CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10674|Reply: 25

Langkah Untuk Mengatasi Masalah Onani/Masturbasi

[Copy link]
Post time 4-7-2013 04:08 PM | Show all posts |Read mode


Masturbasi maupun onani merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh manusia terutamanya yang belum berkahwin dan sebenarnya ia memberi kesan buruk. Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan mengalami ejakulasi awal. Selain dari itu juga onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari jika dilakukan tanpa kawalan. Menurut pakar kesihatan, aktiviti seksual tersebut boleh menyebabkan kelainan fungsi seksual serta gangguan kejiwaan.

Jika anda ingin menghentikan tabiat buruk tersebut, cubalah beberapa langkah yang kami kongsikan ini :

Elakkan menyentuh bahagian intim di tubuh anda kecuali  semasa anda sedang mandi. Elakkan bersendirian dan cuba aktiviti beriadah bersama teman dan rakan diluar terutamanya aktiviti bersukan.


Jika anda akrab dengan seseorang yang mempunyai kebiasaan masturbasi / onani, anda perlu menjarakkan diri dari mereka jika mereka tidak mahu berubah.  Ketahuilah bahawa dua orang dengan kelemahan yang sama akan  membuatkan anda semakin sukar berhenti dari kebiasaan buruk itu. Pilihlah rakan yang dapat mendorong anda melakukan perkara yang baik.


Ketika hendak tidur, berpakaian dengan elok sehingga tubuh anda tertutup dan boleh menghalang anda untuk menyentuh bahagian-bahagian intim.
Cari aktiviti-aktiviti untuk menyalurkan masa dan tenaga anda, seperti bersenam. Libatkan diri anda dalam sukan kumpulan seperti bola sepak, bola keranjang, badminton, atau tenis. Makan makanan sihat. Pengambilan buah dan sayur yang boleh menutrisi tubuh sehingga anda segar bekerja sepanjang hari.


Elakkan melihat atau membaca majalah atau menonton video yang bersifat porno. Pintu terbesar rangsangan seksual pada lelaki adalah mata. Melihat perkara yang erotik baik dari media (bacaan, TV, VCD, DVD, filem, dll) atau pada orang-orang tertentu yang berpakaian atau berpose erotik akan memberikan dorongan seksual yang kuat.


Jika anda serius ingin lepas dari masturbasi, tutuplah akses terhadap material pornografi. Jika anda mempunyai koleksi filem atau bacaan porno, buang semuanya. Bersihkan hard disk di komputer anda dari tontonan-tontonan porno. Buang jauh-jauh semua mainan seks yang anda miliki.


Masukkan bacaan yang baik bagi fikiran anda. Bacalah buku-buku rohani, ayat-ayat Kitab Suci Al Quran dan mendengar zikir munajat. Selain itu juga anda boleh berdoa pada Tuhan supaya memudahkan proses perubahan anda.


Carilah pertolongan kepada orang yang tepat. Jangan merasa malu atau enggan untuk meminta bantuan. Ingatlah bahawa ada banyak orang yang sedang berjuang juga untuk lepas dari masturbasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 08:04 AM | Show all posts
JANGAN TGK PORNO MALAM2...kompom tergonceng...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 04:58 PM | Show all posts
Kahwin la.........
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:25 PM | Show all posts
Ada tak sesiapa yg berjaya berhenti tabiat ni? Silakan kongsi kisah kejayaan anda
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:17 PM | Show all posts
Kawin cepat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 01:39 PM | Show all posts
jimmyajim posted on 9-7-2013 08:25 PM
Ada tak sesiapa yg berjaya berhenti tabiat ni? Silakan kongsi kisah kejayaan anda

ada pun seminggu je x onani.. or lama pun sebulan kut. pastu sangap balik.. betul x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2013 01:40 PM | Show all posts
larikesurga posted on 9-7-2013 08:04 AM
JANGAN TGK PORNO MALAM2...kompom tergonceng...

asal tgk porn je malam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:58 PM | Show all posts
WIFEY_KETIAK posted on 10-7-2013 01:40 PM
asal tgk porn je malam ke?

siang ko busy..malam ko bnyk spend time kat rumah...lagi2 kat bilik...kalau masih bujang laa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 03:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:57 PM | Show all posts
kawin cecepat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 01:22 AM | Show all posts
hehehe.....susah gak ni noks...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:38 AM | Show all posts
Kalau dah sampai tahap nie, harus kawin cepat2 .
Baru boleh salurkan data ke hardisk yang spatutnya.
Ini data banyak2 terabyte, buang cenggitu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 05:27 PM | Show all posts
data tu leh simpan dlm peti ais...bila dah kawin upload ke hardisk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 06:28 PM | Show all posts
larikesurga posted on 9-7-2013 08:04 AM
JANGAN TGK PORNO MALAM2...kompom tergonceng...

sokong.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:20 AM | Show all posts
dah try semue care, tp susah gak.  paling kuat pon boleh bertahan 1-2 bulan. pastu mule la start lagi.  walhal x tengok porno pon , tp same gak.. susah betol .. sape2 yg berjaya berhenti, sila share pengalaman sikit ;)
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 10:06 AM | Show all posts
fakhrun posted on 1-8-2013 09:20 AM
dah try semue care, tp susah gak.  paling kuat pon boleh bertahan 1-2 bulan. pastu mule la start lag ...

bulan puasa ni elok la stop.
syukur hampir 2 bulan.kikikiki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 02:29 AM | Show all posts
iluma posted on 1-8-2013 10:06 AM
bulan puasa ni elok la stop.
syukur hampir 2 bulan.kikikiki

dah cari byk forum yg bincang pasal perkare ni. tp, masih belum jumpe seorang pon yg berjaya berhenti dari onani. melainkan dengan berkahwin ;).
harap2 sgt dari forum ni ade yg berjaya berhenti dari tabiat onani. nak tanye, ape rahsie nya.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:57 AM | Show all posts
maka berkahwinlah ubatnya.....kih3
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 04:36 PM | Show all posts
kahwin la ubatnye !! xpayah la nk wat2 bnda ngarut nie..hhahah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 04:23 PM | Show all posts
Serius memang susah nak buang tabiat ni. Kalau lama tahan mesti rasa sangap punya. Pastu bila buat rasa menyesal pulak. Tapi lps tu buat lagi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.368984 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list