MPAJ: Runtuh mungkin akibat kecuaian - Isu Semasa - Isu Semasa & Politik - CARI Infonet -

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
View: 666|Reply: 2

[Tempatan] MPAJ: Runtuh mungkin akibat kecuaian

[Copy link]
Post time 4-7-2013 07:57 AM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

KUALA LUMPUR - Kejadian tebing runtuh sehingga menyebabkan kematian tiga pekerja di tapak pembangunan di Taman Sierra, Ukay Perdana hari ini mungkin berlaku akibat kecuaian dan tiada pengurusan keselamatan ketika pelaksanaan kerja.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd berkata insiden itu tiada kaitan dengan kegagalan struktur atau runtuhan cerun.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian MPAJ di tapak kejadian, kemalangan itu berlaku ketika aktiviti korekan tanah dilakukan sehingga tebing tanah setinggi 3.5 meter terjatuh dan menimbus pekerja binaan yang sedang bekerja bersebelahan tebing tersebut.

"Akibat kemalangan itu, tiga pekerja pembinaan maut manakala seorang cedera parah dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu," katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.

Dalam kejadian itu, tiga pekerja Myanmar dikenali sebagai Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26, maut manakala Zokoria Shobualam, 22, patah kaki dan dirawat di Hospital Ampang sebagai pesakit luar.

Rosliza berkata ekoran insiden itu, MPAJ yang meninjau tempat kejadian bersama wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengeluarkan Notis Berhenti Kerja serta-merta kepada pihak pemaju.

MPAJ, katanya, mengemukakan laporan teknikal berkaitan punca berlakunya kegagalan ketika aktiviti kerja korekan dilakukan.

Beliau berkata selain itu, MPAJ mengemukakan cadangan tindakan penyelesaian meliputi kajian kestabilan dan reka bentuk serta jadual perancangan kerja bagi penyelenggaraan kawasan kejadian kemalangan.

"MPAJ juga melaksanakan penyelenggaraan di kawasan tapak pembangunan bagi mengelakkan kacau ganggu di kawasan sekitar sepanjang tempoh berhenti kerja dikeluarkan," katanya.

Rosliza berkata pemilik tanah harus bertanggungjawab terhadap sebarang permasalahan dan kemungkinan atas kegagalan pemilik memelihara dan menyelenggara/premis miliknya sehinga menimbulkan kacau ganggu ke kawasan sekitar.

MPAJ juga telah memaklumkan perkara ini kepada CIDB dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja untuk tindakan lanjut, katanya. - Bernama

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 11:03 AM | Show all posts | Share
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian MPAJ di tapak kejadian, kemalangan itu berlaku ketika aktiviti korekan tanah dilakukan sehingga tebing tanah setinggi 3.5 meter terjatuh dan menimbus pekerja binaan yang sedang bekerja bersebelahan tebing tersebut.

Rosliza berkata ekoran insiden itu, MPAJ yang meninjau tempat kejadian bersama wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengeluarkan Notis Berhenti Kerja serta-merta kepada pihak pemaju.


sebelum tu tak memantau ...cuma perhati dari bilik pejabat yang ada aircon
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 11:12 AM | Show all posts | Share
tk silap aku DS Rosmah ada melawat kawasan dekat2 situ 2 minggu sebelum kejadian...salah orang kot..sori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

7-7-2015 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.130267 second(s), 11 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list