View: 18760|Reply: 374
|
[Tempatan]
Apalagi lu mau : #622 Padang Merbok :Blackout 505 KL - pic bermula page 4
[Copy link]
|
|
Padang Merbok lokasi Blackout 505
Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2013
PETALING JAYA - Sekretariat Himpunan Blackout 505 hari ini memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini sebagai menghormati nasihat pihak polis supaya tidak melibatkan Dataran Merdeka.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata pihaknya amat berbesar hati jika pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudi membenarkan pihaknya menggunakan Dataran Merdeka untuk tujuan itu.
"Pada asasnya kami merasakan Dataran Merdeka adalah tempat yang paling sesuai untuk rakyat berhimpun menyuarakan hasrat murni seperti yang terkandung dalam tuntutan #Blackout505," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Last edited by tebuanharimau on 22-6-2013 08:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhuh harap KL kosong time tuh.. bole pegi shoping.. kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya padang merbuk ni tak jauh dari dataran merdeka kalau ikut map tuh. ikut taman rama2 perhap?? |
|
|
|
|
|
|
|
ok...lah...korang berkumpul lah dulu nanti kat padang merbok
at least hari sabtu...aku boleh zzzzzzz kat rumah...
Kepada Encik encik polis ....sila buat roadblock selepas pukul 10.00 pagi hari juhaaat...
menyusahkan orang saja nanti buat roadblock time orang nak pegi kerja...kalau check setiap kenderaan tak per gak...ni...
Bapak Bapak polis pon dah muka boring..
lagi satu...jangan dok buat lawak pepagi jumahat tu buat roadblock kat highway
|
|
|
|
|
|
|
|
ok...lah...korang berkumpul lah dulu nanti kat padang merbok
at least hari sabtu...aku boleh zzzzzzz kat rumah...
Kepada Encik encik polis ....sila buat roadblock selepas pukul 10.00 pagi hari juhaaat...
menyusahkan orang saja nanti buat roadblock time orang nak pegi kerja...kalau check setiap kenderaan tak per gak...ni...
Bapak Bapak polis pon dah muka boring..
lagi satu...jangan dok buat lawak pepagi jumahat tu buat roadblock kat highway
|
|
|
|
|
|
|
|
dah nak masuk bulan syaaban pun masih sibuk lagi berdemo......teruskanlah fizi hasrat murni mu ittu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Padang Merbok lokasi Himpunan 505 di Kuala Lumpur: Ini jelas nak cari pasal... .
Rabu, 05 Jun 2013 11:16 NOOR HASILAH ISMAIL .
.
Kata orang belum sebut lagi sudah boleh agak...bukan Stadium Merdeka dan bukan juga Stadium Bukit Jalil.Rupanya PADANG MERBOK yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka di pusat bandar Kuala Lumpur.
Itulah lokasi yang dipilih oleh penganjur Himpunan 505 untuk buat himpunan pada jam 2 petang 15 Jun ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR pagi Rabu.
Bayangkan lokasinya di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.Satu himpunan besar sudah pasti akan mengakibatkan kesesakan teruk dan berbagai kesulitan lain.
Penganjur bukan tidak tahu masalah ini semua...tetapi nawaitu untuk ' tunjuk power' dan mau bikin heboh jelas terserlah.
Ada pemerhati yang menilai pemilihan lokasi itu nyata satu strategi untuk cetus kontroversi tentang lokasi himpunan dengan pihak berkuasa.
Ini semua taktik biasa bagi mengapi-apikan penyokong pembangkang turun seramai mungkin bila perhimpunan diadakan nanti.
Ewah...konon kali ini nak tunjuk mereka ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012,Rafizi kata mereka akan hantar notis hari ini yakni 10 hari sebelum perhimpunan kepada pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Juga katanya hajat asal mereka ialah nak buat himpunan itu di Dataran Merdeka.
Rafizi beri alasan mereka kemudiannya pilih Padang Merbok untuk elak kena pergi balik berulang kali berunding.
Tujuan himpunan itu,katanya ialah menuntut tiga perkara yakni perletakan jawatan semua ahli Suruhanjaya Pilihanraya ((SPR),adakan pilihanraya semula di 30 kawasan yang didakwa berlaku penipuan dan hentikan sebarang usaha untuk pinda undang-undang pilihanraya dan persempadanan semula oleh SPR.
Cuba fikir mengarut ke tak mengarut...parti-parti dalam pakatan belum pun kemukakan apa-apa petisyen sudah senang-senang nak tuntut pilihanraya semula di 30 kawasan.
Undang-undang ' antah berantah' mana yang mereka pakai.Apa bukti berlaku penipuan.Mahkamah mana yang sudah putuskan benar berlaku penipuan?
Begitu juga dengan kedudukan ahli SPR.Apa bukti mereka tidak laksanakan tugas dengan betul?
Lebih teruk lagi himpunan yang dirancang itu jelas melanggar titah Yang Dipertuan Agong semasa hari keputeraan Seri Paduka Sabtu lalu yang minta semua pihak terima keputusan yang sudah dibuat menerusi peti undi pada PRU13.
Seri Paduka mahu agar apa jua permasalahan diselesaikan ikut saluran perundangan yang ada.
Namun...nampaknya pembangkang ambil sikap peduli apa.
Gara-gara terlalu meroyan dan geram kalah dalam PRU13...mereka fikir boleh langgar apa jua undang-undang yang ada.
Melihat pada perkembangan ini sudah boleh jangka segala macam 'sarkas' akan muncul menjelang hari perhimpunan itu...tak kira dimana lokasinya nanti.-5/6/2013- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.
|
|
|
|
|
|
|
|
itik_kuning posted on 5-6-2013 01:34 PM
rasanya padang merbuk ni tak jauh dari dataran merdeka kalau ikut map tuh. ikut taman rama2 perhap??
tgk kat map kiranya dkt je ngan Bukit Aman & BSN ..dekat ngan bulatan yg kuar dari Dataran Merdeka tu (menghala ke Tugu Negara).. kira jauh drp lot2 kedai dsb
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh mereka beramai-ramai bermain ragbi di situ...... |
|
|
|
|
|
|
|
mahmoode posted on 5-6-2013 02:21 PM
boleh mereka beramai-ramai bermain ragbi di situ......
oh padang ni mmg tmpt main ragbi ke? bagus juga..baru up sikit nama padang merbuk ni
|
|
|
|
|
|
|
|
gujiwa posted on 5-6-2013 01:13 PM
Huhuhuh harap KL kosong time tuh.. bole pegi shoping.. kekekeke
KL kosong? celah mananya pernah KL ni kosong? minggu lepas pun Sogo mcm tin sardin
|
|
|
|
|
|
|
|
itik_kuning posted on 5-6-2013 01:34 PM
rasanya padang merbuk ni tak jauh dari dataran merdeka kalau ikut map tuh. ikut taman rama2 perhap??
Padang Merbok tu jalan nak menghala ke Parlimen & Lake Garden. Klu dr jln kuching sebelah kiri blh nampak Bank Negara. Yg flyover msk ke Jln Kinabalu tu kata bawah ada trafik light. Masuk kanan, jln lurus je. Belah kanan tu Padang Merbok. |
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 5-6-2013 02:26 PM
KL kosong? celah mananya pernah KL ni kosong? minggu lepas pun Sogo mcm tin sardin
sogo tu membohong je harga murah sales spanjang tahun... dah mmg begitu harga asal....
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 5-6-2013 02:32 PM
yela... tapi kt tmpat longgok baju kemeja RM29 tu ramai plak berebut rebut
tak kuasa sgt nak soppin berebut2
|
|
|
|
|
|
|
|
lizaliza posted on 5-6-2013 01:56 PM
ok...lah...korang berkumpul lah dulu nanti kat padang merbok
at least hari sabtu...aku boleh zzzzzz ...
dah tukar Ketua Polis & Menteri ni pendekatan mungkin lain...kita tunggu je la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|