View: 8986|Reply: 28
|
[Tempatan]
DIMENSI 108-update PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN
[Copy link]
|
|
Pembekal 'Pil Pintar' Pamer Surat Pengesahan Palsu
Oleh YUEN MEIKENG PETALING JAYA: Pembekal 'pil tablet pintar' mempamerkan surat pengesahan palsu daripada Kementerian Kesihatan di laman webnya. Surat tersebut yang kononnya dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, mengklasifikasikan pil Dimensi 108 sebagai 'bukan-perubatan' dan menyatakan bahawa produk ini tidak dikawal pihak berkuasa kawalan dadah. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, surat tersebut adalah palsu dan pihak kementerian telah membuat laporan polis mengenai perkara itu. "Sebagai produk makanan, mendakwa pil tersebut boleh mengubah tingkah lalu pelajar seperti dipamerkan pada label produk, tidak dibenarkan di bawah Peraturan 18 (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985. "Sehingga hari ini, kami tidak menerima sebarang permohonan daripada syarikat tersebut untuk mengklasifikasikan produk makanan itu atau meneliti labelnya," katanya pada Khamis. Dr Noor Hisham berkata, masih belum ada bukti saintifik untuk membuktikan dakwaan bahawa produk tersebut 'boleh mengubah tingkah laku dan meningkatkan keupayaan mental' pelajar. "Kementerian itu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan pengambilan produk tersebut terutamanya apabila ia diambil secara berlebihan," katanya. Beliau berkata, kementerian akan mengambil tindakan dibawah Akta Makanan 1983. Terdahulu, sekolah-sekolah di beberapa negeri dilaporkan telah 'dipromosikan' dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak. Pil Dimensi 108 yang didakwa berupaya mengubah tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin serta tahan penyakit mengandungi bahan-bahan seperti kurma merah dan spirulina. Pengarah Urusan Tiga G Dimensi Satu Kosong Lapan Sdn Bhd, Omar Mohd Yusos mendakwa pil yang dibekalkan oleh syarikatnya itu adalah selamat dan telah diedarkan ke sekolah-sekolah sejak 2010.
the star
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/30/mstar_berita/20130830114527&sec=mstar_berita
pertanyaan seorang pengguna dalam FB rasmi dibuang :
https://www.facebook.com/GlomindEnterprise
Salam.sy melihat kandungan pil adalah Dextrose : 25 %.
"Severe allergic reactions (rash; hives; itching; difficulty breathing; tightness in the chest; swelling of the mouth, face, lips, or tongue)."
Sucrose : 25 % :
"Eating foods that contain sucrose can lead to tooth decay, obesity, insulin resistance, elevated triglycerides, high blood pressure, hypoglycemia, yeast infections, inflammatory bowel disease and the hardening of the arteries."
www.drugs.com
Pil mengandungi bahan kimia berbahaya namun dalam Utusan "Makanan tambahan Dimensi 108, dirumus khas menggunakan bahan asli dan buah-buahan digemari golongan kanak-kanak serta tidak sedikit pun mengandungi bahan kimia."
Saya mohon fakta diberikan sebaiknya.Kita tidak mahu ia akan menjejaskan kesihatan anak-anak kita pada masa depan.Dalam dunia ini ,tiada satu pun bahan kimia yang tiada memberikan kesan.
Perniagaan adalah perniagaan namun janganlah keuntungan dijadikan alasan untuk tidak mengambil berat kesihatan anak-anak kita dalam jangka masa panjang.Lihat sahaja pil pintar
Adi Putra.ia mengandungi kandungan berbahaya dan ratusan ribu kanak-kanak sudah menelannya.
“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.
“Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi,”
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail .
Saya mohon penjelasan .Terima kasih.
Last edited by GuaAnakMelaka on 30-8-2013 01:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdiri dari 7 jenis bahan aktif seperti dinyatakan, diformulasikan dengan kaedah istimewa seperti berat setiap bahan, ukuran dahulu kemudian, hari, masa dan tempat di buat mengikut aturan dan susun sehingga sempurna. Ia dikategorikan sebagai makanan tambahan kerana kandungan bahan aktifnya kurang dari 20% jika melebihi dari itu ia sebagai ubat, maka ia perlu dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hairan juga.Mengapa syarikat membuang pertanyaan komen seorang pengguna FB?
Adakah soalan tersebut tidak relevan?
Mengapa tidak dijawab sahaja pertanyaan tersebut?
Mungkin pengguna itu peka dan ingin tahu kerana sebelum ini pil pelajar pintar
Rampasan produk Adi Putra lepas siasatan rapi
PETALING JAYA: “Rampasan yang dilakukan terhadap produk Ubat Penawar Sendi Tulang milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani , 11, Sabtu lalu, bukan dilakukan sesuka hati atau berniat jahat. Kami tidak punya apa-apa kepentingan dalam perkara ini,” kata Pengarah Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad.
Menurutnya, kajian berhubung isi kandungan produk berkenaan yang didakwa boleh menyembuhkan sakit sendi dan tulang sudah mula dilakukan di makmal forensik bahagian penguat kuasa farmasi sejak awal November tahun lalu.
“Ujian makmal yang dilakukan kakitangan makmal berulang kali mendapati pil terbabit disahkan mengandungi kimia Dexamethasone iaitu dadah steroid yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
“Semua ujian makmal terbabit dilakukan secara terperinci menggunakan peralatan paling moden yang boleh mengesan sebarang kehadiran kimia berbahaya yang sengaja dicampurkan ke dalam ubatan atau makanan kesihatan,” katanya.
Menurutnya, tidak timbul isu sama ada pegawai penguat kuasa farmasi sengaja mensasarkan produk Adi Putra berikutan semua tindakan diambil mengikut prosedur selain terlebih dahulu melalui ujian makmal yang ketat.
Dalam pertemuan singkat semalam, Hatta sempat membawa wartawan melawat dua makmal moden KKM iaitu Makmal Forensik Bahagian Penguat kuasa Farmasi dan Makmal Pengujian Produk Unit Penyaringan Campur Palsu KKM yang digunakan khusus untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ribuan produk kesihatan.
“Penggunaan alatan moden seperti Gas Mass Spectrum Chrometography (GCMS) dan High Performance Liquid Chrometography (PLC) mampu mengesan bahan asing yang dicampurkan ke dalam ubatan walaupun dalam kuantiti kecil.
“Keputusan yang diperoleh 100 peratus tepat dan tidak perlu diragui. Bukti terbabit kemudian dijadikan asas bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan bagi merampas mana-mana produk kesihatan yang didapati bercampur aduk dengan kimia berbahaya di pasaran,” katanya. Beliau berkata, dakwaan pada pelekat label produk yang mendakwa Produk Ubat Penawar Sendi Tulang dihasilkan daripada rempah ratus seperti halia dan madu ternyata satu fakta tidak tepat dan pihaknya masih menyiasat sumber pembekal produk pil terbabit diperoleh. Menurutnya, pemeriksaan makmal pada enam lagi produk homeopati dipasarkan Adi Putra turut mendapati ia hanya mengandungi bahan sukrose iaitu gula. “Berdasarkan siasatan ketika serbuan, semua pil kecil berwarna kuning itu didapati diimport daripada pengeluar produk Homeopati dari Lahore, Pakistan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tehherba posted on 29-6-2013 07:03 PM
apa benda nih..
ttg pil ......................
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tolong pendekkan x....pjg sangat |
|
|
|
|
|
|
|
puihhhh................... |
|
|
|
|
|
|
|
mentaliti pprt cmtu la...nk bijak kena telan pil ntah apaapa berkilo2 |
|
|
|
|
|
|
|
adiputra tu prodigi matematik..bukan genius..
masalah org melayu anggap budak2 cmni genius..
kalu ko bagi soalan sejarah tingkatan 1 kt dia pun dia bole failed.. psl dia pro psl math aja..
bnda ni mana bole dpt ngn makan segala bapak pil kt dunia ni..tuhan dah anugerah kt dia..terima ajala.. |
|
|
|
|
|
|
|
huh,pil ni,kat sekolah banyak ni diorang masuk jual kt budak2 sekolah,kalu betul perlu pencerahan sebab xde kuar berita nih,kementerian dh siasat lum ni??nak hebahkan karang takut benda lum kompem,jadi pitnah plak,hu2 |
|
|
|
|
|
|
|
org melayu je suka makan pil bijak pndai ni
klu dah genetik malas, xpndai, telan la extract otak eistein pn sama je jugok |
|
|
|
|
|
|
|
memakan pil ini menyebabkkan kebodohan makin melarat, tau tak? |
|
|
|
|
|
|
|
pil baru dekat tangan tak masuk mulut lagi sudah menyebabkan seseorang itu menjadi bahlol ya amat. |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa mengubah perangaiii...?? |
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 29-6-2013 06:54 PM
tak guna belajar mcm nak mampos kalau dah ada ubat doremon ni... haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu2 dah rajin promo..almaklum depa nk tmbah duit poket...............
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita lama kan ni...?
apapun kasihan kat adiputra..
aku rasa budak ni memang bijak tapi dimanipulasikan orang2 tertentu...
ibu bapa pun macam sibuk sangat mengejar glamer dan duit dengan mempromosikan kebolehan adiputra sampai buat ubat bagai...
tapi yang kena kutuk kaw2 dekat forum ni si budak adi tu...
yang melayu2 pula percaya bulat2 ja dengan benda2 ni semua..main telan ja ubat2,,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|