CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

MENCARI SAKINAH @ WARKAH PENGIKAT HATI (novel JEMARI SENI Jun 2014)

[Copy link]
Post time 26-6-2013 12:29 PM | Show all posts
sambong sambong lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2013 03:01 PM | Show all posts
”LUTFI! Jangan minum air tu! Buang, buang. Amek air baru,” tahan Najiha. Lutfi baru saja dilihatnya hendak meneguk air milo ais di dalam gelas di atas meja makan. Lutfi kehairanan memandangnya.

”Ada semut mati lemas dalam tu...” tegur Najiha. Dia ambil gelas di hadapan Lutfi itu dan berlalu menuju ke sinki.

Lutfi ini main hentam saja minum air. Tadi Najiha sempat nampak seekor semut ’mati syahid’ dalam air milo ais itu, tapi Lutfi terus saja capai nak minum air itu. Kalau minum air yang bercampur dengan semut, takut nanti Lutfi ini jadi bertambah-tambah pelupa. Lainlah kalau Rafiq, sungguh pun usia baru 6 tahun, tapi penggelinya bukan main lagi, pantang tengok semut terapung-apung dalam air minuman, dengan gelas itu dia minta tukar dengan gelas yang baru.

Rafiq itu dah habis dah Juzuk Amma dia hafal. Tinggal nak mantapkan saja lagi bacaannya dari segi sebutan dan tajwid. Lutfi ini yang susah sikit, hendak hafal surah Al-Alaq itu pun masih terkial-kial. Walaupun tak ada siapa yang suruh, tapi Najiha tetap mahu Lutfi jadi golongan huffaz.

Rafiq itu senang sebab sekolahnya memang sekolah tahfiz, tapi Lutfi ini terpaksa dia sendiri yang usaha untuk pastikan Lutfi hafal ayat-ayat Al-Quran. Tapi Alhamdullillah anak-anak arwah Kak Naurah ini terang hati betul, disuruh solat dan mengaji senang saja. Apatah lagi kalau jemaah di masjid, memang melampau-lampau suka walaupun Rafiq itu memang tak khusyuk kalau solat di sana. Mata itu asyik nak pandang orang lain dalam masjid. Cari kawan sekolah katanya, hai Rafiq, Rafiq.

Tapi jarang budak berdua itu dapat solat berjemaah di masjid, sebab ayah selalu sibuk. Hendak harapkan Jiha ini, takkan nak suruh budak berdua itu solat di bahagian jemaah perempuan kan. Abang Naim dan keluarganya pula duduk rumahnya sendiri. Rumah ini lelaki dewasa cuma ayah seorang sahaja.

Kadang-kadang Najiha terfikir juga, kalaulah dia sudah kahwin, kan senang suaminya nanti yang bawa Lutfi dan Rafiq ke masjid. Wah, tingginya angan-angan kamu ya Najiha. Iyalah, kan seronok kalau suami Jiha itu nanti dapat bantu Jiha mantapkan hafazan Al-Quran Lutfi dan Rafiq, lepas tu sama-sama bantu lahirkan anak-anak yang huffaz sebagai zuriat mereka, Najiha sudah pasang mimpi indah lagi.

”Mak Usu senyum apa tu?” soal Rafiq tiba-tiba menghampiri Najiha. Hairan dia agaknya melihat Najiha yang tersenyum seorang diri tidak tentu hala dari tadi.

”Eh... mana ada. Mak Usu ingatkan Rafiq hehe... dah habis makan? Sedap tak ayam goreng?” dia tersipu-sipu lalu cium pipi Rafiq yang comot itu.

”Sedap. Nanti esok masak lagi macam tu..” pesan Rafiq sambil cuci tangan di sinki. Mestilah sedap kan, Mak Usu kamu ni kan pakar masak ayam goreng. Dah hari-hari asyik goreng ayam untuk kamu berdua mestilah sedap, detik Najiha.         

Cuci pinggan mangkuk dulu. Lepas ini solat Isyak, lepas tu nak baca Yassin, fikirnya sambil capai pinggan kotor di sinki. Nak kena baca ulang kali ayat 36 dari surah Yassin ni, mana tahu kot-kot dapat jodoh cepat, hehe dia gelak-gelak dalam hati. Ayat 36 surah Yassin itu, kata Khadijah, doa untuk cepatkan jodoh.

Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Itulah ayat jodoh yang Ustaz Wan war-warkan pada dia dalam facebook, tapi dia pura-pura buat endah tak endah. Khadijah pun ada bagitahu suruh dia amalkan ayat itu, usaha kata Khadijah. Tapi masa orang cakap begitu, Najiha ini sengaja buat muka tak minat, padahal lepas itu bila balik rumah, cepat saja dia buka buku Yassin, dan cari maksud ayat ke 36 surah Yassin itu. Kalau Khadijah dan Ustaz Wan tahu, memang kena giatlah dia. Dulu-dulu tak pula dia kisah pasal soal nak kahwin ni. Hati dan kasihnya sudah dipaut oleh Lutfi dan Rafiq. Tapi, yalah sekarang usia nak masuk kepala 3, dia kena fikir soal masa depan juga.     

”Lutfi. Ajak Rafiq makan kismis 7 biji. Lepas tu pilih satu surah... jap lagi Mak Usu nak dengar...” pesan Najiha pada Lutfi yang baru cuci tangan.

”Mak Usu.. surah Al-Kautsar ya...” kata Rafiq yang hantar gelas minumannya di sinki.
”Ala... balik-balik Al-Kautsar. Kalau Al-Kautsar kena baca sekali dengan Al-Fiil. Dua surah tu. Kalau tak nak baca dua surah, baca Al-Buruuj satu je boleh?” pujuk Najiha.

Rafiq ini kalau suruh murajaah, balik-balik surah Al-Kautsar itu dia baca. Yalah, Al-Kautsar pendek, tiga ayat sahaja. Jadi selalunya dia buat tawaran istimewa dengan Rafiq, baca 2 surah pendek atau baca 1 surah panjang. Selalunya Rafiq ini terpedaya dengan angka 2 dan angka 1, jadi dia akan pilih baca 1 surah panjang, geli hatinya kadang-kadang ingatkan perangai Rafiq ini.

”Oklah. Baca Al-Buruuj. Tapi nak main PSP dulu.” jawab Rafiq tawar-menawar lagi.
”Ok. Lepas main PSP kita baca sama-sama ya.” Najiha senyum-senyum. Dengan Rafiq ini kena pandai pujuk, baru dia mahu murajaah.

Najiha buka peti sejuk, tengok botol madu yang hampir kosong. Nampaknya esok kena beli sebotol madu lagi. Kurma memang ayahnya selalu beli, sentiasa ada dalam peti sejuk. Ayah itu kan suka makan cucur kurma untuk minum petang. Kurma, madu dan kismis itu makanan membantu cerdaskan minda buat Lutfi dan Rafiq. Kena ‘top up’ selalu dalam peti sejuk itu.

Teringat pula dengan surat jemputan ceramah motivasi solat hajat yang ada dalam beg laptopnya. Cepat saja Sarah taipkan surat itu tengah hari tadi dan bagi pada dia sebelum dia balik. Sekejap lagi dia nak bagi pada ayah, minta tolong ayah beri pada Dr. Hasbi supaya Dr. Hasbi boleh bagi pada Ustaz Umar itu. Kata Cikgu Masrip baik bagi ‘by hand’ begitu sebab kita ni nak minta tolong orang dengan tak harapkan balasan. Kalau fax terus ke tempat kerja Ustaz Umar tu, nanti kena melalui pelbagai aras pihak atasan pula. Sebelum itu, dia mahu ‘print’ dulu resume lamanya yang ayah minta. Kata ayah, ada kawannya nak buat rujukan.

“Dalam internet kan banyak, ‘google’ je. Apa pulak pakai resume Jiha?” soalnya pagi tadi ketika ayah telefon dari pejabat minta dia ‘print’kan satu salinan resumenya.

“Dalam internet tu common sangat. Resume yang kamu buat untuk minta biasiswa sambung belajar dulu, itu lengkap sikit. ‘Print’ tau. Malam karang bagi kat ayah.” Kata Encik Kamarulzaman. “Ada anak kawan ayah nak buat rujukan.”

Nasib baik godek-godek dalam laptop, jumpa resume yang ayah maksudkan itu. Ada banyak resume yang dia sendiri buat tapi yang paling terbaru, yang dia guna untuk mohon biasiswa luar negeri awal tahun ini tadi. Najiha itu tiap tahun mohon sambung belajar, tapi bila dapat tawaran, dia tolak. Saja je, ‘test power’ katanya, Encik Kamarulzaman geleng kepala dengan perangai anak bongsunya. Bukan pasal ‘test power’, sayang sangat hendak tinggalkan Lutfi dan Rafiq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 03:35 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:45 PM | Show all posts
''Ada anak kawan ayah nak buat rujukan.”

baru nk kata ank kwan ayah tu ostad Umar..tgk2 dh ada en3 lain..betul pun

xlama lagi kompang brbunyi lah ye...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 03:51 PM | Show all posts
Awanjingga,
Kalau tak ada aral melintang, seminggu dua lagi kompang dipalulah hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 04:28 PM | Show all posts
aylanins posted on 26-6-2013 03:51 PM
Awanjingga,
Kalau tak ada aral melintang, seminggu dua lagi kompang dipalulah hehe

nk jd pengantin ramadan ke??
jadi pengantin syawal lagi afdal kot..ye dakk ostaddd...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2013 04:37 PM | Show all posts
alamak.. ye tak ye jugak... kita tunggu cuti sekolah hujung tahunlah, lagi ramai yang datang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 01:13 PM | Show all posts
ENCIK Kamarulzaman pandang surat yang baru sampai sebentar tadi. Surat itu dari MARA. Masih banyak baki bayaran pinjaman MARA itu yang harus dia bayar walaupun sudah 7 tahun kebelakangan ini dia cuba bayar secara ansuran. Encik Kamarulzaman mengeluh, aduhai anak.

Pinjaman MARA itu milik arwah Naurah dulu. Anak sulung itu mulanya jadi kebanggaan keluarga. Bijak, cantik, lengkap segalanya, kemudian melanjutkan pelajaran pula ke luar negeri. Tapi setelah dua tahun mengambil bidang perubatan di Australia, dia dapat surat dari pihak penaja bahawa Naurah itu gagal dalam peperiksaannya.

Menurut pihak MARA, Naurah boleh mengulang semula, namun tajaan terpaksa dihentikan. Hendak mengulang semula memang boleh, tapi kos pengajian universiti luar negeri itu terutamanya dalam bidang perubatan amat mahal.  Lainlah kalau universiti tempatan, dia boleh bertolak ansur lagi untuk tanggung semua kos pengajian Naurah.

Dia ingat lagi saat dia minta agar Naurah balik ke Malaysia, dan sambung belajar sahaja di Malaysia tapi anak itu menolak. Katanya mahu terus tinggal di Australia, dan kahwin dengan teman lelakinya. Saat itu dia terasa dunia itu bagai apa, cepat saja dia dan isterinya ambil tiket penerbangan ke Australia, mahu pujuk Naurah balik ke Malaysia, tapi setibanya dia di sana, akad nikah itu sudah berlangsung tanpa dia sebagai walinya. Apa lagi yang dapat dia buat, nasi sudah menjadi bubur. Dipujuk dirayu sekalipun, anak yang ditatang bagai dulang emas itu tidak lagi mahu mendengar katanya.

Encik Kamarulzaman merenung bingkai gambar di atas mejanya yang terisi gambar Lutfi dan Rafiq. Dua anak itu umpama ganti arwah Naurah. Naurah pernah kata dahulu, sakit kanser payu daranya itu bagaikan kifarah atas dosanya yang dia buat dahulu. Derhaka pada ibu bapa itu kan salah satu dosa besar. Tapi dia dan isterinya sudah lama ampunkan Naurah.

Kanser itu menyerang Naurah sewaktu dia mengandungkan Lutfi. Selepas Lutfi lahir, rawatan terapi kanser dijalankan dan Lutfi yang tidak pernah merasa susu ibunya sendiri itu, membesar dalam jagaan mereka sekeluarga. Tiga tahun selepas Lutfi lahir, Rafiq menyusul. Ketika itu sel-sel kanser dalam badan Naurah kembali aktif, dan setahun selepas Rafiq lahir, kesihatan Naurah semakin terjejas sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Doktor pernah menasihatkan agar Naurah yang ketika itu mengandungkan Rafiq, supaya membuang kandungannya agar terapi kanser dapat dijalankan dengan segera. Tapi Naurah tetap mahu meneruskan kandungannya.

“Kalau Ara tak ada, dua anak inilah yang Ara tinggalkan. Kalau Nick ambil Lutfi, mak ayah masih ada yang bongsu ini,” bagai terngiang-ngiang di minda Encik Kamarulzaman suara Naurah yang lirih, yang ketika itu terlantar di hospital. Nick atau nama penuhnya Nicholas itu suami Naurah. Di awal perkahwinan dia baik, dia sangat baik. Ketika itu Encik Kamarulzaman rasakan yang semuanya akan menjadi baik seperti sedia kala. Malah selalu juga Najiha yang ketika itu masih menuntut di UPM balik ke rumah sewa Naurah dan suaminya di Subang Jaya sekali-sekala.

Tapi ketika Naurah terlantar sakit, dan pada masa yang sama Nick itu hilang pekerjaan, cinta itu tiba-tiba bertukar menjadi benci. Benarlah kata pepatah Inggeris, "When poverty knocks at the door, love flies through the window." Nick itu kembali pada cara hidup zaman jahiliyah, dia lebih suka meneguk arak, balik ke rumah marah-marah dan Naurah yang setia itu jadi mangsa amarahnya.

Waktu itu Jiha selalu telefon dia ke rumah, dan mengadu, katanya ‘Kenapa ya Kak Ara tak bagi Jiha balik Subang Jaya. Jiha nak tengok Lutfi…’ Masa itu dia sudah mengagak ada sesuatu yang tak kena. Bila dia tahu apa yang terjadi, dia mohon pada Nick mahu bawa Naurah dan Lutfi balik ke Sarawak.

Setahun selepas Naurah dirawat, dia kembali sihat, tapi tidak sepenuhnya. Lutfi dia tinggalkan di Sarawak, tapi dia sendiri kembali pada Nick di Subang Jaya dengan alasan dia tidak mahu Lutfi jadi anak yang tidak berbapa. Anak itu memang degil, detik hati Encik Kamarulzaman. Ketika itu dia dan isterinya memang marah, tapi setia Naurah pada Nick melebihi segala-galanya. Apabila Rafiq lahir, episod sedih itu berulang kembali, tapi pengakhirannya kanser Naurah sudah di peringkat akhir.

Itulah, sebelum Naurah menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan, “Kalau jadi apa-apa pada Ara, anak ini bagi kat Jiha. Ara tahu Jiha boleh jaga Lutfi dengan Rafiq ini baik-baik.”         

Lutfi dan Rafiq itu tidak pernah kenal kasih ibunya. Mereka berdua cuma tahu Naurah itu si ibu, tapi kasih seorang emak itu datangnya dari Najiha. Selepas Naurah meninggal, bertahun Encik Kamarulzaman berjuang untuk dapatkan hak penjagaan Lutfi dan Rafiq. Mana lagi dengan kes tertangguh, dengan Nick yang jarang mahu tepati janji untuk hadir ke sidang mahkamah. Tapi Allah s.w.t. memang sayangkan Lutfi dan Rafiq. Hak penjagaan itu jatuh pada dia dan isterinya selaku datuk dan nenek budak berdua itu.   

Surat MARA itu Encik Kamarulzaman simpan di dalam begnya. Pinjaman itu terpaksalah dia yang langsaikan. Sebab itu dia terpaksa minta bersara awal untuk buka syarikat guaman sendiri. Isterinya dan anak keduanya Naim, bertungkus-lumus memastikan restoran keluarga mereka maju. Dengan cara berniaga begini sajalah pendapatan mereka sekeluarga lebih terjamin. Bukankah 9 per sepuluh rezeki itu datangnya daripada perniagaan.  

Dia sangat-sangat berharap takdir Najiha tidak begitu. Itulah satu-satunya anak perempuannya yang tinggal. Mudah-mudahan Najiha dapat jodoh yang baik-baik, Encik Kamarulzaman mengaminkan dalam hati. Dia tidak pilih dan tidak harap menantu yang kaya raya atau tinggi pelajarannya. Dia cuma mahu seorang menantu yang bertanggungjawab dan beriman, dan boleh terima mereka sekeluarga seadanya. Itulah dia bersetuju dengan saranan Dr. Hasbi. Tapi kalau bukan jodoh mereka, dia sebagai ayah hanya mampu redha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2013 02:40 PM | Show all posts
tq tt...terbuka luahan hati bapa jiha...berat sungguh dugaan yang melanda mereka sekeluarga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 10:16 AM | Show all posts
BAB 9


PETANG semakin menganjak ke senja. Umar cepat-cepat berjalan menuju ke keretanya. Malam itu dia harus ke SK Kuala Merbuk untuk bagi tazkirah ala ceramah motivasi buat murid-murid Tahun 6 sekolah itu. Dia harus segera pulang ke rumah sewanya untuk mandi dan tukar pakaian yang lebih bersih dan kemas. Sebelum Maghrib dia harus di sana untuk imamkan solat Maghrib dan solat hajat.

Nama SK Kuala Merbuk itu mengingatkannya pada saranan Dr. Hasbi. Sudah sebulan setengah berlalu tapi dia belum bagi keputusannya pada Dr. Hasbi. Sejak Dr. Hasbi bagi dia resume Najiha hari itu, Dr. Hasbi pula sibuk sangat. Dua hari selepas bagi dia resume itu, Dr. Hasbi ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Selepas itu ke Makkah pula untuk tunaikan umrah dan ziarah sekali.

Balik dari umrah, orang tua itu agak kurang sihat asyik batuk-batuk. Mungkin cuaca yang agak panas di Makkah. Baru minggu lepas Dr. Hasbi masuk pejabat, itupun masih sibuk sentiasa. Masjid Negeri ini akan menganjurkan solat hajat perdana yang akan dihadiri oleh semua sekolah di Bandar Kuching ini. Betul-betul seminggu sebelum bermulanya UPSR. Belum lagi program Pusat Tahfiz mereka sendiri. Majlis konvokesyen untuk murid-murid tahfiz Tahun 6 akan berlangsung juga. Yang dijemput bukan calang-calang orang untuk merasmikan tetapi menteri. Pusat Tahfiz ini kan yang pertama seumpamanya di Sarawak ini, malah dengan pemantauan terus dari Jabatan Ketua Menteri, menjadikan ia sebuah sekolah yang menyerupai sekolah elit swasta yang lain.   


NAJIHA cepat-cepat buka pintu rumah. Kalau boleh sebelum Maghrib dia harus berada di sekolah untuk solat Maghrib dan solat hajat berjemaah. Tapi hari ini Rafiq balik lewat, ada latihan sempena majlis konvokesyennya di sekolah. Jalan  menuju ke rumah pula agak sesak sebab ada kemalangan tadi. Tidaklah teruk, cuma penunggang motosikal itu masih lagi terbaring di atas jalan raya, manakala kereta yang melanggarnya cuma kemek sedikit di bahagian depan. Tapi macam biasalah, sesak itu sebab kereta yang lalu-lalang semuanya mahu melihat adegan di pinggir jalan itu.  

Kemudian dia terpaksa pula singgah beli ayam KFC sebab memang tidak sempat hendak masak apa-apa malam ini. Emak telefon tadi kata akan bawa sedikit lauk dari restoran, ikan masak kari rasanya dan sayur bendi tapi Rafiq itu memilih sangat, mana dia mahu makan kari ikan. Sayur pun dia tidak makan. Lutfi boleh saja, tapi hendak mudah, Jiha beli saja ayam KFC, nanti di rumah cuma tanak nasi. Lepas itu, dia, Najiha boleh terus bersiap untuk ke sekolah.

“Lutfi, ajak adik makan ya. Mak Usu nak mandi.” Jiha sudah letak ayam KFC itu di dalam mangkuk sederhana besar. Budak-budak memang suka makan KFC, kalau ayah dan emak mana mahu, selera orang tua lain.

“Mak Usu pergi mana?” tanya Rafiq yang sudah capai seketul ayam goreng.
“Mak Usu ada kelas di sekolah. Nanti duduk dengan Tok Man dan nenek ya…”
“Tapi Tok Man dan nenek belum sampai..” kata Lutfi.
“Yalah… kejap lagi sampai. Kalau nenek dan Tok Man sampai, barulah Mak Usu keluar.”

Jiha sudah bergegas naik tangga mahu mandi dan bersiap. Kalau boleh mahu sampai awal, janganlah pula jadi macam tahun lepas, lewat datang, orang dah masuk rakaat kedua, terpaksa dia solat masbuq, itu pun murid-murid keliling pandang dia pelik-pelik mungkin hairan kenapa cikgu ini tak habis-habis rakaat dia. Lepas itu dia sendiri pun tak pasti betul ke tidak cara dia solat masbuq itu.

Tapi kalau tahun ini dia terlewat juga, dia tetap mahu masuk solat berjemaah, masbuq pun masbuqlah. Sebab dia sudah tanya Sarah macam mana nak solat masbuq kalau kita jadi makmum yang terlambat.

Najiha keluar dari rumah 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Ayah dan emak sudah sampai di rumah, dan Lutfi serta Rafiq sudah kenyang makan ayam KFC. Hati terasa lapang bila dia di dalam kereta. Sempat rasanya dia turut serta dalam solat Maghrib berjemaah di sekolah itu. Kalau tak sempat, terpaksalah solat Maghrib seorang diri di pra sekolah.

Siang tadi Kak Mirah cakap kelas pra sekolah di sebelah dewan sekolah itu, akan jadi markas menghidang makanan. Selepas solat Maghrib, ada solat hajat, kemudian bacaan Yassin, lepas tu ada sedikit tazkirah motivasi, barulah solat Isyak berjemaah. Sebelum balik ada sedikit jamuan. Itulah Kak Mirah kata kena buka kelas pra sekolah sebab makanan katering akan sampai awal, tumpang dulu makanan tu semua di kelas pra sekolah. Nanti kalau letak awal sangat makanan tu di dewan sekolah, tak pasal-pasal semua jemaah tak khusyuk cium bau lauk-pauk yang sedap itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 10:50 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 11:28 AM | Show all posts
lamanya ustaz umar nak berjumpa jiha...x sabar tau...kasihan dekat lufti dan rifqi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2013 12:30 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2013 07:01 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 05:59 PM | Show all posts
Senangnya Dlm hati...

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 11:33 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2013 11:37 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 03:11 PM | Show all posts
heeheh najiha dah dapat aura jodoh tuh..boleh la langsung sblm ramadhan nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 06:21 PM | Show all posts
next

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 10:09 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 31-7-2015 01:11 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071017 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list