CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: espri6006

Pelakon Umi Kalsom Meninggal dunia..TAKZIAH

[Copy link]
Post time 24-7-2013 07:17 PM | Show all posts
alfatihah.....
takziah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 07:20 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=1&theater

Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur

PETALING JAYA: Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.

Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.

"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pagi Rabu.

Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.

Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa.

"Semasa saya berjumpa dengannya, saya bawakan dia sambal bilis dan kami sempat berborak sambil gelak katawa.

"Tiada apa-apa perubahan terhadap dia sehinggalah dia meninggal dunia pada hari ini (Rabu)," katanya.

Menurut Noorkumalasari, Allahyarham juga tidak meninggalkan apa-apa pesan tetapi selepas kematian suami iaitu pelakon S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.

Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.

Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini sebelum solat Zuhur pada Rabu.MStaR
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 07:21 PM | Show all posts
al fatehah
siyan nye kak nita dah jd anak yatim piatu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 07:39 PM | Show all posts
Alfatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 08:52 PM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 24-7-2013 11:20 AM
Lepas sorang, sorang pelakon veteran yg hebat2 dah pergi. Siapa aje yg tinggal lagi? Rasanya Aziz Sa ...

chombi idop lagi rupenye   gambo ade gambo??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 08:56 PM | Show all posts
takziah.. semoga keluarga allahyarhamah redha dan tabah hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2013 08:58 PM | Show all posts
maxim posted on 24-7-2013 09:29 AM
Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Umi Kalthum memegang keratan  ...

Alfatihah, suka sgt dgn allahyarhamah yg sgt strict dlm mendidik anak-anak, termasuk anak tiri, Anita Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:02 PM | Show all posts
Takziah utk keluarga arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 09:05 PM | Show all posts
ygarif posted on 24-7-2013 07:20 PM
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=656545737708541&set=a.561422100554239.134228.558715350824914 ...

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah semga ruh beliau dicucuri rahmat..

P/s Tak dapat dinafikan, arwah sangat cantik terutama dalam filem Bawang Putih Bawang Merah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:27 PM | Show all posts
Pernah terbaca pasal dia dulu kat sokkabar. Dia mmg pilih watak jahat dlm pilem sbb taknak berpeluk2 dgn hero. Elok la..takziah kpd kuarga beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:28 PM | Show all posts
Al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 09:56 PM | Show all posts
Alfatihah..dan takziah pada keluarga arwah..semuga rohnya ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..ameen
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:09 PM | Show all posts
Al-Fatihah
Arwah mmg cantik masa muda... high cheekbone
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:36 PM | Show all posts
Bawang merah baru je  meninggal, diikuti oleh bawang putih ... cuma tinggal Mustapha Maarof je pelakon Bawang Putih Bawang merah yang tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:40 PM | Show all posts
Bismillaahirahmaaniahiim
Alhamdulillahirabbil'alamin
Arrahmanirrahim
Malikiyaumiddin
Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in
Ihdinashshirathal mustaqim
Shirathalladzina an'amta 'alaihim
ghairilmaghdhubi'alaihim waladhdhalin aamiin....
- Semoga Roh-nya tenang disana, amin! -
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:16 PM | Show all posts
dedeq1986 posted on 24-7-2013 12:55 PM
mungkin maksudnya adik bradik kandung Nor Kumalasari ler kot
Kak nita dengan Nor kumalasari tu ad ...

bapak yg sama panggey tiri ka??bukan saudara kandung ka??

yg aku tau nita tuh mak jer lain...bapak still sama dgn noor & 7 lagik adekbradek noor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah.. Smoga roh nya dicucuri rahmat.. Takziah buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:20 PM | Show all posts
al-fatihah... takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:20 PM | Show all posts
takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:26 PM | Show all posts
Al Fatihah utk arwah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060176 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list