CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15914|Reply: 53

Kisah Ahmad Nisfu

[Copy link]
Post time 17-6-2013 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by winamp05 at 28-2-2019 05:46 PM


Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini antaranya :
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”
Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu.

Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.

Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem.

Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!” Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.

Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.



ps: sumber tak sure pulak .. tak boleh nak retrace

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 01:00 PM | Show all posts
dah ada...kat bod gosip kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 01:09 PM | Show all posts
alphawolf posted on 17-6-2013 01:00 PM
dah ada...kat bod gosip kot....

ok .... merge ke, delete ke .. mana2 yang sesuai yer mod
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:19 PM | Show all posts

menarik...suka lakonan beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:28 PM | Show all posts
Teringat watak beliau sebagai tuan sadiq penasihat 20%
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:48 PM | Show all posts
Al-Fatihah wat arwah Ahmad Nisfu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2013 01:53 PM | Show all posts
al fatihah.. so sad kisah hidupnya

p.ramlee also sgt sad kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:54 PM | Show all posts
thanks tt..
iols belum baca lagi kisah arwah ni...
sungguh sedih sewaktu iols baca kisah beliau..
semoga arwah di cucuri rahmat dah tergolong dlm org2 soleh dan beriman..

Al - Fatihah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 02:20 PM | Show all posts
saya pun x pernah tahu pasal latar belakang arwah...sian hidup sebatang kara..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:44 PM | Show all posts
pernah baca di bod lain, mmg sedih nasib melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 06:55 PM | Show all posts
kisah zaman dulu = pelakon berbakat hidup daif-bayaran lakonan murah- tp produser filem kaya raya....tapi sekarang dah terbalik....filem tak laku-produser bangkrap-pelakon utama byr ratus2 ribu tp lakonan hancus (harap rupa dgn gosip je lebih)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 07:04 PM | Show all posts
nape la org dulu2 xdihargai...sedih je
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 08:38 PM | Show all posts
maltase posted on 17-6-2013 07:04 PM
nape la org dulu2 xdihargai...sedih je

P Ramlee selepas dia mati baru orang hargai jasanya dalam seni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:41 PM | Show all posts
Sedihnya..artis sekarang tau clubbing je..pastu kena tangkap dgn org pejabat agama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 12:32 AM | Show all posts
biar dulu.. lepas 3 hari sosi close
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 10:13 AM | Show all posts
masuk bod sejarah laa
tp mcm pernah baca la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 11:42 AM | Show all posts
Mostly artis2 lama n legend ni mati dlm kedaifan n kemiskinan..waris2 plak ade yg hidup tak menjadik n tak top mcm mereka2 dulu..mungkin ade hikmah di sebaliknye..hanya tuhan yg tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 11:44 AM | Show all posts
btol...sy plg suke die ni!!! ni btol baru versatiles...die x dpt datuk/tan sri ek?....x adil btol..die lg layak dr seniman yg ade...sorry to say ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 05:23 PM | Show all posts
saya pung sangat suka
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 05:52 PM | Show all posts
aku baru tgk cite dy tadik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.134388 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list