CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18008|Reply: 15

Tragedi 'Hiroshima Sungai Buloh' 1991 berita gempak

[Copy link]
Post time 7-6-2013 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada  petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Anggaran Masa  Letupan ialah pada pukul 3.45 petang yang mengorbankan 26 orang di  samping 83 orang yang cedera. Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana  dianggarkan sebanyak RM935,688.18





Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar Hiroshima Sungai Buluh’  berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa  bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu semasa Perang  Dunia kedua.Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang  berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan  bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai  sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi. Bunyinya yang kuat  bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan  cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang  terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.



Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan  keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu  ketika ia meletup? Tragedi kilang mercun itu meninggalkan kesan sejarah  besar kepada negara, sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun  termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini dibenarkan malah  dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam  3.45 petangapabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan  besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali,  letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling  kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20  letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai  paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan  kilometer. Berpuluh-puluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi  tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar  kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus  hancur akibat letupan berkenaan.




Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan  sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar  rumah, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan  kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar.  Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu  turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem  Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang  berkenaan.Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan  beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi  mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan  akibat letupan itu selain bahang api.

Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena  serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu  pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita  cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam  cubaan menyelamatkan diri itu. Selepas letupan demi letupan itu semakin  berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh-puluh  mangsa berlumuran darah merah, manakala ratusan orang ramai mula  memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri  menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi  pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk  mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang  berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi  itu. Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat  keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan  dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah  Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari  Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan  kebakaran dan menyelamat mangsa. Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus  memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul.  Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin  kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih  mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga buah rumah  berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang  dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka  akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar  kawasan berhampiran.




Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital  Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk  mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada  mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan  berlumuran darah. Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba  tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana  khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat  simpanan letupan bawah tanah di kilang itu. Dua daripada stor simpanan  itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam  kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau  keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di  beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba  terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5  pagi, tiada lagi letupan berlaku.

Sehari selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21  mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di  Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari  Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung. Pemeriksaan awal juga  mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa buah hospital sekitar  Kuala Lumpur. Polis juga menerima aduan mengenai kehilangan enam orang  penduduk tempatan. Selain itu, 37 buah rumah dan kilang serta tujuh buah  motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja  yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar  kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera  atau belum melaporkan diri. Kemudian satu persatu kisah yang  terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan  bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga  bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah  umur!

Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca  daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun  yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang  yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena  longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran  seterusnya letupan semakin merebak.




Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada  usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak  disediakan secukupnya di kilang itu. Hari ketiga gerakan mencari mangsa  dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan  lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya  tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 orang anggota penyelamat diarahkan  beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan  terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.  Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga  menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami  kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana  terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan anggota penyelamat terpaksa  mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga  menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang. Pada 16 Mei,  pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan  memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi  itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam keadaan yang  mengerikan, iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak  di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu  meningkat kepada 26 orang.



Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang,  malah semakin merebak kepada penduduk berhampiran. Tujuh anggota  penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.Keadaan semakin bahaya  apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang  muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal oleh pihak  berkuasa yang segera memadamkannya.




Ketika tragedi itu hangat diperkatakan, terdengar desas-desus  bahawa kilang mercun Bright Sparklers, Sg Buloh. yang beroperasi secara  haram ini milik VVIP negara suatu ketika dahulu. Sejauh manakah  kebenarannya? wallahualam.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2013 03:51 PM | Show all posts
kilang mercun..ini sume bala...malang yg ditentukan untuk dijadikan ajal..tk perlu la rasa kesal....time ni takde sebarang kerajaan nk dipersalahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 04:01 PM | Show all posts
maybe betul jugak milik seorang vvip sebab beroperasi secara haram sejak 1978 sehingga 1991 takder tindakan apa2 pun ke atas kilang nie...

kalo tak terbakar, aku rasa masih lagi beroperasi nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 10:25 PM | Show all posts
tq for sharing...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 12:03 PM | Show all posts
Gud info...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 08:32 PM | Show all posts
Disebabkan kebakaran kilang ni la, dah xde pemandangan org jual mercun dan bunga api secara terbuka mcm dulu2..rindu suasana tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2013 10:26 PM | Show all posts
xpenah tau sbb time ni baru umo 2 taun

nice info
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 10:29 PM | Show all posts
tq...kebetulan sedang mencari info tragedi ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 12:52 AM | Show all posts
soalan paling misteri , siapakah vvip tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 12:54 AM | Show all posts
uikss.... ni kisah yg gempar dulu.... baru teringat.... sape vip tu ek? mmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:01 AM | Show all posts

thread pasal histori tragedi perasan ala hiroshima ne....da penah ada,...sambong jerrlaa kat sini...>Sungai Buloh & Kenangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 11:09 AM | Show all posts
penah bace la dlu psal nih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 04:07 PM | Show all posts
kesian mangsa yg terkorban...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 07:15 PM | Show all posts
masih igt tragedi tu...
sebagai kanak2 time tu , agak frust bila bunga api diharamkan akibat trragedi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 03:37 PM | Show all posts
ramai nye mangsa yg tekorban........
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 03:39 PM | Show all posts
ada sesiapa yg tahu family mangsa ketika itu? ingat nak bagi bantuan mana yg termampu laaa....
esp time dekat2 nak raya nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086569 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list