View: 10661|Reply: 97
|
[Tempatan]
Sita harta bekas suami ingkar bayaran nafkah anak: Adil atau tidak !
[Copy link]
|
|
31 Mei 2013
BSK kaji tindakan sita harta bekas suami ingkar bayaran nafkah anak
SHAH ALAM - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mungkin mengambil langkah menyita harta lelaki yang ingkar membayar nafkah kepada anak dan bekas isteri, seperti yang diperintahkan oleh mahkamah syariah.
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan Datuk Seri Md Yusup Che Teh berkata ini kerana tindakan memenjara bekas suami yang gagal melunaskan nafkah anak dan bekas isterinya didapati tidak berkesan.
Beliau memberi contoh satu kes di Selangor membabitkan seorang lelaki yang terus ingkar perintah mahkamah, sekalipun telah dipenjarakan selama 10 hari atas kesalahan enggan membayar nafkah anak dan bekas isteri.
Md Yusup ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Hakim Syarie JKSM Tan Sri Ibrahim Lembut menyampaikan pendahuluan nafkah berjumlah RM800,000 kepada 21 penerima yang sedang menunggu bekas suami membayar nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah syariah dalam kes penceraian atau tuntutan nafkah masing-masing.
Wang pendahuluan bagi menampung kehidupan wanita dan anak mereka untuk tempoh enam bulan itu adalah daripada Dana Akaun Amanah BKS Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan akan dikutip semula oleh BKS daripada bekas suami terbabit.
Mengulas lanjut, Md Yusup berkata bekas suami terbabit juga berdepan tindakan undang-undang jika enggan membayar balik wang pendahuluan BSK itu.
Terdahulu, Ibrahim dalam teks ucapan yang dibaca Md Yusup, berkata pendahuluan nafkah itu diberi bagi meringankan beban ibu tunggal terutama ketika proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah oleh mahkamah syariah.
"Bantuan pendahuluan ini hanya untuk penerima yang layak dan bagi tempoh enam bulan atau sehingga satu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik khas," katanya.
Menurut Ibrahim BSK JKSM yang ditubuhkan pada 2009 itu menerima peruntukan RM15 juta secara 'one-off' daripada kerajaan persekutuan dan JAKESS pula menerima RM300,000 bagi tujuan itu pada 2011 selain sumbangan RM200,000 daripada Lembaga Zakat Selangor.
Katanya setakat April tahun ini, BSK JKSM telah mengeluarkan RM550,879 kepada penerima di seluruh negara dan berjaya mengutip semula RM47,800.
Di Selangor, sejumlah RM153,050 telah disalurkan kepada 43 penerima setakat ini, katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
dah menjadi tanggungjawab si bapak memberi nafkah anak.... walaupun dah bercerai talak 3 ngan binik....
mana mana lelaki yang lepas tangan.... sita jer reta mereka tue
buat anak reti ... tapi tanggungjawab nak dilepaskan cam tu sajork... |
|
|
|
|
|
|
|
adil la tu...
siapa suh tak bayar nafkah...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lelaki liat sngt bayar nafkah??
tak mampoo kah?? tak mampoo..sapa suh beranak ramai2.. tak reti kontrol?? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sangat sangat sangat adil! lelaki tak bertanggungjawab selama ni bley lepas tangan je tanak tanggung sarahidup anak lepas bercerai. Bekas isteri jugak la yang susah payah. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah. terharu dgn permulaan usaha ini. walopon saya ni bukan le janda tapi tiada pembelaan janda2 bila tang tuntut napkah. cepat la pelaksanaannya. Jangan le rancang rancang dan rancang. aduhai. Saya juga nk cadangkan, kalau x suami tu tak de harta langsung, sila potong dari gaji dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung kalo somi kerja luar negara...takde apa authority badan kerajaan nak menyita harta dia aka kwsp kaa local bank kaa harta tempatankaa |
|
|
|
|
|
|
|
Saya juga kehairanan. Selangor negeri maju, kutipan zakat paling byk tapi RM200,000 saje dari ZAKAT Selangor. Korang buat apa dengan hasil kutipan zakat tu. tu kan amanah. spatutnye lebih dari tuuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
adil dan aku setuju sgt2... ada kes yg laki hidup senang dgn bini baru, bekas isteri lak bertungkus lumus keje besarkan anak2... dan byk yg jd ialah bila anak2 dh besar, baru bekas laki yg dh tua dan x sihat mau mengaku anak2 tu anak dia gak...
dan kalo kes yg lelaki tu kawin lain bila isteri meninggal dan penjagaan anak2 diserahkan pd datuk/nenek budak2 tu... nafkah anak2 kena bagi gak.. jgn lepas tangan kat org2 tua.. sian mereka.. dh la susah payah membesarkan anak, kena lak membesarkan cucu2 bila dh tua.. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat2 adil dan boleh memnbantu bekas isteri |
|
|
|
|
|
|
|
patut buat hukuman, kasik mandul terus....... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut pun.. esp kpd jantan yg dah ada bini baru lepas tu lupa tanggungjawab terhadap x wife dan anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang tahu tak , di-singapore, case nafkah anak tak di-handle oleh makamah syariah tapi di-handle oleh family court. Sang ayah yang tak bayar nafkah, bila nak keluar singapore kena tahan woi! Masuk opis immigration. Nafkah anak sudah settle baru sang ayah/abah/bapak/papa/daddy boleh terbang. Tak bayar juga masuk lockup! Bayaran nafkah boleh di-salur melalui gaji dia. Di-potong direct terus transfer masuk a/c anak. Kebanyak bapak2 melayu yang bnyak nak coner mereng bila part beri nafkah anak. Itu pun kasi ciputat $100 untok 1 anak. Amt base on your salary. Kat singapore dont pray pray tentang nafkah anak |
|
|
|
|
|
|
|
adil la. sebab lelaki dibenarkan berpoligami, makanya kalau nak aktifkan proses pembiakan, pastinya anak2 tak terbiar mcm anak berudu..
sayu hati baca kes-kes ibu tunggal & ibu tinggal yang terkontang kanting nak besarkan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
kak_sue posted on 1-6-2013 09:38 AM
Korang tahu tak , di-singapore, case nafkah anak tak di-handle oleh makamah syariah tapi di-handle o ...
Betul. Nevertheless to have it practice in malaysia u need to amend our federal constitution. Not to mention to know whether our civil judge is qualified to hear syariah cases. There could be clashes between each family law enactment since all states are more or less different. Singapore is only one country. We have 14 states. We have our federal constitution in which i think takes a long time to amend.
Should all states mempunyai enekmen yg sama i dont think it shouldnt be a problem. Sebenarnya boleh aja andai kata laki tu tak bayar potongan gaji berjadual boleh dibuat sebenarnya. So yg waneeethaa waneethaa ni before submit file claim tuntutan study dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 1-6-2013 08:33 AM
kenapa lelaki liat sngt bayar nafkah??
tak mampoo kah?? tak mampoo..sapa suh beranak ramai2.. t ...
bukan x mampu kut tapi sbb rasa x berbaloi kut bagi duit kat bekas isteri
|
|
|
|
|
|
|
|
Adil sy sokong...
Tp kdg2 bekas isteri pon melebih lebih sgt..geram gak..lg2 klau x hubby duit kepok pastu kawen muda lg la menyirap x wife tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|