CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9350|Reply: 80

Mengapa Yahudi Bijak?

[Copy link]
Post time 29-5-2013 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Setelah berada3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana,ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesisini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidakdapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang,engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai olehkaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfilemandi Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dansedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakahsebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhanmemberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusiasendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya puntergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagatdan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukanini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-datayang setepat mungkin.
Antaradata-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapanawal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cubabandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan denganpersiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikanialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akanmembeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, sayasungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatikdan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya,oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang sayabantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliaumenjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedangmelatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara inimembuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalikkepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatiksehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialahpemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacangbadam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah rotidan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jeniskekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dankepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkanpengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
Menurut beliauini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacamkewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketikasaya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertamayang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikanialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanyadaging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran dagingdan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian,terutama badam.
Seperkara yangpelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidanganutama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akandihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangankabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkankita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.DiIsrael, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi,jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluardari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis diUniversiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama padaotak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakalmembawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).
Suatu penemuanyg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokokharap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah……tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersamakacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalampengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telahdilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut merekabermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanakdan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi,gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapatramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan danpelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya,perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ danboleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segalapelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajarantadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaanialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah danmenembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkanpersiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju kesekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran matasains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walauponkadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatahlagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa keinstitute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaanialah fakulti perniagaan.
Saya sungguhterperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentangperniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niagadikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulusjika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak$US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh duniadan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah merekadapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis ygterkini?
Ianya diciptadi Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat caraorang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah denganmenggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak merekadan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, sepertiIslam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini gunadapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orangorang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran merekaialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di NewYork, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untukmelakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea ygbernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir darijawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaanmereka menurut landasan yg betul.
Maka itulahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman diHollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungandewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan NewYork akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakanklinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahumengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya,pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakandan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukanlatihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik.Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat ygbaik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untukpenumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapatmelatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukankonsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokokmenjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akanmengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amatmemeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susahsekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Inibersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikappemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitutaboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa denganIsrael, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf duniawalaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkinmusykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemuibeberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musiumhidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!!dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkahuniversiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauhsekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tanggaberapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukanakibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis sayaini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi ituzalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi sayaitu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kitadapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dantidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan caramendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat sayalihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melaluiprogram yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) diadapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai‘Mengapa saya gemarkan tomato!’
Selamatsejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifatmulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Ini adalah thesis yang dihasilkan oleh : Dr Stephen Carr Leon

Pesanan Penaja : Saya mendapat artikel ini dari email yang diedarkan dan saya cuba google memang banyak sudah artikel ini dishare di FB dan Blog. Kesahihannya tidak dapat dikenalpasti. Tetapi yang penting saranannya tidaklah memudaratkan elok juga dijadikan panduan.

Yang baik itu milik Allah yang buruk itu sama2 kita perbaiki.. Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 12:51 PM | Show all posts
Lihatlah,
Amalan mereka itulah antara sebahagian dari sunnah..
manakala umat islam sendiri tidak mengamalkan sunnah~
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 12:57 PM | Show all posts
ada dahulu di board mana ntah - ada diposkan topic sebegini - dan ada yg mencari nama  Dr Carr Leon ni - tak wujud . Lagipun pada sayalah - pandai / intelligent ni subjective sifatnya  dan  actually pada saya  ALLAH nak bagi.

kalau Allah nak bagi tu , maka diberi-Nya sahaja anugerah  itu.

makanan ke ape ke  yg dikatakan PENYEBAB tu I rasa  too far fetched.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 01:40 PM | Show all posts
Lebih baik kalau dikaji kenapa umat Islam sekitar abad ke-7 hingga 11 bijak... Mereka mempunyai peradaban yang tertinggi masa tu dan menguasai pelbagai cabang ilmu yg diwarisi hingga sekarang. Golden Age of Jewish culture pun berlaku dalam tempoh pemerintahan Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 01:57 PM | Show all posts
what I know is the Jews are very deep thinker, meticulous people. oh well + handsome.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 03:36 PM | Show all posts
Dikatakan hari ini sembilan drpd sepuluh Yahudi tu bkn bani Israel...benarkah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2013 04:11 PM | Show all posts
Pesanan Penaja : Saya mendapat artikel ini dari email yang diedarkan dan saya cuba google memang banyak sudah artikel ini dishare di FB dan Blog. Kesahihannya tidak dapat dikenalpasti. Tetapi yang penting saranannya tidaklah memudaratkan elok juga dijadikan panduan.

Salam..

Pada saya, banyak juga saranan yang tak boleh dipakai. Yang mana bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah, itulah yang utama, sekalipun diamalkan oleh orang Yahudi.

Hadith Nabi: Yang paling bijak = yang ingat mati (justeru perbanyakkan amalan untuk ke akhirat).
Ini yang paling bijak dalam erti yang sebenar-benarnya, sebab kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang kekal abadi.

Kalau bijak itu diukur dalam erti kehidupan duniawi semata-mata, itu bukan bijak yang haqiqi. Jika kepintaran itu setakat di dunia maka yang mengejar kepintaran itu menjadi termakan TIPU DAYA duniawi untuk dirinya, melainkan kepintaran itu digunakan dengan betul sambil mendekatkan diri kepada Allah.... maka kepintaran inilah yang diberkati.

Banyak juga saintis dan atheist yang pandai, tetapi kepandaian mereka tidak menjadikan mereka hampir kepada Allah, maka kepandaian mereka itu dilihat bermanfaat di dunia semata-mata...... samada untuk mereka sendiri mahupun untuk orang lain. Dan jika yang pandai-pandai ni mati tanpa IMAN, maka kepandaian itu tidak membawa manfaat langsung kepada mereka setelah mati.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Al-Hadid, 20)

Kenapa Yahudi bijak di dunia? Mereka (yang kekal derhaka kepada Allah) dah dilaknat Allah, maka segala kebaikan mereka dibalas di dunia ni, tiada bahagian bagi mereka di akhirat. Allah Maha Adil.

Dan bukan Yahudi sahaja, mana-mana bangsa yang mementingkan dunia semata-mata, akan dapat bahagian yang diusahakan di dunia....  yang pentingkan akhirat, akan dapat bahagian akhirat, yang pentingkan kedua-duanya akan dapat bahagian kedua-duanya, Insya-Allah

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (Al-Baqarah, 201)

Justeru kita kena banyak-banyak bersyukur kepada Allah, dan untuk berjaya di dunia dan akhirat, Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi kita yang menjadi panduan, bukannya amalan-amalan Yahudi yang dibuat kajian setakat untuk kehidupan singkat di dunia yang fana ini....

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 29-5-2013 04:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 05:23 PM | Show all posts
at the end of the day ....ALLAH akan tengok takwa ...sebab ? tang pandai tu ....dari level manusia  apalah sangat  pada AL - HAKIM , kan?

ilmu-Nya lagi banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 05:24 PM | Show all posts
cuba baca sejarah Muhammad Al - Fateh ...best baca personality dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 05:27 PM | Show all posts
salam

orang yang bijak ..
adalah orang yang dapat mengEsakan Tuhan nya ..
Se Dzat
Se Sifat
Se Asmak
Se Afaal

dan jaminan nya yang akan d'beri ..
selamat dunia
selamat akhirat
dan terhindar dari siksa neraka
رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
201. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka

wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:58 PM | Show all posts
Sebab Yahudi mengikut apa yang diajarkan dalam Taurat dan Zabur yang benar dan saling membenarkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:22 PM | Show all posts
nobito posted on 29-5-2013 09:58 PM
Sebab Yahudi mengikut apa yang diajarkan dalam Taurat dan Zabur yang benar dan saling membenarkan

Yang bijak dan berjaya kebanyakkannya adalah dari golongan sekular, bukannya dari golongan yang taat kepada Tuhan dan agama.

Perkara yang sama jua boleh dikatakan kepada bangsa-bangsa lain di dunia ini. Golongan sekular yang tampaknya lebih menyerlah khususnya dalam dunia akademik, sains dan teknologi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:57 PM | Show all posts
Neraka Bulan posted on 29-5-2013 10:22 PM
Yang bijak dan berjaya kebanyakkannya adalah dari golongan sekular, bukannya dari golongan yang ta ...

alhamdullilah masih ada yang taat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 11:12 PM | Show all posts
Neraka Bulan posted on 29-5-2013 10:22 PM
Yang bijak dan berjaya kebanyakkannya adalah dari golongan sekular, bukannya dari golongan yang ta ...

not a ticket to heaven.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 05:14 AM | Show all posts
Adakah mengubah isi kitab dgn tangan itu satu kebijaksanaan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 08:55 AM | Show all posts
Alhamdulillah,


Method nya sama je , cuma arah yang berbeza. Sememangnya Allah telah melebihkan puak-puak ini di dunia.. Perkara yang baik dan tidak melanggar hukum-hukum syara tak salah untuk di kaji dan ambil kebaikan darinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 06:13 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 29-5-2013 01:57 PM
what I know is the Jews are very deep thinker, meticulous people. oh well + handsome.

kami pria melayu...........pun handsome gak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 06:17 PM | Show all posts
Assallamualaikum

kalau Yahudi bijak....tentu depa Islam..

Nampaknya...depalah yg PALING TAK BIJAK!   
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:59 PM | Show all posts
burungantu posted on 30-5-2013 06:17 PM
Assallamualaikum

kalau Yahudi bijak....tentu depa Islam..

hmm....wise wise....that 's a good point. hehehe...

well u know uncle ...Allah dah kan berfirman dan menerangkan pada kita sifat sifat Yahudi ni semua kan.  suruh kita berhati hati , berpada pada , dan Allah juga jadikan pelbagai ras dan keturunan untuk kita menginsafi kebesaran-Nya, mempelajari antara satu sama lain dan skop ini luas.

but then macam mana kita nak faham ayat ayat al Quran yg menerangkan tentang perihal kaum ini dalam konteks yg sebenar - yes dinyatakan depa ni very slick, cunnning and well witty  etc etc lah yg you know things we should be careful of, adakah kita kena be not too trusting atau berpada pada - and if berpada pada to what extend , how far extend we shoudl or we should not, because u know, i am sure you 've met quite  a handful of jewish people with or without them wearing their little 'hats' - i lupa dah nama that little hats tu , ada yg baik ...yg baik tu well yg can work with us , yg see you beyond the hijab ,or seeing as a person ...kalau jenih lagu ni - what sort of stand we should take, mind the well green eyes, the curly brownish hair really....

i can tell nak berdakwah secara verbal is very challenging , but the thing you can dakwah dengan depa ialah thru work and akhlak lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 10:00 PM | Show all posts
orangbesi posted on 30-5-2013 06:13 PM
kami pria melayu...........pun handsome gak

kalau u start panggil   paman Melayu i lariiiiiiiiiiiiiii.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.382593 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list