CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24178|Reply: 194

Keluhan Hairie Othman selepas dipinggirkan

[Copy link]
Post time 8-6-2013 11:52 AM | Show all posts |Read mode


http://mediashahalam.blogspot.co ... an-selepas.html?m=1

Kuala Lumpur:Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat,pelakon Hairie Othman betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13  5 Mei lalu.

Beliau yang dihubungai mengaku sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat.

Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan,''ujarnya dengan nada kesal.

Sebagai ketua keluarga,Hairie berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya.
Sejak menyertai PAS,Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu pakatan rakyat menghadapi PRU 13.

Hairie mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah Pakatan Rakyat dan pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga
Saya pelik sebaik selesai PRU 13,Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya,padahal mereka diberi mandat memerintah ,Kelantan,selangor dan Pulau pinang,''ujarnya.

Hero leftenan Adnan itu berkata,dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya,

Saya berharap kerajaan Pakatan rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat  dan memberi peluang pekrjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor,''ujarnya.

Senang cerita,kata Hairie  ,kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tander potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie,beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mempu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu.

Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan.BN masih diberi mandat memerintah.
Bakat Hairie mula dicungkil menerusi filem Kad Cinta pada 1995 dan selepas itu beliau begitu laris dan menjadi rebutan penerbit filem dan drama.

Sejak menjadi penceramah tetap pakatan rakyat Hairie seolah-olah disenarai hitamlkan dalam bidang seni dan sejak itu beliau tidak terima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sangkaan saya meleset sama sekali,BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu.

Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''ujarnya.
Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan ,saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon Pakatan Rakyat,tidak kira PAS,DAP atau PKR,Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam,berlarutan sehingga ke pagi,''ujarnya.

Katanya,sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang,diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''keluhnya.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya,hanya aktivis Pakatan sahaja,bukanya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya tidak dipedulikan,''katanya yang terasa seperti dipergunakan untuk meraih sokongan pengundi bagi kemenangan Pakatan Rakyat.sumber dari Warta Mingguan PERDANA

MediaShah Alam di Friday, June 07, 2013



copy dari FB

DrAbdurrahman Abdul Kadir
Sudah terhantuk baru terngadah. Hairie Othman, golongan Janji Ditepati bukan di belah sana tapi di belah UMNO and BN. PAS hanya tahu menghisap madu, habis saja sepah dibuang. Sekarang merayu2 mintak kerajaan Selangor bagi tender potong rumput dan tepati manifesto, tapi kan Hairie, Manifesto bagi Dato MB Selangor adalah bukan janji. Keh3. Kesian pun ada kat hg Hairie. Pindah dok Kelantan dan pakat jadi tukang kutip derma tin milo dalam ceramah PAS saja la. Ajak la Bob Lokman sekali. Dia pun kering gak sekarang ni.
http://mediashahalam.blogspot.co ... an-selepas.html?m=1 —


Takpelah Hairie Othman... Tetaplah jadi penyokong PAS yg setia... syurga menanti anda... susah di dunia takpe jgn susah di akhirat... mcm yg saudara selalu ucapkan di ceramah saudara tu... yakinlah dgn apa yg saudara ucapkan di depan puluhan ribu penyokong PAS...
Like ·  · Share · 20 hours ago · Last edited by loveakfe on 8-6-2013 06:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2013 12:01 PM | Show all posts


tak terkate.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:03 PM | Show all posts
Hahahaha.....ada je yg baeralih arah ni....
Nampak sgt masing2 gunakan parti (mana2 parti pun ada spesis ni) untuk diri sendiri...
Sudahnya rakyat gak konpius...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:04 PM | Show all posts
@skymania alih ke board CI

@hairie padan muka , dengar lagi janji2 kosong   
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:14 PM | Show all posts
takkan nak harap pendapatan dr ceramah saja....

cari la ikhtiar sendiri...bisnes ke apa.
lagipun dia bukan bertanding ke hapa haritu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:31 PM | Show all posts
la...dah nama pun aktivis. takkan kau mengharap duit gaji tetap bulanan? lainlah kau ada jawatan. Itulah, siapa suruh lantang sgt sokong PR. Org buat2 biasa sudeh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2013 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak harapkan tender .. entah dapat entah tidak.. buat lah kerje2 lain dulu... meniaga makan ke.. bukak kedai mini mart ke... at least ada pendaptan.. kan duit banyak masyuk time jadi penceramah  
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:39 PM | Show all posts
2tigapuluh2 posted on 8-6-2013 12:31 PM
la...dah nama pun aktivis. takkan kau mengharap duit gaji tetap bulanan? lainlah kau ada jawatan. It ...

kat artikel tu sebut suh bagi tender mesin rumput ke apa camtulah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2013 12:41 PM | Show all posts
sebenarnya aku igtkan jd aktivis dan penceramah bebas nih sukarelawan free tak berbayor huhuhu...lagi pun hairie ni bukan pakar motivasi ke apa hanya bekas pelakon je kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:49 PM | Show all posts
nak gelakkkk bole tak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:58 PM | Show all posts
btol ke hairi cakap pasal tender potong rumput...

Senang cerita,kata Hairie  ,kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tander potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.


Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:01 PM | Show all posts
Dia ni hidup tau nak bertenggek kat parti politik je ker? dah tau ada anak bini tak reti2 nak kuar cari keje biasa macam rakyat marhaen?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:04 PM | Show all posts
aku rase yg ikhlas join mcm bob lokman ngn aishah...

yg lain tu mmg ade kepentingan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:08 PM | Show all posts
Suchi posted on 8-6-2013 12:39 PM
kat artikel tu sebut suh bagi tender mesin rumput ke apa camtulah

yup betul.

Tp aku interprete mungkin dia berseloroh.

"ala bos, kalau x de ceramah, bagi kerja potong rumput pun jadilah. Sy pun ada anak bini nk bg makan"

Masalahnya kau tu dh biasa berlakon. Kenapalah nk masuk politik. Boleh je berlakon mcm biasa. Pilihlah watak yg mengikut kesesuaian kau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:18 PM | Show all posts
bodoh mengharapkan pendapatan tetap dengan menjaja air liur ja..
sudahlah taraf aktivis saja, tapi mengaharapkan kerja ceramah setiap masa, macam lah ko tu ahli parlimen...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:19 PM | Show all posts
2tigapuluh2 posted on 8-6-2013 01:08 PM
yup betul.

Tp aku interprete mungkin dia berseloroh.

janji bagi tender kat dia..maksudnya amalan kroni dlm pr juga kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2013 01:30 PM | Show all posts
Tunggu luahan setazah abby lak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:43 PM | Show all posts
kenapa ekk dia buat statement2 keluhan camni,dia x pikir ke org akan ketawakan dia kelak....kalau aku jadi dia,aku diam2 sudah kalau dah terlanjur...kalau masih belum terlanjur,aku akan jadi ayam atas pagar je sbb aku artis....

entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:48 PM | Show all posts
Sekarang kan dah susah...job dari pr dah takdapat...Nak jadi artis balik pun tak boleh jugak...malu...sbb dulu masa ceramah dah tercakap yg artis ni lubuk dosa....hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 01:50 PM | Show all posts
anaktoyol posted on 8-6-2013 01:48 PM
Sekarang kan dah susah...job dari pr dah takdapat...Nak jadi artis balik pun tak boleh jugak...malu. ...

nak buat camna,terlajak kata dah....sepatutnya jadi artis kena atas pagar je...mcm micheal yeoh tu,lepas je dia kata dia penyokong BN,dpt title tan sri pulak tu,,,,ramai yg meluat tgk dia...termasuk aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.654195 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list