CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12609|Reply: 38

Wanita Telah Dirogol 14 Hari Tanpa Henti

[Copy link]
Post time 18-6-2013 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Wanita Telah Dirogol 14 Hari Tanpa Henti

Wanita ini pernah menjadi mangsa rogol selama 14 hari tanpa henti.  Kekejaman yang dirasakannya sangat tragis kerana dia dirogol oleh sekumpulan tentera Soviet.  Namun, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia sendiri yang membuka rahsia tersebut ketika usianya sudah tua.


Wanita ini pernah merasai hidup di zaman Adolf Hitler dan bekerja sebagai tukang rasa makanan



Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.

Tidak tergambar siksanya bagi sesiapa sahaja yang  pernah hidup di zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan rasa ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.



Margot Woelk


Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.

Setelah beberapa bulan selepas ulang tahunnya yang ke-95, dia menceritakan perihal pekerjaannya semasa perang dahulu, yakni sebagai tukang rasa makanan untuk Hitler.


Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.




“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.


Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 09:49 PM | Show all posts
sedihnya cerita dia ni..tapi bab food testing to sgt la menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 10:51 PM | Show all posts
Trauma yang susah dihapuskan dari ingatan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 11:24 PM | Show all posts
KimoraHakim posted on 18-6-2013 09:49 PM
sedihnya cerita dia ni..tapi bab food testing to sgt la menarik...

menarik?? klo ada racun dlm tu camno??
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 11:27 PM | Show all posts
AcikLijah posted on 18-6-2013 11:24 PM
menarik?? klo ada racun dlm tu camno??

kalau ada racun matilah...menarik in sense of the story that to be told lah..bukan menarik sbb menunggu ajal di hujung sudu...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 12:12 PM | Show all posts
“Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.


cant imagine !! camne lei hancur sebegitu?? terlalu kejam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 01:00 PM | Show all posts
salu nye bila kena rogol berkali2 dlm tempoh tanpa henti bole merosakkan rahim
rahim akan dibuang...
byk kes dh terjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:18 PM | Show all posts
sedihnya cite dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 02:23 PM | Show all posts
sadisnya pengalaman granny nih................
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 02:28 PM | Show all posts
mmg zalim. hidup tanpa zuriat...kesian wanita ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:05 PM | Show all posts
sedihnya kisah hidup granny nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:17 PM | Show all posts
zuerinaBP: salu nye bila kena rogol berkali2 dlm tempoh tanpa henti bole merosakkan rahim rahim akan dibuang...byk kes dh terjadi...


ye ke. nauzubillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 03:23 PM | Show all posts
suami dia tak tahu cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:30 PM | Show all posts
kena gangbang 14 hari dasyat giler, tp granny ni mampu bertahan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:39 PM | Show all posts
kalau dlm hidupnya ada kisah sedih cam tu, sampai matipun tak akan lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:45 PM | Show all posts
aku ingatkan tentera nazi ataupun hitler yg rogol dia,rupanya tentera soviet???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 04:42 PM | Show all posts
zuerinaBP posted on 19-6-2013 01:00 PM
salu nye bila kena rogol berkali2 dlm tempoh tanpa henti bole merosakkan rahim
rahim akan dibuang. ...

erkkk sakitnya tuhan jer yang tahu
macam mana rahim bleh hancur sbb air mani masuk tak berenti ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 09:10 PM | Show all posts
Suchi posted on 19-6-2013 04:42 PM
erkkk sakitnya tuhan jer yang tahu
macam mana rahim bleh hancur sbb air mani masuk tak berenti ke ...

mungkin sebab kena rodok dengan senapang tentera soviet
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 10:02 PM | Show all posts
Seramai 500 ribu or 5 juta (tak ingat statistik kat history chanel) wanita jerman dirogol oleh tentera soviet masa perang dunia ke-2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 12:15 AM | Show all posts
kejamnye jadi manusie
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.097610 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list