View: 2069|Reply: 7
|
[Dunia]
Ahli Perniagaan bunuh anak GF
[Copy link]
|
|
Lelaki didakwa bunuh anak teman wanita
Selayang: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya berusia dua tahun, bulan lalu.
Mohd Hisham Mat Yunus, 42, dituduh membunuh Muhammad Umar Haiqal Mohd Hazlee di Future World Avenues Resort, Lebuh Raya Rawang, Batu 15, Taman Rimba Komamwel, di antara jam 3.30 pagi dan 4.30 pagi, 2 Jun lalu.
Tiada pengakuan direkodkan
Tertuduh yang memakai baju lokap oren hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nurliana Ismail. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Mohd Hisham didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil, manakala peguam Farhan Read dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud bertindak sebagai peguam bela. Nik Mohamed Ikhwan berkata, teman wanita tertuduh turut direman bagi membantu siasatan kes namun dilepaskan dengan syarat, Isnin lalu.
Sumber : Berita Harian Last edited by kashishi7 on 11-7-2013 10:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon mod delete thread ni..Dah terduplicate. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon tepek gambar tak tahu hensem ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
dah 42 pun sangkut teman wanita..kami yang moda2 ni tk sangkut2 lagi..dah tu ko plak bleh bunuh anak gf ko..adilkah dunia wahai kalian soma..?
|
|
|
|
|
|
|
|
eloklah hukum gantung jantan cilakak mcm ni.. nape la bunuh bdk kecik yg tak berdosa? |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu kata kontraktor....hari ni bisness man le pulak....
ni yg tanam budak tu kat gng brinchang tu kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
confirm ke mandatori??
kenapa hukuman pelbagai ye?
ada 5 tahun, 21 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|