CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18065|Reply: 12

Sejarah Asal Usul Penanaman Padi

[Copy link]
Post time 17-6-2013 03:38 PM | Show all posts |Read mode
UMUM MENGAKUI BAHAWA NASI YANG DIHASILKAN DARIPADA PADI MERUPAKAN MAKANAN BIASA YANG KITA AMBIL . IA MERUPAKAN BIJIRIN YANG SANGAT BAIK DAN LUAR BIASA, IA BUKAN SAHAJA TERDAPAT DALAM PELBAGAI MASAKAN ATAU MAKANAN TETAPI JUGA BERPERANAN PENTING SAMADA DARI SEGI KEPERCAYAAN TRADISIONAL ATAU PUN KEAGAMAAN.


Para pakar percaya bahawa BERAS / NASI yang dihasilkan daripada padi merupakan makanan terbaik yang telah tersebar luas dimuka bumi ini. Walau pun beras telah lama berlegar dipemikiran manusia berhubung wap, tanah rendah tropika di Asia, dimana ia membentuk bahan keperluan tetap bilangan majoriti manusia, ia juga ditanam di kawasan tinggi Himalaya, Eropah Timur, Australia,Barat Afrika dan di Amerika.

Selain merupakan makanan termurah, menjadi makanan asas kepada sebilangan masyarakat miskin diatas planet ini, ia juga dihidangkan di restoran termahal yang menyediakan pelbagai juadah luarbiasa. Ia tidak boleh dimakan mentah tetapi setelah dimasak, ia boleh dihidangkan semasa panas, sejuk, digoreng, steam dihidang bersama hidangan lain atau ia bersendirian.



Di kebanyakan negeri di Asia, sesuatu hidangan itu tidak dianggap hidangan makanan kecuali dihidang bersama nasi. Ini digambarkan dengan jelas dalam perkataan Jepun ‘gohan’ yang bererti ‘makanan’ ‘nasi ditanak / masak.’ Dihidangkan dengan beberapa makanan lain yang kita suka tapi bagi masyarakat Jepun ia merupakan makanan sampingan belaka (ozaku – makanan tambahan.) Kewujudan beras membentuknya menjadi makanan yang tepat.



Masyarakat Tiong Hua suka memakannya sebagai bubur, masyarakat Amerika membuatnya sebagai makanan lembut yang dihidangkan sebagai bahan bijirin samasa bersarapan pagi. Tidak terhitung pelbagai jenis makanan yang mampu dihasilkan dari tanaman ini. Ia boleh dibuat kueh, mee, beer dan ‘wine.’ Nasi dimakan dikebanyakan negeri di Asia samada dengan cara biasa atau pun dicampur garam sebagai makanan gantian kepada kentang garing dari Barat.

Nasi bukan sahaja boleh di makan, batang padi yang ditinggalkan selepas menuai boleh dibuat bakul, topi, kulit padi boleh dijadikan baja dan makanan binatang. Kanji beras pernah dibuat bahan kecantikan, dan padi telah lama berpengaruh menjadi lambang kesuburan – itulah sebabnya ‘beras kuning’ ditaburkan dimajlis perkahwinan.

Di Asia, semangat padi sentiasa dianggap berbentuk wanita terkecuali di Filipina dengan alasan yang tidak diketahui, secara tradisional ia adalah lelaki. Di Bali, Indonesia, kueh-mueh dari yang dihasilkan dari beras dalam pelbagai warna dihantar ke kuil-kuil. Di Malaysia (terutamanya dikalangan Masyarakat Kadazan Dusun Murut dan beberapa suku kaum lain) dan sebilangan negara lain, padi / beras merupakan pusat kegiatan keagamaan dan kepercayaan tradisi.

Di Thailand, beras dipercayai mengandungi ‘semangat Ibu Tuhan padi’ maka nasimesti dimasak jauh dari kawasan sawah tempat ia ditanam supaya tidak membuat Ibu Padi marah.

Mungkin agak mengejutkan, Penanaman padi di Malaysia hanya bermula pada abad ke-17. Lebih kurang pada masa yang sama ia diperkenalkan di Amerika Utara tetapi sejarah perusahaannya telah lama ujud atau berlaku lebih awal. Itulah sebabnya padi liar wujud dikebanyakkan bahagian didunia. Kepentingannya dibidang pertanian agaknya membuat ia diusahakan diberbagai tempat pada berbagai masa.

Di Asia, telah lama diketahui bahawa kawasan timur di Utara India dan Utara Thailand merupakan kawasan pertama perusahaan tanaman padi. Kesan peninggalan arkaelogi dari kawasan berkaitan menunjukkan ia berusia sekitar 3,000 tahun lalu. Baru-baru ini bagaimanapun, padi yang ditemui di Daerah Jiangsu, China berusia sekitar 6,000 tahun. Lainnya menemui sepanjang Sungai Yangtze dibahagian tengah negara China. Ini menunjukkan inilah kawasan asal perusahaan tanaman padi yang bermula semenjak 8,500 tahun dahulu.

Dua ribu tahun dahulu, tanaman padi telah berkembang di India, China dan dikawasan utara negara-negara Asia Tenggara. Beberapa tahun selepas itu ia berkembang ke Korea dan Jepun. Walaupun perkembangannya disana agak perlahan sehinggalah abad ke-18 ia dikembangkan kebahagian utara negara-negara tersebut bila usaha-usaha baru mensesuaikannya dengan cuaca sejuk dicipta.

Dinegara Jepun, padi merupakan bahan pusat perayaan kebudayaan kerana kepercayaan mereka yang begitu kuat bahawa kewujudan negara itu dihubungkan dengan rahsia penanaman padi yang dianugerahkan Tuhan kepada rakyat negara itu. Hingga ke hari ini, Maharaja Jepun masih mengadakan “kigansai” berdoa untuk tuaian yang memuaskan. Perayaannya diadakan di Istana Maharaja.

Di Jepun, Padi pernah digunakan untuk membayar cukai dan juga gaji. Ia merupakan asas yang telah begitu lama dalam perniagaan pertukaran barang ( barter trade,) ketika itu wang belum lagi diujudkan sehinggalah abad ke-17. Kombinasi unik berbentuk sekular dan yang berunsurkan keagamaan mengenai kepentingan padi berkembang di kebanyakkan negara-negara Asia.

Sementara itu padi juga dikembangkan kearah Barat. Greek dan Roman Kuno tahu mengenainya dan walaupun makanan itu tidak disebut didalam kitab Injil tapi ia ada disebut didalam ‘Talmud Yahudi’ yang menanggarkan ia mula tiba di Timur Tengah pada abad ke-6 sebelum masehi ( B.C.) walaupun ia kekal sebagai makanan yang jarang dan ganjil diwilayah tersebut. Masyarakat Arab memperkenalkan padi ke Eropah bila mereka mula menanam di kawasan jajahan mereka di Selatan Italy dan Sepanyol. (‘Paella’ yang terdiri dari pada nasi, kerang, ayam dan juga sayur-sayuran sekarang ini merupakan makanan terkenal di Sepanyol.)

Pada abad 11 masehi ( A.D.) nasi merupakan makanan utama pada hidangan masyarakat Arab. ( Dolma, daun anggur dimasukkan bersama daging dan nasi merupakan hidangan terkenal di Timur Tengah, Turki dan Greece. Pilaf atau Pilau sejenis lagi makanan Arab dikenali diperingkat antarabangsa, disediakan dengan cara memasak nasi dicampurkan dengan rempah-ratus, daging, ayam atau ikan.

Di Eropah, Nasi kekal sebagai makanan mewah. Sebagai contoh, dilaporkan pada abad ke-13, Henry III di England menganggapnya sebagai makanan asing, luar-biasa dan mahal seperti juga di Italy, ia didikenakan cukai yang berat sama seperti bahan ‘cinnamon.’ Sebahagian besar menganggapnya sebagai ubat. Sebahagian sejarahwan mencadangkan pengambil alihan perusahaan penanaman padi

di Selatan Eropah akibat dari berlakunya wabak penyakit yang membunuh hampir sepertiga penduduknya selain itu penanaman padi tidak memerlukan banyak tenaga buruh seperti penanaman barli atau gandum selain itu membuahkan hasil yang lumayan.

Sekarang ini, “ricotto” yang disediakan dalam bentuk nasi dihidangkan bersama tomato, keju dan juga ayam atau lain-lain, merupakan makanan biasa di Italy. Nama itu diperolehi dari orang-orang Italy untuk beras, ‘riso.’ Nasi sekarang ini didapati begitu banyak dalam hidangan masyarakat Italy hingga mereka menghasilkan ais-krim berperasa nasi!

Penerimaan terhadap padi agak lewat diutara Eropah tetapi pada tahun 1747. sebuah buku masakan Inggeris berjudul “The Art of Cooking Made Plain and Easy” mengandungi 20 resepi yang menyebut ‘beras / Nasi.’ Seabad kemudian, beras yang telah diketahui dan telah tersebar begitu luas di Asia, kalah dengan keangkuhan manusia. Ia dikatakan sebagai ‘makanan orang miskin’ di Asia Timur, tidak mendapat simpati terkecuali ‘puding nasi’ yang terkenal dikalangan penuntut British untuk beberapa generasi.

Pada Tahun 1842 terdapat juga tuduhan mengenai Padi / beras / nasi dalam buku petua urusan rumah tangga yang menyebut “terdapat kepercayaan diperingkat akar-umbi di England bahawa pemakanan nasi yang berlebihan mengakibatkan buta tetapi pendapat ini bukan berasaskan pengalaman. Hanya selepas beberapa dasawarsa, nasi banyak dinikmati semula di Utara Eropah.

Anehnya, nasi bagaimanapun menjadi sebahagian dari keperluan perayaan Hari Natal ( christmas ) di Finlan. Bubur nasi dinikmati pada malam sebelum Hari Natal lebihannya akan dihiris, digoreng dan dihidangkan bersama makanan lain pada hari berikutnya. Lebih jauh ke Barat, penjajah Sepanyol dan Portugis memperkenalkan padi kebahagian tengah Amerika. Padi juga ditanam diwilayah jajahan Amerika Utara yang dimulakan oleh masyarakat Inggeris.

Ia mula ditanam di Virginia pada 1620 dan Selatan Carolina pada 1690. Berdasarkan cerita dongeng dinegara itu, penanamanya bukan dirancang tetapi secara kebetulan kerana ‘nasib malang.’

Kononnya sebuah kapal yang sedang belayar dari Madagascar tiba-tiba mengalami kerosakkan diperairan Virginia dan sebagai menghargai bantuan yang diberikan oleh masyarakat tempatan disana, sekarung padi diberikan oleh nakhoda kapal itu kepada mereka. Padi tumbuh subur sesuai dengan cuaca diselatan Amerika. Hasil tanamannya kemudian diexport meskipun kepentingannya berkurangan selepas pembasmian perhambaan (abolition of slavery.)

Pusat perusahaan penanaman padi di Amerika sekarang ini beralih ke lembah Mississippi dimana tanahnya yang kurang berpaya agak sesuai untuk mengunakan jentera. Creoles di Selatan Amerika dan kawasan Caribbean merupakan pembekal beras didunia. ‘Jambalaya” merupakan makanan nasi yang direbus bersama daging ayam, ikan, bawang dan rempah-ratus.

Kini, 90% bekalan beras dunia masih datang dari negara-negara Asia dengan China sebagai pengeluar dan pembekal utamanya dianggarkan sekitar 180 juta ton setahun, India juga banyak mengusahakan penanaman padi tapi jenis-jenis (varieties) padi yang ditanam kurang dari yang terdapat dinegara China. Hasil padi di Jepun dan Australia lebih banyak dari jiran mereka, China tetapi kurang diusahakan. Tidak seperti tanaman bijirin lain, kebanyakan hasil padi disana adalah untuk keperluan tempatan dan hanya lebih kurang 3% sahaja dieksport.

Thailand merupakan pengeksport beras utama dunia diikuti oleh USA dan juga Vietnam. Negara China mempunyai ‘perjanjian sulit’ dimana eksport berasnya yang berkualiti tinggi ditukar untuk keperluan memperolehi pendapatan tukaran asing dengan mengimport beras jenis kurang berkualiti untuk makanan tempatan.

Di Australia, kempen paling berkesan melalui iklan telah mendorong pengambilan / pemakanan nasi dengan banyaknya dan agak mengejutkan, negara itu telah tersenarai sebagai negara ke-6 pengeksport beras terbesar didunia. Tanpa diduga, negara-negara di Asia seperti Taiwan dan Jepun, penghasilan dan pengambilan / pemakanan nasi sebenarnya menurun dan digalakkan oleh kerajaan disana.

Begitupun, seorang rakyat Jepun akan memakan 65 kilogram nasi setahun berbanding dengan lebih kurang 3 kilogram untuk orang di Barat. Kerajaan Jepun secara khusus mempunyai hubungan yang kompleks dengan beras / nasi kerana keengganannya mengimport makanan kebangsaan mereka itu dari lain-lain negara didunia. Meskipun baru-baru ini, konsessi telah dibuat.

Akibat dari pengharaman dan pemberian subsidi yang begitu banyak untuk para petani, dinegara Jepun beras pada umumnya sangat mahal berbanding dilain-lain negara.

Para suri rumah dinegara matahari terbit itu masih mengelak dari bahan-bahan import asing yang murah dan mudah diperolehi mungkin untuk terus membolehkan mereka membayar cukai beras seperti pada masa dahulu atau agaknya mereka khuatir ‘menyakiti hati’ Tuhan padi Jepun.

Ini jelas menunjukkan, bila tiba kepada perkara PADI ia bukan setakat bahan makanan asas belaka tetapi ia merupakan tumbuhan yang berkat dan memiliki kuasa ghaib yang terus memegang peranan penting dalam kebudayaan didunia !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 09:47 AM | Show all posts
makan gandum jadi badan lebih besar...sebab gandum ada yis yang boleh wat kembang bila buat roti kita akan peram supaya dia naik...so badan pun akan naik juga bila makan...tapi makan gandum badan lebih 'panas' dari makan beras...beras lebih 'tenang'
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:23 PM | Show all posts
shamsadis posted on 18-6-2013 09:47 AM
makan gandum jadi badan lebih besar...sebab gandum ada yis yang boleh wat kembang bila buat roti kit ...

oooo sbb tu pak arab badan semua besar2 ek???
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 03:06 PM | Show all posts
nak makan gandum pula....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 04:09 PM | Show all posts
Fariz07 posted on 18-6-2013 01:23 PM
oooo sbb tu pak arab badan semua besar2 ek???

yess....tepung tue kita uli2 pastu letak 30min dia kembang naik...so bila roti tu korang makan badan/tubuh/tulang pun akan turut serta naik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 04:45 PM | Show all posts
shamsadis posted on 18-6-2013 04:09 PM
yess....tepung tue kita uli2 pastu letak 30min dia kembang naik...so bila roti tu korang makan bad ...

kalo dah tua bangka ni tubuh je naik kot tulang temulang mmg xnaik dah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 11:02 AM | Show all posts
Fariz07 posted on 18-6-2013 04:45 PM
kalo dah tua bangka ni tubuh je naik kot tulang temulang mmg xnaik dah kan

tulang tak dapat la...tambah otot (lemak2) boleh
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 11:45 AM | Show all posts
Dalam hikayat raja-raja melayu adalah menceritakan kisah wan empok dan wan malini berhuma di bukit siguntang
bila anak raja suran di hantar ke bumi dekat dengan huma (sawah) mereka buah padi mereka menjadi emas batang padi menjadi perak.........masih adakah raja-raja melayu kita menyimpan buah padi emas ini sehingga sekarang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 01:23 PM | Show all posts
Penanaman Padi di Malaysia bermula lebih awal dari abad ke 17 kerana pada zaman Malaka lagi penanaman padi telah diusahakan.Dalam sejarah melayu ada disebut Raja di Baruh.Baruh ialah kawasan penanaman padi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 04:52 PM | Show all posts
hjrayle: Dalam hikayat raja-raja melayu adalah menceritakan kisah wan empok dan wan malini berhuma di bukit siguntangbila anak raja suran di hantar ke bumi dek ...


mcm best je..nak tahu jugak...ada lgi ke zaman sekarang ye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 09:00 AM | Show all posts
honeynuyun posted on 20-6-2013 04:52 PM
mcm best je..nak tahu jugak...ada lgi ke zaman sekarang ye..

tak dapat di pastikan sama ada cerita ini benar atau tidak...kalau benar pasti raja-raja melayu masih menyimpan buah padi yang menjadi emas itu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:44 AM | Show all posts
hjrayle posted on 21-6-2013 09:00 AM
tak dapat di pastikan sama ada cerita ini benar atau tidak...kalau benar pasti raja-raja melayu ma ...

kerabat2 diraja takde plak nak menjawabnya...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 07:39 PM | Show all posts
Melayu takleh pisah ngan mitos raje2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.068518 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list