CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8769|Reply: 35

Seram! Pemancing Terserempak Dengan Bunian Di Sungai

[Copy link]
Post time 11-6-2013 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Seram! Pemancing Terserempak Dengan Bunian Di Sungai | Kalau sudah namanya suka memancing, tunggu berjam-jam di tebing sungai menjadi satu kebiasaan. Hobi mengatasi segalanya. Biarpun hobi itu menjadi kegemaran ramai orang, ia tidak terlepas dari mengalami peristiwa-peristiwa seram ketika memancing. Kisah di bawah ini ada menceritakan tentang pengalaman diganggu makhluk halus, terserempak dengan bunian dan lain-lain lagi



Kegilaan kaki pancing terhadap hobi itu sudah lama diketahui. Mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli peralatan memancing sahaja.Ada pula yang mengambil cuti selama berminggu-minggu semata-mata untuk mencari lubuk ikan.Namun, di sebalik semua itu, cerita-cerita misteri sering melingkari kaki-kaki pancing tegar ini. Jurnal berkesempatan berbual-bual dengan beberapa kaki pancing mengenai kisah pelik yang pernah mereka alami.Salah seorang daripada mereka ialah kartunis terkenal Ibrahim Anon, atau Ujang, 45.

Penggemar ikan kelah dan sebarau ini berkata dia pernah terserempak dengan harimau, gajah dan hampir dipatuk ular semasa memancing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

“Saya akan memancing di sana setiap tahun. Ngauman harimau sudah biasa didengar.

“Jadi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan haiwan pemakan daging itu, kami kumpulan pemancing bergerak perlahan-lahan ke tempat lain.

Harimau

“Pantang harimau ialah jangan diganggu,” kata Ujang yang kini mengusahakan perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing.

Ceritanya lagi, tindakan yang sama juga dilakukan jika ternampak kelibat gajah.

Menyentuh mengenai kejadian aneh, Ujang memberitahu dia tidak pernah mendengar suara misteri apatah lagi terserempak dengan bunian.

UJANG hanya pernah terserempak kelibat gajah liar dan mendengar ngauman harimau.

“Mungkin itu perasaan kita sahaja. Paling penting niat kita adalah untuk memancing, bukan ada tujuan lain,” tegasnya yang hampir lemas dalam satu kejadian bot terbalik di Sungai Tembeling, Pahang tetapi mujurlah dia pandai berenang.

Seorang lagi kaki pancing, Ku Ahmad Adzam Ku Saud, 33, yang berasal dari Alor Setar, Kedah, pernah berasa seperti ada orang menepuk bahu kanannya semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.

“Namun, apabila menoleh, tiada siapa di belakang saya.

“Pada mulanya saya fikir itu hanyalah khayalan tetapi perkara itu berlaku berulang kali menyebabkan saya percaya ia perbuatan makhluk halus,” kata penggemar ikan sebarau dan toman ini.

Bicaranya lagi, kejadian itu menyebabkan dia ketakutan dan kembali ke khemah semula.



Ku Ahmad demam selama beberapa hari selepas peristiwa itu.

“Saya juga pernah melihat gadis bunian sedang mandi. Dia kelihatan seperti wanita biasa tetapi kulitnya lebih putih dan berwajah cantik.

“Saya cuma nampak muka dan tapak tangannya. Tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan saya terpikat,” katanya tersenyum.

Bagi Mohd. Suhaimi Abdul Karim, 29, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, dia hampir lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakan karam semasa memancing di Pulau Sembilan, Perak.

Kejadian itu berlaku lima tahun lepas.

“Bayangkan pada masa itu saya dan tujuh orang rakan lain tidak memakai jaket keselamatan.

“Kami hanya berpaut pada badan bot tersebut dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi sebelum diselamatkan.

“Selepas peristiwa itu, saya tidak lagi pergi memancing di laut,” katanya yang memberitahu bot tersebut bocor sebelum tenggelam.

Langsuir

Suhaimi juga mendakwa ternampak hantu langsuir semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan.

“Ketika itu saya dan rakan-rakan berkhemah di hutan. Kami tidak nyenyak tidur kerana mendengar bunyi bising yang berulang kali.

“Namun, akhirnya mereka tertidur juga kerana terlalu penat kecuali saya.

“Saya sebaliknya keluar dari khemah untuk mencari arah bunyi tersebut.

“Sebaik sahaja dijumpai, saya terkejut kerana rupa-rupanya ada hantu langsuir sedang mengilai di atas sebatang pokok,” ceritanya.

Katanya lagi, hantu itu memakai pakaian putih, berambut panjang, matanya merah manakala giginya tajam.

“Akibat kejadian itu, saya demam panas selama beberapa hari,” ujarnya.

Mohd. Hanipah Wahi, 47, dari Sepang, Selangor pula menceritakan pengalamannya memancing di sebuah jeti lama di Bagan Datoh, Perak pada awal tahun 1990-an.

“Saya ke sana kerana rakan mengatakan kawasan itu terdapat banyak ikan. Jadi saya pergi seorang diri dengan menyewa sebuah bot.

“Hasil tangkapan cukup banyak tetapi apabila bercakap dengan orang kampung, mereka kata mereka tidak berani memancing atau menangkap ikan di situ kerana sering terserempak dengan hantu sungai,”  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 04:34 PM | Show all posts
ni cerpen ke...igt pengalaman betul2. nti baru baca balik
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 09:38 PM | Show all posts
Cerpen kot...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:07 AM | Show all posts
gigihnya aku...macam 5 kisah dalam satu filem.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:14 AM | Show all posts
apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:33 PM | Show all posts
apakah??   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2014 12:54 AM | Show all posts
Nak citer skit ttg kisah pakcik bongsu aku yg suker memancing..
malas bukak thread baru.. aku rasa sini sesuai kot..

Kisahnya pakcik bongsu aku ni mmg suker memancing or menjala ikan.. mmg hobi dia..
kadang2 dia mmg suka tangkap jer ikan.. bukan makan pun.. bg org or lepaskan balik..

nak jadi cerita. Pakcik bongsu aku ni nak pi la mancing kat parit.. parit tu kat dalam kebun kelapa sawit pakcik second aku.. tok mudahkan semua.. biar aku gelarkan pakcik bongsu aku Pak Su.. pakcik Second aku Pak Ngah.

Kebetulan masa tu Pak Lang pun ada ngn anak2 buah.. so Pak Su aku excited la ajak reramai pi menjala kat parit dlm kebun Pak Ngah aku. Pak Ngah aku  x ikut pun.. so yg pi Paksu, Pak Lang, 3 anak buah (menangkap sepupu aku). Dorg menjala dgn happynya sbb byk gak dapat habuan..

Dorang pun menjala la.. dari satu point ke satu point.. masa menjala tu, mungkin rezeki pak su aku murah..
dapat ikan banyak gila.. sekali jala.. penuh gak la baldi.. tengah seronnok2 menjala.. sampailah satu masa tu, pak su tersedar ada sorang lelaki gak kat situ menjala.. lelaki itu kat bahagian seberang parit..
Susuk tubuh persis org biasa.. pakai baju tshirt seluar semua mcm biasa.. muka dia ditutup habis dengan  topeng ala2 buruh indon kat site construction..

paksu aku tertarik dengan lelaki misteri ni sebab dia akan menjala kat kawasan yang selepas pak su aku menjala.. maknanya, pak su dah pun dapat ikan kat kawasan tu. Tapi, tak tahu kenapa lelaki tu tetap akan pergi menjala di kawasan yang pak su aku dah jala. Jadi pak su aku rasa pelik. So paksu aku perhatikan dia dari jauh. Masa paksu aku tengok dia menjala, pak su aku nampak dia tebar jala sangat sempurna.. Cantik jer jala tu ditebar.. lawa jer bulat lebar sebelum mengena permukaan air.. kira mcm agak sukar gak la nak dptkan bentuk lawa mcm tu. Bukan calang2 org pandai menebar jala mcm tu melainkan dia expert.

Masa tu paksu aku perasan si lelaki misteri sesorang tu tak bawa apa2 pun untuk dia simpan hasil tangkapan dia. Pak Su hanya nampak perut lelaki tu membesar. Seolah2 dia mcm simpan ikan dalam baju.

Dah sampai rumah, pak su aku dan lelain pun tunjukkan la hasil tangkapan kat sedara mara.. masa tu Pak Ngah aku pun pelik, camner pak su aku leh dpt byk ikan. Selama ni x banyak pun kat parit tu.

Esoknya, tiba2 paksu aku punya tangan rasa sakit2.. perit.. masa tgh ckp sakit2 tu.. Pak Long aku yg dia ni macam ada la 'ilmu' sikit cakap.. pak su aku ni terpijak tangan 'budak'.. x tahulah budak mana..
Dan masa tu la pak su aku teringat lelaki misteri semalam.. Kat tepi tebing2 parit kan berlumpur.. baru dia perasan, lelaki misteri yang kat seberang parit tu.. masa dia melangkah dari satu point ke satu point, kaki dia langsung tak tenggelam dengan selut atau lumpur tu.. dan masa tu jugak baru pak su terfikir, bagaimana dia boleh simpan ikan dalam 'perut' dia.. dan kenapa dia menjala di kawasan yang dah dijala..

Pak Long aku yang ada ilmu ni yang tak tahu apa2 pun pasal pak su aku dan lelain pi menjala ikan.. Tiba-tiba cakap 'benda' sana nak pengeras. Sebab pak su dah pijak tangan 'budak' tu.. tak boleh blah pengeras nya adalah kelapa muda dua biji.. siap mintak letak straw laik.. kan main ala2 hawaii..

maka Pak Long aku  ngan Pak Su aku pun pi la balik ke kebun sana and letak kat 2 biji kelapa tu..
balik rumah, esoknya mcm surut sikit tangan pak su aku..

Malam masa sesi penghantaran 'pengeras' tu, pak su aku cakap dia seram gak. Mana taknya, baru dia tahu kat kebun pak ngah aku tu rupanya byk makhluk halus.. banyak giler.. masa tu pak ngah aku pun baru la cakap, patut la sawit dia takder org berani nak petik.. Makhluk halus dok situ... patut kebun dia tak der lalang semak samun.. cantik macam orang jaga.. kawasan mahkluk tu rupanya..

Dan sebenarnya, pada masa yang sama ni, nenek aku yg berumur 70++ mengalami sakit kaki yang macam tak boleh berjalan.. rupanya bila Pak Long aku check kan.. baru tahu.. nenek aku pun sebenarnya pernah masuk kebun Pang Ngah aku tu.. dan terpijak 'kaki' makhluk sana..

cerita pasal nenek aku and Pak Long aku yg ada 'ilmu' tu.. nanti2 la aku cerita.. sbb yg tu pun pjg gak ceritanya.. until now aku harap x terpesonglah akidah keluarga aku ni..  alhamdulillah nenek dah beansur pulih selepas kami dah letak 'pengeras' yg diminta..

maaflah.. penulisan aku mungkin x berapa menarik.. sbb x la pandai nak buat karangan.. just nak kongsi cerita pasal pemancing dan org bunian..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:25 AM | Show all posts
JUSTcircle posted on 12-2-2014 12:54 AM
Nak citer skit ttg kisah pakcik bongsu aku yg suker memancing..
malas bukak thread baru.. aku rasa  ...

awat agaknya dia taruh ikan dalam perut...dalam perut bermakna dalam baju dia ka? nasih baik dia tak kacau paksu awak kan...anyway ceta best, sila sambung...jgn malu malu ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah posted on 12-2-2014 09:25 AM
awat agaknya dia taruh ikan dalam perut...dalam perut bermakna dalam baju dia ka? nasih baik dia t ...

Hi mamaezah.. yup sbnrnya benda ni baru jer terjadi minggu lepas.. nenek kena dlu sbnrnya. TP x tau la cmner pakcik pun leh kena. And sbnrnya masa amik gmbr dgn hasil tangkapan.. paksu ada terambil gambar 'bunian' tu sekali. Dr belakang dia.. tp jauh la..

Tu la, sib baik 'bunian' tu x buat apa2 kat sedara2 lain. Sbb ada gak budak kecik ikut pak su.. ni me upload gmbr dia.. blur sbb jauh.. i have to crop it coz x mau muka paksu pak lang and sepupu ke public. Mati kena mrh kang. Hehehehe.. Last edited by JUSTcircle on 12-2-2014 03:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 02:24 PM | Show all posts
JUSTcircle posted on 12-2-2014 10:09 AM
Hi mamaezah.. yup sbnrnya benda ni baru jer terjadi minggu lepas.. nenek kena dlu sbnrnya. TP x  ...

Xde ke gambarnye??nk tgk jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:36 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 12-2-2014 02:24 PM
Xde ke gambarnye??nk tgk jgk..

ada gmbr kat HP ni.. pelik plak sbb igtkan dah upload guna HP td lepas..
sat2.. sat.. upload balik.. dia x der la seram mana.. sbb mmg mcm org biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:58 PM | Show all posts
ni gmbrnyr yg aku blurkan.. hope la sedara mara aku bkn kaki forum yg tau pasal thread ni.. LOL! mati aku kang dorg nmpk aku tepek gmbr dorg.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:01 PM | Show all posts
JUSTcircle posted on 12-2-2014 03:58 PM
ni gmbrnyr yg aku blurkan.. hope la sedara mara aku bkn kaki forum yg tau pasal thread ni.. LOL! mat ...

tngok dari jauh mcm kurus je bunian tu..klu betul bunian la.. tapi bole ter tangkap plak picture dia ek?

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:20 PM | Show all posts
myakayina posted on 12-2-2014 05:01 PM
tngok dari jauh mcm kurus je bunian tu..klu betul bunian la.. tapi bole ter tangkap plak picture d ...

ni pun secara x sengaja dorg tertangkap gmbr.. tapi tu la.. dr jauh jer la dpt.. x der la dpt terus direct camni..

pak su yg suker menjala memancing ni rasanya x der la pernah kena ngn alam2 paranormal ni.. kali ni dia kena.. and tangan membengkak seminggu gak..

yg silap masa pi hantar 'oengeras' tu patutnya pakcik aku yg sakit tu sendiri x leh pi hantar.. x pasal2 kena kuarantin sebulan.. tu sbb masa nak bg pengeras tok nenek plak.. paksu x leh pi.. pak long jer pi sana.. tp pak long pun seram2 gak pi sana.. katanya byk anjing.. sedangkan mana ada anjing kat sana.. pak long ckp tu anjing 'bunian' punya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
JUSTcircle posted on 12-2-2014 05:20 PM
ni pun secara x sengaja dorg tertangkap gmbr.. tapi tu la.. dr jauh jer la dpt.. x der la dpt teru ...

Owh...tu yg menjala pastu ikan masuk dlm perot tu ke??pergghh....gila la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
HAnaNAjima posted on 12-2-2014 06:14 PM
Owh...tu yg menjala pastu ikan masuk dlm perot tu ke??pergghh....gila la...

Yerp.. mcm dlm baju. Tp nampak mcm perut mengembung pun yer.. camner dia leh simpan ikan dlm baju/perut erk? Kan? Logik x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 12:50 PM | Show all posts
mungkin jugak org biase yg "membela"? sbb clear sgt nmpk mcm org je....bunian? x tau la kan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:53 PM | Show all posts
tak berapa nampak pic org bunian tu...
sbb kecik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
siape_aku posted on 13-2-2014 12:50 PM
mungkin jugak org biase yg "membela"? sbb clear sgt nmpk mcm org je....bunian? x tau la kan....

Mungkin jgk tu ..hummm...misteri....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 07:21 PM | Show all posts
dikalangan family aku banyak yg pemancing/penjala tegar..dari pakcik2, ayah aku, hubby aku, semuanya suke sangat mengisi mase lapang diorg pi tangkap ikan..

salah sorang pakcik aku ni lagi best, siap bwk makcik aku & anak2 dia p menjala sekali..kalo mancing je baru dia tak bwk family dia ni sebab mancing selalu lama..merata-rata lah dia dah angkut family dia p menjala sambil berpiknik..kan keluarga bahagia tu..hahaa..

since pakcik aku ni kaki pancing, dia pun akan try jugak mana2 tempat yg kawan sekaki mcm dia dok suggest..ada kawan dia bgtau yg ada port best utk mancing or menjala kat area hulu langat nun..exact location aku x taula kt mane sebab pakcik aku sebut jauh ke dalam hulu langat sane..tp location menjala ni kat sungai kalo x silap aku..

dia pun set dengan bini dia nak g menjala kat tempat yg dikatakan best tu..sampaila hujung minggu tu, gigihla depa p angkut semua anak2 complete dengan makanan dan khemah ke port yg diberitahu kawan dia tu..tak lupe juga, peralatan menjala sekalik..

sampai2 x buang mase terus pacak khemah utk anak2 duk lepak2 sambil2 tunggu mak pak diorg ni layan menjala..dah setel ape yg patut, dengan tak sabarnye pakcik aku ni pun heret jala dia g sungai yg tak jauh dari khemah tu..mulalah dia menebar dengan harapan dapat ikan yg banyak..

tebar punya tebar takde pulak ikan yang sangkut..mane pulak lari ikan2 ni..pakcik aku tak putus asa dok tebar jala lagi..tarik2 adela beberapa ekor ikan tapi kecik2 je pun..nk masak pun tak puas nak makan..lepaslah balik..

pakcik aku mulala terasa yg kawan yg bgtau pasal port ni nak kenakan dia je..penat pulak dok tebar2 dari tadi dia pun p balik kat anak bini dia..dia bgtau kt bini dia yg ikan kt situ tak banyak & kecik2 je..so dia pun decide nk lepak2 je berpiknik dgn anak bini sebelum berkemas untuk balik..

bile tengok suasana dh agak lewat petang, pakcik aku pun ajak anak bini dia kemas apa yg patut utk balik..bila nk kemas jala dia, dia terase2 mcm nk try menjala lagi sekali 2 kt sungai tu..manela tau ade rezeki sikit..sebab sungai ni x jauh mane pun dari tempat piknik diorang..pakcik aku pun seret jelah jala tu balik p sungai tu..

testing2..jala pun dicampak..tarik2 sikit, mcm berat je..pakcik aku dah senyum..tarik je jala, tu dia ikan banyak..besar2 pulak tu..dipanggilnya bini dia soh datang dengan kotak polisterin untuk isi ikan..sukala pakcik aku dapat ikan..

dah siap ambik ikan2 yg tersangkut kat jala tu, bini dia soh try tebar jala lagi..pakcik aku pun tebar lagi..kali ni tarik pun berat..tak menghampakan, ikan2 besar2 lagi sangkut..kotak polisterin dah dekat setengah, yelah jala kan besar..sekali tebar kalo mengena memang banyakla dapat..

sebab dah seronok dapat ikan besar2, pakcik & makcik aku ni dah tak sedar masa tu dah dekat nak senja..nak jugak tebar jala lagi..kali ke3 tebar masih dapat ikan besar2 lagi..makcik aku dah ajak balik, cukupla katenye..tapi pakcik aku nk jugak tebar lagi..okeh ni yg last katenye..

tengah2 kirai2 jala nk tebar lagi tu tibe2 mcm ada suara garau dok sergah diorang "cukup2lah tu, dah banyak dah"
pakcik aku terdiam, bini dia dah menggigil2 kat tepi kotak polisterin tu..pakcik aku terus tarik bini dia balik kat anak2 diorang sambil angkut kotak ikan tu & seret jala dia..nasib baik barang sume dah pack, tak tunggu ape lagi terus dia masukkan anak2 dlm kete pehtu cabutle..takkan nak tunggu lagi kan..huhuu..

mase pakcik aku cerita ni, mak aku ade sekali..selamba mak aku cakap "tulah maghrib2 p menjala kan dah kena, org duk umah mengaji"
sengih2 jela pakcik aku..syukur dia & family xde ape2 lepas tu..tapi dia still lagi meneruskan aktiviti menjala+piknik ni dengan anak bini dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.346778 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list