk.. ikan.. sampan... raja... anak angkat.. kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 02:32 PM | Show all posts
bungakelabu posted on 21-5-2013 02:29 PM
ooo cerita dia pernah la tgk.. ikan.. sampan... raja... anak angkat.. kan?

ha'ah betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 04:10 AM | Show all posts
snow white makan belacan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2013 10:04 AM | Show all posts
perang_saudara posted on 23-5-2013 04:10 AM
snow white makan belacan ke?

hahahaha.. ha'ah

hest dah tgk abes cerita tu.. memang maca snowwhite tapi dongeng melayu tetap ada dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 07:06 PM | Show all posts
biarlah dia penah wujud ke tidak,yg penting filem bidasari tu best jgk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 09:14 PM | Show all posts
Tak boleh dikatakan dongeng, sebab ada faktanya juga kerana Syair Bidasari itu berdasarkan sebuah "hikayat Kembayat Negara" (Champa) yang mana kerajaan itu telah pun wujud pada abad ke-14 M.

Cuba bandingkan Snow White yang hanya dikumpul oleh Adik-Beradik Grims pada 1812 M, padahal Syair Bidasari jauh lebih awal wujud iaitu, dalam bentuk syair panjang wujud salinan manuskrip/kitab Syair Bidasari dipercayai pada 1750 M (Liaw), kitab terbitan awal (original) Syair Bidasari tidak diketahui.

Manakala sumber penulisan Syair Bidasari itu sendiri berdasarkan hikayat di kerajaan Kembayat Negara (Champa) pada abad ke-14 M (jauh lebih awal daripada Snow White, 1812 M).

Saya percaya Snow White yang wujud di Eropah adalah kerana pengaruh hikayat-hikayat dari Alam Melayu yang telah dibawa ke sana oleh mereka sendiri. Buktinya pada abad ke-18 & ke-19 banyak hikayat & syair Melayu dibawa ke Eropah termasuklah "pantun" . Pantun diperkenalkan di Eropah oleh orang Eropah yang pernah datang ke Alam Melayu. Nama orang yang memperkenalkan pantun ke Eropah ialah Victor Hugo (1802 - 1885 M), seorang pemuisi dan novelis Perancis (French). Di sana ia terkenal dengan sebutan Perancis iaitu "Pantoum". Kemudian ramai orang Eropah menulis "pantoum" sebagai satu puisi baru yang diimport dari budaya Melayu. Pengaruhnya turut menular ke Amerika Syarikat.

--> Kalau tak salah saya lebih tepat jika disebut banyak kitab2 sejarah/hikayat, syair, dan pantun Melayu telah dibawa seawal zaman penaklukan Portugis di Melaka, kira2 abad ke-16 M. Sebab saya pernah terbaca orang Portugis pernah merampas kitab2 Melayu.
Last edited by Sailendra on 15-7-2013 12:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:32 PM | Show all posts
Cuma saya nak betulkan sikit rujukan di atas yang diambil dari Wikipedia Bahasa Melayu.

Rujukan tersebut yang dipetik daripada Wikipedia berlaku ralat, sebab ia merujuk "Syair Tengku Perbu", bukannya "Syair Bidasari".

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:34 PM | Show all posts
ms kecik2 dlu pnh tau cite nie.... bidasari rupenyee
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 05:55 AM | Show all posts
wah..thanks sbb share this valuable info!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072668 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list