CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2301|Reply: 3

[Tempatan] Kes mesin judi KGNS dedahkan industri perjudian lumayan Malaysia

[Copy link]
Post time 17-6-2013 08:57 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Langkah kontroversi oleh jawatankuasa pengurusan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) untuk memajak dan memindahkan mesin perjudian di luar kelab memberikan peluang untuk mengintip industri berbilion ringgit dikawal oleh sekumpulan ahli perniagaan yang rapat dengan Barisan Nasional (BN).
Tan Sri Megat Najmuddin Khas dan ahli jawatankuasa untuk tahun 2011-2012 baru-baru ini dikecam oleh ahli-ahli kelab kerana tidak cekap dan berkelakuan cuai serta melakukan pelanggaran kewajipan, menurut dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Kapten kelab pada ketika itu Datuk Ronnie Yeo menerima kecaman paling keras kerana menjadi orang yang berbincang untuk perjanjian pemindahan itu apabila beliau diambil bekerja oleh Waz Lian Recreation Sdn Bhd, syarikat dimiliki oleh hartawan - menganjurkan majlis makan malam dihadiri oleh 60,000 orang di Port Klang untuk menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sekumpulan hartawan Cina memegang beratus-ratus lesen dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk mengendalikan mesin perjudian. Mesin-mesin ini diletakkan di kelab persendirian di sekitar ibu kota, akan tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu mencuba nasib.
Disebabkan kawalan ketat untuk lesen di bawah Akta Loteri oleh Kementerian Kewangan, sesetengah hartawan telah beralih ke mesin perjudian yang dikendalikan oleh kelab golf dan kelab sukan diseluruh negara, menawarkan jawatankuasa pengurusan kontrak untuk memajak dan memindahkan mesin ke premis di luar kelab.
Sebagai ganjaran, pengendali perjudian ini bersedia untuk membayar kelab-kelab sejumlah tetap setiap bulan. Kebiasaannya, pampasan bulanan itu lebih daripada jumlah diterima oleh kelab dengan meletakkan mesin-mesin itu jika hanya dikunjungi oleh ahli-ahli kelab.
Akan tetapi masalahnya, perjanjian seperti ini melanggar syarat lesen seperti ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, termasuk syarat untuk meletakkan mesin di premis kelab dan memastikan hanya ahli kelab dibenarkan untuk menggunakan mesin perjudian itu.
Dalam kes ini, KGNS bersetuju untuk memindahkan operasi  bagi 10 mesin perjudian mereka kepada Waz Lian pada Mei 2012, lebih setahun selepas rundingan antara jawatankuasa pengurusan dan penggendali itu.
Mesin perjudian itu dipindahkan ke Galaxy Club di Kota Damansara dan telah dipersetujui Waz Lian akan menguruskan mesin perjudian itu untuk lima tahun. Dalam enam bulan pertama, KGNS akan menerima RM126,000. Selepas itu KGNS akan menerima RM150,000 sebulan.
Waz Lian juga bersetuju jika lesen perjudian itu dibatalkan, mereka akan membayar RM10 juta kepada KGNS sebagai pampasan. Jawatankuasa pengurusan juga bersetuju dengan cadangan oleh Waz Lian untuk menggelar bilik perjudian di Kota Damansara sebagai "lampiran kelab'', satu langkah untuk memastikan secara teknikalnya akan memenuhi syarat Kementerian Kewangan kerana mempunyai mesin di premis kelab.
Akan tetapi perjanjian itu tidak menyenangkan ahli kelab dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada Jun tahun lepas, telah diputuskan jawatankuasa siasatan khas menyiasat "punca-punca dan sebab-sebab" kelab terlibat dalam perjanjian untuk mengendalikan mesin slot dan mengeluarkannya dari kelab.
Selepas siasatan, jawatankuasa siasatan khas mendapati banyak pelanggaran telah berlaku.
Contohnya, perjanjian dengan Waz Lian menyatakan orang awam dibenarkan menggunakan mesin judi di Galaxy Club, bertentangan dengan syarat-syarat Kementerian Kewangan hanya ahli kelab boleh menggunakan mesin-mesin itu.
Selain itu, Galaxy Club secara tidak sah digambarkan sebagai lampiran oleh KGNS oleh kerana kelab golf itu tidak mempunyai pemilikan eksklusif premis di mana mesin dipindahkan.
Jawatankuasa siasatan khas juga mendapati, walaupun penggendali memberikan jaminan untuk membayar RM10 juta jika lesen ditarik balik, Waz Lian tidak mempunyai akaun perniagaan baik dengan hutang sebanyak RM446,872.
Terdapat juga kekecewaan dikalangan ahli kelab kerana peguam kelab telah pada bulan Disember 2011 mengangkat bendera merah sama ada syarat-syarat Kementerian Kewangan membolehkan mesin untuk digunakan oleh bukan ahli.
Masih belum jelas jika Kementerian Kewangan akan bertindak terhadap KGNS atau kelab lain yang telah membuat perjanjian dengan ahli perniagaan mempunyai hubungan kuat yang mendominasi perniagaan mesin judi di Malaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 09:20 AM | Show all posts
berani ke kerajaan amik tindakan kat kelab2 ekslusif ni,btw ramai ahli-ahlinya bukan org biasa2,ahahaha

p/s:jap lagi ada la kambeng itam sekor yang kena,huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 09:25 AM | Show all posts
waa...lubuk jerung..
tp berani ke depa nak terjah masuk?..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 09:57 AM | Show all posts
tgk la.. org dalam yg tak puas hati,, tgk siapa yg kena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.228890 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list