CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28734|Reply: 165

Retis kene cekup tak pose sambil main MAHJONG(Lana Nordin nafi pg5)

[Copy link]
Post time 11-7-2013 07:52 AM | Show all posts |Read mode
PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Last edited by maxim on 11-7-2013 11:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 07:55 AM | Show all posts
uiyooooo mcm tau jer hhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Coba tekaaaa. Anak sapow la tak puasa nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 07:57 AM | Show all posts
ni gambar dari berita online ce teka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:58 AM | Show all posts
alasan yg diberi pelakon berkenaan  xlogik tul

apapun semoga artis berkenaan insaf selepas kejadiaan tu. Last edited by niieza on 11-7-2013 08:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:59 AM | Show all posts
Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

sapa plak jolokan seksi luar negara tu? kaler gelap aje perempuan tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2013 08:00 AM | Show all posts
Pamela anderson...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:01 AM | Show all posts
lana nordin @ pamela anderson mesia??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 08:01 AM | Show all posts
lana nordin, jolokan pamela anderson,
usia mmg 30an
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:06 AM | Show all posts
ok...da agak...

heheh...padahal dua tiga kali dok baca nak pastikan saper.......kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:07 AM | Show all posts
hahaha..kantoi.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:17 AM | Show all posts
ayat 'artis seksi luar negara' dan tgk gamba belakang tu... aku agak beliau adalah pamela anderson malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:18 AM | Show all posts
Baru first day saja posa dah buat hal..malulah kat budak2 yg tahan lapar dan dahaga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:31 AM | Show all posts
aku pun rasa pamela anderson
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:43 AM | Show all posts
haha kantoi busuk suda....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 08:49 AM | Show all posts
pamela anderson pulak dapat nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 08:54 AM | Show all posts
Alah lepas ni dia menangis2 lah depan wartawan minta simpati
Pas tu wat lah cerita kunun ada org nak perangkap/khianat kat dia bagai
Dah masak sangat dah pertangai retis2 jahanam ni
Skrip yg sama sejak berpuluh tahun dulu

Yg best ada gak wartawan yg feeling2 mulia gigih nak bantu up kan nama depa ni balik sbb kunun simpati ngan nasib 'malang'
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:57 AM | Show all posts
tak brani nak tuduh....huhuhu
Last edited by mea on 11-7-2013 09:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:58 AM | Show all posts
hurm tak terkejut lah..kalau dia..
tgk sahajalah cara dia membahan orang sbb menegur dia kat insta
sbb bulan puasa aku simpan dulu laharan aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:01 AM | Show all posts
aish alasan  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.086446 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list