CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4824|Reply: 40

[Tempatan] UAI antara alasan BN fail petisyen

[Copy link]
Post time 12-6-2013 08:15 AM | Show all posts |Read mode

Nor Azli (kanan) dan peguambela, Mohd Ilyas Mohd Noor memfailkan petisyen di mahkamah, semalam.


Antara kata-kata kempen Ustaz Azhar Idrus di poster yang didakwa BN mempengaruhi daripada segi kerohanian dan agama.

KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.

BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.

Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.

Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.

Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang
dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya’kub.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 08:37 AM | Show all posts
bagaimana dgn ustaz2 UMNO yg mengharamkan undi PAS hari tu? undang2 double standard lagi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 08:39 AM | Show all posts
lor... tan sri mopti haramsanaharusini tu selamba je....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 08:39 AM | Show all posts
“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

kalau ayat orng yg x sokong dia semua tak wajar..kalau ayat sokong puak dia melompat kesukaan dan SGT WAJAR LA PLK!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 08:43 AM | Show all posts
fatwa dari ulama2 BN tak po.....
fatwa dari ulama2 bebas haram.....




kata menteri2 otak sebesar taik kambing....




Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:38 AM | Show all posts
TV3 suku dengan Utusan yg hari hari kutuk pembangkang masa kempen dan luar masa kempen wajar la pulak ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2013 09:44 AM | Show all posts
apalahhhh nak diharapkan dengan parti yang benteng terakhirnya adalah orang2 yang cetek ilmu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:52 AM | Show all posts
lawak antarabangsa sungguh BN nih...
abis idea ler tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 10:05 AM | Show all posts
kerajaan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:05 AM | Show all posts
dakwa tipiem dan seangkatan dok ratib PAS parti ajaran sesat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:37 AM | Show all posts
PAS hantar petisyen UMNo pun kena hantar petisyen jugak... itu semua stratergi nak kekalkan kerusi la bodoh...

PAS hantar petisyen untuk kerusi yg BN menang... dan BN hantar petisyen untuk kerusi yg PAS menang... kalau tak hantar makna bodoh la...

dibuatnya PAS menang petisyen dah BN hilang kerusi... sebab itu la BN pun buat sama... ini semua wayang jer la... koang yang percaya ni la bodoh sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 04:43 PM | Show all posts
umngok abes tarak modai...
smpai kelaut nk dpertikaikan..
abes tuh boh iklan dalm tibi tiga bagai xpe lak..phuiii..
KU PILIH MALAYSIA...

yg tuh iklan wajar kah???
abes dimomok kan dgn gula2
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 04:44 PM | Show all posts
chinta89 posted on 12-6-2013 08:39 AM
“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu peng ...

pengaruh rasis lagi tak wajar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 04:47 PM | Show all posts
Kalau undi pr, kristian jadi agama rasmi....
Kalau undi pr, cina jadi pm...
Kalau undi pr, negara jadi huruhara
Dlll...

Ni lain ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 05:02 PM | Show all posts
ahaks!!.....dok canang kat tv tue cam ne plak?...tak de akta menghasut ke????....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 05:04 PM | Show all posts
Ni musti guna loyar kampung low-class untuk fail petisyen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 05:16 PM | Show all posts
Tak tau nak komen apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 05:40 PM | Show all posts








kata-kata di atas perlu di hebahkan dan terus di hebahkan.
biar cerdik pandai yang mengundi ...yang ada asas Islam tahu parti manakah
yang berpura-pura dan parti manakah yang Ikhlas.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 05:43 PM | Show all posts
aku nampak poster UAI dan kata2nya dia diatas kat simpang jalan wakaf che yeh dan jalan pasir hor kota bharu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 05:44 PM | Show all posts



like UAI     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066837 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list