CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3411|Reply: 11

CERPEN : SELAMAT TINGGAL DUNIA………….

[Copy link]
Post time 11-6-2013 02:27 AM | Show all posts |Read mode
SELAMAT TINGGAL DUNIA………….


        “Haji………….abang nak tanya pasal haji….kalau kita banyak hutang,camna kita nak pi haji?”


Sapa Norizan pada satu petang….Ustaz Kamus yang biasa dipanggil Haji  menjawab “Kita ni berniaga bang…sampai mati pun tak habis hutang….Jika ada rezeki,pergilah bang…Hutang kita boleh dibayar….Sekarang mana ada orang tak  berhutang?semua berhutang..makan gaji pun berhutang….”


          Norizan termanggu-manggu dengan jawapan Ustaz Kamus…setelah diberikan buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman oleh Ustaz Kamus,Norizan  semakin memahami ilmu agama…sebagai bekas askar yang  tidak mempunyai pendidikan agama tinggi,Norizan hanya menambahkan ilmu melalui buku-buku agama selain hadir kuliah di masjid dan surau ..




          Sejak jam 8 pagi Norizan membuka premis perniagaan…dibantu  oleh dua pekerja yang komited.Itulah rutin Norizan sejak  pencen askar…Pelbagai jenis peralatan  dan mesin dibaiki.Semakin lama semakin bertambah banyak…Kerja yang cepat dan pantas menjadikan bisnes Norizan semakin maju.




      “Yang..kita dah ada dua rumah…..lepas ni nak beli rumah ketiga…..abang serba salah yang….haji belum pergi lagi…”ujar Norizan satu malam.

“Ala………….abang ni muda lagi……………..baru 52 tahun…”balas isterinya Milah.




               Norizan membelek-belek  buku Tabung Haji.Ada lima ribu ringggit.Jika ditambah lima ribu lagi,sudah cukup untuk pergi haji…


        Sejak tahun lepas Norizan asyik terfikirkan mengenai ibadat haji…Ramai kawan-kawan geng askar dulu dah meninggal dunia…Ramai yang kaya raya namun meninggal dunia  dan belum sempat menunaikan haji.





Last edited by GuaAnakMelaka on 11-6-2013 04:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2013 04:49 AM | Show all posts
  “Encik..jika duit  akaun  saya dah genap 10 ribu,bila saya dapat pergi haji?” Norizan bertanya pegawai Tabung Haji  .

“Jika ikut usia Encik,lagi  15   tahun …”jawab pegawai tersebut…

terperanjat Norizan……

“Mengapa lama sangat?”balas Norizan.

“Jumlah yang mendaftar pergi haji usia 70 dan 80 tahun ramai Encik..kita dahulukan mereka yang tua

dahulu..”balas pegawai tersebut.

       Norizan mencongak-congak..Usianya sekarang sudah 52 tahun…selepas 15 tahun,sudah 67 tahun…

Norizan tanpa berfikir panjang,terus memasukkan 5 ribu lagi dalam akaun Tabung Haji dan genaplah 10

ribu…


“Terima kasih………….”sapa pegawai sambil tersenyum.Norizan keluar dari pejabat Tabung Haji dan berdoa “Ya Allah…sampaikan niatku untuk menunaikan fardhu haji…”

Air matanya bergenang ketika memandu pulang……………

            “Abang pergi mana tadi?”tanya Milah sambil menuang air kopi kegemaran suaminya.

“Abang pergi Tabung Haji..masukkan duit..dah cukup untuk pergi haji…”balas Norizan.

“Kan hari  tu abang cakap nak beli rumah satu lagi  di Nilai?”balas isterinya

“Tak jadi la…..abang ingat nak pergi haji…duit dah penuh pun kena tunggu 15 tahun…”Jawab Norizan sambil memasukkan cekodok  yang digoreng isterinya..

“Hah?15 tahun…..?kenapa lambat sangat?”tanya isterinya kehairanan.

“Kita ni muda..Tabung Haji dahulukan yang lebih tua……..”jawab Norizan.

“hehe..muda bang….abang tu dah 52 tahun………..”balas Milah sambil tersengih…



                        “Ustaz……..”sapa Norizan.

“Tak payahlah panggil ustaz..panggil haji je…”balas Haji Kamus.

“kenapa nama ustaz Kamus?”

“haha…..nama saya Kamus?kamus tu gelaran je bang..masa saya kat Universiti,saya suka hafal kamus arab…”

“oooooo…………………………”balas Norizan.

“Nama saya Saat bin Minit..hehe……”jawab Ustaz Kamus.

Norizan terbahak-bahak ketawa…

            Norizan dan Ustaz Kamus amat rapat.Mereka suka berjenaka dan berbual-bual.Norizan suka

bercerita mengenai pengalamannya di  negara Afrika ketika menjadi askar,Ustaz Kamus pula bercerita

kenangan semasa belajar di Universiti islam Madinah …

              Norizan banyak belajar agama dari Ustaz Kamus.Nasihat-nasihat agama yang diberikan banyak mengubah  jiwa Norizan.

      “Ji..masa kau belajar Madinah panas tak?”tanya Noriozan.

“panas  bang……….”Ustaz kamus menjawab.

“Abang dulu pun kena kerja kat Somalia,Rwanda……panas terik betul………Malaysia juga best…”balas Norizan.


            Norizan membaiki  penghawa dingin sebuah kereta sambil mulutnya berceloteh….

“Bang..bang..telefon..”jerit  Aisyah ,isteri Ustaz  Kamus.

“Ishhh…aku baru nak berborak,ada pula orang telefon..”keluh Ustaz Kamus sambil mencebik ke arah isterinya.


         Ustaz Kamus  lulusan Madinah namun  tidak suka bekerja makan gaji..sejak 20 tahun lampau,beliau

berniaga…Bila terluang ,Ustaz Kamus akan mengajar di surau  Raudah.Ustaz Kamus teringat sindiran

Norizan.




                         Suatu petang Norizan menegur .

“Ji..kau ni ilmu banyak..pi la masjid,surau ..mengajar....jangan simpan ilmu dalam kepala..”

Ustaz  Kamus hanya  tersengih.

“Bukan tak nak bang..tapi tiada tauliah..”balas Ustaz Kamus.

“ Ala kau ni alasan je..pi la ambik..ustaz rock nie…”kata Norizan berjenaka…

“Tengoklah bang…kalau ada masa,saya pergilah ambil tauliah..”balas Ustaz Kamus acuh tak acuh.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:49 AM | Show all posts
Beberapa bulan kemudian..

“Wah..aku dengar kau dah mengajar surau..”sapa Norizan.
“ya bang…..baru dapat tauliah..”balas Ustaz Kamus.
“ha..macam tu la ustaz rock………..rock-rock juga!jangan lupa  sebarkan ilmu….”Norizan mencebik…
Ustaz Kamus  hanya ketawa kecil…


                 Ustaz Kamus amat sibuk kebelakangan ini.Pelbagai jemputan dan projek bisnes dijalankan di Melaka,Kuala Lumpur,Kelantan,Johor dan sebagainya.Berbulan-bulan lamanya tidak menjengah temannya Norizan..

       Suatu hari Norizan  menyapa temannya Ustaz  Kamus.


    “Lama  tak nampak?”

“Sibuk bang..cari wang…..”balas Ustaz Kamus.

                 Norizan  menyusun pelbagai barang-barang elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk sambil dibantu dua pekerjanya.Ustaz Kamus mahu membantu tapi dilarang Norizan…

“Kau ni ji………………tak payah tolong aku…”kata Norizan.

“tolong menolong kan dapat pahala…”balas Ustaz Kamus.


                    Norizan menutup  premis jam 7 malam dan terus pulang ke rumah.Selepas mandi dan solat Maghrib,Norizan mengaji Quran .Selepas mengaji makan malam bersama keluarga.

“Banyak abang makan  malam ni..”sapa isterinya Milah.

“Sedap….ikan masak lemak ni memang umppphhh…………”balas Norizan  sambil menguyah .

           Selepas  makan malam,Norizan membantu isterinya membasuh pinggan mangkuk.Itulah rutinnya sejak berkahwin hinggalah mempunyai anak 5 orang.

“Beruntung Milah dapat suami macam abang..rajin tolong Milah..”kata isterinya.

“Siapa tak sayang bini ..”balas Norizan.

                       Selepas solat Subuh,Norizan keluar rumah menghantar anak bongsunya ke sekolah rendah.Selepas itu Norizan membaca akhbar dalam kereta…kemudian membuka premis.Pekerjanya belum lagi sampai.



“Panjang..kau tolong repair mesin basuh nie…tuan dia nak cepat.Abang nak pergi  Gemas..”ujar Norizan kepada pekerjanya yang digelar  Panjang kerana amat tinggi.

“Baik boss…”balas Panjang.

                    Norizan memandu  van diikuti seorang lagi pekerja  yang digelar Black.Sampai sahaja  rumah pelanggan,Norizan terus mengangkat peti sejuk yang rosak  ke atas van untuk dibawa ke kedainya.
“Maak ai..beratnya..”keluh Black.

“Memang la berat..ni peti sejuk 3 pintu…”balas Norizan.

Black mengerut dahi sebab terlampau  berat..

“Ini macam kalau hari-hari boleh patah pinggang boss…”Black mengeluh.

“hahaa….kau ni muda-muda dah sakit pinggang ke?Abang ni dah belas-belas tahun buat keje ni..”balas Norizan.

                       "Boss....tak boleh la boss...kipas dia tak boleh pusing.."ujar Panjang bila taukenya muncul di kedai.

“Kau pusing je la pakai tangan kau.."gurau Norizan...

Panjang tergelak-gelak ...



    Itulah Norizan..seorang majikan yang suka bergurau senda dengan pekerja-pekerjanya.Tidak pernah meninggi diri atau sombong.Pekerja dilayan seperti keluarga.


               Norizan membelek-belek buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman yang dihadiahkan Ustaz Kamus.



“Solat lima waktu dah buat..zakat dah bayar….tinggal haji je…Jika aku tunaikan fardhu  haji,dah cukup semua rukun Islam aku buat…”Norizan mengeluh dalam hati.

               Dibelek-belek  buku tersebut satu persatu….Semakin lama semakin  syok membaca buku.Fikirannat  terimbau kata-kata Ustaz Kamus.

“Bang……..gas aircond ,peti sejuk  ni bahaya..pakai la penutup muka..”kata  Ustaz Kamus.


“Ala…panaslah ji………………….”jawab Norizan.
“kalau nak mati,mati juga…”sambung Norizan.
Ustaz Kamus hanya diam….


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:50 AM | Show all posts
Pada satu petang………………….

          “Apa la kau ni Ji…benda kecik pun nak besar-besarkan..”ujar Norizan.

“Benda kecik?saya kena tuduh tampar anak orang sampai naik Mahkamah..abang kata benda kecik?”Ustaz Kamus  meninggikan suara..

“Kalau abang kena tuduh ,bagaimana?”bentak lagi Ustaz Kamus.Norizan hanya berdiam diri melihat  temannya naik angin…

          Norizan tidak mahu memanjangkan perbualan dan terus melakukan kerja  rutinnya.

                       Selepas itu Ustaz  Kamus  menjauhkan diri dari Norizan.Dia amat kecewa…Berbulan-bulan lamanya  Ustaz  Kamus tidak menemui  Norizan…Kesibukan tugas di Melaka dan lain-lain tempat menyebabkan  mereka tidak bertemu…

        “Abang….napa tak bertegur sapa dengan Bang Norizan?”tanya isteri Ustaz  Kamus  satu petang.Ustaz  Kamus tidak menjawab..hanya matanya bergenang….

“Biarlah manusia nak cakap apa pun cakaplah..yang penting Allah sayang abang..”balas Ustaz Kamus sambil mematikan perbualan.

  
         “Datok..saya memang nak saman cikgu-cikgu hawau…saya sanggup  buang 30 ribu  bayar peguam pun tidak mengapa..”Ujar Ustaz  Kamus sambil membeliakkan biji mata…..

“Sabar  Haji …..Fauzi..kau tolong tengok-tengokkan  Haji Saat ni..”ujar Datok Ahmad Maslan di pejabatnya.Setiausaha Sulitnya  Fauzi ,hanya diam mendengar.

“Haji….kalau Haji saman sekolah,saman guru,saman Kementerian..ia akan menjadi  isu besar  dan mendapat publisiti meluas….sabar la Haji….Berdamailah…”pujuk Datok.

Ustaz Kamus  amat marah….

“Kamu pergilah jumpa Shamsuri..dia pegawai Menteri Pendidikan….”pujuk Datok Ahmad.

       Datok Ahmad pun menyuruh  pemandunya  menghantar Ustaz Kamus ke Kementerian Pendidikan.
“saya doakan semua selesai dengan baik………”sms dari Datok Ahmad ketika Ustaz Kamus  berada di pejabat Kementerian Pendidikan.

   “Saya akan tarik semua repot polis dan tidak akan saman..tapi saya tidak maafkan semua yang terlibat sampai  kiamat!Biar semua yang terlibat masuk Neraka Jahanam!!!”bentak  Ustaz Kamus.Pegawai Kementerian terkejut dengan bentakan Ustaz Kamus.

     Ustaz Kamus pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anaknya…Air matanya merembes…Fikirannya menerawang …

“Terima kasih Tuan Haji…”ujar Cikgu  Rahmah

“Sama-sama….”balas Ustaz Kamus.


       Ustaz Kamus adalah dermawan.Dihadiahkan buku-buku kepada perpustakaan sekolah ,disumbangkan pakaian  kepada anak-anak yatim dan miskin .Namun…



“Celaka punya cikgu…rupa-rupanya dia master plan memalukan aku…..buat fitnah bukan-bukan..”jerit Ustaz  Kamus di depan rumahnya…



“Sabar bang….sabar..mereka yang jahat nanti pasti masuk Neraka..dunia kita kalah,akhirat kita menang!”pujuk isterinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:50 AM | Show all posts
Dua bulan kemudian..


“Bang…..tolong hantar saya ke Mahkamah..”sapa Ustaz Kamus.

“Boleh..jom..”balas Norizan.Norizan terus memecut kereta Perdana miliknya.

Ustaz Kamus menghulurkan RM20 kepada Norizan…

“Eh..banyak nie….”kata Norizan.

“Sedekah la bang…terima kasih bang…”balas Ustaz Kamus.Norizan memandu pulang ke premis.


               “Kamu dibebaskan tapi tidak dilepaskan..”ujar pegawai Mahkamah.


Ustaz Kamus pun menghubungi peguamnya ….

“Jika  Mahkamah tidak membatalkan kes,saya akan saman….u cari 10 orang peguam!berapa pun saya

akan bayar!!”bentak Ustaz Kamus dalam telefon bimbit.

                  Ustaz Kamus melangkah keluar dari mahkamah dengan hati yang amat panas…

                 “Apa cerita Ji ..?”tanya Norizan

“belum selesai…………….!!”jawab Ustaz  Kamus.Norizan lihat mata temannya berkaca….

      Norizan terus membuat kerja-kerja membaiki peralatan elektrik  sambil dilihat  temannya Ustaz Kamus yang menyandar  di kerusi malas  sambil menarik nafas panjang…

            “Bang..boleh ajar saya tak baiki barang elektrik ?”tanya Ustaz Kamus.

“Apa la kau ni ji..kalau kau pun tahu repair ,aku nak cari makan apa?” balas Norizan sambil ketawa…

Mereka berdua ketawa…

                                                                     2 Jun 2013

“Bang..tolong cepat sikit baiki peti sejuk…hari-hari beli air kat kedai..sekarang panas..”ujar Ustaz Kamus .
“Ok la ji..nanti abang buat cepat…rosak sikit je ,bocor..”balas Norizan.

                 “Bang,nanti ada masa abang datang repair kipas kat rumah saya bang..”kata Ustaz Kamus.
“ok  la..nanti abang suruh budak pi tengokkan..”balas Norizan.


                                                                    3 Jun 2013

“Yang..ni resit-resit orang hutang kita….”ujar Norizan  kepada isterinya.

“Simpan baik-baik ..jangan hilangkan…”sambung Norizan.

Norizan tidur lena   di  sebelah  isteri kesayangan…..Norizan tidur dan tidak bangun-bangun.....

                                                                Keesokannya …

“Bang……bang..bangun bang!”isteri Ustaz Kamus mengejutkan suaminya.

“Ish..abang baru tidur lepas  Subuh tadi……”balas  Ustaz  Kamus.

“Bang Norizan meninggal malam tadi…….”kata isterinya.

“Hah?kau biar betul..Sabtu lepas abang jumpa dia sihat je…”jawab Ustaz Kamus sambil menggosok mata dan menguap…

              Ustaz  Kamus  terus bangkit dan mandi….apabila tiba di pintu perkuburan,badannya menggigil…

air matanya bergenang….dia tidak mampu masuk ke kawasan perkuburan…

   “Abang…..maafkan aku….aku tidak mampu  untuk melihat wajahmu buat kali terakhir…”Ustaz Kamus

menggosok matanya yang merah dan meninggalkan tanah perkuburan…         


                                                              ~~  TAMAT ~~



                                                   al-Fatihah  buat Sarizan bin Jamil     
     
                           
                       CERPEN  INI   ADALAH  ADAPTASI  DARI  DIARI-DIARI SAAT   SULAIMAN

                                 

                          HAKCIPTA TERPELIHARA @2013 SAAT SULAIMAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2013 04:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2013 04:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 02:13 PM | Show all posts
al-fatihah...moga roh Allayarham dicucuri rahmatNya...

GAM arwah x sempat menunaikan haji ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 02:40 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 12-4-2014 02:13 PM
al-fatihah...moga roh Allayarham dicucuri rahmatNya...

GAM arwah x sempat menunaikan haji ke?

x sempat....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 02:56 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 12-4-2014 02:40 PM
x sempat....

dah sampai ajal arwah kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070366 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list