View: 6109|Reply: 67
|
[Tempatan]
Film Tanda Putera kisah benar trajedi 13 Mei 1969
[Copy link]
|
|
BackArkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Filem 'Tanda Putera' di pawagam 29 Ogos ini...
Filem 'Tanda Putera' di pawagam 29 Ogos ini... Isnin, 03 Jun 2013 12:21
Akhirnya terjawab sudah bilakah filem kontroversi yang mengisahkan kejadian-kejadian sebenar yang membawa kepada tragedi 13 Mei akan ditayangkan di pawagam.
Filem arahan dan terbitan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu akan ditayangkan kepada umum mulai 20 Ogos ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek.
"Ia akan ditayangkan pada 29 Ogos ini," kata beliau selepas bermesyuarat bersama FINAS hari ini.
Tayangan filem tersebut sebelum ini tertangguh berikutan desakan pembangkang yang bising kononnya filem itu boleh menjejaskan hubungan antara kaum.
Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar itu, dihasilkan pada tahun 2011 dan sepatutnya ditayangkan kepada umum pada 15 November 2012.
Bagaimanapun, berikutan desakan pembangkang, jemaah menteri membuat keputusan menangguhkan tayangannya.
Filem itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.
Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara.
Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.
Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).
Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).
Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).
Sebelum ini Shuhami dipetik media berkata beliau gembira apabila Shaberi Cheek menyokong filem tersebut untuk ditayangkan dengan segera.
Menurutnya penundaan filem yang sepatutnya ditayangkan pada 15 November tahun lalu itu adalah terlalu lama dan sudah tibalah masanya untuk ia dipertontonkan kepada umum.
“Apabila menteri membuat kenyataan meminta agar tayangan Tanda Putera perlu disegerakan, ia cukup menggembirakan hati saya.
“Sekurang-kurangnya penat lelah saya bersama kru produksi serta pelakon berbaloi.
“Sehingga pada satu tahap kerana terlalu kerap ditunda, kami benar-benar kecewa dan tidak mengharapkan apa-apa lagi sama ada ia akan keluar ke panggung atau tidak,” katanya.
Filem tersebut menelan belanja RM4.8 juta itu telah membuatkan pihak produksinya iaitu Pesona Pictures Sdn Bhd mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.-3/6/2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak-agak geng DAP suka tak filem ni? |
|
|
|
|
|
|
|
filem ni membangkitkan isu perkauman dak? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana pun ada beberapa fakta perlu disembunyikan sebab terlalu sensitif dan boleh mengugat emosi sesuatu kaum dan yg paling penting perlu menjaga nama baik menteri2 UMNO masa tu...
Malaysia ni bukan mcm USA yg mengamalkan 'no holds barred' attitude... |
|
|
|
|
|
|
|
apa mesej yang nak disampaikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan Gerakan dlm tragedi 13 Mei dipadam sesuai dgn status sapa2 yg join BN terus jadi suci murni. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 3-6-2013 07:22 PM
apa mesej yang nak disampaikan?
shuhaimi layak bergelar senator bg mewakili golongan seni tanah air... mungkin itu mesej tersirat.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 3-6-2013 07:22 PM
apa mesej yang nak disampaikan?
utk tahu lebih lanjut..sila lah Noor kepanggung wayang pada 29hb Ogos nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
kena tgk ni...selalunya citer by shuhaimi baba ni jarang mengecewakan...disbbkan pihak PR membangkang tayangan citer ni thn lps, menyebabkan aku lg la nk tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sal AN yang kena repot bhw mengapi2kan perkara 513 tidak ditangkap polis?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalao filem sampah ini benar, bagaimana LKS yg berada di Sabah boleh kencing di depan rumah Menteri besar?
Kenapa parti Gerakan yg berarak, menjadi DAP?
pui |
|
|
|
|
|
|
|
kesah benar korokmu!
|
|
|
|
|
|
|
|
v(T.T)v posted on 3-6-2013 07:53 PM
kalao filem sampah ini benar, bagaimana LKS yg berada di Sabah boleh kencing di depan rumah Menteri ...
Gerakan yg hina melayu pd 13 mei UMNO jadik kawan..pastu gi tipu melayu punca 13 mei ialah DAP sbb nak kuasa
|
|
|
|
|
|
|
|
ya kisah benar ikut kaca mata umno bn. prfthhth
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah bagus filim ni AN..... Siapa berlakon jadi Meor Selendang Merah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem ni perlu ada jugak pemimpin org banjar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 3-6-2013 08:52 PM
hebak sungguh selendang merah nie......
bila pi perang dgn america?
Amrika pon kurang ajar kat raja melayu ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|