CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17501|Reply: 68

TONG TAIK

[Copy link]
Post time 1-6-2013 02:34 AM | Show all posts |Read mode


baru-baru ini ketika aku pulang ke kampung arwah abah aku di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, aku ternampak sebuah jamban usang yang telah lama tidak digunakan
jamban di luar rumah ini orang panggil jamban angkut
korang tahu tak kenapa ianya dipanggil jamban angkut?
kalau aku cerita ni jangan korang nak muntah pulak ye, tapi aku nak cerita gak bab jamban angkut ini kerana aku tahu ramai anak muda khususnya yang lahir di era 80-an tak tahu sejarahnya
begini, di bawah jamban angkut ini ada sebuah tong atau baldi
masa zaman dulu mana ada saluran paip najis ke tangki septik macam yang ada sekarang, semuanya ‘manual’
maksudnya, bila menjelang tengah malam, akan ada pekerja majlis perbandaran yang datang dan mengangkut tong berisi najis itu untuk dicurahkan ke dalam lori, sebelum ianya dihantar ke suatu tempat khas dan ditanam
tukang angkut najis ini dikenali sebagai ‘pencacai’, selalunya apek tua yang buat kerja ni, maklumlah dulu mana ada Indon ke, Bangla ke macam sekarang
sebenarnya aku bertuah gak kerana pernah melalui era ini, so bolehlah aku bercerita pasal benda ni kat anak cucu aku nanti
aku masih ingat, disebabkan tidak mahu menganggu ‘ketenangan’ orang kampung, pencacai ini hanya buat kerja dia bila orang tengah nyenyak tidur
dan dia juga buat kerja dengan begitu cepat dan pantas sekali
selalunya dia akan berlari-lari anak, mungkin dia sendiri pun tak sanggup nak jalan berlenggang, maklumlah kat kiri dan kanan tangannya penuh dengan ‘khazanah’
kini semuanya tinggal sejarah saja
mungkin disebabkan pekerjaan ini dianggap kotor dan hina, aku tak nampak usaha untuk mendokumentasikan sejarah pekerjaan sebagai pencacai itu sedangkan bagi aku peranan mereka sangat penting dalam pembangunan dan kemakmuran negara
SAK: Masih ingat betapa kanak-kanak waktu itu akan lari lintang pukang kalau terserempak dengan apek pencacai ni, argh kenangan…

http://syahrilkadir.wordpress.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2013 02:35 AM | Show all posts
Sebelum kewujudan tandas dengan sistem pembetungan (penyaliran najis) moden seperti yang sedia ada kini, najis dibawa ke tempat pembuangan (kini loji pemprosesan) melalui kaedah manual! Untuk memberi gambaran yang lebih terperinci kepada mereka yang erm.. berminat (dan tidak sedang makan), pada suatu ketika dahulu semua najis yang dibuang di dalam tandas akan terkumpul di situ di dalam sebuah bekas yang biasanya dipanggil sebagaitong.

Pada setiap hari (mungkin malam), akan ada pekerja yang datang untukmengangkut tong berisi najis tersebut bagi dibawa ke tempat pengumpulan untuk dibuang. Untuk memudahkan tugas tersebut, setiap tandas perlu dibina di luar rumah. Percaya atau tidak, kaedah mengangkut najis secara manual itu sebenarnya bukanlah suatu sejarah silam yang terlalu lama kerana ia masih digunakan di Singapura & Malaysia dalam dekad 1980-an, iaitu sekitar 26 tahun yang lalu sahaja.

Di Singapura, kaedah mengangkut najis secara manual telah ditamatkanpada 1987 apabila setiap kediaman telah dipastikan mempunyai tandas dengan sistem pembetungan moden. "The night-soil collector, balancing two buckets on a pole, would be a thing of the past" lapor sebuah akhbar pada 24 Januari 1987 mengenai penamatan khidmat 'tong taik' di Singapura. Menurut laporan tersebut, kaedah mengangkut najis secara manual mula diperkenalkan di Singapura pada 1890-an!

Nota tambahan:
  • Tidak dapat dipastikan bilakah khidmat 'tong taik' di Malaysia ditamatkan. Dengan kawasan yang lebih luas dan penduduk yang lebih ramai, tentulah Malaysia masih menggunakan khidmat tersebut dalam tempoh yang lebih lama selepas Singapura berjaya menamatkannya pada 1987.
  • Pekerjaan mengangkut najis secara manual biasanya menjadi bahan lawak kepada kebanyakan orang walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Pastinya ramai yang mengingati watak pengangkut 'tong taik' bernama Mat Deris dalam siri komediKampung Seri Wangi yang ditayangkan di Malaysia pada 1980-an.
  • Kerja pengangkut 'tong taik' juga pernah dijadikan bahan cercaan dalam filem 3 Abdul (1964) arahan P. Ramlee di mana watak utama filem itu, Abdul Wahub, memanggil bapa mertuanya, Sadiq Sigaraga, sebagai "pecacai tua angkat najis" (Perkataan rasmi "pecacai" ialah "pecacal" yang bermaksud "pacal" atau "hamba")
  • Satu-satunya visual mengenai pengangkut 'tong taik' di Malaysia ada terakam di dalam filem komedi Sikit Punya Gila (1982). Malah watak pengangkut 'tong taik' lakonan pelakon misteri itu mempunyai sebaris dialog. Gambar petikan filem di bawah menunjukkan bentuk 'tong taik' serta cara mengangkutnya yang berbeza daripada yang terdapat di Singapura (gambar di atas). Apa yang lebih menarik dalam babak selingan filem Sikit Punya Gila itu ialah komentar yang disampaikan dalam dialog lakonan Dharma Harun: "Kau ingat kerja tu hina ke, Mid? Itu pun cari makan jugak. Tu kerja halal tu, Mid"
"Abang, tak kerja ka?" - dialog pengangkut 'tong taik' yang peramah
dalam filem Sikit Punya Gila (1982) arahan Raja Ismail


http://arkibnegara.blogspot.com


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2013 02:37 AM | Show all posts
khidmat tong taik ditamatkan antara tahun 1978-1979 secara berperingkat-peringkat sehingga awal 1980an. Gaji tukang angkat tahi pada masa itu ialah RM300 sebulan bersamaan dengan RM3500.00-RM4000.00 sebulan pada masa sekarang.

-pakcik Suffian
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 07:01 AM | Show all posts
Sungguh berbeza pencacai dulu dan pencacai kini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2013 05:15 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-6-2013 07:01 AM
Sungguh berbeza pencacai dulu dan pencacai kini...

u mean?



Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 10:27 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 1-6-2013 05:15 PM
u mean?

Kalo bkn dgn mulut yg busuk lg jijik dgn kata2 kesat, tohmahan, tuduhan, cacian, etc.
anggota pelaku lbh meninggalkan najis yg kadang2 kekal melekat merata2....
- dgn baunya, warna-warni juga rasa yg merusakkan keindahan alam

Para pencetus huru-hara di kalangan pentaksub-pentaksub yg ada...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2013 11:00 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-6-2013 10:27 PM
Kalo bkn dgn mulut yg busuk lg jijik dgn kata2 kesat, tohmahan, tuduhan, cacian, etc.
anggota pel ...

sungguh aku masa kecik x pernah trnampak pencacai2 yg angkat taik.....sbb sejak aku tahu guna tandas,tandas umah aku dah ada sistem tong taik dalam tanah...........






Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 12:37 AM | Show all posts
apa2 pun kerja camni lebih mulia dari mencuri merompak merogol bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2013 01:30 AM | Show all posts
      payah jerih orang silam, generasi kini tak merasai...sebab tu nikmat ketenangan mereka tak menghargai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2013 02:16 AM | Show all posts
liyamariska posted on 2-6-2013 12:37 AM
apa2 pun kerja camni lebih mulia dari mencuri merompak merogol bagai...

............................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2013 02:18 AM | Show all posts
laxmanall posted on 2-6-2013 01:30 AM
payah jerih orang silam, generasi kini tak merasai...sebab tu nikmat ketenangan mereka tak men ...

KEMAJUAN  DAN KESENANGAN  HANYA DIHARGAI OLEH MEREKA YANG PERNAH MERASAI KEPAYAHAN HIDUP ZAMAN TONG TAIK...........

masa aku budak2,jamban kat luar rumah dan jauh ....tp bila dah sakit perut tgh2 mlm,aku bantai depan rumah je!bawah pokok mangga.............
Patut pun pokok manggga sihat je.................



Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 03:39 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 1-6-2013 02:35 AM
Sebelum kewujudan tandas dengan sistem pembetungan (penyaliran najis) moden seperti yang sedia ada k ...
Nota tambahan:

    Tidak dapat dipastikan bilakah khidmat 'tong taik' di Malaysia ditamatkan. Dengan kawasan yang lebih luas dan penduduk yang lebih ramai, tentulah Malaysia masih menggunakan khidmat tersebut dalam tempoh yang lebih lama selepas Singapura berjaya menamatkannya pada 1987.
Pencacai tong taik mana lah yang buat nota tambahan nih.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 03:41 AM | Show all posts
Filem & komedi zaman dulu pun macam sekarang punya jugak. Dibuat oleh golongan kaki khayal bawah tempurung. Last edited by BotakChinPeng on 10-6-2013 04:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 01:51 AM | Show all posts
umah orang dulu2 tinggi-tinggi agar mereka bleh 'membuang hajat' ke bawah umah.ujudnya, kerjaya ATM baca"Angkat Tahik Malam"..tong tahik diangkut di atas bahu pada waktu malam. kini, sistem pembuangan tahik semakin canggih, tiada lagi istilah 'tahik terbang', 'tahik bergerak' dan 'ATM' kerana di rumah masing2 sudah ada tandas yang sampurna. Pada zaman milineum ni, lain pulak jenis tandas yangujud. Kiter tak perlu lagik membuka paip untuk membasuh, malah punggung kiter 'dibasuh' oleh pancutan air yang keluar tepatke  jxbx dari mangkuk tandas  sipembuang hajat hanya dengan menekan satu punat kecil, ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 04:26 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 1-6-2013 02:35 AM
Sebelum kewujudan tandas dengan sistem pembetungan (penyaliran najis) moden seperti yang sedia ada k ...

Pekerjaan mengangkut najis secara manual biasanya menjadi bahan lawak kepada kebanyakan orang walaupun ia tidak sepatutnya berlaku..

tp pada aku pulak..aku rasa kalo dlm filem diroang tak cerita @ lawakkan kerja ni..maka budak2 generasi baru tak tau pasal tugas ni, jd mereka tidak menghargai ksenangan yg dikecapi skrg...

wa igt dulu mak wa dn atok wa, selalu cerita pasal jamban zaman dulu2...buang, pastu malam2 ada org angkat...sebab masa wa kecik2 dulu , kadang2 tak flush, kdg2 jijik tgk jamban kotor terutama tandas awam zaman 80an-90 an.. dulu.....jd org2 tua selalu ckp..zaman dulu lagi teruk...bla..bla..bla..diorang pn bercerita pasal sistem ni...

pastu watak mat derih tu pun, org2 tua wa ceritakan balik kt wa..mmg ujud pada zaman dulu kerja mcm ni...

pada masa tu, mgkn para pencacai ni rasa sedikit terhina tugas diorang dijadikan bahan lawak...tp bagi wa , ianya 1 penghargaan la jugak pada mereka yg menghargai dn mensyukuri nikmat kemodenan sekarang ni...jgn sekadar anggap bhn lawak je...wa rasa anak2 muda skrg patut diceritakan balik kisah2 zaman dulu, ye la, kalo takk,asyik nak kondem je..org kan....

moralnye..bayar lah bil indah water anda..he.he..

wa juga akan pastikan wa akan bayar bil indah water wa...psl wa dah tertunggak dekar rm 100 ni.h.e.he.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 04:28 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 1-6-2013 02:37 AM
khidmat tong taik ditamatkan antara tahun 1978-1979 secara berperingkat-peringkat sehingga awal 1980 ...

besar gak gaji deiorang ek..tak silap pegawai bank zman tu pun gaji 200-230 je time tu..tp glamer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 04:44 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 1-6-2013 05:15 PM
u mean?



dulu macai angkut taik dlm tong.
skang macai angkut taik sorang selingkar.

.....pastu makan tross!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 04:50 PM | Show all posts
Manusia sampah suka menghina pekerjaan orang lain seperti ATM (Angkat Taik Malam ) wujud dulu dan kini...

Kita lihat sahaja di pejabat kerajaan & swasta..mereka ada grup2....malah ada yg tidak pernah tegur makcik2 yang menyapu sampah,buang sampah,buat kopi dan lain-lain...

Aku post thread ni untuk kita sedar betapa susahnya  sebilangan manusia bergelar ATM,ada pula post manusia sampah lari dari tajuk...

kalu nak bincang politik,pi bod politik..NANTI DIPANGGIL BODOH,MARAH PULA...

SEKIAN HARAP MAKLUM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 04:52 PM | Show all posts
salimrock posted on 3-6-2013 04:28 PM
besar gak gaji deiorang ek..tak silap pegawai bank zman tu pun gaji 200-230 je time tu..tp glamer. ...

masa 2 wang besau..................aku ms skolah rendah dapat 10 sen....punya la besau,dapat nasi lemak sebungkus,telor belah dua...

bukan cam skrg..nasi lemak sbgkus RM1.20,telor belah 8!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 04:54 PM | Show all posts
Moderate: fleurzsa, winamp05, halimi78

aku minta korang banned je pos manusia sampah yg suka politaikkan thread org lain.......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089263 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list