CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

Raja-Raja Melayu adalah Keturunan Nabi Muhamad saw

  [Copy link]
Post time 22-6-2013 04:48 PM | Show all posts
kakiputaralam posted on 22-6-2013 04:42 PM
Melayu tak hina..yang hina ialah  jowo dan pendatang2 indon yang sewaktu dengannya

melayu memang hebat...! Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca di zaman Kesultanan Melayu Melaka..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2013 05:08 PM | Show all posts
mk-sabio posted on 13-6-2013 03:23 AM
keturunan nabi ka, keturunan malaikat ka..kalo perangai cam haram buat apa.

nak sambung sikit boleh... buat apa jadi makhluk bernama manusia kalau perangai cam haram..hehe..baik jadi binatang...tapi tu lah kot mana-kot mana pun Allah meletakkan makhluk bernama manusia kedudukan dan darjat yang lebih tinggi dari makhluk bernama binatang. sebab apa ? kerana Allah bagi akal pd manusia yg tak ada pada binatang.. Kepada binatang pula yg berperangai buruk tidak pula mereka terikat dg hukuman dosa dan pahala dan terselamat mereka dr api neraka disebabkan tiadanya kurniaan aqal itu.
Kerendahan darjat binatang berbanding manusia tu hanyalah ketetapan yg Allah ciptakan untuk mewarnai kehidupan muka bumi ini mengikut apa yg Dia sukai dan kehendaki. Adapun semua makhluk Dia ciptakan dengan kasih-sayangNya tanpa mengira makhluk itu pokok, binatang atau manusia..semuanya Dia kasihi dan cintai... begitulah ANALOGI nya.. bagi perbezaan2 yg wujud di alam fana ini..   

Last edited by atsu on 23-6-2013 12:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 06:40 PM | Show all posts
Hebatnya atsu berhujah

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 10:10 PM | Show all posts
atsu posted on 22-6-2013 04:18 PM
thank you for the knowledge sharing. very informative..

Sekarang ni memang duk research pasal Kesultanan Kelantan dan Johor tu yg sibuk gak upload kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 12:50 AM | Show all posts
kakiputaralam posted on 22-6-2013 06:40 PM
Hebatnya atsu berhujah

Tak ada hebatlah kaki... saya sekadar berkongsi rasa dan pemerhatian terhadap pelbagai keindahan dan keunikan penciptaan oleh Sang Pencipta

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 01:00 AM | Show all posts
kecik82 posted on 22-6-2013 10:10 PM
Sekarang ni memang duk research pasal Kesultanan Kelantan dan Johor tu yg sibuk gak upload kat sin ...

kechik82 pun salah seorang drp ahli penyelidik ttg ni ke...? interesting.. kalau di Malaysia rasanya ok lagi tapi kalau di Indonesia tahap ketaksuban terhadap ahlibait ni lagi dahsyat. kalau di sana memang dah almaklum ramai org mengaku2 ahlubait (ahlubait palsu) semata-mata utk mendapat penghormatan dalam masyarakat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2013 09:44 AM | Show all posts
atsu posted on 23-6-2013 01:00 AM
kechik82 pun salah seorang drp ahli penyelidik ttg ni ke...? interesting.. kalau di Malaysia rasan ...

... Gurindam Hikmat Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

# Tak kisah kalau ada orang nak kata aku 'ultra melayu' pun.. Petikan Gurindam ni aku ambil dari blog .. Al- Semantani banyak artikelnya yg membuka minda untuk terus mengkaji sejarah melayu dan kesultanannya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 10:49 AM | Show all posts
hjrayle posted on 17-6-2013 03:10 PM
Raja melayu bukan kah dari keturunan raja suran...Bukit seguntang

Raja Melayu yang asal Demang Lebar Daun....tapi turun pangkat bila Raja dari India datang..sebab lagi berdaulat (hensem) katenye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2013 10:50 AM | Show all posts
atsu posted on 23-6-2013 01:00 AM
kechik82 pun salah seorang drp ahli penyelidik ttg ni ke...? interesting.. kalau di Malaysia rasan ...

ada sampai tahap minum air kaki tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 10:54 AM | Show all posts
atsu posted on 22-6-2013 05:08 PM
nak sambung sikit boleh... buat apa jadi makhluk bernama manusia kalau perangai cam haram..hehe..b ...

Ada orang cakap banyak nabi2 turun di kalangan Yahudi sebab orang Yahudi ni jahat...

Tapi nabi akhir zaman dilantik di kalangan Arab sebab orang Arab baik2 dan sopan katanya........keturunan Nabi Muhammad tak da yang jahat kah sedangkan anak Nabi Nuh AS ada yang jahat
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 11:12 AM | Show all posts
atsu posted on 22-6-2013 04:48 PM
melayu memang hebat...! Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca di zaman Kesultanan Mela ...

Hebat apa nya entah...cerita je nak hebat

Nak nampak mulia pun kena mengaku keturunan Arab la..ada bau2 bacang ngan Yahudi la...ada mix2 western bagai la
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 11:30 AM | Show all posts
kakiputaralam posted on 21-6-2013 07:58 AM
Melayu terus menerus dikuasai fahaman feudal

Nak klaim raja2 melayu keturunan Nabi Muhammad la pl ...

Raja-raja melayu la yang terima British pastu derang terima keturunan Bugis, Jawa, India, Cina, Portugis....dah 50 tahun merdeka rakyat Melayu meghoyan dan x menghormati keputasan Raja2 yang menerima masyarakat luar dgn hati terbuka itu....bukan ke tu dah dikira menderhaka...tak takut kena rakyat Melayu sambar petir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 11:31 AM | Show all posts
kecik82 posted on 23-6-2013 09:44 AM
... Gurindam Hikmat Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 01:46 PM | Show all posts
Bayangan Tuhan di muka bumi

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 01:22 AM | Show all posts
nobito posted on 23-6-2013 11:12 AM
Hebat apa nya entah...cerita je nak hebat

Nak nampak mulia pun kena mengaku keturunan Arab la.. ...

kajilah sejarah...asal melayu zaman dulu2 memang hebat... generasi sekarang je yg tak hebat.. kenapa jadi tak hebat banyak la pula faktornya kalau nk dibicang..

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 01:34 AM | Show all posts
nobito posted on 23-6-2013 11:12 AM
Hebat apa nya entah...cerita je nak hebat

Nak nampak mulia pun kena mengaku keturunan Arab la.. ...

bukan semua Arab tu zuriat Rasulullah. mungkin ada sedikit kekeliruan. yg saya faham org bukan memuliakan keturunan Arab. yg sbhgn besar org muliakan zuriat2 yg sampai salasilahh keluargaya kepada Rasulullah SAW. Adapun kategori org2 yg memuliakan mereka ini berbeza2..ada yg memuliakan main ikut hentam keromo sebab tengok semua org memuliakan dan pandang tinggi kpd mereka. Ada yg memuliakan mereka berdasarkan ilmu .. ada yg memuliakan mereka atas dasar hubungan cinta kasih mereka yg kuat terhadap Baginda Nabi SAW.  

Org yg cintanya mendalam terhadap Baginda Nabi yg mulia akan mengormati, mengasihi, dan memuliakan apa sahaja yg ada kena mngena dan hubngkaitnya dg Baginda.. yg menjadi topik thread ni rasa saya buka soal keturunan Arab tp berkisar tentang keturunan/zuriat Rasulullah SAW.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2013 01:42 AM | Show all posts
nobito posted on 23-6-2013 10:54 AM
Ada orang cakap banyak nabi2 turun di kalangan Yahudi sebab orang Yahudi ni jahat...

Tapi nabi  ...

"Sudah gaharu cendana pula...
       sudah tahu bertanya pula... "  

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 11:09 PM | Show all posts
atsu posted on 24-6-2013 01:22 AM
kajilah sejarah...asal melayu zaman dulu2 memang hebat... generasi sekarang je yg tak hebat.. kena ...

generasi kini tu bakal jadi sejarah la jugak

Melayu dulu2 yang hebat tu zaman apa?

Melayu dulu2 ramai juga yang longlai dan perasan hebat tapi minta tolong dari Belanda sampai dijadikan Melaka sebagai hadiah....minta tolong dari Bugis dan dihadiahkan daerah Kuala Selangor pada Bugis.... Minta tolong dari Jawa sampai merempat Sultan Melayu entah ke mana...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 11:11 PM | Show all posts
atsu posted on 24-6-2013 01:34 AM
bukan semua Arab tu zuriat Rasulullah. mungkin ada sedikit kekeliruan. yg saya faham org bukan mem ...

Kasih pada keturunan Nabi Muhammad melalui doa je bukan nya sampai dirafak sembah diberi duit sedekah dan zakat dan duit2 bumiputera  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 11:14 PM | Show all posts
atsu posted on 24-6-2013 01:42 AM
"Sudah gaharu cendana pula...
       sudah tahu bertanya pula... "

Keturunan Ibrahim diberkati..makanya keturunan Yaakob juga diberkati dan diangkat darjatnya....itu la yang korang minta dalam solat supaya keturunan Muhammad pon begitu...jadi x payah la nak cakap Yahudi tu jahat ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070251 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list