CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16148|Reply: 68

[Tempatan] {5} KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN: Selamatkan Syria !

[Copy link]
Post time 20-6-2013 08:17 PM | Show all posts |Read mode


20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai  1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Pengisytiharan Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hezbollah pada 25 Mei 2013 yang mengisytiharkan penglibatan Hezbollah secara besar-besaran di di Syria adalah satu perkara yang telah menukar lanskap krisis di Syria. Krisis ini menjadi lebih buruk dan meruncing dengan penglibatan Hezbollah dalam krisis di Syria dan kesannya kita telah dapat lihat sekarang seperti yang berlaku sekarang di Syria dan Lubnan.


Justeru, Iran tidak boleh menafikan penglibatan ini kerana sumber kekuatan tentera dan persenjataan Hezbollah adalah merupakan bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Iran.



Oleh yang demikian, satu RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH pada Khamis, 4 Syaaban 1434 Hijrah bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Kaherah, Mesir telah menggariskan :





“Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran.”





Gabungan Selamatkan Syria dengan komitmen penuh ABIM, IKRAM, HALUAN, SYRIA CARE, Pemuda GEMA dan AQSA SYARIF menggesa Rakyat Malaysia yang prihatin dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk memboikot KURMA IRAN dan PRODUK IRAN sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang.





Adalah ditegaskan:



1. Kempen boikot ini tidak ditujukan kepada Syiah. Syiah tidak akan dihadapi dengan boikot tetapi dengan kempen kesedaran bagi mendedahkan siapa itu Syiah yang sebenar. Umat Islam wajib difahamkan tentang ajaran Syiah dan tipu daya mereka.





2. Boikot ini bukan ke atas Iran semata-mata, tetapi ia merupakan boikot ke atas tindakan kerajaan Iran yang membantu Bashar Assad. Tempoh boikot ini ialah sehingga Iran menghentikan sokongannya ke atas Bashar Assad. Boikot Iran secara total adalah tidak munasabah kerana kerajaan Malaysia masih lagi mempunyai hubungan diplomatik dan rakan dagang Iran. Kedudukannya adalah berbeza dengan Israel.





3. Tujuan boikot dinyatakan dengan jelas untuk membela rakyat Syria bukan ditujukan kepada Iran secara langsung. Ia adalah untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Syria dan mengecam Iran kerana bersekongkol dengan Bashar Assad melakukan jenayah kemanusiaan ini.





4. Boikot kurma Iran adalah simbolik kepada boikot produk Iran. Kerana dengan memboikot kurma Iran, akan mendorong rakyat Malaysia menolak produk Iran di pasaran. Kurma juga dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang bagi memberi kesan dan impak yang maksimum pada saat ini.





Selamatkan Syria! Save Syria!

p/s tadi kuar kat TV3...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 08:20 PM | Show all posts
tahun lepas xde pulak... FSA menuju kecundangan baru nk buat boikot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 08:22 PM | Show all posts
k0rang makan kurma mana?

aku baru je beli kurma jewel dari oman...

p/s usofffff  tayoobbbbb........(mode bisik)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 08:27 PM | Show all posts
aku ada kawan yang mengimpot kurma nie...
biasanya order kurma dah dibuat 6 bulan sebelum...
ini bererti bulan syaaban order dh sampai kepada pihak yg memesan...
jika boikot berlaku, rakyat Msia kena bahananya...

sepatutnya kempen boikot ini dijalankan sekurang-sekurang 6 bulan lebih awal...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 08:28 PM | Show all posts
kurma yusoff tayeb yang selalu di iklan itu dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 08:29 PM | Show all posts
pensyarah aku orang syria..failkan aku...last2 syria jadi teruk sampai sebegini..padan muka... HAR HAR HAR
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2013 08:57 PM | Show all posts
pakweneelofa posted on 20-6-2013 08:29 PM
pensyarah aku orang syria..failkan aku...last2 syria jadi teruk sampai sebegini..padan muka... HAR H ...

teruknya dendam ko...
rakyat syria menderita sbb ko fail paper pensyarah syria...

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:02 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 20-6-2013 08:57 PM
teruknya dendam ko...
rakyat syria menderita sbb ko fail paper pensyarah syria...

maafkan aku abang tongkat..... ..

cuma aku tkleh terime la..ada budak tu kena penggal rahang dia...sadis nak mampus puak2 arab ni...sekarang ni kita anggap je la Allah tunjukkan bagaimana perangai arab jahiliyah sebelum Rasulullah mengajar diorang ni jalan yg betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 09:40 PM | Show all posts
ogre posted on 20-6-2013 08:28 PM
kurma yusoff tayeb yang selalu di iklan itu dari mana

kurma itu Datuk Yusoff taiyyob yang empunya, bukan pak ereb yang punya

Sejarah Usahawan Kurma – Yusof TaiyoobPosted byevo11 on Thursday, 2 August 2012at09:30


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.



Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.



Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.



Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.



Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.



Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.



Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..



Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.



Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.



Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:47 PM | Show all posts
si tayap ni muke macam geng geng kerala aje  mamak kutty gak ke nih? sepupu sepapat cam mahafiraun tu gak kut

kerala ke hulu kerala ke hilir..last2 nak buke pose mentekedarah kormak si tayap aaaaaaaaaahahahaha mayu blacan !!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:49 PM | Show all posts
Saturday, June 15, 2013
Senarai KURMA DARI IRAN

byTinta Asyraf
Posted inBelilah Kurma Dari Palestin,Senarai KURMA DARI IRAN

Senarai KURMA DARI IRAN | Belilah Kurma Dari Palestin | Di bawah adalah senarai KURMA DARI IRAN yang berada di negara kita. Jika anda peniaga-peniaga kurma yang mengimport KURMA DARI IRAN  sepatutnya anda sudah hentikan mengimport KURMA tersebut DARI IRAN, tetapi jika anda sudah pun menempah kurma tersebut, semoga Allah mengampuni kita semua dan berdoalah agar pendapatan daripada kurma tersebut tidak disalurkan kepada Regim Bashar Al-Assad. Jika anda pembeli kurma untuk bulan puasa yang akan menjelang ini. Di sini saya senaraikan KURMA DARI IRAN seperti mana di bawah :






















Last edited by boyagombak on 20-6-2013 09:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:52 PM | Show all posts
marilah kita pakat2 sama tulung beli hat Palastine punya


Dibawah ini pula adalah KURMA DARI PALESTIN. Saya sarankan belilah kurma Medjoul dari Ariha adalah produk peladang Palestin di Tebing Barat.

Kurma Medjoul dari Ariha adalah produk peladang Palestin di Tebing Barat. Ariha @ Jericho adalah daerah yang diletakkan di bawah pentadbiran Bihak Berkuasa Palestin sepenuhnya bermula dengan perjanjian Oslo pada tahun 1993. Jangan ragu dengan status kurma Medjoul dari Ariha kerana ia adalah produk tulen rakyat Palestin.

Ia tidak sama dengan kurma yang dihasilkan oleh Israel ke atas wilayah yang diduduki di Tebing Barat seperti kurma yang menggunakan jenama Jordan Valley - Lembah Jordan)pada tahun-tahun lalu (Nota Jordan Valley letaknya di Tebing barat di bahagian timur yang bersempadan dengan Jordan)

Peruntukan dalam Oslo Accord menegaskan kedudukan Ariha (Jericho) seperti berikut:

Kuasa Pihak Berkuasa Palestin merangkumi semua urusan di dalam wilayah, fungsi dan persendirian di bawah bidang kuasanya :

A. Bidang kuasa wilayah meliputi Semenanjung Gaza dan Kawasan Jericho (Ariha), seperti yang ditafsirkan dalam Artikel I, kecuali penempatan (Yahudi) dan kawasan Tentera (Israel). Bidang kuasa wilayah termasuklah tanah, bawah tanah dan sumber air, bersesuaian peruntukan Perjanjian ini

(The authority of the Palestinian Authority encompasses all matters that fall within its territorial, functional and personal jurisdiction, as follows :
A. The territorial jurisdiction covers the Gaza Strip and the Jericho territory, as defined in Article I, except for Settlements and the Military Installation Area. Territorial jurisdiction shall include land, subsoil and territorial waters, in accordance with the provisions of this Agreement.


Last edited by boyagombak on 20-6-2013 09:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:53 PM | Show all posts
produk yehudi dan amirika cam mekdi,kpc..x nak pulak diboikot....dasar sunni belit...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:03 PM | Show all posts
razhar posted on 20-6-2013 09:53 PM
produk yehudi dan amirika cam mekdi,kpc..x nak pulak diboikot....dasar sunni belit...

kebanyakan depa boikot on-off..time isu palestin diserang..berdegar2 boikot sana sini...tapi bila isu dah suam2 air suam...depa telan balik...macam takde apa berlaku...tarak bulih pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:04 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 20-6-2013 08:27 PM
aku ada kawan yang mengimpot kurma nie...
biasanya order kurma dah dibuat 6 bulan sebelum...
ini b ...

ohnolia nak tanya, kat arab saudi, ada tak embassy iran dan syria?    
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:05 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 20-6-2013 08:22 PM
k0rang makan kurma mana?

aku baru je beli kurma jewel dari oman...

saya makan kurma ayam..kurma daging pun makan juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 10:06 PM | Show all posts
aku mkn kurma mariami aje.. dr mna ia dtg aku x kesah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:06 PM | Show all posts
razhar posted on 20-6-2013 09:53 PM
produk yehudi dan amirika cam mekdi,kpc..x nak pulak diboikot....dasar sunni belit...

Sunni dah lam boikot mekdi, kfc ....... cumme syiah je yang ketagih ayo leur meleleh x dapat mentekedarah

sunni dah makan ni je, lagi sodap tau

[url=http://www.google.com.my/imgres?client=firefox-a&sa=X&rls=org.mozilla:en-USfficial&channel=fflb&biw=800&bih=341&tbm=isch&tbnid=iEexjyMK_ZzmXM:&imgrefurl=http://kelabraven.blogspot.com/2011/02/kelantan-frieid-chiklen.html&docid=EG0dbtiKbPi4cM&imgurl=http://3.bp.blogspot.com/_SzYh8kfKGVE/TOhffd8TMYI/AAAAAAAABP0/Wb2OtDyZ5a4/s1600/DSC_0152.JPG&w=1600&h=1074&ei=VgrDUeunBIrsrAfYqYGoAw&zoom=1&ved=1t:3588,r:7,s:0,i:99&iact=rc&page=2&tbnh=174&tbnw=259&start=3&ndsp=6&tx=101&ty=75][/url]

kokesen, mat negro, mata sepet pun pakat hadap tu, aku harap boleh bukak banyak lagi cawangan di malaysia, kasik boikot itu kapiaq punya outlet

[url=http://www.google.com.my/imgres?client=firefox-a&sa=X&rls=org.mozilla:en-USfficial&channel=fflb&biw=800&bih=341&tbm=isch&tbnid=IJHBoypjQRqLSM:&imgrefurl=http://1mytomyam.blogspot.com/2010/06/1malaysia-international-dragon-boat.html&docid=dRWGh1brUXT1DM&imgurl=http://1.bp.blogspot.com/_jfxMmtfxSMg/TCC76esNoiI/AAAAAAAAIOs/SkQDFHh2Hz8/s400/1malaysia%252Bdragon%252Bboat%252Brace%252B2010_KFC.JPG&w=376&h=250&ei=VgrDUeunBIrsrAfYqYGoAw&zoom=1&ved=1t:3588,r:5,s:0,i:93&iact=rc&page=2&tbnh=177&tbnw=272&start=3&ndsp=6&tx=191&ty=102][/url]

Resepi orang kita, rasa Sejibik macam dia




Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:08 PM | Show all posts
boyagombak posted on 20-6-2013 10:06 PM
Sunni dah lam boikot mekdi, kfc ....... cumme syiah je yang ketagih ayo leur meleleh x dapat mente ...

kenapa ohnolia lihat ramai je yg masih makan2 di sana dgn aman sentosa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 10:09 PM | Show all posts
aechae posted on 20-6-2013 10:06 PM
aku mkn kurma mariami aje.. dr mna ia dtg aku x kesah

Kurma Mariami tu datangnya dari Pokok kurma, bukannya pokok kelapa , Nipah ataupun sawit.

Sekian dari pengimport Kurma Mariami

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.094249 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list