CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

THE AMAZING SPIDER-MAN 2 - 2 MAY 2014 (Trailer page3)

[Copy link]
Post time 25-8-2014 09:57 PM | Show all posts
sampai sekarang tak menengok2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 09:53 PM | Show all posts
bluezink posted on 14-4-2014 11:30 AM

Bagi aku The Amazing Spiderman 2 adalah sebuah cerita sedih yang menimbulkan lebih banyak ??? persoalan.  Jangan mengharapkan gelak ketawa, keceriaan dan ‘happy ending’ apabila menonton wayang ini.

  • The Amazing Spider-Man 2 adalah sekuel kepada  The Amazing Spider-Man yang telah ditayangkan di sekitar Julai 2012 dan masih diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Marc Webb
  • The Amazing Spider-Man 2 kali ni masih dibarisi pelakon yang sama iaitu Andrew Garfield (Peter Parker/Spider-Man), Emma Stone (Gwen Stacy) dan Sally Field (Aunt May)...ianya turut dibarisi oleh pelakon lain seperti Jamie Foxx (Max Dillon/Electro),Dane DeHaan (Harry Osborn/Green Goblin), Colm Feore (Donald Menken), Felicity Jones (Felicia), Paul Giamatti (Rhino/Aleksei Sytsevich), Campbell Scott (Richard Parker), Embeth Davidtz (Mary Parker) and Marton Csokas (Dr. Ashley Kafka)
  • Pada permulaan cerita, ada menunjukkan flashback mengenai cerita sebenar ke mana menghilangnya Richard Parker dan Mary Parker, iaitu mama dan papa Peter Parker di mana Aunt May sendiri pun tidak tahu cerita yang sebenarnya...dan Peter Parker masih tertanya-tanya kenapa mama papanya menghilangkan diri begitu saja...
  • Kenapa agaknya Peter Parker seperti hendak menjauhkan diri daripada Gwen Stacy ?
  • Macam mana Electro boleh muncul di Times Square ? Electro mengenali Spider-Man tetapi Spider-Man tidak mengigati siapakah Electro ni...siapakah sebenarnya Electro tu dan kenapa dia mula menyerang bandar ?
  • Kenapa agaknya Spider-Man tetiba beralih profesion untuk menjadi ahli bomba ni ? HAHA
    • Dapatkah Spider-Man menghentikan Electro daripada terus mengganas di bandar disebabkan tada sesiapa yang mengigatinya ?
    • Kenapakah agaknya Harry Osborn kelihatan terlalu terdesak untuk berjumpa denganSpider-Man selepas Harry dipecat daripadajawatan CEO OsCorp?
    • Mahukah Spider-Man membantu Harry Osborn untuk menyelesaikan masalahnya ? Apa sebenarnya yang Harry mahukan daripada Spider-Man ?
      • Gwen Stacy pula mahu berpindah ke England...dan ini menambahkan lagi kekusutan Peter...secara tak sengaja, Peter telah menjumpai sesuatu maklumat yang penting dalam briefcase papanyasewaktu dia membaling kalkulator milik panya...apa mendanya Roosevelt tu ?
      • Harry Osborn telah meminta bantuan Electro yang telah ditahan di Ravencroft Institute untuk menghapuskan Spider-Man...adakah Electro akan bersetuju dengan cadangan Harry ? Dan kenapa agaknya Harry dan Electro begitu marahkan Spider-Man ?
      • Electro telah menyerang stesen janakuasa yang dibangunkan OsCorp dan menyebabkan bekalan elektrik di seluruh bandar terputus...dan pada masa yang sama, dua buah kapal terbang bakal berdepan dengan pelanggaran antara satu sama lain jika bekalan elektrik di menara kawalan tidak dipulihkan cepat...Electro terlalu kuat dan macam mustahil untuk dikalahkan, adakah Spider-Man dapat idea untuk menyambungkan kembali bekalan elektrik ke seluruh bandar sekaligus mengalahkan Electro ?
        • Apa yang terjadi kepada Gwen Stacy semasa Spider-Man bertarung dengan Green Goblin di stesen janakuasa tu ?
        • Persoalannya, bagaimana pula Green Goblin dan Rhino tetiba pula boleh muncul ? Mesti korang akan tertanya-tanya kan ? Tapi terus terang aku cakap, memang aku kurang suka dengan watak Rhino dalam movie ni...kenapa Rhino mesti sebuah mesin ????
        • The Amazing Spider-2 ni ?
        • Watak Peter Parker / Spider-Man kali ni lebih bersahaja dan gila-gila...memang confirm la korang akan gelak la dengan watak Peter Parker kali ni...dan yang penting da tak gagap da macam awal kemunculannya dulu kalau sapa masih ingat..Serius, aku lebih suka versiThe Amazing Spider-Man lakonan Andrew Garfield ni daripada lakonan Tobey Maguire dulu dalam muvie Spider-Man...
          • Plot dan ceritanya memang agak menarik sejak daripada permulaan lagi...pada awal muvie menceritakan apa sebenarnya yang terjadi pada ma dan pa Peter...sangat berbeza dengan  Spider-Man yang asal dulu...sekali 3 musuh Spider-Man kena lawan pada masa yang sama...tapi cuma ending muvie kali ni agak spoiled sikit la.memang tergantung habis jalan ceritanya...cerita kali ni bagi aku OK la...tidak terlalu mengecewakan...masih berbaloi untuk ditonton.Sekuel ketiga The Amazing Spider-Man mungkin akan keluar pada Jun 2016 dan sekuel keempat pula pada Mei 2018.aku harap sekuel berikutnya akan lebih banyak aksi...

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 02:00 AM | Show all posts
bluezink posted on 26-8-2014 09:53 PM
Bagi aku The Amazing Spiderman 2 adalah sebuah cerita sedih yang menimbulkan lebih banyak ??? pers ...

sequel ketiga 2017 sis, SONY consider felem ni flop, bajet marketing melampau lampau pun kutipan just $705mil padahal TASM1 yang hanya 1 villain 1 music composer jalan cerita simple $750mil, SONY ragu-ragu so tunda setahun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 04:48 PM | Show all posts
Sekarang di tayangkan di HBO, Astro
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 06:09 PM | Show all posts
Edited by RED 666 at 1-4-2015 06:13 PM

dukacitanya amazing spiderman 3 dibatalkan terus sebab kutipan amazing spiderman 2 kurang memberangsangkan

dengar2 nak reboot lagi sekali dan khabar angin kali ni pelakon utama watak spiderman adalah negro pulak
dan spiderman dikhabarkan join marvel cinematic universe bersama iron man, thor, cap america, hulk

http://en.wikipedia.org/wiki/The ... n_%28film_series%29


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.614833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list