CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2395|Reply: 1

APARTMENT 1303

[Copy link]
Post time 22-7-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode



FILEM seram yang mendapat sentuhan pengarah Michael Taverna ini merupakan pembikinan semula dari filem Jepun yang menggunakan judul sama.

Menurut Taverna, filem adaptasi novel tulisan Kei Oishi ini ditayangkan di Jepun beberapa bulan lalu.

"Sebenarnya saya adalah penerbit eksekutif bagi filem tersebut, jadi timbul idea untuk membuatnya semula bagi versi Inggeris.

"Apabila saya suarakan hal ini kepada barisan pelakon yang dipilih, mereka bersetuju dan tanpa berfikir panjang saya terus melakukannya," katanya mengenai filem yang dibintangi Mischa Barton, Rebecca De Mornay, Julianne Michelle dan Corey Sevier ini.

Ujar Taverna meskipun dia turut menjadi penulis skrip untuk filem ini namun dia sangat berpuas hati.

"Setiap proses penulisan skrip mahupun pembikinan filem berbeza dan punya tarikan tersendiri termasuklah bagi filem ini.

"Walaupun ia digarap semula tetapi saya perlu memastikannya sesuai dengan jiwa penonton di Hollywood," katanya.

Sedikit mengenai filem ini, ia merupakan filem hantu moden yang mengangkat kisah antara ibu dan anak. Pun begitu, dalam hubungan mereka, wujud rasa kasih dan benci yang akhirnya bertukar kepada mimpi ngeri.



Last edited by eddlisa_uyuk on 22-7-2013 08:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 05:34 PM | Show all posts
hantu budak perempuann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055450 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list