CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

MENCARI SAKINAH @ WARKAH PENGIKAT HATI (novel JEMARI SENI Jun 2014)

[Copy link]
 Author| Post time 25-7-2013 09:13 AM | Show all posts



Last edited by aylanins on 28-5-2014 05:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 09:23 AM | Show all posts
ustaz umar baca doa apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 09:31 AM | Show all posts
Oleh kerana saya hendak kategorikan cerita ini dalam cerita 'sweet islamic', maka   saya tidaklah dapat menghuraikannya dengan lebih detail di sini kias sahaja cukup rasanya...

mohon maaf mohon maaf.. ngeh ngeh ngeh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 09:34 AM | Show all posts
heheheh honeymoon sudah....maklumlah en. abang nk balik terengganu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 09:41 AM | Show all posts
aylanins posted on 25-7-2013 09:31 AM
Oleh kerana saya hendak kategorikan cerita ini dalam cerita 'sweet islamic', maka   saya tida ...

sambung lagi la

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 10:06 AM | Show all posts



Last edited by aylanins on 28-5-2014 05:18 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2013 10:49 AM | Show all posts
oooo so sweetttt....2 hari jek abg umar nk ke sana...tp rindu jiha dah membuak2 dibuatnya...kuasa ALLAH yang menggerakkan hati manusia....suka duka benci rindu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 11:13 AM | Show all posts
Jap... ada lagi nih, last entry untuk hari ini. Lepas tu Insya Allah esok baru update lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2013 11:13 AM | Show all posts



Last edited by aylanins on 28-5-2014 05:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 11:28 AM | Show all posts
aylanins posted on 25-7-2013 10:06 AM
NAJIHA meneliti jadual hafazan Lutfi dan Rafiq yang baru dibuatnya sepanjang petang tadi. Pagi tadi  ...

Kalau mim mati bertemu dgn ba, bukan ba cabut lari ke?








larikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 03:47 PM | Show all posts
Feeling Lebih...

Next!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:57 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 07:08 PM | Show all posts
sweetnyer jiha n umar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 11:13 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-7-2013 11:28 AM
Kalau mim mati bertemu dgn ba, bukan ba cabut lari ke?

Ooo... ba cabut lari ya... sila tulis pengertian hukum tajwid Ikhfa Syafawi itu 100 kali,
hantar dengan Ustaz Umar esok, sebelum rehat pukul 10...








Last edited by aylanins on 26-7-2013 11:15 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 11:23 AM | Show all posts
BAB 16



MANISNYA Najiha ini… padan sangat dengan Umar itu… macam pinang dibelah dua…” kata Mak Su Beah ketika dia bersalam dengan makcik-makcik Umar yang duduk di dapur rumah keluarga Umar itu. Rasanya ini yang Umar kata nama dia Arbaiyah itu.

Sebelum jejak kaki ke rumah keluarga Umar ini, dia terlebih dahulu hafal salasilah keluarga Umar yang Umar beri sebelum dia ke Terengganu tempoh hari. Ya, bukan subjek Kejuruteraan Matematik saja yang kena ulangkaji tahu, salasilah keluarga mentua pun kena belajar juga.

“Inilah anak buah Najiha itu ya, mana yang bongsu tu? Anak murid Umar tu? Ooo… pandai Umar ini ya. Siap teropong-teropong lagi makcik student dia kat sekolah dia itu ya…” usik Mak Teh Wani ketika Lutfi dan Rafiq malu-malu bersalam dengan mereka yang ada di dapur itu.

“Mak Teh… mana ada…” sahut Umar yang tiba di dapur itu, sempat dia terdengar komen Mak Tehnya itu.

“Saya tak pernah pun teropong-teropong anak dara orang…” katanya lagi, takut nanti Najiha dengar lalu salah faham. Manalah dia pernah berani menatap mata anak gadis orang, apatah lagi risik-risik anak dara orang untuk dijadikan teman hidup. Najiha itulah yang pertama dan Insya Allah yang terakhir.

“Allah, comel sungguh,” tegur Mak Long apabila Lutfi dan Rafiq bersalam dengannya. Rafiq yang malu-malu itu lalu ambil tempat duduk di pangkuan Najiha selepas bersalam. Lutfi pula duduk di sebelah Mak Usunya.

“Mana ada, mana ada, malu-malu kamu ni. Patut pun sanggup terbang jauh ke Sarawak sana mengajar, jodoh memanggil-manggil di sana tu ya…” usik Mak Teh itu lagi.

“Haa… itulah aku cakap… dapat tawaran KPLI jQAf di Terengganu sini, menolak tu Wani. Sanggup tu terbang sana nak jadi guru tahfiz…” sambung Hajah Khairiyah, emak Umar itu, sudah menghampiri menantunya yang merah padam wajahnya kena sakat.

“Ini yang hafaz banyak surah tu ya? Yang mana satu yang tengah hafal Al-Quran tu Umar?” tanya Mak Long.

“Dua-dua tu Mak Long… Insya Allah bakal huffaz dua-dua tu…” kata Umar lalu duduk di tepi pintu dapur itu. Niatnya memberitahu begitu bukan hendak riak, tapi sebagai semangat buat budak berdua itu supaya lebih suka akan Al-Quran. Juga sebagai semangat untuk Najiha untuk lebih rajin buat murajaah untuk berdua itu. Hendak lahirkan generasi yang huffaz ini, banyak cabarannya.

“Ni adik-beradik mak, makcik-makcik Umar ni memang suka menyakat. Jangan kecil hati Jiha, buat macam rumah sendiri ya…” pujuk Hajah Khairiyah dengan senyum manisnya.

“Takpa… Jiha biasa je…” jawabnya senyum pada emak Umar yang baik itu.

Malu juga dengar kata-kata makcik-makcik Umar itu. Kalau emak ada duduk di sini juga, dapat juga dia menyorok di sebelah emak, tak adalah semua mata asyik memandang dia saja di dapur ini. Tapi emak, ayah, dan kaum keluarganya yang lain itu semuanya duduk di ruang tamu berbual dengan tetamu yang ada di situ. Tadi Umar suruh dia masuk dan berkenalan dengan yang ada di dapur ini. Harapkan Rafiq yang duduk di pangkuannya ini sajalah untuk lindung rasa segannya.

“Kata, keluarga Jiha nak beli kain ya kat Pasar Payang sana? Umar, ajaklah Kak Huda kamu tu, dia tu nak saja kalau dibawa ke Pasar Payang sana. Dia pandai tawar-menawar tu…” cadang Mak Su Beah.

“Iya… bawaklah Huda tu. Boleh kawan dengan Jiha ni nanti… kan sama-sama cikgu tu, senang sembang-sembang nanti,” kata Hajah Khairiyah pula. Huda itu menantunya, isteri anaknya yang jadi doktor itu.

“Sekarang, kan cuti sekolah. Huda tu suka aja dibawa jalan-jalan. Sementara dia belum ada anak ni, nak saja dia tu kalau orang ajak. Boleh bawa Avanza Huda tu sekali. Kamu Umar bawak Exora abah kamu, cukuplah tu untuk keluarga Jiha ni,” cadang Mak Teh Wani pula.

“Nantilah saya tanya Bang Hazim,” kata Umar. Senang hatinya melihat Najiha itu mudah diterima masuk dalam keluarganya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 11:27 AM | Show all posts
MAK tak kisah ke kita pergi sini. Duduklah lama sikit kat rumah mak sana,” kata Najiha bila kereta Myvi yang dipandu oleh Umar sampai di depan chalet di Rantau Abang. Kereta itu milik Kak Masyitah, kakak kedua Umar yang di Jordan itu. Kereta itu memang ditinggalkan di rumah emak dan abah Umar di Kuala Terengganu itu.

“Mak tak kisah. Lagipun bukan lama kat sini, 2 malam je. Lepas tu kita kan balik rumah mak semula,” kata Umar sambil buka pintu kereta.

Najiha terdiam. Bukannya dia tidak setuju bermalam di chalet itu, walaupun majlis sambut menantu di pihak lelaki sudah selesai, tapi segan juga dengan keluarga Umar itu. Habis majlis, pergi lari sini, mana dia hendak sembunyi muka ini. Bukan mereka tahu pun Umar inilah yang punya rancangan. Takut nanti orang kata Jiha ini yang tak betah duduk rumah mentua.

“Janganlah risau. Saya dah cakap kat emak, ini rancangan saya. Nak bawa Jiha… ahem… berbulan madu..” senyum Umar dengan nakal. Tangannya buka bonet kereta tapi matanya sempat memandang wajah Najiha yang mengetap bibir itu. Rindunya dia pada kekasih hatinya itu.

Oh, berbulan madu ya, detik Najiha dalam hati. Terharunya dengar abang ustaz ini cakap begitu. Dia pura-pura sibukkan diri dengan mengangkat beg dari dalam bonet kereta itu, padahal dalam hati sebenarnya suka. Wah, gatal!

Emak, ayah, Lutfi, Rafiq dan keluarganya yang lain yang ikut serta rombongan ke Terengganu ini sudah berangkat ke Kuala Lumpur lewat petang semalam. Emak dan geng perempuan itulah, dah banyak memborong di Pasar Payang, hendak sambung pula memborong di Jalan Tun Abdul Rahman. Abang Nazminya yang kerja jadi peguam persekutuan di Putrajaya itu awal-awal lagi pesan minta mereka semua itu tidur bermalam di rumahnya sepanjang berada di Kuala Lumpur itu. Isteri Abang Nazmi yang baik itu awal-awal lagi sudah minta cuti hendak ikut serta dalam rombongan membeli-belah itu.

“Rindu saya tak?” bisik Umar tatkala membantu mengangkat beg keluar dari kereta Myvi hijau itu.

Najiha tidak menjawab. Apa tanya macam itu, Umar tahu tak dua hari Umar itu tiada di sampingnya, betapa saratnya dia menanggung rasa rindu itu. Terasa hendak ditatapnya mata Umar yang redup itu puas-puas.

Kalaulah Umar tahu betapa dia rindukan Umar itu, sampai ke tahap ambil CD Maher Zain Umar yang ada dalam kereta Kancil Umar itu, dan dengar lagu ‘Ya Nabi Salam Alayka’ ulang kali, tentu Umar akan usik dia tak sudah-sudah. Sebab itu lagu kesukaan Umar. Kalau naik kereta dengan Umar, selain dari dengar CD mengaji, Umar suka pasang lagu itu ulang-kali sampai Jiha ini boleh hafal lirik lagu itu.
Last edited by aylanins on 21-9-2013 10:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2013 11:30 AM | Show all posts
SERONOK tak kat Terengganu ni?” tanya Umar semasa mereka berdua jalan-jalan ambil angin malam di pantai Rantau Abang yang bersih itu. Pantai yang cantik itu agak sunyi dari para pengunjung malam itu.

“Seronok…” jawab Najiha. Malam agak gelap dan disinari dengan hanya sedikit cahaya bulan itu menyebabkannya tidak segan-segan memaut lengan Umar. Umar di sebelahnya senyum sahaja. Kalau siang hari atau depan orang ramai, nak panggil dia pun Jiha itu segan, apatah lagi nak menggenggam tangannya begini.

“Masa saya tak ada, ada buat tahajud tak?” soal Umar.

“Ada…” jawab Najiha pendek. Sukanya hati dapat jalan-jalan dengan buah hati!

“Ambil wuduk tak sebelum tidur?” soal Umar lagi.

“Ambillah…” jawab Najiha manja.

“Baca tak tiga Qul sebelum tidur?”

“Baca.” Banyaknya abang ustaz ini tanya.

“Murajaah Lutfi dan Rafiq buat tak?”

“Buat.”

“Sayang saya tak?”

“Sayang.” Najiha lalu tekup mulutnya. Alamak! Terlepas. Umar tersengih di sebelah. Perangkap sudah mengena, hehe, dia gelak dalam hati. Tangannya semakin erat menggenggam tangan si belahan jiwa di sebelahnya. Kaki terus melangkah di tepi pantai yang putih bersih itu.

“Kalau baca Al-Quran dengan tajwid itu, hukumnya Fardhu Ain,” kata Umar lagi.

Wah, kelas agama Ustaz Umar sudah mula, detik hati Najiha. Kalau dulu-dulu masa sekolah, ustaz atau ustazah terangkan pasal hukum-hakam agama, mesti dia akan tersengguk-sengguk dalam kelas, tapi sebab di sebelah ini abang sayang yang bagi kuliah, maka harus dia dengar dengan penuh minat.

“Huruf Qalqalah ada lima. Hukum tajwid bagi Qalqalah Kubra ialah, bacaannya hendaklah dibunyikan dentuman yang besar sedikit pada huruf qalqalah yang diwaqafkan. Jiha pada saya macam itulah, hati Jiha berdentum kuat pada hati saya…” kata Umar lalu menoleh sekejap pada Najiha di sebelahnya.

“Terima kasih kerana sudi jadi belahan jiwa saya…” kata Umar.

“Kenapa cakap macam itu…” kata Najiha. Umar ini, hati ini sudah penuh bunga daisi janganlah sayu-sayu begini.

“Saya harap Jiha redha dan sentiasa sabar, tak jemu untuk didik Lutfi dan Rafiq, dan juga bakal anak-anak kita nanti,” Umar terus genggam tangan Najiha dengan erat.

“Menanam kalam Allah s.w.t. dalam dada itu tugasnya mencabar, lebih-lebih lagi jika kita mahu lahirkan golongan huffaz, yang bukan saja hafal Al-Quran, tapi satu hari nanti Insya Allah mampu mencetus arus reformasi dalam masyarakat supaya menjadi masyarakat yang unggul…” sambung Umar.

“Janji dengan saya ya… walau apa yang terjadi, Jiha tak akan patah semangat untuk sama-sama saya lahirkan golongan huffaz…” kata Umar sambil matanya yang redup memandang tepat mata Najiha. Sejuknya hati memandang  wajah itu. Najiha yang tidak pernah marah, yang manis, yang pemalu, yang sentiasa santun padanya. Alangkah rindunya dia mahu mengusap pipi yang lembut itu.

“Ya… Jiha janji. Insya Allah. Janganlah serius sangat, Jiha takutlah tengok… macam nak lawan pidato saja,” katanya bila melihat mata Umar yang sungguh-sungguh itu.

“Jomlah kita balik chalet ya… dah lewat malam sangat..” kata Umar lalu pimpin tangan Najiha berpatah balik ke arah tempat penginapan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 11:50 AM | Show all posts
aylanins posted on 26-7-2013 11:13 AM
Ooo... ba cabut lari ya... sila tulis pengertian hukum tajwid Ikhfa Syafawi itu 100 kali, ...

Saya dah tulis ustaz. Sila lah semak!

pengertian hukum tajwid Ikhfa Syafawi itu 100 kali,


larikkk

ps: ustaz jgn kejar saya. Sila berhani mun dgn belahan jiwa ustaz itu.


psssttt no 2: Awat firasat cheq mengatakan Ustaz Umar akan syahid?

Betul ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 03:27 PM | Show all posts
Indahnya gaya penulisan dan ayat ayat yang digunakan  tt....
Bila baca rasa sungguh syahdu...
U can really feel apa yang hendak  disampaikan ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 08:49 AM | Show all posts
ladyFinger12:   
psssttt no 2: Awat firasat cheq mengatakan Ustaz Umar akan syahid?
Betul ka?

Ahem... mungkin ya mungkin juga tidak Tunggu ya... ending dah ada... on the way, sedang ditaip...

honeybee1802, cantik88, sarizu, suria74, mie07, cherrybiru, awanjingga, kenapaaku dan pembaca yang lain termasuk silent reader:
Terima kasih, terima kasih sudi baca dan bagi komen. Komen anda menceriakan hari-hari saya      

MsIda:
Terima kasih atas komen itu. Semangat untuk menulis ini terus berkobar-kobar...


Okay... ni dia entry seterusnya.
Last edited by aylanins on 27-7-2013 08:58 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.085849 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list